CONTOH SOALAN OBJEKTIF PENJAGA JENTERA ELEKTRIK AO

CONTOH SOALAN OBJEKTIF PENJAGA JENTERA ELEKTRIK AO


1. Berikut adalah kenyataan berkaitan fungsi minyak di dalam pengubah kuasa KECUALI

A. menyejukkan pengubah.

B. menambah daya belitan pengubah.

C. menambah daya penebatan belitan pengubah.

D. mengelakkan daripada merebaknya kesan arka.


2. Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira ketika membuat pemilihan kabel untuk suatu pepasangan elektrik?

i Jenis penebat kabel bagi memastikan kabel tahan lama dan selamat.

ii Susutan voltan hendaklah yang terbaik tidak lebih dari 4%.

iii Keupayaan membawa arus mestilah lebih dari arus nominal pemutus litar dan arus beban penuh (Ib<In<Iz).

iv Jenis voltan bekalan bagi voltan rendah antara fasa kurang daripada 1000V a.u.

A. i, ii dan iii

B. i, ii dan iv

C. ii, iii dan iv

D. Semua diatas


3. Berikut adalah ciri-ciri pengalir kabel bawah tanah yang baik KECUALI

A. susah dibentuk

B. tempa dan mulor

C. kealiran haba yang baik

D. kealiran elektrikal yang tinggi


4. Apakah alat yang digunakan untuk menentukan pengalir fasa bagi kabel bawah tanah yang telah siap diselenggara.

A. Kotak rintangan

B. Penguji penebatan

C. Voltmeter dan Ampere meter

D. Penguji penebatan dan kotak rintangan


5. Pilih sebab-sebab kabel bawah tanah perlu dibuat penyambungan atau tamatan daripada kenyataan dibawah ini.

i Panjang kabel tidak mencukupi.

ii Memberi kemudahan bekalan dalam sistem pembahagian.

iii Membuat pemasangan diantara suis pembekal ke sistem talian.

iv Pemasangan sesuatu kabel ke perkakas-perkakas suis pembekal.

A. i, ii dan iii

B. ii, iv dan iv

C. i, iii dan iv

D. Semua di atas


6. Berapakah kelajuan bagi sebuah motor segerak (synchoronous motor) tiga fasa dengan bekalan 415 V, 50 Hz dan mempunyai empat (4) kutub?

A. 1500 rpm

B. 1800 rpm

C. 2400 rpm

D. 3000 rpm


7. Kenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kelajuan sesebuah motor arus ulang alik.

i Bilangan lilitan

ii Frekuensi

iii Bilangan kutub

iv Gelincir

A. i & ii

B. ii & iii

C. i & iv

D. iii & iv


8. Berapakah nilai kapasiti pemutusan (breaking capacity) bagi sebuah peranti perlindungan arus lebih untuk mengawal sesuatu litar dengan berkesan.

A. Sama dengan kadaran arus litar pintas yang mungkin dalam litar.

B. 50 % daripada kadaran arus litar pintas yang mungkin dalam litar.

C. Lebih daripada kadaran arus litar pintas yang mungkin terjadi di dalam suatu litar.

D. Kurang daripada kadaran arus litar pintas yang mungkin dalam litar.


9. Pemutus Litar Kotak Teracu boleh memberi perlindungan arus lebihan dan arus bocor ke bumi di dalam sistem pepasangan dengan adanya komponen tambahan. Pilih komponen-komponen tersebut.

i Balance Current Transformer

ii Earth Leakage Relay (ELR)

iii Shunt Trip Coil

iv Residual Current Circuit Breaker

A. i, ii dan iii

B. i, iii dan iv

C. ii, iii dan iv

D. Semua di atas


10. Voltan gegelung semasa mula hidup suatu motor yang mengguna penghidup bintang delta (star delta starter)

A. 33% daripada voltan terkadar

B. 17% daripada voltan terkadar

C. 70% daripada voltan terkadar

D. 58% daripada voltan terkadar


11. Pilih kenyataan yang benar mengenai penghidup motor bintang-delta.

i Menghidupkan motor aruhan tiga fasa 6 terminal

ii Mengurangkan arus permulaan motor

iii Mengurangkan kadar penggunaan voltan permulaan

iv Menghidupkan motor aruhan tiga fasa 3 terminal

A i, ii dan iii

B ii, iii dan iv

C i, iii dan iv

D Semua di atas


12. Apakah komponen yang digunakan untuk mengesan gelung motor daripada mengalami kepanasan lampau ialah :

A. fius

B. thermistor

C. gelung tanpa voltan

D. geganti arus lebihan


13. Apakah jenis ujian yang dilakukan untuk menentukan pengubah arus dan geganti perlindungan berfungsi dalam suatu pepasangan papan suis utama.

A. Ujian tekanan (pressure test)

B. Ujian suntikan primer (primary injection test)

C. Ujian suntikan sekunder (secondary injection test)

D. Ujian kecekapan pengubah arus (curent transformer effeciency test)


14. Sebuah pengubah arus (current transformer) yang tidak digunakan tetapi masih terpasang pada busbar hidup, punca-punca lilitan sekunder bagi pengubah arus tersebut hendaklah dipintaskan. Mengapakah langkah tersebut dilakukan?

A. Mengelakkan arus tinggi teraruh pada sekunder.

B. Mengelakkan voltan tinggi teraruh pada sekunder.

C. Mengujudkan bezaupaya sifar (zero potential).

D. Mengelakkan arus legar (circulating current)


15. Kenal pasti keperluan atau kelengkapan bilik papan suis utama yang dipasang di dalam mana-mana premis.

i Bebas daripada halangan.

ii Cukup terang, dialih udara dan sentiasa kering.

iii Boleh digunakan untuk apa-apa juga jenis penstoran kelengkapan elektrik.

iv Cukup dimensinya bagi mengadakan ruang yang mencukupi untuk pengendalian dan penyelenggaraan dengan selamat.

A. i, ii dan iii

B. i, ii dan iv

C. ii, iii dan iv

D. semua diatas


16. Kenal pasti radas 1 yang tersambung pada litar papan suis utama dalam Rajah 1 di bawah.

Rajah 1


A. Jangka Volt

B. Jangka Faktor Kuasa

C. Jangka Ampere

D. Jangka Frekuensi


17. Kirakan nilai kuasa regangan bank kapasitor yang di perlukan untuk membaiki faktor kuasa bagi pepasangan yang mempunyai jumlah beban tersambung 500kW, tiga fasa 415V, 50Hz cos φ 0.7 kepada nilai cos φ 0.9.

A. 216 kVar

B. 243 kVar

C. 270 kVar

D. 459 kVar


18. Kenal pasti langkah-langkah yang perlu dilakukan pada litar akhir sesuatu pepasangan sebelum menjalankan ujian rintangan penebatan.

i Putuskan punca bekalan

ii Semua suis beban dihidupkan

iii Pemutus litar kecil setiap litar akhir dihidupkan.

iv Suis dihidupkan bagi beban yang tidak boleh dikeluarkan.

A. i, ii dan iii

B. ii, iii da iv

C. i, iii dan iv

D. Semua di atas


19. Pilih kenyataan yang BENAR mengenai ”Sistem Cascade” dalam pemasangan lampu jalan.

A. Sistem penggunaan suis masa dan sesentuh elektrik tanpa jangka tenaga.

B. Sistem di mana suis masa digunakan untuk mengawal satu atau beberapa lampu tanpa jangka tenaga.

C. Sistem di mana suis masa digunakan untuk mengawal satu atau beberapa lampu dengan penggunaan jangka tenaga.

D. Sistem penggunaan suis masa dan sesentuh elektrik dengan


20. Apakah nama bahagian yang beputar dalam sesebuah motor elektrik?

A. Rotor

B. Stator

C. Komutator

D. Rintangan


21. Alat yang digunakan untuk mengukur ketumpatan bandingan (specific graviti) elektrolit bagi sesebuah bateri asid plumbum ialah

A. Jangka AVO

B. Jangka Galvano

C. Jangka Hidro

D. Jangka Suhu


22. Pilih tindakbalas bateri sel basah yang menjalani cas cepat (booster charging) dari kenyataan di bawah.

i Arus mengecas di antara 20A hingga 40A

ii Masa mengecas di antara 10 hingga 12 jam.

iii Gelombang gas banyak terhasil dalam elektrolit.

iv Suhu bateri tidak melebihi 110°F (43°C)

A. i dan iii

B. ii, iii dan iv

C. i, iii dan iv

D. Semua di atas


23. Komponen utama pada sistem penyaman udara (air condition) di mana proses haba diserap ialah

A. penyejat (evaporator)

B. pemeluwap (condensor)

C. pemampat (compressor)

D. injap pengembang (expansion valve)


24. Apakah fungsi injap pengembang (expension valve) dalam sistem penyejukan dan penyaman udara?

A. Menyejukan bahan pendingin

B. Menurunkan tekanan bahan pendingin

C. Meninggikan tekanan bahan pendingin

D. Menukar bahan pendingin dari wap ke cecair.


25. Apakah fungsi geganti beban lampau haba bagi sebuah motor A.U ?

A. mengawal kelajuan motor.

B. mengawal daripada berlakunya litar pintas.

C. terpelantik apabila berlakunya arus beban lampau yang berpanjangan.

D. mengawal motor daripada dihidupkan secara automatik setelah

bekalan terputus.


26. Apakah suatu kaedah yang digunakan untuk membolehkan motor A.U berputar dengan sendiri ?

A. memasang magnet.

B. memasang suis empar .

C. menambah belitan pada kutub.

D. Membelah fasa arus bekalan menggunakan perintang dan pemuat.


27. Apakah fungsi suis empar yang terdapat di dalam motor fasa belah?

A. Sebagai pengambung bekalan ke gelung larian.

B. Sebagai penyambung bekalan ke gelung permulaan.

C. Akan memutuskan bekalan ke gelung larian apabila kelajuan rotor mencapai 70%.

D. Akan memutuskan bekalan ke gelung permulaan apabila kelajuan rotor mencapai 70%.


28. Apakah jenis motor dalam rajah 2 di bawah ;

Lilitan pergerakan

Suis

Kapasitor

Permulaan tinggi

Bekalan A.U

Rajah 2

A. Siri A.T

B. Kapasitor kekal

C. Compound A.T

D. Kapasitor Permulaan


29. Apakah jenis motor yang boleh beroperasi pada A.T dan A.U ?

A Siri

B Pirau

C kapasitor kekal

D Kapasitor Permulaan


30. Berdasarkan pada rajah 2 di bawah apabila “setting timer” 5 saat dilaraskan apakah akan berlaku setelah 10 saat suis 1 ditutup..

A. Lampu 1 dan Lampu 2 menyala.

B. Tiada apa-apa yang berlaku.

C. Lampu 1 menyala.

D. Lampu 2 menyala.


31. Bagaimanakah caranya mengubah putaran motor Fasa belah ?

A. menukar sambungan belitan utama.

B. menukar sambungan belitan tambahan

C. menukar sambungan belitan utama dan tambahan.

D. menukar sambungan belitan utama atau tambahan.


32. Apakah kebaikan motor gelang gelincir jika dibandingkan dengan motor aruhan sangkar tupai ?

A. harganya murah.

B. terdapat tiga gelang gelincir.

C. menggunakan penghidup rintangan rotor.

D. arus aruhan yang terhasil dipemutar dapat dikawal dengan menggunakan

perintang.


33. Apakah kelajuan putaran medan magnet pada stator bagi motor aruhan tiga fasa ?

A. Kelajuan stator

B. kelajuan rotor

C. kelajuan motor

D. kelajuan segerak


34. Rotor bagi motor fasa belah adalah dari jenis sangkar tupai, binaannya sama dengan binaan rotor bagi motor 3 fasa. Berdasarkan komponen- komponen yang disenaraikan di bawah pilih komponen yang TIDAK terdapat pada binaan rotor fasa belah:-

A. Suis Empar

B. Alas Bebola

C. Berus Karbon

D. Aci


35. Faktor kuasa adalah nisbah diantara …………..?.

A. Kuasa sebenar dengan kuasa ketara.

B. Kuasa ketara dengan kuasa sebenar.

C. Kehendak maksima dengan jumlah beban tersambung.

D. Tiada diatas.


36. Sebuah kilang menerima bekalan 415 Volt, 50 Hz, pada faktor kuasa 0.9, dimana beban yang digunakan ialah 200 kW pada faktor kuasa 0.74. Berapakah nilai kVAR yang diperlukan ?.

A. 75 kVAR.

B. 81 kVAR.

C. 84 kVAR.

D. 87 kVAR.


37. Bagaimanakah untuk mengukur Faktor Kuasa ?.

i. Dengan menggunakan jangka voltan dan jangka watt.

ii. Dengan menggunakan jangka voltan, jangka arus dan jangka watt.

iii. Dengan menggunakan jangka faktor kuasa.

iv. Dengan menggunakan jangka arus dan jangka watt.

A. i, ii dan iii.

B. ii dan iii.

C. i, iii dan iv.

D. Semua diatas.


38. Cara-cara yang boleh digunakan untuk memperbaiki faktor kuasa adalah:

A. Pemaju fasa

B. Motor segerak

C. Bank kapasitor

D. Semua di atas


39. Berapakah nilai Bank kapasitor yang diperlukan bagi pepasangan yang mempunyai jumlah beban tersambung 450 kW, tiga fasa 415 v. 50 Hz bilamana faktor kuasa semasa adalah 0.7 untuk ditingkatkan kepada 0.9.

A. 216 kVAR

B. 243 kVAR

C. 405 kVAR

D. 459 kVAR


40. Kuasa bagi bank kapasitor adalah dipanggil :-

A. Kuasa aktif

B. Kuasa ketara

C. Kuasa reaktif

D. Kuasa sebenar


41. Apakah nama alat yang digunakan bersama-sama dengan unit bank kapasitor untuk menghidupkan bank kapasitor dari satu unit ke unit yang berikutnya sekiranya faktor kuasa menyusul ?

A. Pengaturan Faktor Kuasa

B. Suis bank kapasitor

C. Pengubah arus

D. Pemutus litar


42. Semasa kerja-kerja senggaraan dijalankan untuk menggantikan bank kapasitor, unit tersebut hendaklah :-

A. Nyahcas terlebih dahulu

B. Disukat jumlah arusnya

C. Dibersihkan dahulu

D. Ditinggalkan


43. Satu pepasangan tiga fasa 415 v. 50 Hz dengan beban tersambung 100 kW. Sekiranya faktor kuasa telah ditingkatkan kepada 0.95 dengan menggunakan bank kapasitor sebanyak 50 kVAR, berapakah nilai faktor kuasa semasa bagi pepasangan ?

A. 0.71

B. 0.77

C. 0.80

D. 0.84


44. Formula untuk menyelesaikan kuasa reaktif ialah :-

A. √ (kVA2 - kW2)

B. kVA x sin ø

C. kW x tan ø

D. Semua diatas


45. Masalah berikut akan berlaku sekiranya pemasangan beban kapasitor berlebihan, iaitu :

A. Kegagalan penebatan pada motor

B. Gelung tanpa volt akan terbakar

C. Lampu-lampu akan terbakar

D. Semua diatas


46. Mengapakah kebanyakan kilang menggunakan bank kapasitor jika dibandingkan dengan motor segerak apabila faktor kuasa bagi pepasangan tersebut rendah :-

A. Tidak memerlukan kawasan yang besar

B. Komponen yang paling murah

C. Senang untuk digunakan

D. Semua di atas


47. Pemaju fasa adalah kelengkapan khas yang membolehkan :-

A. Arus mendahului voltan dalam pepasangan

B. Arus menyusuli voltan dalam pepasangan

C. Arus menjadi sifar dalam pepasangan

D. Arus menyusuli voltan 90o


48. Apakah kegunaan perintang nyahcas yang terdapat dalam unit bank kapasitor :

A. Peranti arus lebihan

B. Peranti arus litar pintas

C. Peranti arus kerosakan bumi

D. Pelindungan untuk tujuan senggaraan


49. Pada Pengaturan Faktor Kuasa yang mengendalikan bank kapasitor terdapat suatu tatah, iaitu C / K. Apakah yang dimaksudkan dengan C?

A. Nisbah bagi pengubah arus

B. Nilai terendah bagi bank kapasitor

C. Nilai keseluruhan bagi bank kapasitor

D. Nisbah pengubah arus dengan bank kapasitor


50. Tujuan utama pembaikan faktor kuasa adalah:-

A. Untuk menghadkan kos tenaga reaktif

B. Untuk menghadkan rintangan pengubah

C. Untuk menghadkan voltan ke litar pengguna

D. Untuk meninggikan kuasa yang dugunakan oleh motor elektrik.


51. Berapakah tatahan C/K bagi Faktor Kuasa yang menggunakan pengubah arus 800/5 Ampere dan pemuat ( capacitor) 20 kVar?

A. 3200

B. 0.12

C. 8.0

D. 0.008


52. Masalah Faktor Kuasa menyusul hanya berlaku pada beban-beban yang mengandungi .................................. sahaja apabila diberikan dengan bekalan ...............................

A. Aruhan, arus terus.

B. Pemuat, arus terus.

C. Aruhan, arus ulang-alik.

D. Pemuat, arus ulang-alik.


53. Jangka No.1 dalam Rajah 5 di bawah ialah:


A. Jangka Watt.

B. Jangka Voltan.

C. Jangka Ampere.

D. Jangka Frekuensi.


54. Bila kecekapan sesuatu alat elektrik berkurang menunjukkan:

A. Faktor kuasa (0.65).

B. Faktor kuasa (0.85).

C. Faktor kuasa (0.95).

D. Tiada kaitan dengan Faktor Kuasa.


55. Dalam Rajah 6, Voltan Fasa (Vp) adalah:

A. 1

B. 2

C. 3

D. 4


56. Jika faktor kuasa sesuatu pepasangan voltan rendah kurang daripada .......... bayaran surcaj akan dikenakan oleh pemegang lesen.

A. 0.75

B. 0.80

C. 0.85

D. 0.90


57. Faktor kuasa bagi sesebuah motor segerak boleh diubah dengan selaraskan,

A. arus ujaan

B. voltan bekalan

C. rintangan medan

D. daya gerak elektrik balas


58. Jika sesuatu beban yang mempunyai beban aruhan, nilai faktor kuasa adalah ..... atau disebut faktor kuasa yang ........ ini bermakna arus ........ voltan beban itu.

A. positif, menyusul, menyusul

B. negatif, mendahului, mendahului

C. positif, mendahului, mendahului

D. negatif, menyusul, menyusul


59. Apakah faktor asas untuk memilih sesuatu jenis Motor ?

i. Voltan Bekalan.

ii. Keadaan beban.

iii. Keperluan kelajuan motor.

iv. Jenis perlindungan yang dikehendaki.

A. i, ii , & iv.

B. ii & iv.

C. ii sahaja.

D. Semua diatas.


60. Pilih kenyataan yang benar mengenai penghidup motor bintang-delta di bawah ?

i. Untuk menghidupkan motor tiga fasa.

ii. Menyambung tiga stator winding dalam sambungan bintang pada permulaan dan dalam sambungan delta semasa keadaan biasa

iii. Mengurangkan kadar arus permulaan.

iv. Meninggikan daya kilas pada motor semasa beroperasi.

A. i & ii.

B. i, ii & iii.

C. i, ii & iv.

D. Semua di atas.


61. Bar-bar rotor pada motor aruhan sangkar tupai sengaja dibuat serong (skewed) bagi tujuan:

i. Mendapat dayakilas lebih sekata

ii. Mengurangi kemungkinan motor terkunci

iii. Mengurangkan bunyi berdengung

iv. Untuk menentang kehilangan histerisis

A. i, ii dan iii

B. ii, iii dan iv

C. i, iii dan iv

D. semua di atas


62. Disebabkan kesilapan semasa kerja menukar pengasing yang digunakan untuk motor 10 KK, 415 volt, seorang Juruelektrik telah tersalah membuat penyambungan. Pengalir fasa merah telah disambung kepada fasa kuning, fasa kuning ke fasa biru dan fasa biru ke fasa merah. Apakah kesannya terhadap motor apabila dihidupkan?

A. Motor berdengung dan menjadi panas

B. Pusingan motor berlawanan arah daripada asal

C. Motor tidak berpusing kerana dalam fasa yang berlainan

D. Motor tidak mengalami gangguan dan berpusing seperti asal.


63. Mengapa gelung tanpa volt diperlukan pada setiap Motor ?

A. Untuk menjaga motor supaya tahan lama.

B. Untuk menjauhi motor daripada panas.

C. Untuk melindungi motor daripada terbakar.

D. Untuk menghalang motor daripada hidup semula selepas terhenti.


64. Jika nilai Voltan Sekunder bagi sesebuah pengubah lebih tinggi berbanding Voltan Primer, dimana Lilitan Utama diambil kira sebagai rujukan, Pengubah tersebut dipanggil ?

A. Pengubah menurun.

B. Pengubah menaik.

C. Pengubah Arus.

D. Pengubah Voltan.


65. Perkara-perkara berikut biasanya terdapat pada papan suis utama, kecuali …..

A. Ruang kosong diperlukan di hadapan dan belakang bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan.

B. Diletakkan dimana terdapat beban yang rendah untuk memperkecilkan saiz papan suis.

C. Bilik Papan suis perlu menerima pengedaran udara yang baik

D. Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin


66. Pilih kenyataan yang benar mengenai perbezaan di antara Jangka Voltan dan Jangka Ampiar :-

A. Jangka Voltan mempunyai Rintangan Dalam yang rendah berbanding Jangka Ampiar.

B. Jangka Ampiar mempunyai satu punca negatif dan dua punca positif berbanding Jangka Voltan yang mempunyai satu punca positif dan satu punca negatif.

C. Jangka Voltan mempunyai Rintangan Dalam yang tinggi sebaliknya Jangka Ampiar Rintangan Dalam yang rendah.

D. Jangka Ampiar boleh dipasang terus dengan beban manakala Jangka Voltan hanya boleh dipasang pada sesuatu litar yang mempunyai beban.


67. Ujian yang dilakukan untuk Pengubah Arus dan Geganti dalam pepasangan baru dipanggil :-

A. Ujian Tekanan.

B. Ujian Suntikan primer.

C. Ujian Penggubah Arus.

D. Ujian Suntikan Sekunder.


68. Penggunaan Pengubah Arus dalam pepasangan elektrik adalah bertujuan :-

A. Menyukat arus yang mengalir pada Busbar.

B. Mempercepatkan pengaliran arus yang masuk ke alat perjangkaan.

C. Mengelakkan dari berlakunya arus litar-pintas dan arus bocor ke bumi.

D. Menghadkan dan merendahkan arus yang mengalir ke alat perjangkaan dan perlindungan


69. Bagaimanakah pihak pembekal tenaga elektrik mengawasi faktor kuasa yang rendah di dalam pepasangan pengguna kuasa besar.

A. Dengan memasang maximum demand meter

B. Dengan memasang voltmeter dan ammeter

C. Dengan memasang meter Kwh dan Kvar

D. Dengan memasang meter faktor kuasa


70. Alat digunakan untuk mengenal kekutuban pengubah arus:-

A. Dinometer

B. Meter arus

C. Transducer arus

D. Jangka galvani


71. Kadar voltan untuk kabel pendawaian voltan rendah ialah 600/1000 volt. Ini bermaksud kabel tersebut boleh digunakan pada bekalan tiga fasa di mana voltan di antara :-

A. fasa dan bumi tidak melebihi 1000volt.

B. fasa dan bumi tidak melebihi 1000 volt dan di antara fasa tidak melebihi 600 volt.

C. fasa merah dan bumi tidak melebihi 600 volt dan voltan di antara fasa merah dan fasa biru tidak melebihi 1000 volt.

D. mana-mana fasa dan bumi tidak melebihi 600 volt dan voltan di antara fasa tidak melebihi 1000 volt.


72. …………………. dilakukan untuk membuktikan Kabel Bawah Tanah telah dimatikan sebelum kerja senggaraan dilakukan ke atasnya.

A. Dead Phasing

B. Earthing

C. Spiking

D. Thumping


73. Dalam kerja – kerja elektrik, Penebat bermaksud bahan yang digunakan untuk ……………………………

A. menebat haba daripada pengalir elektrik.

B. membolehkan arus mengalir di dalam pengalir.

C. menghalang pengaliran arus elektrik.

D. melindungi pengalir elektrik.


74. Apakah yang dimaksudkan dengan Kecekapan Tenaga ?

A. Meningkatkan produktiviti dengan meningkatkan penggunaan tenaga elektrik.

B. Meningkatkatkan produktiviti dengan penggunaan tenaga elektrik yang sama.

C. Mengurangkan produktiviti dengan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

D. Semua jawapan di atas adalah salah.


75. Arus sebanyak 12A melalui satu rintangan yang nilainya tidak diketahui telah mengeluarkan kuasa sebanyak 50 watt. Berapakah nilai rintangan tersebut ?

A. 0.0347Ω

B. 0.347Ω

C. 3470Ω

D. 3740Ω


76. Lampu yang sering digunakan pada Sistem Lampu Jalan apabila terdapat kabus tebal di pagi hari ialah......................

A. Lampu Wap Natrium.

B. Metal Hilide.

C. Lampu Pijar.

D. Lampu Wap Raksa.


77. Rajah di bawah menunjukkan lima unit pemanas air yang dipasang secara siri- selari, menerima bekalan 240Vac. Berapakah jumlah rintangan litar ?



A. 240Ω

B. 700Ω

C. 82.29Ω

D. 168kΩ


Soalan 81 hingga 83 berdasarkan gambarajah di bawah:


Rajah di atas menunjukkan litar galangan RCL dimana nilai bagi setiap komponen adalah diberikan.

78. Nilai galangan ZT bagi litar ini adalah …..

A. 141.3 Ω

B. 330.8 Ω

C. 1.769 Ω

D. 139.53 Ω


79. Jumlah arus IT yang melalui litar ini adalah …..

A. 1.256 Amp

B. 1.769 Amp

C. 2.943 Amp

D. 1.934 Amp


80. Voltan susut pada komponen inductor adalah …..

A. 177.5 Volt

B. 2.22 Volt

C. 376.8 Volt

D. 415 Volt


81. Apabila plat nama motor tiga fasa 1 kk menyatakan γ 415V /Δ230V ini bermaksud

A. Semasa sambungan bintang voltan bekalan menjadi 415V.

B. Semasa sambungan delta voltan bekalan merosot 230V.

C. Voltan bekalan yang diperlukan pada sambungan bintang 415 V.

D. Voltan minima pada sambungan delta ialah 230 V.


82. Arus yang terdapat pada plat nama sesebuah motor elektrik merupakan

A. Arus permulaan.

B. Arus maksima.

C. Arus operasi .

D. Arus bocor.


83. Pada sebuah pemutus litar udara tertera butiran 630 A , 30 KA , 415 Vac. Apakah maksud butiran diatas.

A. Arus minima dan maksima yang boleh ditanggung.

B. Kadar arus nominal dan kadar arus pintas yang boleh ditanggung.

C. Arus maksima dan arus minima yang boleh dikeluarkan.

D. Arus bocor di dalam sistem.


84. Manakah yang betul mengenai binaan sesentuh arka pada ACB.

i. Diperbuat daripada bahan yang keras.

ii. Tahan panas.

iii. Bahan copper aloi diperlukan.

iv. Bahanya adalah sama dengan sesentuh utama.

A. i , ii dan iii.

B. i , iii dan iv

C. ii , iii dan iv

D. i , ii , iii dan iv


85. Apakah peranti pelindung yang digunakan sebelum mendatangkan bahaya akibat tindakbalas terma atau mekanikal dalam pengalir atau sambungan?

A. Peranti perlindungan arus litar pintas.

B. Peranti pelindungan arus beban yang berlebihan.

C. Peranti perlindungan arus bocor ke bumi.

D. Peranti perlindungan arus balikan.


86. Sebelum penggalian peparit kabel dimulakan, apakah mesti disiapkan atau dibuat terlebih dahulu?.

A. Merujuk kepada rekod kabel.

B. Kawasan yang betul hendaklah diakui di tempat keja.

C. Kabel, alat pengalian dan merentang kabel.

D. Lubang cubaan.


87. Manakah diantara berikut bukan merupakan lampu jalan?.

A. Lampu natrium.

B. Lampu kalimantang.

C. Lampu pijar.

D. Lampu wap raksa.


88. Berikut merupakan peralatan elektrik yang terdapat pada kotak kawalan lampu jalan kecuali

A. Pengasing

B. Sesentuh.

C. Suis masa.

D. Fius.


89. Berapakah bilangan sel, jika tiap-tiap satu mempunyai d.g.e 2 volt dengan rintangan dalam 0.5 ohm apabila disambung secara siri akan membekalkan arus sebanyak 2 amp kepada beban bernilai 3 ohm?

A. 6

B. 7

C. 3

D. 5


90. Unit bagi menyukat kapasiti bateri ialah__________.

A. Volt

B. Amp

C. Amp-Hour

D. Kwj


91. Di bawah ini perihal rotor sangkar tupai KECUALI..

A. Berbentuk lapisan yang dimampatkan

B. Tiada sebarang lilitan pada pemutar.

C. Cuma digunakan pada motor aruhan tiga fasa

D. Lurah (slot) pada permukaan rotor berjalur sending


92. Sebuah motor tiga fasa dikendalikan dengan bebas (slip) sebanyak 2%. Jika motor tersebut mempunyai 4 kutub dan frekuansi bekalan 50Hz, berapakah kelajuan sebenar motor itu?

A. 1425 psm

B. 1450 psm

C. 1470 psm

D. 1498 psm


93. Geganti beban lampau haba (thermal overload relay) direka bagi terpelantik (trip)

apabila berlaku :

A. Beban lampau

B. Arus litar pintas

C. Beban lampau berpanjangan

D. Arus permulaan yang tinggi


94. Manakah diantara berikut bukan merupakan ujian terhadap pengubah arus sebelum dan selepas pengubah berkenaan dipasang bagi menentukan kefungsianya.

A. Ujian penebatan dan ujian keterusan.

B. Ujian tekanan.

C. Ujian kekutuban.

D. Ujian kemegnetan.


95. Sekiranya kadaran arus ulangalik ialah 600/5A dan arus pada primer ialah 250A. Berapakah nilai arus yang ujud pada litar sekunder alatubah arus berkenaan.

A. 1.75 A

B. 2.08 A

C. 2.47 A

D. 3.96A.


96. Di dalam sistem permeteran kadaran meter ialah 600/5A dan kadaran pengubah arus yang digunakan ialah 1200/5A. Berapakah faktor pendarab yang diperlukan oleh meter berkenaan.

A. X1

B. X2

C. X3

D. X4


97. Saiz setiap pengalir yang terdedah atau pengalir kabel haruslah sedemikian besarnya supaya penurunan voltan dari alasan litar ke mana-mana titik yang lain tidak melebihi ________________ voltan terkadar.

A. 1.0 %

B. 2.0 %

C. 4.0 %

D. 5.0 %


98. Dalam pemilihan fius sebagai alat perlindungan litar, faktor-faktor berikut adalah diambil kira. Pilih yang BETUL dari kenyataan dibawah.

i Arus berkesan (I2) mestilah tidak melebihi 1.45 kapasiti arus kabel (IZ).

ii Arus nominal (In) mestilah tidak melebihi dari kapasiti arus kabel (IZ).

iii Arus nominal (In) mestilah tidak kurang dari kapasiti arus kabel (IZ).

iv Arus nominal (In) mestilah tidak kurang daripada arus rekabentuk (Ib).

A. i, ii dan iii

B. i, ii dan iv

C. ii, iii dan iv

D. Semua di atas


99 Berikut adalah data bacaan meter bagi sebuah bengkel kimpalan yang menggunakan bekalan tiga fasa. Kirakan nilai faktor kuasa pepasangan tersebut.

􀂃 Jangka Watt = 29 kW

􀂃 Jangka Ampere = 55 A

􀂃 Jangka Volt = 415 V

A. 0.73

B. 0.75

C. 0.80

D. 0.83


100. Berapakah nilai arus maksima di bahagian primer, jika sebuah pengubah pembahagian (distribution transformer) berkadaran 500 kVA, 11/0.433 kV.

A. 695 A

B. 26.24 A

C. 40.24 A

D. 700 A

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PEMBUMIAN ELEKTRIK

KAMPUNG Janda Baik pada asalnya mula diteroka dan dibuka oleh tiga orang individu yang datang dari Bentong, Pahang pada 1932 iaitu Haji Yaseh Da’un, Haji Kadir Hitam dan Haji Idris Awang.

Sebagai anak, sudah tentulah kita perlu menghormati orang tua masing-masing sekalipun mereka hanyalah ibu dan bapa angkat kita