KELEBIHAN SUNATKAN ANAK LELAKI KETIKA BAYI
KELEBIHAN SUNATKAN ANAK LELAKI KETIKA BAYI.
Perbezaan Khitan antara Arab & Melayu.
.
Terdetik untuk kongsi perkara ini, kebetulan baru lepas sunatkan anak lelaki saya minggu lepas. Setelah saya amati perbezaan yang wujud tentangnya di antara Arab dengan Malaysia, ternyata banyak kebaikan & kelebihan untuk khitankan anak lelaki di waktu kecil seperti yang dilakukan oleh bangsa Arab.
.
1) Khitan ke atas bayi hanya mengambil masa lebih kurang 24jam sahaja untuk sembuh, berbanding ke atas kanak-kanak yang sudah besar yang mengambil masa berminggu-minggu.
.
2) Sembuh tanpa apa-apa risiko & infection, berbanding ke atas kanak-kanak yang sudah besar yang mungkin terdedah kepada pendarahan, bentan, nanah & seumpamanya.
.
3) Tidak perlu kepada ubatan. Bayi yang hanya minum susu, amat cepat sembuh kerana masih dalam proses pembesaran. Untuk kanak-kanak pula terpaksa disediakan makanan ‘pantang’ khas serta ubatan tertentu untuk memastikan cepat sembuh.
.
4) Di negara Arab, tidak pernah timbul isu saf khas buat kanak-kanak yang belum sunat ketika solat di masjid, yang mana kadang-kadang sering jadi perbalahan kita di Malaysia. Kebiasaanya terjadi apabila ada yang bertindak menghalau kanak-kanak yang belum khitan ke saf belakang atas hujah menanggung najis & lain-lain. ***isu saf ni perlu perbahasan panjang lagi tentang hukum hakamnya. Ini sekadar pernyataan umum ke atas realiti yang berlaku di Malaysia, takut nanti ada yang silap faham.
.
5) Malah anak-anak kecil yang sudah sunat, sah solat mereka dan sah juga jika bermakmumkan mereka. Dengan syarat sudah mumayyiz (mudah faham 'mumayyiz': makan sendiri/pakai sendiri/istinjak sendiri). Alangkah cantiknya apabila budak-budak yang umur 6 7 tahun diajarkan untuk jadi imam dirumah bersama keluarga dalam solat yang sah.
.
6) Penjagaan kebersihan anak, bukan bermula ketika sudah besar, sebaliknya harus dititikberatkan sejak bayi lagi. Kerana itu Arab guna istilah 'thoharoh' (kebersihan) ke atas kalimah khitan.
.
7) Ada sebilangan orang perempuan berkata sunat waktu baby adalah menyeksakan baby, tetapi sebenarnya sunat waktu besar lagilah amat menyeksakan!. Kami tahu lah sebab kami orang laki..huhu
.
8) Cuma kekurangannya, bayi yang disunatkan waktu kecil, maka tidaklah mereka punyai pengalaman sunat macam kita. Kerana manalah mereka ingat apa-apa sebab kecil sangat lagi. Jadi tak adalah cerita-cerita kelakar lari dari tok mudim, atau tendang tok mudim, atau seronok mandi sungai ramai2 sebelum sunat, atau seronok dapat duit banyak orang sedekah kat kita pastu beli macam-macam mainan selepas tu, dan macam-macam lagi kisah "Masuk Jawi" yang boleh buat bahan gelak sehingga ke tua ^_^ .
.
Tiada salahnya untuk kita ubah adat kita kepada satu adat yg lebih baik, malah lebih mendekati sunnah yg anjurkan oleh Nabi SAW. :)
.
Dari Saidatina Aaisyah RA, "Sesungguhnya Nabi SAW mengkhatankan Hassan & Hussain pada hari ke 7 dari hari kelahiran keduanya." -- Riwayat al Baihaqi.
.
Wallahualam..
.
*Gambar hanyalah lakonan*
***Murajaah 7 perkara Sunnah Nabi ketika mendapat kelahiran
Hari pertama : (1) Azan & iqomah di telinga bayi. (2) Tahnik
Hari Ke 7 : (3) Beri nama. (4) Aqiqah. (5) Berkhatan. (6) Cukur rambut.
Hari tidak ditetapkan : (7) Sedekahkan wang berdasarkan berat rambut anak yang telah dicukur itu dengan nilai semasa emas atau perak. ***tambahan 1 lagi : Tanam uri..
Ulasan
Catat Ulasan