Nenek from Syukur Mohammad
- Nenek -
[ Cerita ini akan menjadi pengakhiran penulisan saya di dalam grup ini , saya mohon maaf jika dalam penulisan saya ada menyinggung perasaan yang membaca , juga mungkin ada bahasa yang kesat dan kasar yang telah saya tulis.
Masih banyak lagi sebenarnya cerita² yang saya ingin kongsikan , tapi saya ambil keputusan untuk menyudahinya di sini sahaja.
Saya share cerita saya semata² sebagai hiburan jika terhibur , sebagai pengajaran jika ada unsur² pelajaran , bukannya saya share kerana mencari RIBUAN LIKES , saya sendiri tidak menyangka bahawa cerita saya akan sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan dari pembaca , TERIMA KASIH BANYAK².
In syaa ALLAH kalau ada kesempatan saya akan cuba bukukan cerita² saya , sama ada cerita yang telah di post atau pun cerita² baru , dan saya berniat jika mendapat sambutan sebahagian keuntungan jualan itu akan di salurkan ke madrasah yang AMAT MEMERLUKAN.
TERIMA KASIH admin yang sentiasa released cerita saya , TERIMA KASIH kepada anda semua yang sudi membaca.
Dan gambar di bawah ini adalah gambar nenek saya , dengan niat menyampaikan hajat yang mahu melihat wajah nenek saya tidak ada niatan yang lain ]
-----------------------------------------------------------------------
- Nenek -
"ITULAH BANG , KENAPALAH DI TAMPAR SI ABC TU" sambil nenek menyapu ubat ke tangan aku yang melecet kerana mengangkat berat barangan yang di beli di pekan tadi dan juga menyapu MOPIKO ke bintit² gigitan nyamuk di tangan dan badan aku. Aku hanya diam , tidak kuasa lagi aku nak menyanggah atau membalas omelan nenek.
"KAU TU NENEK BAGI NAMA SEMPENA NAMA BAPAK NENEK , BAPAK NENEK TU ORANGNYA LEMBUT , BAIK DAN SANGAT SOPAN , BUKANNYA KAKI GADUH" sambung omelan nenek. Iya nenek bernama AISHAH BINTI SHUKUR , aku tempat lepas rindu nenek kepada bapanya yang jauh di Mekah , sebab rindu maka aku di beri nama sempena bapanya.
"ATOK TU MALAM TADI SETENGAH JAM SEKALI , NGINTAI KAU KAT BAWAH" bisik nenek mengejek datuk yang mendenda aku tapi datuk risau terhadap aku , aku hanya tersengih , "INTAI JE BUAT APA , PANGGILLAH NAIK" gerutu aku pada nenek. "MANA BOLEH AJAK NAIK , NANTI TAK INSAF" sambil nenek menunjal lembut jarinya ke dahi aku.
-tammat 👋 @everyone -
Ulasan
Catat Ulasan