Seorang kanak-kanak lelaki, Ryan Kaji yang berusia 9 tahun telah tersenarai sebagai individu yang memperolehi bayaran tertinggi di Youtube
TEXAS: Kanak-kanak lelaki dari Texas, Amerika Syarikat (AS), Ryan Kaji, 9, disenaraikan Youtube sebagai penerima bayaran tertinggi sepanjang tahun ini apabila meraih AS$29.5 juta (RM119 juta).
Pendapatan itu dijana menerusi saluran Youtube iaitu 'Ryan's World' yang terkenal dengan video membuka kotak hadiah permainan, diikuti kira-kira 41.7 juta peminat.
Senarai Forbes 2020, dalam satu kenyataan, berkata beliau terkenal dengan video membuka bungkusan hadiah barang permainan disusuli pemeriksaan dan ulasan mengenainya.
"Jualan barangan berkenaan mencecah AS$200 juta (RM807 juta) tahun lalu selain penerbitan program bersiri Nickelodeon, Ryan's Mystery Playdate," katanya.
Berdasarkan Senarai Forbes, ini bukan pertama kali Kaji mendahului senarai bayaran tertinggi di Youtube, sebaiknya pernah tersenarai pada 2018 dan 2019.
Selain itu, video keluarannya, 'Huge Eggs Surprise Toy Challenge', adalah antara 60 video yang paling banyak ditonton di laman sesawang, dengan lebih 2 bilion tontonan.
Difahamkan, Kaji juga sudah menandatangani perjanjian untuk siri televisyen di Nickelodeon yang dilaporkan bernilai jutaan dolar. - AGENSI
Ulasan
Catat Ulasan