Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2020

Jangan sesekali kau bergaduh dengan perempuan!!

Imej
Jangan sesekali kau bergaduh dengan perempuan!! Setiap kali aku nampak kereta berhenti tepi jalan dengan tayar pancit, memang aku akan stop & tanya sama ada perlu bantuan nk tukar tayar spare atau tak..  Especially kalau driver perempuan. Sebab aku assume if tayar kereta bini aku pancit, akan ada orang lain bantu. Kira what you give, you get back la.. Tapi maruah aku sebagai lelaki betul2 tercabar pagi ni.. aku stop bila nampak kereta stop tepi jalan dengan tayar flat.. driver perempuan.. aku pun tanya: Aku : kak, nk saya tolong tukar tayar spare tak? Akak X: akak rasa tayar akak ok ni.. belum pancit lagi. Aku: tayar dah flat ni kak. nk tukar dlm 5-10 minit je ni.. bley la akak drive tayar spare sampai kedai tayar nti..  Akak X: kamu tgk tayar akak.. belah bawah je kempis, belah atas ada angin lagi.. takyah nak tipu akak la.. kalau belon takde angin, kan kempis semua.. tayar akak ni ada angin lagi.. Aku : rosak tayar kalau akak jalan lagi ni.. kalau akak taknak saya tolong...

Kisah anak anak sekolah dengan helicopter tahun 1980

Imej
Cikgu Nadzipah Binti Ismail Kali pertama saya hantar penulisan ke ruangan ini.  Ini lah kelas yang saya pernah mengajar pada tahun 1980. Keluar dari maktab, saya ditempatkan di sini. 3 bulan pertama adalah latihan mengajar..selepas itu terus di situ. Kira posting di sini. Waktu ni saya berusia 22 tahun. Dalam gambar tu, sayalah tu. Inilah satu satunya gambar yang ada di kelas tersebut. Semua kenangan manis. Saya cuba menceritakan beberapa kenangan selama 2 tahun berkhidmat di sini. Saya tidak pandai cerita mcm Boi. Tapi saya cuba . 1. Satu hari pensyarah dari maktab datang hendak membuat penilaian.(pensyarah maktab lain, bukan dari maktab saya. Pensyarah dari maktab terdekat. Saya dari maktab lain) Saya mengajar bahasa Malaysia masa tu. Murid tahun 3. Pelajarnya separuh keturunan Thai. Separuh lagi murid Melayu. Pensyarah duduk di penjuru kelas memantau. Saya mula mengajar dengan semangat. Tidak lama kemudian ..tiba tiba murid kesemuanya berlari keluar ke kawasan lapang...

Tidak akan batal wuduk si mati oleh kerana sebab dicium oleh suami atau isteri nya. Yg batal wuduk hanya lah orang yg hidup.

Imej
Apabila Giliran suami/isteri nak cium....dia mencium dahi isterinya/suaminya...air mata mengalir kepipi jenazah....di peluk isteri/suami agak lama...Kalu secara fitrah nya akan mengalir air matanya terkena kain kafan jenazah. . Seorang makcik bersuara: "Angkat suami dia tu...jgn peluk lama2 arwah isteri awk tu...jgn sampai air mata ni menitik kene jenazah...kesian dia..berat dia nak pergi...."...maka si suami di papah oleh anak lelakinya keluar rumah. . Ini lah khilaf yg sering berlaku dlm masyarakat melayu islam kita...sebenarnya biarkan sahaja contohnya jika si suami ingin mencium dan memeluk isterinya lama buat kali terakhir...kalau pun dia menangis dan air matanya terkena kain kafan xmengapa. . tiada hadis atau nas yg mengatakan xboleh...disaat itulah si suami mungkin sedang berbisik memaafkan dan menghalalkan segala makan minum kpd isterinya. . Begitu juga sebaliknya yang berlaku pada isteri yang mencium jenazah suaminya. . Malah tidak akan batal wuduk si mat...

KELEBIHAN SUNATKAN ANAK LELAKI KETIKA BAYI

Imej
KELEBIHAN SUNATKAN ANAK LELAKI KETIKA BAYI. Perbezaan Khitan antara Arab & Melayu. . Terdetik untuk kongsi perkara ini, kebetulan baru lepas sunatkan anak lelaki saya minggu lepas. Setelah saya amati perbezaan yang wujud tentangnya di antara Arab dengan Malaysia, ternyata banyak kebaikan & kelebihan untuk khitankan anak lelaki di waktu kecil seperti yang dilakukan oleh bangsa Arab. . 1) Khitan ke atas bayi hanya mengambil masa lebih kurang 24jam sahaja untuk sembuh, berbanding ke atas kanak-kanak yang sudah besar yang mengambil masa berminggu-minggu. . 2) Sembuh tanpa apa-apa risiko & infection, berbanding ke atas kanak-kanak yang sudah besar yang mungkin terdedah kepada pendarahan, bentan, nanah & seumpamanya. . 3) Tidak perlu kepada ubatan. Bayi yang hanya minum susu, amat cepat sembuh kerana masih dalam proses pembesaran. Untuk kanak-kanak pula terpaksa disediakan makanan ‘pantang’ khas serta ubatan tertentu untuk memastikan cepat sembuh. . 4) Di negara A...

Sebagai anak, sudah tentulah kita perlu menghormati orang tua masing-masing sekalipun mereka hanyalah ibu dan bapa angkat kita

Imej
HIDUP dan jalan cerita setiap orang adalah berbeza. Walaupun rambut mungkin sama hitam, tetapi liku-liku kehidupan yang dilalui setiap dalam kalangan kita langsung tidak sama. Ada orang yang dilahirkan dalam keluarga yang penuh penyayang oleh ibu bapa kandung. Namun begitu, ada segelintir pula dibesarkan oleh ibu dan bapa angkat. Barangkali ibu dan bapa kandungnya sudah tiada lagi di bumi yang fana ini. Sebagai anak, sudah tentulah kita perlu menghormati orang tua masing-masing sekalipun mereka hanyalah ibu dan bapa angkat kita. Itulah sikap yang diajar sejak kita masih kecil. Malah, agama Islam juga mengajar umatnya supaya berbuat baik dan menghormati insan yang lebih berusia. Namun begitu, dari segi doa pula, mustajabkah doa ibu angkat? Adakah taraf doa ibu angkat adalah sama dengan ibu kandung? Menjelaskan persoalan itu, pendakwah Ustazah Nik Nur Adneen Ismail atau lebih dikenali sebagai Da’i Adneen memetik sebuah hadis masyhur tentang doa yang dikabulkan oleh ALLAH SWT ...

Agihan pembayaran dividen tahun ini 2020 adalah yang terendah sejak ASB diperkenalkan pada 1990.

Imej
Dividen ASB 4.25sen terendah sejak 1990 Ia merangkumi pengagihan pendapatan 3.50 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit. Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan agihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah 4.25sen seunit untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020. Pengumuman berkenaan dibuat secara maya oleh Pengerusi PNB, Dr Zeti Aziz hari ini. Ia merangkumi pengagihan pendapatan 3.50 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit membabitkan pembayaran RM7.65 bilion kepada 10.2 juta pelabur. Selain itu Dr Zeti Aziz turut mengumumkan pembayaran khas ihsan 0.75 sen untuk 30,000 unit pertama sempena ulang tahun ASB ke-30 tahun. Agihan pembayaran dividen tahun ini adalah yang terendah sejak ASB diperkenalkan pada 1990. Dr Zeti Aziz dilapor berkata, di sebalik pasaran kewangan yang tidak stabil, ASB terus memberi pengagihan kompetitif tahun ini dengan aset di bawah pengurusan (AUM) meningkat sebanyak 2.7 peratus kepada RM320.5 bilion.

15 Suatu kenangan 1990 Saya ingin jadi guru sekolah rendah. Saya nampak sesuatu di situ,"

Imej
15 1990 Suatu Kenangan .Cikgu Hanani Daud . "Awak nak jumpa siapa?" Tiba-tiba seseorang muncul dan bertanya. "Pengarah." "Pengarah tiada, tak tahu bila balik. Tetapi boleh saja berurusan dengan saya. Sama sahaja. Saya timbalan,"perkenal dirinya dengan ramah. Alhamdulillah, lega. Allah memudahkan urusanku. Ketika itu aku benar-benar nekad. Aku akan selesaikan kekeliruan. Diterima atau tidak bukan lagi keutamaan. Aku masih muda, banyak cabang rezeki yang aku boleh cari. Cuma hadirku untuk membongkar kezaliman. "Jika saya ada kelayakan untuk diletakkan dalam senarai menunggu, mengapa hak saya dinafikan? Mengapa permohonan saya perlu dibuang ke dalam tong sampah?" Timbalan, membelek-belek sijil-sijil yang aku sertakan. "Allahuakbar, sijil STPM awak usahkan layak untuk lantikan GSTT, ke universiti juga layak. Mengapa tak mohon universiti?" "Saya ingin jadi guru sekolah rendah. Saya nampak sesuatu di situ," kataku. Timba...

1965...BANJIR BESAR DI TERENGGANU

Imej
1965...BANJIR BESAR DI TERENGGANU. Gambar menunjukkan kawasan pesisir sungai yang ditenggelami air pada banjir besar Terengganu pada tahun 1965, dipercayai kawasan berkenaan adalah di pesisir Sungai Terengganu berhampiran gugusan perkampungan besar Losong. Berdasarkan kepada beberapa temuramah oleh generasi tua di Terengganu, mereka menceritakan beberapa kaedah dan teknik dalam meramal kejadian alam, terutamanya banjir yang akan melanda kawasan mereka melalui beberapa keadaan. Bintang Tujuh Beradik Temuramah dengan nelayan di sekitar Muara Besar Marang menjelaskan bahawa jasad samawi memainkan peranan dalam menunjukkan bermulanya musim tengkujuh. Bintang Tujuh Beradik, akan keluar di dada langit, terutamanya pada awal malam dengan kedudukan antara 30 hingga 45 darjah. Bintang berkenaan berada dalam keadaan tersusun dan selari, dengan kedudukan menegak dan rapat antara satu sama lain. Ketujuh-tujuh bintang ini didakwa sebagai punca kepada gelaran Tengkujuh yang m...

Seorang kanak-kanak lelaki, Ryan Kaji yang berusia 9 tahun telah tersenarai sebagai individu yang memperolehi bayaran tertinggi di Youtube

Imej
TEXAS: Kanak-kanak lelaki dari Texas, Amerika Syarikat (AS), Ryan Kaji, 9, disenaraikan Youtube sebagai penerima bayaran tertinggi sepanjang tahun ini apabila meraih AS$29.5 juta (RM119 juta). Pendapatan itu dijana menerusi saluran Youtube iaitu 'Ryan's World' yang terkenal dengan video membuka kotak hadiah permainan, diikuti kira-kira 41.7 juta peminat. Senarai Forbes 2020, dalam satu kenyataan, berkata beliau terkenal dengan video membuka bungkusan hadiah barang permainan disusuli pemeriksaan dan ulasan mengenainya. "Kini, Kaji juga mempunyai pelbagai barisan barangan berjenama sendiri seperti mainan, ubat gigi, beg sekolah dan sebagainya, yang dijual menerusi Amazon, Target dan Walmart. "Jualan barangan berkenaan mencecah AS$200 juta (RM807 juta) tahun lalu selain penerbitan program bersiri Nickelodeon, Ryan's Mystery Playdate," katanya. Berdasarkan Senarai Forbes, ini bukan pertama kali Kaji mendahului senarai bayaran tertinggi di Youtube,...

Siapa yg lahir pada tahun 50'60'70'80an..?

Siapa yg lahir pada tahun 50'60'70'80an..? 1-   Kita yang lahir di tahun 50-60-70-80 an,       adalah generasi yang layak disebut       generasi paling beruntung. Kerana        kitalah generasi yang mengalami loncatan        teknologi yang begitu revolusi di abad        ini, dengan keadaan usia prima.. 2-   Kitalah generasi terakhir yang pernah       menikmati riuhnya suara mesin taip.       Sekaligus saat ini jari kita masih lincah       menari di atas keyboard pula.. 3-   Kitalah generasi terakhir yang merakam       lagu dari radio dengan tape recorder.       sekaligus kita juga menikmati        mudahnya memuat-turun lagu dari gadget 4-   Kitalah generasi semasa kanak2 bertubuh       lebih sihat dari anak masa kini kerana       mandi ...

14 Aku akan terus berjuang untuk bangkit. Hak aku meminta, hak Allah memberi. Selagi aku yakin akan Allah itu ada, cukuplah Allah bagiku!

Imej
  14 1990 Suatu Kenangan. . Cikgu Hanani Daud . "Saya hanya ingin bercakap dengan Tuan Haji berkaitan dengan permohonan guru GSTT yang saya mohon," jawabku apabila disapa oleh Tuan Pengarah setelah hampir sepuluh minit aku termanggu sendirian di ruangan menunggu. "Kalau begitu, ikut saya!" kata Tuan Pengarah. Alhamdulillah. Melihat senyuman dan suara lembut Tuan Pengarah buat hatiku berasa sangat lega. Tatkala aku melangkah ke bilik itu, hatiku sudah tidak mengharapkan apa-apa. Aku lebih kepada ingin meluahkan apa yang terbuku dan menyesakkan dada. Dendam telah membunuh sabar dan reda dalam hatiku. Aku perlu berjuang. Walaupun aku akan kekal kecewa, asal tiada lagi yang menjadi mangsa sepertiku, cukuplah. "Setiap tahun bermula 1986 saya mohon jawatan GSTT. Tidak pernah sekali gagal hadir temuduga. Malangnya sampai sekarang saya masih gagal," kataku memulakan bicara. Aku hulurkan fail yang berisi surat rayuan serta sijil-sijil yang tidak jadi diserahkan kep...

CONTOH SOALAN OBJEKTIF PENJAGA JENTERA ELEKTRIK AO

Imej
CONTOH SOALAN OBJEKTIF PENJAGA JENTERA ELEKTRIK AO 1. Berikut adalah kenyataan berkaitan fungsi minyak di dalam pengubah kuasa KECUALI A. menyejukkan pengubah. B . menambah daya belitan pengubah. C. menambah daya penebatan belitan pengubah. D. mengelakkan daripada merebaknya kesan arka. 2. Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira ketika membuat pemilihan kabel untuk suatu pepasangan elektrik? i Jenis penebat kabel bagi memastikan kabel tahan lama dan selamat. ii Susutan voltan hendaklah yang terbaik tidak lebih dari 4%. iii Keupayaan membawa arus mestilah lebih dari arus nominal pemutus litar dan arus beban penuh (Ib<In<Iz). iv Jenis voltan bekalan bagi voltan rendah antara fasa kurang daripada 1000V a.u. A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv C. ii, iii dan iv D. Semua diatas 3. Berikut adalah ciri-ciri pengalir kabel bawah tanah yang baik KECUALI A. susah dibentuk B. tempa dan mulor C. kealiran haba yang baik D. kealiran elektrikal yang tinggi 4. Apakah alat yang digunakan untuk ...