Jutawan Chewing Gum atau gula-gula getah, Beau Wrigley akan mengeluarkan rangkaian produk mereka berasaskan sebatian kanabis
08 Mac 2021 : Jutawan Chewing Gum atau gula-gula getah, Beau Wrigley akan mengeluarkan rangkaian produk mereka berasaskan sebatian kanabis.
Selepas pemain bolasepak David Beckham menyertai rangkaian kanabis Hemp, jutawan Wrigley selaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbaru yang membuat satu kesepakatan untuk bergabung dengan syarikat pengeluar kanabis.
2 syarikat khas yg baru dibentuk itu dengan peruntukan berjumlah $ 1.8 bilion diumumkan hari ini.
Wrigley adalah generasi keempat yang menjalankan syarikat William Wrigley Co.. Ia diasaskan oleh datuk dan nenek moyangnya pada akhir tahun 1800-an, dan mengambil alih jawatan CEO dan ketua sehari setelah ayahnya meninggal pada tahun 1999. Pada tahun 2008, Wrigley menjual syarikat keluarga kepada Mars, Inc. dengan harga $ 23 bilion. Pewaris syarikat gula2 getah itu kini berhasrat mahu menyaingi perniagaan yang dimulakan oleh keturunannya.
Syarikat itu sudahpun mempunyai 42 dispensari di tiga negeri, iaitu 39 di Florida dan selebihnya di Massachusetts dan Nevada.
Operasi syarikatnya itu kini menjual bahagian bunga, pudina, gummies dan vape. Menurut Wringley lagi kanabinoid adalah sebatian yang meningkatkan "kualiti hidup seseorang."
#pendidikanhemp101 #HempUntukSemua
https://www.forbes.com/sites/willyakowicz/2021/02/22/gum-billionaire-beau-wrigley-to-take-cannabis-company-public-through-spac-deal/amp/
Ulasan
Catat Ulasan