Catatan

Durian Tupai King

Imej
Bila dapat durian isi macam ni ramai pelangan yang reject. Cakap isi durian dah rosak sebab isi warna kehitaman. Tapi kami tak marah kalau pelangan reject durian ni. Kami lagi suke😍 Durian ni barang rare. Susah nak jumpa. Yang tahu sahaja akan menghargai. Kalau dapat kat pelangan bangsa cina melompat girang mereka dapat durian ni. Tupai King diberi nama. Hanya yang tahu akan rasa dan tekstur isinya. Durian selera Bangsawan. Kalah pada rupa, menang pada nikmatnya Perkongsian oleh Rizky Durian

Upacara tahunan buang sampah tepi jalan ini sebenarnya satu ritual yang lebih kurang sama dengan melontar jamrah.

Imej
Upacara tahunan buang sampah tepi jalan ini sebenarnya satu ritual yang lebih kurang sama dengan melontar jamrah. Simboliknya orang Kelate buang sampah di Pahang sebelum masuk ke sempadan Kelantan adalah satu bentuk penyucian diri. Sampah-sampah itu semua mewakili dosa-dosa sepanjang mereka menetap dan bekerja di negeri-negeri PH yang banyak maksiat. Justeru sebelum pulang ke negeri Serambi Mekah, perlu dibuang sampah ke tepi jalan agar diri setiap anak Kelate kembali suci bersih ibarat kain putih, tiada dosa walau sekecil zarah. Barulah mereka dikira layak pulang ke pangkuan PAS dan menghirup air teh dari telaga boring. Wallahualam. Ramadhan 2024 (Done keluar dalil untuk para walaun)

Semakin bertambah umur semakin mahu kehidupan senyap.

Semakin bertambah umur semakin mahu kehidupan senyap. Orang tak ajak, kita diam sahaja. Orang tak suka, kita jauhkan diri sahaja Orang tak perlu kita bantu, kita tengok sahaja. Orang tak nak bantu, kita uruskan sendiri Orang tak nak berkawan, kita cari kawan yang sudi. Kita hidup tanpa ambil hati dengan siapa siapa. Suka hati lah orang lain nak buat apa pada kita Kita teruskan hidup kita dengan bahagia cara kita. Tanpa perlu sentap, x perlu emosi. Semakin kita bertambah umur, kita mahukan kehidupan makin senyap. Kehidupan senyap yang menenangkan.  Malas bergaduh dengan orang dan mahukan kedamaian sahaja. Biar mengalah asal kita menang dalam diam. Biar mengalah asal tidak melukai sesiapa. Biar mengalah dan diam. Diam itu tenang. Tenang itu menang.   Balik kerja kalau temu dengan ujan kta tempoh je...

Nenek from Syukur Mohammad

Imej
- Nenek - [ Cerita ini akan menjadi pengakhiran penulisan saya di dalam grup ini , saya mohon maaf jika dalam penulisan saya ada menyinggung perasaan yang membaca , juga mungkin ada bahasa yang kesat dan kasar yang telah saya tulis. Masih banyak lagi sebenarnya cerita² yang saya ingin kongsikan , tapi saya ambil keputusan untuk menyudahinya di sini sahaja. Saya share cerita saya semata² sebagai hiburan jika terhibur , sebagai pengajaran jika ada unsur² pelajaran , bukannya saya share kerana mencari RIBUAN LIKES , saya sendiri tidak menyangka bahawa cerita saya akan sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan dari pembaca , TERIMA KASIH BANYAK². In syaa ALLAH kalau ada kesempatan saya akan cuba bukukan cerita² saya , sama ada cerita yang telah di post atau pun cerita² baru , dan saya berniat jika mendapat sambutan sebahagian keuntungan jualan itu akan di salurkan ke madrasah yang AMAT MEMERLUKAN. TERIMA KASIH admin yang sentiasa released cerita saya , TERIMA KASIH kepada an...

denny Indonesia menjelma

- 2010 - Aku berlepas dari KLIA menuju Jakarta jam 9 pagi untuk satu tugasan selama 10 hari di sana. Ini bukan pertama kali aku ke negara GARUDA DI DADA , entah ke berapa kali aku pun dah tidak ingat. Kali ini aku akan menetap di sebuah hotel di area Jalan Thamrin Jakarta. Sebuah hotel berbintang 5 yang bernuansakan arkitektur Jawa. Aku tidak begitu suka sebenarnya dengan hotel ini tapi di sebabkan waktu itu , itulah satu²nya hotel yang berharga murah dari hotel² bintang 5 yang lain , jadi aku ketepikan TIDAK SUKA aku itu. Aku mendarat di Jakarta jam 10 pagi waktu tempatan dan di ambil oleh pemandu yang telah di sediakan oleh syarikat bagi kemudahan aku selama aku di Jakarta. Arah tujuan pertama aku bila sampai sementara menunggu waktu untuk "CHECK IN" adalah kawasan di daerah bernama KEBUN KELAPA ke sebuah restoran makanan Padang milik sahabat aku ( kita sebut sahaja Robert ). Sebaik tiba di restoran Robert , dia telah menunggu aku dan aku memesan makanan dan berbual² bersam...

Harimau haji beh

- 1985/86 #1 - Ketika aku di tingkatan 2 , pertengahan tahun abah memberitahu bahawa datuk dan nenek mahu aku duduk bersama² mereka. Ini bermakna aku terpaksa bertukar sekolah , dari sekolah ternama di bandar ke sekolah kampung. Senyum simpul aku mendengar pemberitahuan abah aku itu , aku rasakan sangat seronok. Maka selepas habis cuti pertengahan tahun aku pun memulakan pembelajaran aku di sekolah di pekan tempat datuk dan nenek aku. Seperti biasa aku mudah menyesuaikan diri di persekitaran yang baru. Duduk dengan datuk dan nenek sudah pasti berbeza duduk bersama kedua orang tua. Datuk membelikan aku basikal untuk aku berulang alik ke sekolah yang jaraknya ( - + ) 2 kilometer. Dan duduk dengan datuk dan nenek aku menambahkan lagi banyak pengetahuan aku tentang salasilah keturunan aku dan cerita² orang tua dahulukala. Aktiviti aku tidak banyak berubah , sekolah rumah dan sekolah sahaja , kecuali di hujung minggu atau waktu cuti umum dan cuti persekolahan. Jumaat dan sabtu adalah aktiv...

Kisah pendamping nenek

Imej
Kisah pendamping nenek Cerita #1 Ketika nenek aku di bawa ke hospital akibat keadaan kesihatannya semakin memburuk, arwah abah aku, arwah pokde aku dan poksu aku duduk berbincang, siapa yang Akan menjaga nenek aku ketika malam hari. Pokde aku tiada isteri, emak aku sudah meninggal, isteri aku penakut amat, bibik nenek aku phobia dengan hospital, poksu aku pula masih mempunyai anak kecil manakala adik² aku semua lelaki berada di luar daerah kecuali aku. Sebagai cucu sulong dan kesayangan nenek aku, tanpa bantah apa² aku pun setuju untuk menjaganya. Nenek aku ini berdarah Arab datang ke Malaya ketika tahun 1930an di USIA belasan tahun kerana berkahwin dengan arwah datuk aku. Nenek aku di tempatkan di ward pertama, hanya 1 katil demi memudahkan anak cucu datang melawat dan menjaganya. Hari pertama, di siang hari arwah pokde aku dan bibik menjaganya, dan waktu malam bermulalah giliran aku seawal jam 9 malam aku sudah berada di dalam bilik nenek aku. Aku adalah seorang ...