denny Indonesia menjelma

- 2010 -

Aku berlepas dari KLIA menuju Jakarta jam 9 pagi untuk satu tugasan selama 10 hari di sana. Ini bukan pertama kali aku ke negara GARUDA DI DADA , entah ke berapa kali aku pun dah tidak ingat. Kali ini aku akan menetap di sebuah hotel di area Jalan Thamrin Jakarta. Sebuah hotel berbintang 5 yang bernuansakan arkitektur Jawa. Aku tidak begitu suka sebenarnya dengan hotel ini tapi di sebabkan waktu itu , itulah satu²nya hotel yang berharga murah dari hotel² bintang 5 yang lain , jadi aku ketepikan TIDAK SUKA aku itu.

Aku mendarat di Jakarta jam 10 pagi waktu tempatan dan di ambil oleh pemandu yang telah di sediakan oleh syarikat bagi kemudahan aku selama aku di Jakarta. Arah tujuan pertama aku bila sampai sementara menunggu waktu untuk "CHECK IN" adalah kawasan di daerah bernama KEBUN KELAPA ke sebuah restoran makanan Padang milik sahabat aku ( kita sebut sahaja Robert ). Sebaik tiba di restoran Robert , dia telah menunggu aku dan aku memesan makanan dan berbual² bersamanya. Robert ini seorang mualaf. 

Dalam perbualan itu , aku teringat seorang lagi sahabat , ( kita panggil sahaja sebagai Denny ) , bila aku bertanyakan berkenaan Denny , Robert tiba² seperti orang yang ketakutan , melilau mata dia melihat sekeliling sambil berkata dengan suara yang agak perlahan , "JANGAN SEBUT NAMA DIA , NANTI DIA DATANG" , aku yang teruja tanpa mengetahui apa² terus bersuara , "EH BAGUSLAH DIA DATANG , AKU DAH LAMA TAK JUMPA DIA" , setelah aku berkata begitu Robert terus menepuk dahinya kerana mungkin kesal mendengar jawapan aku yang agak kuat. Kemudian Robert meminta diri kerana ada urusan yang perlu di kerjakan dan meminta aku nenunggu untuk dia kembali semula.

Setelah terlalu lama menunggu Robert yang tidak balik² aku pun ambil keputusan untuk check in dahulu , sebelum keluar aku meminta manager di restoran itu untuk memberitahu kepada Robert bahawa aku akan datang lagi esok petang selepas tugasan aku selesai. Jam 4 petang setelah merentasi jammed yang teruk akhirnya aku sampai ke hotel tempat aku akan menginap. Selesai urusan check in , aku naik ke bilik berkemas dan bersiap kembali untuk keluar membeli sim kad dan makanan untuk makan malam aku hari itu. Kebetulan hotel aku inap itu bersebelahan dengan mall , jadinya aku hanya perlu berjalan kaki sahaja.

Setelah selesai membeli keperluan yang aku perlukan aku pun kembali semula ke hotel dengan niat ingin berehat kerana esok pagi seawal jam 6 pagi , pemandu akan mengambil aku untuk ke tempat kerja. Baru sahaja aku melangkah masuk ke hotel , bahu aku di cuit oleh seseorang , aku menoleh dan dapati itu adalah kawan aku bernama Denny. Dengan rasa girang bertemu rakan lama , kami bersalaman dan aku mengajak Denny untuk minum sebentar di coffee house yang terletak di bawah.

Kami duduk di sebuah meja , dan di datangi pelayan coffee house bertanyakan pesanan kami , kami menyambung perbualan. Aku bertanyakan khabar Denny dan keluarganya serta bagaimana keadaan dia sekarang , Denny menjawap seadanya , dan mengatakan bahawa teman² yang lain telah menjauhkan diri dari dirinya. Aku yang memang jenis tidak suka mengambil tahu akan permasalahan orang ketiga atau orang lain , aku hanya menyabarkan Denny dan anggap sahaja kawan² itu sedang melakukan kesilapan. Selang tidak lama kami berbual , Denny meminta diri untuk pulang dan tidak mahu mengganggu aku berehat. Kami berpisah di depan pintu masuk. Aku naik ke bilik untuk berehat. Setelah menukar pakaian dan bersiap untuk tidur aku memasukkan sim kad yang baru aku beli ke dalam slot sim handphone aku dan terus mengecas bateri handphone dan aku tidur.

Esoknya selepas aku habis tugasan , aku menalipon Robert dan memberitahu bahawa aku akan ke restorannya untuk makan sekaligus makan malam kerana waktu itu sudah jam 5 petang. Robert mengiyakan dan memberitahu bahawa sebentar nanti Pijo ( juga nama samaran ) akan datang juga , aku merasa seronok kerana berjumpa juga dengan rakan yang lain. Sesampai sahaja di restoran Robert aku lihat Pijo sudah menunggu  kedatangan aku. Kami berbual dan bertukar² khabar sesama kami. Dan aku juga memberitahu bahawa malam tadi Denny telah datang ke hotel bertemu dengan aku.

Bila mendengar aku menyebut nama Denny , Robert dan Pijo berpandangan sesama sendiri seperti terperanjat bila mendengar aku menyebut nama Denny. "KAMU JANGAN BERCANDA KUR" , kata Pijo kepada aku , ( aku akan cuba translate ke bahasa Malaysia mana yang aku tahu ) , "SERIUS , DENNY JUGA MENGADU KAMU MENJAUHKAN DIRI DARI DIA" balas aku kepada pertanyaan Pijo itu tadi. Pijo melihat Robert dan bertanyakan sama ada aku sudah mengetahui kisah sebenar atau tidak , dan Robert mengatakan semalam dia ingin memberitahu aku tapi bila dia balik semula ke restoran aku telah ke hotel untuk check in dan tidak dapat menceritakan apa² , beritahu Robert kepada Pijo. 

Aku memarahi mereka berdua kerana menjauhkan diri dari Denny sebagaimana aduan Denny kepada aku semalam. Pijo yang melihat aku sedang emosi menenangkan aku , "KUR , TIDAK ADA SESIAPA AKAN MENJAUHKAN DIRI DARI DENNY JIKA DENNY ITU MANUSIA NORMAL" , aku terdiam , menunggu penjelasan lanjut dari mereka berdua. Pijo membetulkan duduknya dan bertanya kepada Robert sama ada dia menerangkan atau Robert menerangkan situasi sebenar kepada aku , Robert menyuruh Pijo menerangkan kepada aku.

"GINI KUR" kata Pijo , "DENNY ITU SUDAH MENINGGAL LEBIH KURANG 2 MINGGU LALU , SEKARANG INI DIA GETAYANGAN SEBAB MEMINTA TOLONG UNTUK MEMBUKA TALI POCONGNYA" , aku yang mendengarnya terdiam , dan sudah pasti aku ketakutan bila mendengar perkataan "POCONG" , "MENINGGAL SEBAB APA" soal aku kepada Pijo , "DIA DI TIKAM SEMASA BERLAKU ROMPAKAN DAN MENINGGAL DI TEMPAT KEJADIAN" , jawap Pijo , aku termenung bila mengenangkan Denny telah meninggal dan siapakah yang datang berjumpa dengan aku semalam❓❓❓

"MACAM MANA DIA BOLEH GETAYANGAN❓❓❓" soal aku kepada mereka , "KATANYA....ADIK DENNY TIDAK BOLEH TERIMA KENYATAAN ABANGNYA DI BUNUH DAN MASA PENGKEBUMIAN ITU ADIKNYA TIDAK MEMBUKA TALI IKATAN JENAZAH AGAR ABANGNYA BOLEH MEMBALAS DENDAM" , beritahu Robert kepada aku. Aku hanya terlopong kerana memikirkan ada manusia yang sanggup berbuat begitu kepada jenazah. "DAN SEKARANG , KALAU KITA MENYEBUT NAMANYA DIA AKAN DATANG DAN MEMINTA TOLONG AGAR KITA BOLEH MEMBUKAKAN IKATAN TALI POCONG DIA" , sambung Robert. Semakin aku tidak keruan kerana takut Denny akan datang berjumpa dengan aku , dan paling sadis jika datang menyerupai pocong.

Hari sudah malam , tiba masa aku kembali semula ke hotel penginapan aku , sampai sahaja di hotel aku telah melihat Denny telah bersedia menunggu aku , aku beranikan diri mendekatinya sambil mengajak dia minum di coffee house , dia mengikuti aku yang sudah menggigil ketakutan , sampai sahaja di meja , aku memesan minuman tapi hanya satu , ya satu sahaja kerana aku tahu Denny ini bukan manusia. 

"DEN , AKU SUDAH TAHU KAU TELAH MENINGGAL , DAN AKU HARAP SANGAT² PADA KAU JANGANLAH KAU WUJUDKAN DIRI KAU BERBENTUK POCONG , AKU JAUH DARI KELUARGA , JAUH DARI NEGARA AKU , AKU TAKUT DAN JIKA APA² TERJADI PADA AKU SIAPA YANG AKAN MEMBANTU AKU" dalam suara bergetar² aku memberitahu Denny , "KAU PUN NAK MENJAUHKAN DIRI DARI AKU KE" soal Denny , "BUKAN BEGITU , KAU BOLEH DATANG , BOLEH JUMPA AKU BILA² MASA KAU SUKA ASALKAN KAU JANGAN DATANG BERBENTUK POCONG , AKU TAKUT , AKU TETAP KAWAN KAU DEN" , jawap aku sambil tertunduk hendak menangis kerana ketakutan. Beberapa ketika aku mengangkat kepala dan aku lihat Denny telah tiada di depan aku. Tanpa banyak bicara aku membayar harga minuman dan hendak naik ke bilik , sebelum itu aku bertanya dengan pelayan yang menghantar bil adakah dia nampak sesiapa dengan aku masa aku duduk tadi , "TIDAK NAMPAK MAS , DAN SEMALAM MAS ORDER 2 AIR PUN SAYA HANYA NAMPAK MAS SEORANG" , aku diam , bayar dan naik ke bilik.

Malam itu aku berdoa agar aku tidak akan bertemu dengan benda yang bukan² , dan aku dapat tidur dengan selesa tanpa gangguan.

@everyone

- 2010 #2 -

Pagi itu aku bangun dalam keadaan kebingungan , bingung memikirkan kejadian yang menimpa Denny , bagaimana ingin mengatasinya. 

Setelah sampai di pejabat , aku masih lagi termenung memikirkan situasi yang sedang di alami , sampai bila ini semua akan berlaku , aku ambil keputusan menalipon Robert untuk bertanyakan apakah solusi yang perlu di ambil dalam menangani masalah Denny itu. Aku menasehati Robert agar bertemu dengab keluarga Denny dan maklumkan kejadian² yang berlaku , tapi Robert memberitahu bahawa mereka telah memaklumkan kepada keluarga Denny tentang kejadian² itu dan keluarga Denny tidak mempercayainya malah mengatakan kawan² Denny semua sedang memfitnah Denny yang telah pergi. Aku hanya mampu mendiamkan diri tanpa ada ulasan apa² jika ahli keluarga Denny sendiri menolak untuk percaya. Secara peribadi inilah perkara pertama yang berlaku dalam hidup aku.

Petang itu aku balik terus ke hotel kerana Pijo akan memgambil aku untuk keluar makan malam. Kami menuju ke Bandar Seafood untuk makan malam , di situ telah ada juga kawan² yang lain TERMASUK ADIK DENNY , iaitu Sam dan Aspa , aku teruja dan sekaligus serba salah. Teruja kerana lama tidak bertemu Sam dan Aspa , serba salah kerana adakah aku perlu memberitahu kepada Sam dan Aspa berkenaan Denny. Sam ini agak rapat dengan aku kerana pernah tinggal bersama² aku di London dan Aspa pula adalah adik perempuan Denny dan kakak kepada Sam. Mereka hanya 3 beradik.

Setelah bertanya² khabar dan menikmati makan malam , aku memberanikan diri bertanya kepada Sam dan Aspa berkenaan Denny. Agak memeranjatkan aku bila mendengar jawapan Sam yang mengaku telah melakukan perkara yang menyebabkan Denny bergentayangan. Tapi Sam bertegas tidak akan membetulkan perkara yang salah itu selagi Denny tidak dapat membalas dendam kepada pembunuh²nya. Aku , Pijo dan Robert hanya mendiamkan diri dengan penjelasan Sam. Dan Sam menyambung lagi bahawa dia akan berkomunikasi dengan Denny agar tidak mengganggu lagi kami dan itu adalah janji Sam kepada kami. Kami menghabiskan malam itu dengan berbagai cerita dan berbagai persoalan yang tidak terjawap. Aku di hantar pulang ke penginapan oleh Pijo , ketika mahu keluar dari kawasan parkir , kami berdua melihat sosok Denny di tepi jalan memandang kepada kami dengan wajah yang sayu , aku dan Pijo berpandangan dan kami sama² merasa sayu dan sedih. Sepanjang perjalanan kami tidak banyak bercakap , masing² melayan perasaan sendiri.

Malam itu tidak ada kejadian yang aneh berlaku , esok pagi selepas waktu kerja aku akan berangkat ke Jambi untuk tugasan aku seterusnya.

Sesampai di Jambi waktu sudah menunjukkan jam 9 malam , aku check in di sebuah hotel di tengah² bandar Jambi , beberapa rakan kerja aku telah ada di hotel itu , esok awal pagi kami akan berangkat ke sebuah daerah bernama Kerinchi. Perjalanan Bandar Jambi ke Kerinchi mengambil masa hampir 14 jam menggunakan kereta. Malam itu aku hanya merehatkan badan sahaja untuk sebuah perjalanan yang pasti akan memenatkan.

Di dalam perjalanan ke Kerinchi kami melalui satu jalan mendaki yang memutari sebuah gunung yang penuh dengan hutan belantara , jalan itu betul² cukup untuk 2 kenderaan berselisih dan hampir dengan jurang , salah kendali kenderaan sudah pasti akan menjunam ke dalam gaung yang sedia menunggu di bawah. Pemandu orang tempatan yang membawa kami memang cekap mengendali kenderaan yang membawa kami. 

Di lingkaran ke 3 atau ke 4 mendaki itu tiba² kenderaan yang kami naiki mengalami masalah teknikal , kenderaan terasa berat dan tidak mampu untuk melingkari mendaki hingga ke lingkaran ke 7 iaitu tempat istirehat sebelum kami menuruni kembali gunung itu sehingga ke tempat tujuan. Jam waktu itu menunjukkan jam 9 malam. Aku bertiga dan pemandu menjadikan jumlah 4 orang semuanya sedikit kelam kabut kerana waktu itu suasana sudah gelap dan kami berada betul² di kawasan hutan dan di tepi jurang.

Aku cukup risau bukan risaukan hantu atau syaitan , tapi yang aku risaukan adalah haiwan liar terutama harimau. Kami berempat turun dari kenderaan , cuaca sangat sejuk dan berkabus waktu itu. Pemandu cuba menghidupkan enjin kenderaan manakala kami bertiga hanya menghisap rokok kerana tidak tahu apa yang perlu di buat.

Sedang pemandu cuba menghidupkan enjin dengan membetulkan sesuatu di bonet hadapan tiba² lampu kenderaan yang sedang menyala telah terpadam menyebabkan suasana sekeliling menjadi gelap gelita sementara , kami semua terperanjat dan mula menunjukkan kekhuatiran dan sudah pasti timbul rasa ketakutan di antara kami.

Pemandu cuba menghubungi seseorang tapi sayang tidak ada liputan talian talipon di sekitar itu. "NAMPAK GAYANYA , KITA KENA TUNGGU JIKA ADA KENDERAAN LAIN YANG LALU" , kata pemandu kepada kami , dan waktu itu kami semua tahu bahawa peratusan akan ada kenderaan lain lalu amat kecil sekali. Jam sudah menunjukkan jam 10 malam.

Aku , Chua dan Kasim berdiri di hadapan kenderaan memerhatikan pemandu yang sedang cuba membaiki kerosakan , dengan tiba² Chua memegang tangan aku dengan agak kuat. Aku melihat muka Chua , dia benar² ketakutan , aku bertanya kenapa , tapi Chua hanya menjuihkan bibirnya ke satu arah , aku dan Kasim melihat ke arah yang di tunjuk oleh Chua.

"ASTAGHAFIRULLAH" , kata aku agak kuat sehingga pemandu mengikuti arah apa yang aku lihat , kami berempat berundur beberapa tapak ke belakang menghindari sosok yang ada di tepi Kasim.

Sosok seorang perempuan dengan baju putih yang lusuh di penuhi tanah dan berbau hanyir sedang berada hanya beberapa kaki sahaja dari kami. Pemandu bergegas masuk ke dalam kenderaan untuk cuba menghidupkan enjin dan kami bertiga tetap kaku berdiri di hadapan sosok perempuan itu. Perempuan itu hanya menyeringai kepada kami bertiga , rupanya yang hodoh menyebabkan aku merasakan hendak pingsan , rambut perempuan itu sangat panjang hingga mencecah ke tanah.

Tiba² Kasim melaungkan azan dengan sangat kuat , aku dan Chua tetap kekal kaku tidak mampu melakukan apa² , sedang Kasim melaungkan azan , perempuan itu terbang melayang ke arah kami sambil mengilai yang amat kuat. Hilaian perempuan itu tidak berhenti² seperti mengajuk kami yang sedang ketakutan.

Selepas sosok itu terbang kami bertiga bergegas masuk ke dalam kenderaan. Aku yang duduk di sebelah pemandu melihat keadaan di luar yang gelap , aku terlihat sosok itu masih ada di hadapan kiri kenderaan kami dalam beberapa kaki sahaja berdiri sambil mengilai². Dan di kiri kenderaan kami adalah jurang , maknanya sosok itu sedang terapung² di atas jurang.

Pintu bonet hadapan masih lagi terbuka , pemandu turun ingin menutup bonet hadapan , tapi baru sahaja dia berada di sebelah bonet kenderaan itu , dia di serang oleh sosok perempuan itu yang terbang ke arahnya dan seketika itu juga pemandu itu tergeletak pingsan di luar kenderaan. Kami bertiga bertambah panik , tidak tahu apa yang ingin di lakukan. Kasim melaungkan sekali lagi azan sekuat²nya sehingga kenderaan itu bergoncang dengan sangat kuat , kami tidak tahu apa yang mengoncang kenderaan kami waktu itu , kejadian itu mungkin selama setengah jam atau kurang kami tidak tahu kerana kami semua sedang dalam ketakutan yang amat.

Dalam keadaan panik itu tiba² ada satu cahaya kenderaan menyuluh kenderaan kami dari arah belakang , dan kami mendengar bunyi honk yang di bunyikan beberapa kali sebelum ada seseorang mengetuk cermin tingkap kami. Kemudian datang lagi beberapa orang menghampiri kenderaan kami dan meminta kami membuka pintu kenderaan. Mereka menyuluh keberadaan kami dan kami juga melihat beberapa orang sedang menyedarkan pemandu yang pingsan tadi. Setelah kami merasa selamat , kami pun membuka pintu kenderaan kami. "JANGAN TAKUT , KAMI RANGER YANG SEDANG MELAKUKAN RONDAAN" kata salah seorang dari mereka , aku melihat plate kenderaan mereka berwarna merah yang mana ianya menjadi bukti bahawa mereka benar² sedang bertugas.

Kami berkumpul di hadapan kenderaan ranger itu dan melihat pemandu kami sedang kembali pulih. Salah seorang ranger itu memberi kami air mineral untuk di minum dan menenangkan diri.

Salah seorang ranger itu membetulkan kenderaan kami dan mereka mengatakan bahawa mereka akan mengikuti kami sehingga ke kawasan istirehat. Dan di situ baru kami di benarkan untuk menceritakan apa sahaja kejadian yang telah kami lalui.

Pendek cerita jam 3 pagi kami sampai di kawasan istirehat , di situ salah seorang ranger telah bertanya apa yang kami telah lihat dan lalui , dan Kasim menceritakan segalanya. "KAWASAN ITU MEMANG BANYAK KEJADIAN SEBEGITU , SOSOK WANITA ITU ADALAH SOSOK PENUNGGU DI SITU , BIASANYA JIKA ADA SESIAPA YANG LALU DI SITU PASTI AKAN DI GANGGU" kata salah seorang ranger itu. Aku diam sahaja sebab aku sedang ketakutan.

Kami akhirnya sampai di bandar Kerinchi jam 8 pagi , check in , berehat seketika sebelum ke tempat tugasan , dan kami semua akhirnya mengambil keputusan akan pulang ke Malaysia melalui perjalanan Kerinchi - Padang - Jakarta dan terus ke Malaysia setelah habis segala tugas kami di bumi Garuda di dada.

- Tamat @everyone -

- 2010 #3 -

Setelah 3 hari di Kerinchi , kami semua pulang ke Jakarta melalui Padang dan akan berada di Jakarta selama 2 malam sebelum balik semula ke Malaysia.

Sampai di Jakarta , aku , Chua dan Kasim mengambil penginapan yang berada di kawasan bulatan HI yang mana ianya memudahkan kami ke pejabat dengan hanya berjalan kaki sahaja. Chua dan Kasim akan pulang ke Malaysia lebih awal sehari dari aku.

Aku menemui Pijo petang itu di sebuah restoran makanan segera , berbual sekaligus bercerita tentang Sam yang menganiaya Denny kerana masih tidak boleh menerima kejadian yang menimpa Denny. Pijo mengatakan bahawa Aspa juga telah di datangi Denny beberapa hari yang lalu dan mereka telah berjumpa. Pijo mengutarakan pandangan agar aku juga harus berjumpa dengan Aspa , aku bersetuju lantas Pijo terus menalipon Aspa. Setelah megakhiri perbualan dengan Aspa , Pijo memberitahu bahawa malam nanti Aspa ingin berjumpa dengan kami di Blok M di sebuah cafe.

Malam itu , kami semua bertemu di cafe ssperti yang di janjikan , Aspa datang bersama² bapanya , aku akan panggil bapa Aspa sebagai Pakcik K. Setelah bersalaman dan mengambil tempat duduk dan memesan minuman , Aspa memulakan bicara , "DENNY DATANG MERAYU AGAR DI LEPASKAN TALI POCONGNYA" , aku yang mendengar ucapan Aspa terus bertanya keadaan Denny datang itu bagaimana , "BENTUK POCONG , MUKANYA SEDIH SEKALI" kata Aspa menjawap soalan aku. Dalam hati aku bersyukur yang amat sangat kerana selama ini Denny datang berjumpa aku dengan keadaan yang kekal sebagai manusia , jika tidak sudah pasti sekarang aku sedang demam , gumam hati aku.

Pakcik K bertanya dengan Pijo , adakah apa² yang boleh di lakukan untuk menyelamatkan Denny yang sedang bergentayangan itu. "SUKA TAK SUKA KENA BUKA IKATAN DIA" , jawap Pijo. Walaupun kita semua tahu bahawa itu adalah salah satu perbuatan yang mustahil lebih² lagi aku yang memang tidak akan berani bersemuka dengan sosok pocong apalagi hendak membuka ikatannya , memang tidaklah jawapnya.

Pijo menambahkan , sepatutnya yang mengambil tanggungjawap untuk membuka ikatan tali itu adalah Sam , cuma Sam sedang mengikut kata hati yang panas baran sehingga menganiaya Denny. Aspa memandang aku , meminta aku menasehati Sam , memandangkan Sam pernah rapat dengan aku suatu masa dahulu. Aku yang tahu perangai Sam yang panas baran itu hanya teringat satu peristiwa ketika di London di mana Sam telah menumbuk seorang negro gara²  tidak sengaja berlanggar bahu sehingga handphone Sam jatuh dan pecah. Aku hanya mengatakan bahawa aku akan cuba untuk menasehati Sam itupun jika Sam sanggup mendengar nasehat aku , "TAK JANJI , TAPI AKU CUBA" kata aku kepada mereka.

Pakcik K mengharap sangat aku dapat menasehati Sam , kerana Pakcik K tidak sanggup melihat Denny terus berada dalam kesusahan dan bergentayangan sebegitu , awal dulu masa Pijo dan Robert memberitahu Pakcik K dan Aspa mereka menuduh kawan² Denny itu memfitnah arwah tapi setelah mereka di datangí roh Denny barulah mereka percaya dan yakin setelah mereka mendengar pengakuan Sam atas perbuatannya.

Malam itu kami akhiri dengan satu persetujuan bahawa aku akan menasehati Sam agar membuka ikatan tali pocong Denny , kami berpisah dan Pijo menghantar aku balik ke hotel. Aku meminta Pijo menghantar nombor whatsapp Sam agar mudah untuk aku berkomunikasi dengannya.

Malam itu sebelum aku tidur , aku menghantar pesanan whatsapp kepada Sam , setelah mengenalkan diri , "SAM ESOK SARAPAN SAMA AKU JAM 9 PAGI DI HOTEL ###" , Sam hanya menjawap "OK".

Esoknya tepat jam 9 pagi , Sam telah ada bersama² aku untuk bersarapan , aku yang sedang dalam dilema bagaimana hendak memulakan perbicaraan mengambil masa yang lama sebelum aku benar² berani hendak menyampaikan pesanan bapa dan kakaknya malam tadi.

Setelah keberanian aku hadir dan melihat Sam sedang dalam keadaan selesa ketika sarapan itu aku pun memulakan , "SAM , BANTULAH DENNY" kata awal aku dan melihat reaksi Sam. Sam mengeluh seperti mengeluh penyesalan dan berkata , "AKU DAH BUAT SALAH KUR" , serta merta air matanya bergenang , aku mengusap bahu Sam untuk menenangkannya , "AKU BETUL² RASA BERSALAH SEKARANG" sambung Sam. "KALAULAH AKU MENGGUNAKAN AKAL LEBIH DARI HATI , MUNGKIN......." Sam menyambung , tapi dalam hati aku , "AKAL KAU DENGAN PERANGAI KAU MEMANG TAK SYNCHRONIZE PUN" sambil menenangkan Sam. Aku memberitahu Sam , "INI PANDANGAN AKU , SAMA ADA KAU NAK DENGAR ATAU TIDAK TAPI INI ADALAH PANDANGAN AKU , KAU YANG MENYEBABKAN DENNY BEGITU , MAKA KAU KENA BUKA IKATAN TALI POCONG DENNY" kata aku dengan lembut agar Sam tidak memarahi aku. "DEMI DENNY" sambung aku. Yang menggembirakan hati aku adalah Sam akur dan akan ke pusara Denny malam nanti , aku sedikit terperanjat kerana aku menyangka Sam akan menggali semula kubur Denny , Dan Sam meminta aku menemaninya , dengan laju aku menolaknya , kerana sudah pasti malam nanti yang akan datang bukanlah Denny yang berbentuk manusia melainkan berbentuk pocong , dan aku adalah sangat allergic dengan sosok pocong. Aku mencadangkan agar mengajak Robert dan Pijo. Aku menalipon Pijo dan memberitahu apa yang Sam akan lakukan , panjang alhamdulillah kedengaran di hujung talian. Aku dan Sam menyambung makan tiba2 handphone aku berbunyi , aku mengangkatnya dan "KUR , MALAM INI BUKAN AKU DAN ROBERT SAJA YANG AKAN MENEMANI SAM , MALAH PAKCIK K DAN ASPA JUGA AKAN TEMANKAN SAM BERSAMA²" suara Pijo yang sedikit excited memberitahu aku , aku sampaikan berita itu kepada Sam , dan Sam sangat terharu mendengarnya.

Malam itu aku tidak mengikuti mereka , aku tidak tahu apa yang berlaku , dan aku juga tidak bertanya lanjut kepada mereka apa yang berlaku , cuma yang aku tahu Denny hadir dalam mimpi aku dengan senyum dan muka yang berseri² seperti mengucapkan terima kasih.

Lusanya aku pulang ke Malaysia.

-tammat betul-

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PEMBUMIAN ELEKTRIK

KAMPUNG Janda Baik pada asalnya mula diteroka dan dibuka oleh tiga orang individu yang datang dari Bentong, Pahang pada 1932 iaitu Haji Yaseh Da’un, Haji Kadir Hitam dan Haji Idris Awang.

Sebagai anak, sudah tentulah kita perlu menghormati orang tua masing-masing sekalipun mereka hanyalah ibu dan bapa angkat kita