Kisah anak anak sekolah dengan helicopter tahun 1980


Cikgu Nadzipah Binti Ismail

Kali pertama saya hantar penulisan ke ruangan ini. 
Ini lah kelas yang saya pernah mengajar pada tahun 1980. Keluar dari maktab, saya ditempatkan di sini. 3 bulan pertama adalah latihan mengajar..selepas itu terus di situ. Kira posting di sini. Waktu ni saya berusia 22 tahun. Dalam gambar tu, sayalah tu. Inilah satu satunya gambar yang ada di kelas tersebut.
Semua kenangan manis. Saya cuba menceritakan beberapa kenangan selama 2 tahun berkhidmat di sini. Saya tidak pandai cerita mcm Boi. Tapi saya cuba .
1. Satu hari pensyarah dari maktab datang hendak membuat penilaian.(pensyarah maktab lain, bukan dari maktab saya. Pensyarah dari maktab terdekat. Saya dari maktab lain)
Saya mengajar bahasa Malaysia masa tu. Murid tahun 3. Pelajarnya separuh keturunan Thai. Separuh lagi murid Melayu. Pensyarah duduk di penjuru kelas memantau. Saya mula mengajar dengan semangat. Tidak lama kemudian ..tiba tiba murid kesemuanya berlari keluar ke kawasan lapang tepi kelas dan atas padang..(temucut penuh padang tu) melompat bersorak. Sejat kelas. Hanya ada saya tepi papan hijau dan pensyarah. Pensyarah lelaki separuh umur di penjuru belakang memerhati saya. ..(Tolong ku mak....markah ngajarku pasti corot) 
Ada helicopter terbang melintasi. Bising bunyi enjin menguasai suasana. Saya yang mengajar menjadi panik dan menjerit panggil murid masuk ke kelas. Terjerit jerit saya keloi! Sorang pun tak hirau. Masih melambai bersorak hingga habis hilang bunyi enjin helicopter. Lepas tu  lama juga murid masuk ke kelas sambil bercakap satu sama lain tentang helicopter .Wajah ceria seronok. Bising satu kelas.. Bahasa Melayu , Bahasa Siam semua ada. Apa entahla murid murid ni. Pensyarah kat belakang memerhati murid-murid dan memerhati saya.  Apalah nasib cheq.
Pembelajaran kena teruskan.
Masa tu teringat sedikit ilmu yang pernah di ajar.  
Saya minta murid lukis helicopter dalam buku latihan! Wah..begitu cepat mereka bertindak balas. Lukis apa yang kamu tengok tadi. Sambil mereka melukis saya bercakap tentang pekerjaan yang bersangkutan helicopter.  Helli lukisan mereka..biar lah camna pun..warna merah oren semua ada. Yang penting mereka minat, suka. Mengeja pekerjaan untuk memenuhi ruang ruang kertas. Cikgu ni pun membantu . Dengan cikgu murid keturunan Thai kurang bercakap..cikgu tak pandai cakap Siam. 
Masa mengajar tamat. Hampir keseluruhan murid menghasilkan kerja mereka.
Saya kena mengadap pensyarah, tak kisahlah ..objektif bertukar. Rupanya pensyarah memuji saya. Beliau suka cara saya handle situasi.
Di hujung perbualan beliau berkata..takpa lah teruskan mengajar di sini..kesian juga persekitaran begini.
Awak masih muda macam anak anak saya..budak2 suka cara awak. Awak pandai melukis.( Mana taknya..mcm mcm pekerjaan orang saya lukis kat papan hijau tadi).
Saya dapat markah elok!

Kalau rajin bila bila saya cerita lagi. Banyak kisah lucu saya( kenangan manis semua).
#sekolahpostingsku

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PEMBUMIAN ELEKTRIK

KAMPUNG Janda Baik pada asalnya mula diteroka dan dibuka oleh tiga orang individu yang datang dari Bentong, Pahang pada 1932 iaitu Haji Yaseh Da’un, Haji Kadir Hitam dan Haji Idris Awang.

Sebagai anak, sudah tentulah kita perlu menghormati orang tua masing-masing sekalipun mereka hanyalah ibu dan bapa angkat kita