Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2021

BUKIT KAMAL MENJERIT VIII

Imej
BUKIT KAMAL MENJERIT VIII (Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku sekitar 1980 hingga 1993. Latar kejadian berbeza, di darat dan di laut, semasa bertugas sebagai anggota LLP di TLDM. Olahan, plot, penceritaan aku susun supaya menimbulkan suasana. Mohon sokongan) Kehilangan Nirwan menimbulkan pertanyaan di kalangan kami. Awasan rehat akan berakhir tengah malam ini, dan esok semua rekrut dikehendaki ada untuk memulakan hari baru. Tidak hadir bermakna absent. Absent ialah perkara paling buruk terhadap prestarsi rekrut di peringkat awal ini. Ia tidak boleh terjadi kepada kami. Jurulatih kami tahu tentang kehilangan Nirwan dan tidak ada bukti-bukti untuk membuat  penjejakan. Rakan-rakan dormetrinya juga tidak tahu ke mana Nirwan menghilang. Pengawal pintu 1 dan pintu 3 juga tidak mempunyai rekod bahawa Nirwan keluar meninggalkan pangkalan. Ini bermakna Nirwan masih berada dalam pangkalan dan bersembuny...

BUKIT KAMAL MENJERIT

Imej
BUKIT KAMAL MENJERIT Peristiwa ni berlaku sekitar minggu pertama bulan Ogos 1980, ketika kami melaporkan diri untuk menjalani latihan rekrut di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. Kumpulan kami agak ramai, hampir 400 orang yang diletakkan di bawah batch 141 dan merupakan batch ketiga yang menjalani latihan di pusat latihan TLDM ini. Pangkalan TLDM Lumut ini masih baru, belum diturap tar sepenuhnya, dormetri masih baru, jalan-jalan di depan blok masih berterabur dengan batu kerikil dan hutan di sekeliling masih belum diteroka. Senior kami, batch 139 dan 140 taklah seramai batch kami ini. Mereka hanya beberapa puluh orang sahaja. Kami dibahagikan kepada 8 dormetri berasingan, yang tiap dormetri mengandungi sekitar 35 hingga 40 anggota, semua rekrut baru. Kami ditempatkan di blok D7. Hari pertama melaporkan diri, rambut semua dipangkas pendek. Hilang segala kemachoan kami sejak remaja. Hari itu kami rehat saja, menunggu esok untuk hari pertama sesi latihan dan bergelar rekrut.  Masing-masing...

BUKIT KAMAL MENJERIT II

Imej
BUKIT KAMAL MENJERIT PART II Maaf ye tuan-tuan, nak sambung sikit kisah Bukit Kamal Menjerit yang mengganggu kami intake 141, rekrut TLDM di KD Pelandok, Lumut sekitar minggu pertama bulan Ogos 1980. Ini adalah sambungan kisah benar Bukit Kamal Menjerit siri I beberapa hari lepas. Untuk makluman, dalam siri I sebelum ini saya ceritakan mengenai kejadian aneh yang mengganggu kami sebaik saja kami dicukurkan kepala dan hari pertama bergelar rekrut. Ia berlaku di waktu malam sahaja, pada siangnya pula kami berdepan dengan latihan keras rekrut, dan lebih memedihkan ialah ianya berlaku pada bulan puasa. Kami pun heran, bulan puasa pun setan mengganggu. Hadoii.. Malam kedua, selepas berbuka puasa di Galley awal malam, kami berehat dan mengilat kasut (boot yang beratnya sekitar 2kg) untuk latihan esok. Kisah kami diganggu malam tadi menjadi topik perbualan. Ada macam-macam kisah, histeria dan menjerit dengan suara keras dan bunyi yang pelik. Ada beberapa orang rakan kami mula menyusun tilam d...

BUKIT KAMAL MENJERIT III

Imej
BUKIT KAMAL MENJERIT III Dalam Part III ni saya akan menceritakan bagaimana kami berdepan dengan tekanan dari pelbagai sudut di peringkat awal yang baru saja sehari dua bergelar rekrut. Latar belakang kami yang berbeza dengan kehidupan rekrut yang sangat berbeza memberi tekanan yang bukan sedikit. Siang kami dilatih dengan latihan keras yang belum pernah kami alami sebelum ini, berpanas di tengah padang kawad dan melakukan arahan yang mesti kami turuti dari pelbagai sudut, disiplin berjalan, berlari, makan minum, bersukan malah bercampur dengan rakan-rakan. Malam pula, di saat kami perlukan rehat untuk tidur sebagai persediaan latihan esoknya, kami diuji pula dengan penunggu Bukit Kamal yang hanya beberapa meter dari blok penginapan kami. Selepas maghrib, ramai yang membaca Yassin sebagai pendinding diri berdepan dengan gangguan. Walaupun kami yakin kami akan terus diganggu untuk malam ketiga dan berikutnya, ia tidak melunturkan semangat kami pun. Selepas inspection dari pegawai, kami ...

BUKIT KAMAL MENJERIT IV

Imej
BUKIT KAMAL MENJERIT IV Di peringkat awal bergelar rekrut, kami ‘dipaksa’ menerima banyak perkara baru yang berlaku kepada kehidupan kami. Bangun seawall pukul 5 pagi, bergegas ke bilik air, berebut dan beratur nak menggunakan tandas. Pkl 5.30 pagi sudah terpacak di bawah, lengkap dengan pakaian sukan, dan senior kami bukan sekadar ingin melatih kami bersenam, tetapi turut melanyak kami dengan senaman yang memang menyeksakan dan tak masuk akal. Kami dipaksa berenang, bergolek dan menyelam dalam longkang yang airnya busuk dan berbau dan paras air longkang itu hanya sekadar tahap keting kami sahaja. Itu masih belum kira berguling dan bergolek-golek atas batu kerikil yang tajam dan bergeligi kerana kawasan sekitar masih dalam pembinaan. Sakit dan berdarah badan sesetengah dari kami. Muntah hijau tu perkara biasa. Selepas breakfast, pukul 7.30 pagi kami sudah siap beratur di bawah, berbaris untuk ke sekolah latihan masing-masing.  Ada yang terus ke padang kawad, ada di ajar teori menem...

BUKIT KAMAL MENJERIT V

Imej
BUKIT KAMAL MENJERIT V Salam sejahtera tuan-tuan. Dalam siri kali ini saya akan menceritakan mengenai gangguan yang menghantui kami semasa peringkat awal latihan rekrut di KD Pelandok. Ada banyak jenis gangguan yang menjadikan sesetengah daripada kami murung dan cemas bila malam menjelang. Begitu pun ramai yang tabah, yang masih boleh mengheret gitar kapok ke hulu ke hilir, bernyanyi dan menjerit siang malam bila berpeluang, walaupun semasa rakan sedang dirasuk. Sam Angela antaranya, yang berani berseorangan di bilik berbeza walaupun rakan-rakan yang lain duduk berkelompok dan berhimpitan apabila tidur di atas tilam yang dihampar secara berdekatan. Rakan-rakan dormetri lain yang tidak sekelas dengan kami juga berdepan dengan gangguan-gangguan yang agak serius di waktu malam. Kami terpaksa mandi beramai-ramai kerana tak ramai yang berani masuk bilik mandi berseorangan. Bilik mandi tidak berpintu dan semua orang boleh melihat orang lain yang sedang mandi. Semua mandi berbogel dan istilah...

BUKIT KAMAL MENJERIT VII Tulang tu jaga elok-elok. Ada orang yang akan jumpa anak nanti minta tulang dia semula

Imej
BUKIT KAMAL MENJERIT VII (Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku sekitar 1980 hingga 1993. Latar kejadian berbeza, di darat dan di laut, semasa bertugas sebagai anggota LLP di TLDM. Olahan, plot, penceritaan aku susun sebaiknya supaya menimbulkan suasana. Mohon sokongan) Malam itu, selepas Isyak, selepas kami baca Yassin beramai-ramai, aku disoal bertalu-talu oleh rakan-rakan di dormetri. Mat Yus interrogate aku macam pegawai penyiasat. Aku dipersalahkan kerana meninggalkan mereka berlima di blok bujang itu dan menghilang tanpa khabar berita. Hairan juga, kerana seingat aku, mereka berlima tahu dengan siapa aku keluar untuk bermalam pada malam kejadian. “Mana ada, aku nampak kau sorang diri jer tinggalkan kami, tak nampak Shaari pun’” getus Zaman (arwah). “Dia kan datang ajak aku. Kau semua ada kat sini masa dia datang,” aku pertahankan tindakan. “Kau pikul beg pakaian, tinggalkan kami masa maghrib. K...

BUKIT KAMAL MENJERIT VI “Pakcik nak pesan, tolong jaga tulang pakcik yang dalam beg tu…” katanya perlahan.

Imej
BUKIT KAMAL MENJERIT VI (Cerita ini berdasarkan kisah yang benar-benar berlaku pada diri aku sendiri atau kawan-kawan terdekat. Bagaimanapun olahan dilakukan pada dialog supaya ia menimbulkan suasana, tanpa merosakkan objek besar iaitu kisah benar). Satu pagi Jumaat yang indah dan nyaman, setelah genap 3 bulan kami dilanyak pagi petang siang malam tanpa rehat yang sempurna, semasa kami sedang beratur hendak memasuki kelas di Sekolah Teknikal, pegawai kami memberitahu bahawa bermula petang nanti, semua rekrut dibenarkan untuk bercuti ‘long weekend’ selama 2 hari setengah, dan semua pelatih dibenarkan untuk keluar dari kawasan latihan dan bermalam di luar, atau mengunjungi saudara mara berdekatan, atau berehat sahaja di dormetri jika tidak berhasrat untuk keluar mengurat atau cari awek di pekan Sitiawan. Kami semua sambut berita itu dengan gembira dan berbunga. Semua melompat gembira. Di muka masing-masing terpancar kegembiraan yang bukan kepalang, setelah 3 bulan penuh dikunci di sekola...