Harimau haji beh

- 1985/86 #1 -

Ketika aku di tingkatan 2 , pertengahan tahun abah memberitahu bahawa datuk dan nenek mahu aku duduk bersama² mereka. Ini bermakna aku terpaksa bertukar sekolah , dari sekolah ternama di bandar ke sekolah kampung. Senyum simpul aku mendengar pemberitahuan abah aku itu , aku rasakan sangat seronok. Maka selepas habis cuti pertengahan tahun aku pun memulakan pembelajaran aku di sekolah di pekan tempat datuk dan nenek aku. Seperti biasa aku mudah menyesuaikan diri di persekitaran yang baru.

Duduk dengan datuk dan nenek sudah pasti berbeza duduk bersama kedua orang tua. Datuk membelikan aku basikal untuk aku berulang alik ke sekolah yang jaraknya ( - + ) 2 kilometer. Dan duduk dengan datuk dan nenek aku menambahkan lagi banyak pengetahuan aku tentang salasilah keturunan aku dan cerita² orang tua dahulukala.

Aktiviti aku tidak banyak berubah , sekolah rumah dan sekolah sahaja , kecuali di hujung minggu atau waktu cuti umum dan cuti persekolahan. Jumaat dan sabtu adalah aktiviti aku memberi makan kambing , mengangkat air dari kolam ke kawasan mencuci pinggan mangkuk. Waktu itu letrik telah mula masuk ke rumah datuk aku , dan sudah ada television. Hanya air sahaja masih lagi menggunakan air kolam , itupun tidak lama , selepas itu kemudahan air telah ada.

Suatu malam , sedang aku dan datuk serta nenek menonton television kami terdengar suara riuh rendah di luar rumah , datuk bangun membuka lampu di tangga dan membuka tingkap , aku yang menyibuk menyelitkan diri di tepi tingkap untuk melihat juga apa yang berlaku di luar. Aku dapati ramai anggota polis sedang berada di luar. Salah seorang anggota polis itu memberi salam.

Datuk menjawap salam dan membuka pintu rumah , dan duduk di kaki tangga. Menanyakan apa yang terjadi. Dari perbualan anggota polis itu dan datuk , bahawa ada beberapa orang perompak yang sedang di kejar telah melarikan diri ke dalam kebun getah datuk , anggota polis itu kehilangan jejak mereka. Datuk menanyakan arah kemana perompak itu melarikan diri , dan di tunjuklah oleh anggota itu.

"DAH...NAIK , MINUM DULU , KEJAP LAGI ADALAH YANG HANTAR" bagitahu datuk kepada anggota² polis tersebut. Mereka berpandanngan sesama mereka tapi akur dengan arahan datuk , nenek turun ke dapur menyediakan kopi dan tidak lama selepas itu naik membawa satu teko kopi dan beberapa cawan serta satu tin biskut bijan.

"SIAPA NI HAJI" , tanya anggota itu sambil menunjukkan kearah diri aku , "CUCU SAYA , SEKOLAH DI SINI SEKARANG" , Jawap datuk. Kemudian mereka berbual² tentang beberapa perkara yang aku tidak faham hujung dan pangkalnya kebetulan pula aku duduk di depan television dan mereka berada di hujung ruang tamu.

Rasanya dalam sejam atau lebih sedikit , tiba² kami semua mendengar rauman harimau yang sangat kuat dari luar rumah , aku terperanjat dan ketakutan sambil melihat ke arah datuk dan juga aku nampak beberapa anggota polis itu seperti ketakutan sama seperti aku. Datuk bangun sambil mengatakan , "SEKEJAB LAGI BARU TURUN BILA SAYA PANGGIL , BERAPA ORANG YANG LARI TU" , soal datuk kepada anggota polis tersebut yang hanya di jawap dengan tunjukan 3 jari sahaja dari salah seorang mereka tanpa bersuara. Datuk pun turun ke bawah , menutup pintu dan aku terdengar seperti ada yang memberi salam dan datuk menjawapnya.

Tiba² kami semua mendengar laungan suara datuk memanggil anggota polis itu turun ke bawah , mereka bergegas turun dan aku yang memang di lahirkan sebagai seorang yang kepoh juga mengikut dari belakang , tapi jari telunjuk datuk menunjuk ke arah aku dengan syarat bahawa aku jangan turun , aku berhentikan langkah dan hanya melihat dari anak mata tangga sahaja kejadian itu.

Aku lihat ketiga² perompak itu sedang menggigil ketakutan malah nampak kepucatannya walaupun hanya di terangi lampu kuning. Di sisi perompak itu aku lihat ada beberapa plastik hitam yang aku tidak tahu apa isinya. Anggota polis menggari mereka bertiga dan menyuruh mereka berdiri untuk berjalan keluar dari kawasan kebun datuk , tapi mereka seperti sangat² ketakutan , mereka melilau ke sekeliling melihat sesuatu seperti ada sesuatu yang sedang mereka takutkan. 

"ADA HARIMAU TUAN , BAHAYA TUAN" kata salah seorang perompak itu sambil meronta² ketakutan , anggota polis melihat ke arah datuk seperti inginkan jawapan , "DAH BAWAK SAJA , MEREKA LARI MEREKA MATI" gertak datuk , "KAMI NI HAJI" tanya anggota polis itu , "DAH KAMU POLIS NAK TAKUT APA" sergah datuk kepada anggota polis itu. Mereka bergerak membelah gelap malam dengan sinaran lampu suluh sahaja , kami melihat mereka pergi dan hilang dalam kegelapan malam. Dan naik semula ke dalam rumah.

"MANA DATANG HARIMAU TU TOK" tanya aku , yang kemudian di jawap datuk dengan menyuruh aku tidur sahaja tak perlu tahu. Aku bersiap untuk tidur , sedang aku mula nak memejamkan mata dari kejauhan aku memdengar rauman harimau , tanpa titik aku terus menarik selimut memejamkan mata.

- 1985/86 #2 - 

Hari itu adalah hari Khamis , di sebelah malamnya kebiasaan datuk akan membaca yassin dari lepas Maghrib sehingga waktu Isyak aku akan bersama² beliau membaca. Selepas Isyak barulah kami makan malam. Sejak aku duduk bersama mereka berat badan aku sedikit bertambah kerana nenek sentiasa memasak masakan kesukaan aku.

Sedang kami makan , tiba² ada yang memberi salam , datuk menjawap salam , membasuh tangan dan terus membuka tingkap ruangan hadapan untuk melihat siapa yang datang. "OHH KAU YANKEE , ADA APA" soal datuk selepas membuka tingkap. ( yankee adalah nama panggilan kepada seseorang yang berketurunan Melayu ) , "ANAK SI 'A' DARI PETANG TADI  TAK BALIK² , KATANYA MASUK KEBUN HAJI AMBIL PUCUK UBI" , jawap Yankee dari bawah rumah , "MUSTAHIL" gertu datuk , "AKU DAH BAGI KEBENARAN DAN HALALKAN SIAPA SAHAJA MENGAMBIL APA SAHAJA DI ATAS KEBUN AKU JIKA UNTUK DI MAKAN ATAU UNTUK DI JUAL" , sambung datuk sambil membuka pintu. Aku yang memang seorang kepoh menghabiskan makanan aku dan membasuh tangan menuju ke ruang hadapan.

Yankee telah naik bersama² si "A" duduk di ruangan hadapan rumah. Datuk bertanya lagi , "DENGAN SIAPA DIA MASUK" , "DENGAN ANAK ETON" jawap si "A" , masalahnya anak Eton itu balik katanya bersama² anak si "A" dan anak si "A" telah sampai di rumah , kebetulan rumah "A" dan Eton sebelah menyebelah. "TAPI HAJI , ANAK ETON MATI² KATA DIA BALIK BERSAMA² ANAK SAYA SEHINGGA DI RUMAH" kata si "A" lagi. Aku lihat datuk mengerutkan dahi. "KAU BALIK , BAWAK ANAK ETON KEMARI" perintah datuk kepada Yankee , Yankee bergegas keluar dan naik semula meminta si "A" menemani beliau balik ke rumah. Mungkin dia takut agaknya.

Selepas Yankee dan si "A" balik , datuk mengambil wudhuk dan melakukan solat , aku membantu nenek di dapur , nenek menyiapkan beberapa juadah kering dan juga membuat seteko besar kopi untuk tamu yang akan datang kembali nanti , "RAMAI AGAKNYA NANTI NI" bagitau nenek kepada aku , aku hanya mendiamkan diri. Jam waktu itu menunjukkan jam 9.30 malam.

Lebih kurang sejam Yankee kembali , kali ini agak ramai mengikuti beliau , aku agak² dalam 15 hingga 20 orang datang bersama² Yankee. Ada lelaki dan juga beberapa perempuan. Mereka semua naik ke atas rumah. Setelah mereka duduk , "SAPA YANG SAMA² ANAK 'A' TADI" gertak datuk dengan suara yang agak tinggi. "SAYA TOK" jawap anak Eton , "KEMARI" arah datuk kepada beliau. "CERITAKAN DARI AWAL" , pinta datuk kepada anak Eton. Anak Eton menceritakan bahawa sebelum asar tadi dia bersama anak si "A" masuk ke dalam kebun datuk berdekatan dengan tempat mesin getah dan mula mengambil pucuk ubi dan pucuk kayu manis , mereka berbual seperti biasa , tiada apa yang aneh kerana mereka biasa mengambil pucuk² itu di situ sebelumnya. Setelah cukup pucuk² yang di ambil mereka mengemas² dan mula berjalan balik , cuma waktu balik anak si "A" memang tidak banyak bercakap. "ADA MASA YANG KAU TAK NAMPAK ANAK SI 'A'  MASA AMBIL PUCUK TU" tanya datuk. Anak Eton diam memikir sambil untuk mengingati jika ada. "TAKDA PULA TOK , CUMA WAKTU NAK BALIK MASA TENGAH KEMAS² TU ANAK SI 'A' ADA KE DALAM BELUKAR KATANYA NAK AMBIL RANTING KAYU , LEPAS DIA KELUAR DARI BELUKAR  TU DIA TAK BERKATA APA² , BILA WAKTU BALIK" bagitau anak si Eton.

Datuk memejamkan mata sebentar sambil menarik nafas dan terus bangun dari tempat duduknya. Datuk menuju ke bilik dia yang ada di ruang hadapan dan keluar membawa sebilah parang. "YANG JANTAN IKUT AKU" , lain² tunggu di rumah. Sah aku boleh mengikut datuk sebab aku jantan , aku pun mengambil lampu suluh dan ikut turun bersama² yang lain.

Beberapa langkah menuju ke arah tempat mesin getah , datuk memberi pesan , "JANGAN LARI DAN JANGAN TAKUT " , kami semua mengiyakan arahan datuk tanpa banyak cakap.

Tempat mesin getah ini berada di sebelah aliran air , seperti sungai tapi agak kecil dan ianya jauh ke dalam kebun dan berada di balik bukit berhampiran dengan jalan besar. Setelah berjalan dalam 15 minit melalui gelap malam , kami semua sampai di tempat mesin getah itu. Suasana di kawasan itu agak gelap kerana berada di kawasan rendang pohon²an , dan juga mungkin kerana terdapat pondok² mesin getah di situ.

"PASANG PELITA KAT PONDOK² TU" datuk mengarahkan kami , seketika kawasan itu sedikit terang dengan sinaran dari lampu pelita. Datuk duduk di salah satu bangku yang ada di situ sambil menyalakan rokok Lucky Strike tanpa filter kegemarannya. Aku dan beberapa orang yang lain pula  sedang berperang dengan nyamuk yang amat banyak.

"YANKEE , A , KUR KITA MASUK KE DALAM BELUKAR" perintah datuk , aku yang mendengar nama aku di sebut mula merasakan penyesalan yang amat kerana mengikuti mereka , "YANG LAIN² TUNGGU SINI SAMBIL BERSELAWAT" perintah datuk lagi.

Kami berjalan ke arah belukar , sambil datuk di hadapan menebas² laluan untuk masuk ke dalam kawasan belukar , setelah beberapa ketika berjalan , datuk memberhentikan kami , "DIAM  , JANGAN LARI" , kata datuk , kami akur sahaja. "AKU DATANG NAK AMBIL ANAK ITU" tiba² datuk bersuara , kami mencari sekeliling dengan siapakah datuk berkata². Seketika kemudian kami mendengar hilaian tawa yang mengerikan dan "ANAK INI AKU PUNYA , KAU JANGAN KACAU AKU" suara itu berkata². Kami masih lagi mencari² di mana sumber suara itu berada.

Datuk melangkah kehadapan sambil tangannya memerintahkan kami agar tetap di mana kami berdiri. "KAU MASUK KAWASAN AKU , AKU TAK JEMPUT KAU , AKU ADA HAK BUNUH KAU" gertak datuk dengan suara yang keras. Tiba² kami melihat satu sosok yang amat memualkan wujud di depan datuk , sosok itu mempunyai payu dara yang mengelebeh sehingga menutup lututnya sendiri dan di celah² payu dara itu kami dapat melihat anak si "A" seperti orang tidak sedarkan diri dengan matanya terbeliak menampakkan warna putih sahaja. Bau sosok itu sangat menyengat busuknya. "ANAK INI AKU PUNYA , KAU JANGAN GANGGU AKU" sergah sosok itu kepada datuk , "KAU NAK BAGI CARA BAIK , ATAU AKU RAMPAS ANAK ITU DARI KAU" gertak datuk kembali. Sosok itu mendengus dengan agak kuat seperti sedang marah bila mendengar amaran datuk.

Tiba² kami melihat datuk seperti membaca sesuatu dan menghentakkan kakinya ke tanah sebanyak 3 kali , entah dari mana datangnya seekor harimau berwarna putih sebesar badan lembu menghampiri datuk dan mengesel²kan kepalanya ke muka datuk. Datuk menepuk² pipi harimau itu dengan manja , seperti mana kita bermain dengan anak kucing gayanya.

"KAU NAK BERI ANAK ITU ATAU AKU PERINTAHKAN HARIMAU INI MEMAKAN KAU" gertak datuk sekali lagi kepada sosok itu , yang mana akhirnya baru aku tahu bahawa itulah sosok "HANTU TETEK". Sosok itu mendengus seperti tidak puashati dengan amaran datuk dan cuba melarikan diri tapi seperti tidak boleh bergerak sama sekali. Jeritan sosok itu sangat kuat sehingga kami bertiga terpaksa menutup telinga mendengarkannya. Selepas sahaja sosok itu menjerit , harimau yang berada di sebelah datuk mengaum dengan ngauman yang sangat kuat juga sehingga menyebabkan aku terkencing di dalam seluar kerana ketakutan. Seketika aku lihat sosok itu terbang melayang meninggalkan anak si "A" terkulai di atas tanah , si "A" segera mengangkat anaknya dan di usung keluar dari kawasan belukar itu , aku yang ketakutan berjalan mendahului mereka menuju ke arah tempat mesin getah dalam keadaan separuh berlari. 

Keadaan menjadi kecoh seketika apabila mereka yang menunggu kami di tempat mesin getah itu melihat kami keluar dari dalam belukar sambil membawa anak si "A" yang masih belum sedarkan diri. Kemudian datuk memberi arahan agar kami semua balik semula ke rumah dengan segera.

Sesampai sahaja di rumah , suasana bertambah bingit dengan suara orang² perempuan yang melihat kami pulang membawa anak si "A" , datuk memerintahkan agar anak si "A" di baringkan di tengah rumah dengan kepala menghadap ke pintu. Aku yang melihatnya tidak tahu apa yang akan di buat oleh datuk kerana aku bergegas ke bilik air membersihkan diri yang terkencing tadi. 

Sekembali dari membersihkan diri aku lihat anak si "A" seperti sedang kerasukan sambil duduk mencangkung di muka pintu , manakala di bawah tangga sudah ada beberapa orang bersiap sedia jika anak si "A" akan melarikan diri. Aku lihat datuk seperti sedang menahan marahnya.

"INI RUMAH AKU , INI KAWASAN AKU , KAU MEMANG MENCARI NAHAS DENGAN AKU" kata datuk sambil berjalan kearah anak si "A" dan terus mencengkam belakang lehernya dan seperti menarik sesuatu terus serta merta kami semua mendengar bunyi orang meraung kesakitan , anak si "A" jatuh tergeletak , dan aku lihat seperti datuk sedang menjinjit sesuatu cuma kami tidak nampak apa yang di jinjit , datuk turun ke bawah di tengah kawasan lapang datuk memanggil sesuatu dan benda itu datang , ya...benda itu adalah harimau tadi.....dan datuk seperti memberi harimau itu makan sekaligus sekali lagi kami mendengar raungan yang sangat kuat seperti seseorang sedang dalam kesakitan dan harimau itu berjalan ke kawasan kebun dan menghilang bersama² raungan yang amat mengerikan. Beberapa ketika anak si "A" sedar dan dalam kebingungan kerana dia rasakan dia berada di dalam hutan bukan di rumah. Datuk memberikan anak si "A" minuman dan mengarahkan semua yang ada agar tidur sahaja di rumah datuk , kerana jam sudah menunjukkan jam 4 pagi.

Yang lelaki semua tidur di ruangan hadapan manakala yang perempuan tidur di ruangan tengah. Aku yang baring di sebelah datuk bertanya apa yang terjadi kepada hantu itu , datuk mengatakan bahawa hantu itu sedang di lahap oleh harimau tadi , bila aku bertanya tentang harimau itu aku lihat datuk seperti berpura² sudah tidur. "TAKPA BILA² NANTI AKU AKAN TANYA LAGI" aku mengomel di dalam hati dan melelapkan mata.

@everyone

- 1985/86 #3 -

Pagi itu selepas sarapan aku ikut datuk berjalan di dalam kebun getah , datuk melihat² pokok getahnya sama ada masih elok atau telah berkurang mengeluarkan getah. Sambil² itu datuk berbual² dengan penoreh getah yang berselisih dengan kami. Aku seperti biasalah bila dah berada di dalam kebun getah itu umpama aku berada di alam aku sendiri , bau , suasana sekitar sangat aku sukai.

Sedang aku dengan dunia aku , bila aku menoleh ke arah datuk , aku lihat datuk sedang berbual² dengan seseorang , seseorang yang sangat kacak , badannya sasa , rambutnya hitam berkilat sehingga ke bahu , aku agak² waktu itu dia berusia dalam 40 hingga 45 tahun. Dan aku yakin itu bukanlah seorang penoreh getah kerana dia berpakaian agak kemas.

Aku mendekati mereka dengan niat hanya hendak kepoh , bila semakin hampir aku dapat lihat jelas wajah orang itu , mukanya bersih tapi aku lihat telinganya ada sedikit meruncing ke atas , bila terlihat sahaja aku dia tersenyum dan berkata kepada datuk "INI ANAK SAHAK" ( Sahak adalah panggilan gelaran abah aku ) sambil memegang kepala aku , ketika itu tapak tangannya aku rasa sangat besar dan berat , tapi bila aku lihat tangannya semula ia sama seperti manusia lainnya. "IYA" jawap datuk pendek. "PANAS BARAN ORANGNYA" kata orang itu kepada datuk aku , "HAAH , ITU YANG TIDAK BOLEH" , jawap datuk , apa yang tidak boleh aku tidak faham dan tahu waktu itu.

Aku menjauhkan diri dari mereka apabila datuk memberi isyarat kepada aku agar menjauh. Aku berjalan mendaki bukit dan berjalan bersempadanan dengan belukar , bila tiba di satu kawasan belukar aku berhenti kerana melihat kawasan belukar itu sedikit terbuka seperti ada laluan memasukinya , baru sahaja aku terhendap² ke dalam laluan belukar itu , bahu aku di tarik kebelakang oleh datuk , "JANGAN SESEKALI MASUK KE DALAM ITU , ITU TANAH ORANG , JANGAN CEROBOH" , datuk memberi amaran kepada aku. Aku hanya mendiamkan diri kerana mendengar "ITU TANAH ORANG" dari mulut datuk. Waktu itu aku ingatkan betul "TANAH ORANG" , rupanya ada cerita di sebalik belukar itu.

Kami meneruskan perjalanan pagi itu ke tempat mesin getah , di situ ada beberapa orang sedang sibuk memesin getah untuk di jadikan getah keping. "HAJI , ANAK SI 'A' ASYIK KERASUKAN SEJAK BALIK DARI SINI , BILA MAGHRIB SAJA MULALAH DIA KERASUKAN" , kata salah seorang di pondok mesin getah itu. "SURUH 'A' PANGGIL HAJI OMAR , MINTA HAJI OMAR UBATKAN" perintah datuk kepada orang tersebut dan di jawap akan memberitahu si "A". Kemudian kami berlalu untuk balik kerumah.

Dalam perjalanan aku bertanya kenapa datuk minta Haji Omar yang mengubat budak itu , adakah datuk tidak mampu ubatinya , "KUR , BUDAK ITU KERASUKAN DI DALAM KEBUN KITA , ATOK BUKAN TAK MAHU UBATI BUDAK ITU , TAPI KITA INI DUDUK DALAM KELOMPOK MELAYU , ORANG MELAYU INI HASAD DENGKI DAN SYAK WASANGKA DIA MENGALAHKAN BANGSA² LAIN DALAM DUNIA , KALAU ATOK UBATI PASTI AKAN ADA YANG BERKATA HAJI BEH YANG LETAK BENDA TU PASTU HAJI BEH PURA² UBATKAN" kata datuk perlahan , waktu itu ayat datuk itu sikit pun tiada makna bagi aku , tapi hari ini AKU BARU FAHAM SEBENAR²NYA.

Sampai sahaja di rumah , nenek dah menunggu bersama² dengan isteri si "A" , yang memberitahu akan masalah anaknya , "AKU DAH TAHU , TADI SI 'B' BAGITAHU , KAU PERGI JUMPA HAJI OMAR , MINTA HAJI OMAR UBATKAN" kata datuk kepada isteri si "A". Isteri si "A" hanya mengangguk dan berkata "PAKJI TAK BOLEH KE UBATKAN ANAK SAYA KE❓" , Datuk menyalakan rokok Lucky Strike tanpa filter dia , "AKU NI TAK PANDAI NGUBAT ORANG KERASUKAN , KALAU KENA SOROK HANTU AKU BOLEHLAH BANTU SIKIT² , KAU PANGGIL SAHAJA HAJI OMAR MINTA DIA UBATKAN" kata datuk mendatar sahaja suaranya. "BAIKLAH PAKJI" isteri si "A" mengalah. Kemudian dia meminta diri untuk pulang.

Kemudian nenek berbahasa Arab dengan datuk , dan akhirnya aku tahu bahawa nenek menyuruh datuk menyembelih ayam untuk makan tengahari nanti , selepas selesai menyembelih ayam aku di tugaskan mencabut bulu ayam yang mana sehingga hari ini aku tidak akan lakukan kerana pada aku kerjanya susah. Selepas makan tengahari dan solat zohor nenek dan datuk keluar ingin ke rumah seseorang kerana menghadiri kenduri , tinggal aku seorang diri.

Sedang aku ralit melakukan kerja yang tidak ada faedah kerana duduk seorang diri , tiba² ada yang memberi salam dari bahagian depan rumah , aku bangun menjawap salam dan melihat melalui tingkap tapi tidak ada sesiapa di situ. Aku membuka pintu , menjenguk ke bawah juga tidak ada sesiapa di situ. Aku lihat sekeliling , tiba² mata aku terpaku di kawasan pokok pinang di sebelah pokok ciku bertentangan dengan tingkap bahagian hadapan rumah. Di situ ada 2 ekor harimau yang size nya sama dengan se ekor lembu sedang duduk sambil melihat ke arah aku. Salah se ekor harimau itu aku lihat seperti berwajah orang yang berbual dengan datuk tadi di dalam kebun dan se ekor lagi adalah sama seperti wajah orang yang pernah mencari datuk dan datang berbual dengan datuk satu masa lalu. Sekilas pandang begitulah aku lihat wajah² harimau itu. 

"AKU ANAK SAHAK , CUCU HAJI BEH , AKU TAHU KAU TAHU , JANGAN GANGGU AKU" kata aku di dalam hati , dan aku terperanjat , seketika habis sahaja ayat aku , harimau dua ekor itu seperti mengangguk faham apa yang hati aku kataan. Aku nak senyum macam tak masuk akal , aku tak senyum aku takut seperti menghina pula , aku hanya menundukkan kepala dan menutup pintu.

Hampir maghrib datuk dan nenek baru balik , mereka tergesa² untuk menunaikan Asar dan datuk bertanya kepada aku , "DAH JUMPA" , aku hanya menjawap sudah. Selepas maghrib sementara menunggu nenek menyediakan makan malam , datuk memanggil aku , "ADA 4 EKOR YANG MENJAGA KETURUNAN KITA , YANG TADI TU SATU BERNAMA #### DAN SATU LAGI BERNAMA #### , SE EKOR LAGI ADA DENGAN ABAH KAWU , DAN SE EKOR LAGI DAH BALIK KE ASALNYA SEBAB ARWAH PAKNGAH KAWU MENINGGAL"  terang datuk , "MEREKA SEMUA TIDAK AKAN DI WARISI KE SESIAPA JIKA TIDAK ADA SESIAPA YANG MAHU MENGAMBILNYA" sambung datuk , "KALAU SAYA NAK MACAM MANA TOK" aku menjolok datuk , dan datuk hanya ketawa terbahak² , "SEMBAHYANG PUN TUNGGANG LANGGANG , NGAJI PUN KALAH DENGAN MUALAF ADA HATI HENDAK MEMBELA" datuk mengutuk aku. Aku hanya tersenyum pahit kerana semua kutukan datuk itu betul. "NAK MEMBELA MEREKA KENA MENJADI ORANG PENYABAR , UGAMANYA KENA TINGGI , ADAB KENA JAGA" sambung datuk , "TENGOK ABAH KAWU , KALAU DIA MARAH MACAM MANA❓❓" soal datuk , ya abah aku memang seorang yang garang , tidak ada siapa yang berani dengan dia , tapi bila dia bersama dengan orang ramai , abah memang menjadi orang yang menyenangkan dan ramai yang menjadikan dia panutan dalam segala urusan. "TAPI TOK , KALAU ABANG MAMPU MENJAGANYA MACAM MANA" soal aku semula ke datuk , datuk melihat muka aku dan kemudian memegang alis mata aku , "KUCING PUN TAK MAMPU KAWU NAK JAGA INIKAN PULA HARIMAU" sambil datuk ketawa mengekek mengutuk aku dan menyalakan rokoknya.

Malam itu , dalam mimpi aku di datangi oleh orang yang berjumpa dengan datuk siang tadi , orang itu mengajak aku ke suatu tempat , tempat yang sangat asing bagi aku , seperti sebuah perkampungan tapi perkampungan itu sangat bernuansakan pemandangan yang lama , rumah masih di buat dengan buluh dan berlantaikan tanah , aku dapat lihat mereka menjalankan aktiviti sesama mereka dan mereka tidak mengendahkan aku di situ. Aku berjalan melalui beberapa rumah dan akhirnya sampai di satu rumah yang agak besar , di atas rumah itu terdapat beberapa orang sedang duduk dan mereka semua memandang kepada aku bila aku sudah mendekati mereka. Tidak ada satu wajah pun yang senyum memandang aku , "JAUH BUDAK NI , DIA BELUM MAMPU DAN DIA KENA DI UJI DAHULU" kata salah seorang dari beberapa orang yang berada di atas rumah kepada orang yang membawa aku ke situ. Orang itu memandang aku sambil tersenyum dan seketika aku di kejutkan oleh datuk untuk solat subuh.

Setelah bersarapan , datuk memanggil aku ke ruang hadapan , "PAKAI CINCIN NI" sambil datuk menghulurkan sebentuk cincin bermata kayu berwarna hitam pekat. Aku memakainya , "JANGAN DI GUNAKAN UNTUK BERGADUH , KENA SABAR JANGAN MENJADI PEMARAH TAK KENA TEMPAT" kata datuk. Aku membelek cincin itu , aku mengosok mata cincin itu dan aku dapat rasakan mata cincin itu di buat dari kayu. Aku tak bertanya kepada datuk tentang mata cincin itu , tapi yang aku tahu jika mata cincin itu di tempelkan ke besi dia akan melekat seperti magnet.

Cincin itu hilang setelah beberapa lama aku memakainya kerana aku bergaduh dengan seseorang , budak yang aku tampar dengan tangan aku yang bercincin itu sehingga hari ini menjadi pekak dan sehingga hari ini juga aku sangat menyesal dengan perbuatan aku yang tidak dapat mengawal kemarahan waktu itu. Sehingga hari ini jika hendak puasa , raya dan naik sekolah aku akan memberikan sumbangan kepada budak itu bagi meringankan bebannya dan aku buat itu semua sebagai satu hukuman kepada diri aku yang telah melampaui batas dan juga sebagai tanda penyelasan aku.

Setelah cincin itu hilang , malam itu datuk memanggil aku dan menunjukkan cincin yang pada aku telah hilang tapi berada dalam tangan datuk , "KAWU TAK BOLEH BERSABAR , PANAS BARAN TAK BOLEH DI KAWAL , BENDA INI TIDAK SERASI DENGAN KAWU" ngomel datuk kepada aku. Aku tertunduk dan menerangkan kejadian yang meyebabkan aku hilang kawalan amarah , "APA PUN ALASAN , MANUSIA INI DI BERI DUA BENDA MUSTAHAK OLEH ALLAH , SATU AKAL DAN SATU LAGI HATI , SALAH SATU TAK BETUL MAKA DUA² AKAN JADI TAK BETUL" sambung datuk mengomel. Nenek cuba membela aku dengan mengatakan itu perkara biasa bagi orang muda , tapi di sangkal oleh datuk , "KALAU DARI MUDA NI TAK TAU KAWAL MARAH MAKNANYA DARI MUDA NI JUGA SYAITAN AKAN SENTIASA ADA DI SAMPING" , kata datuk sambil di cebik oleh nenek.

Malam itu aku tidur dengan penuh penyesalan. 

@everyone

- 1985/86 #4 -

Tinggal aku berdua sahaja dengan datuk di rumah kerana nenek pergi Klang ke rumah Pokde sekaligus mengambil barangan niaganya. Tinggal berdua dengan datuk memang sempoi hidup kami. Datuk seorang yang pandai memasak , selama seminggu nenek ke Klang maka selama itu juga datuk memasak untuk makanan kami. Biasanya bila balik sahaja dari sekolah , makanan tengahari aku sudah tersedia di atas meja. Sarapan pagi aku makan di warung Mak Esah di kaki masjid. Makan malam kami makan apa yang di masak untuk siang kebiasaannya. Kari udang adalah masakan datuk yang paling enak dan aku memang tidak lagi terjumpa masakan yang sama seperti itu sehingga sekarang.

Suatu hari , aku lihat datuk memasak untuk makan malam , "BUAT APA MASAK MAKAN MALAM TOK" aku saja kepoh , "MALAM NI ADA YANG NAK DATANG" jawap datuk tanpa melihat aku. Tertanya² juga di dalam hati siapa yang akan datang tapi tidak berani hendak meluahkan dengan ayat , aku pendam sahaja. Sebelum maghrib datuk siap memasak semuanya. Aku ingat lagi masakan malam itu adalah lemak kobis dan juga ikan tenggiri goreng. Dua jenis masakan sahaja , dan dua²nya itu juga kegemaran aku. Cuma malam itu datuk menghidangkan di dalam mangkuk yang elok tidak seperti biasanya , sepertinya orang yang nak datang itu adalah orang yang istimewa. Datuk yang melihat aku sedang membelek mangkuk yang berisi lauk pauk itu terus berkata , "TAMU ITU MEMBAWA REZEKI , MENYAMBUT TAMU KENA SAMBUT DENGAN SAMBUTAN YANG TERBAIK KITA ADA , JANGAN ANGGAP TAMU SEBAGAI MASALAH , KERANA SETIAP TAMU YANG DATANG ITU MEMBAWA SEGALA KEBERKAHAN" , aku diam dan anggap itu adalah pengajaran dan pelajaran dalam diam untuk aku amalkan. "KITA MAKAN LEPAS MAGHRIB" sambung datuk , "MANA TAMUNYA" soal aku , "SEKEJAB LAGI SAMPAI" balas datuk.

Habis sahaja memberi salam dan berdoa seusai maghrib , ada suara memberi salam , datuk menjawap salam dan bingkas bangun membuka pintu. Naiklah sosok yang memberi salam , melihat sahaja sosok itu aku agak terperanjat kerana sosok itu adalah sosok yang aku lihat di dalam mimpi yang berada di rumah besar dahulu. Sosok itu tersenyum kepada aku , "APA KHABAR , KITA BERJUMPA LAGI" , katanya kepada aku dan aku bersalam dengan sosok itu , tangan yang aku pegang itu terasa sangat lebar dan berbulu tapi bila aku lihat untuk kali kedua tangan itu adalah tangan seperti manusia biasa. Datuk menjemput sosok itu ke meja makan untuk makan malam.

Habis makan malam , mereka berdua duduk di bahagian tengah rumah di bahagian hadapan , aku lihat datuk malam itu menghisap rokok daun tidak seperti kebiasaan datuk merokok. Aku yang masih lagi kehairanan dengan sosok itu melihat sosok itu dari jauh sahaja. Sesekali sosok itu melihat kepada aku sambil tersenyum. Setiap kali tersenyum aku lihat sosok itu menayangkan taringnya seperti taring seekor kucing , lancip ke bawah tapi tidak panjang.

Aku tidak tahu waktu bila sosok itu balik , kerana aku sudah tertidur. Dalam mimpi aku , aku di datangi lagi sosok pemuda yang berbual dengan datuk dahulu , membawa aku ke satu kawasan di dalam kebun datuk , di situ suasananya agak sedikit terang dengan limpahan obor yang telah sedia terpasang. Seketika aku melihat ada beberapa ekor harimau keluar dari semak belukar , salah seekor harimau itu mendekati aku badannya sahaja sudah sebesar lembu jantan , waktu itu tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya aku , berdoa agar aku pingsan atau aku bangun dari mimpi tapi tidak di makbulkan. Dalam keadaan ketakutan yang amat itu , harimau itu mendekatkan kepalanya ke muka aku , terasa hembusan angin dari hidung harimau itu mengenai muka aku , tidak cukup menghidu aku , harimau itu mengelilingi aku sebanyak 2 kali kalau tak silap , dan akhirnya menyondolkan kepalanya ke belakang badan aku agar aku melangkah ke hadapan. Setelah aku melangkah ke hadapan dua ekor lagi mendekatkan dirinya ke arah aku , waktu itu aku dah terbayang macam² , kerana di kepala aku , aku sudah pasti akan jadi makan malam kepada harimau² itu. Salah satu harimau itu duduk di hadapan aku , seekor lagi duduk agak menjauh dan yang mengelilingi aku berdiri di sebelah kiri aku. Kemudian harimau yang berdiri di sebelah aku itu menjilat pergelangan tangan kiri aku dan sesekali terasa giginya yang tajam terkena kulit tangan aku.

"INGAT , JANGAN SESEKALI TANGAN INI NAIK KEMUKA KETURUNAN KAMU , GUNAKAN HANYA JIKA KAMU TERDESAK ATAU KAMU DALAM BAHAYA SAHAJA , BELAJARLAH MENJADI SEORANG PENYABAR , MARAH MACAM MANA SEKALIPUN , JANGAN NAIK KE MUKA TANGAN INI" , kata pemuda yang membawa aku , aku hanya diam , diam sebab takut harimau yang di depan aku pun iya , diam kerana tidak tahu nak jawap apa pun iya. 

[ Disclaimer : alhamdulillah memang aku tidak pernah menggunakan tangan kiri aku yang di jilat itu naik ke muka sesiapa , anak² aku masa kecilnya kalau buat salah pun aku hanya menghukum mereka mengadap dinding sahaja , tidak pernah sekalipun aku pukul ]

Setelah itu harimau² itu berjalan meninggalkan aku dan pemuda tersebut. Tiba² badan aku di goncang oleh datuk yang mengejutkan aku untuk solat subuh. Kerana hari itu tidak bersekolah datuk menyuruh aku membeli sarapan di kedai mak Esah untuk kami. 

Balik dari membeli sarapan , datuk bertanya kepada aku , "DAH JUMPA❓" , aku hanya mengangguk sahaja menjawap pertanyaan datuk. "BANYAKKAN SOLAT , NGAJI JANGAN TINGGAL , BACA YASSIN DAN JAGA ADAB SERTA TATAKARMA" nasehat datuk kepada aku sambil dia memegang tangan kiri aku dan melihatnya. "KUASA ALLAH ITU MELANGKAUI SEGALA AKAL FIKIRAN MANUSIA , GUNA AKAL ITU SEBAIK²NYA" nasehat datuk lagi. "JAHAT MACAM MANA PUN , SOLAT JANGAN TINGGAL , LAGI ELOK JANGAN BUAT JAHAT" sergah datuk kali ini kepada aku. Aku hanya tersengih. "JIKA DI BERI KELEBIHAN ITU BUKAN BERMAKNA DUNIA DAH JADI HAK KITA , KELEBIHAN ITU AMANAH , AMANAH WAJIB DI JAGA JANGAN KHIANATI" kali ini suara datuk sedikit mendatar. Aku hanya mengangguk. Datuk mengusap kepala aku , dan kali ini aku tangkap tangan datuk yang mengusap kepala aku untuk aku lihat kerana aku terasa usapan itu dari satu tapak tangan yang besar dan berat. Datuk hanya tersenyum kepada aku dan bangkit bangun meninggalkan aku. Mustahil‼️‼️‼️ kata hati aku...tiba² dari ruang tengah "TIDAK ADA YANG MUSTAHIL KALAU ALLAH BERKEHENDAK" suara datuk yang menjawap suara hati aku.

Aku lalui hari² bersama datuk dan nenek seperti hari² biasa , setelah kebun di sebelah kebun datuk di bangunkan menjadi taman , datuk membeli sebuah rumah di situ dan kami berpindah ke rumah taman pula kerana datuk bercadang untuk membangunkan kebunnya menjadi sebuah taman juga. Agak beberapa lama tinggal di rumah taman , datuk jatuh sakit , aku yang menjaga datuk waktu itu telah di amanahkan agar jaga salahsilah keturunan , jaga sejarah keluarga , sejarah keluarga mungkin berbeza di pandangan orang tapi wajib kita pertahankan , aib orang jangan buka walaupun kita tahu , aku ambil amanah itu dan aku lakukan sehingga kini.

Suatu hari datuk semakin tenat , abah membawa datuk ke rumah sakit , di rumah sakit datuk hanya mahu emak aku dan aku sahaja menemani dia selain nenek. Emak aku memang menantu kesayangan datuk , mungkin menantu sulong agaknya dan mungkin juga kerana memberi datuk cucu sulong lelaki dari anak lelaki sulong menjadi waris keturunannya. WALLAH HU ALAM.

Satu hari , emak memanggil aku yang sedang duduk di pintu ward , "ATOK PANGGIL" kata emak , aku masuk dan duduk di sebelah datuk , "KALAU RINDU ATOK , TAWASULLAH KEPADA ATOK YA" aku mengangguk , emak menyuruh aku berdiri di kaki datuk , sebelum berdiri aku mencium tangan datuk dan dahi datuk , emak membacakan yassin , aku memegang kaki datuk , terasa sangat sejuk seperti ais , aku lihat datuk aku dalam keadaan sakaratul maut sambil mengucap dan terus tiada lagi. Tidak ada setitis air mata pun menitik di mata aku , cuma kaki aku longlai lemah melihat pemergian datuk aku. Emak menutupkan wajah jenazah dan memanggil abah aku untuk di uruskan jenzah datuk. Datuk aku meninggal dunia di petang Khamis selepas waktu asar , betul² sebelum waktu maghrib.

Setelah selesai urusan hospital , malam itu juga jenazah datuk aku akan di bawa pulang , perjalanan dari hospital ke rumah mengambil masa selama satu jam lebih sedikit. Sebagai cucu kesayangannya , aku seorang akan bersama² pemandu van jenazah dan pembantunya menghantar datuk balik ke rumah buat kali terakhir. Di dalam van jenazah ketika dalam perjalanan aku duduk di sebelah jenazah seorang diri , aku peluk jenazah dan baru itulah air mata aku jatuh , baru aku terasa kehilangan satu sosok yang sangat bermakna bagi diri aku dan yang mencorakkan kehidupan aku. Itulah pertama kali dalam hidup aku merasakan kehilangan. Satu kehilangan yang sangat² memberi kesan kepada aku.

Sampai di rumah , telah ramai orang yang berada di situ menunggu ketibaan jenazah. Apabila pintu van di buka aku lihat wajah² yang ingin mengangkat jenazah datuk aku satu persatu , muka² yang akan mengangkat jenazah datuk aku semuanya aku kenali , mereka semua adalah harimau² belaan datuk. Aku hanya mampu tersenyum dan salah satu sosok yang agak tua menghampiri aku dan memeluk aku dan menyabarkan aku. 

Terlalu ramai yang menyambut jenazah datuk aku lihat , selain dari orang tempatan ada juga beberapa wajah yang aku tidak kenali. "ITU SEMUA KAWAN ATOK" abah membisikkan di telinga aku yang mungkin perasan aku seperti kebingungan melihat keramaian yang hadir.

Apabila jenazah di letakkan di perbaringan aku secara sepontan meminta imam memindahkan bekas kemenyan yang di bakar agar di letakkan di luar rumah bukan di sebelah jenazah , abah menyuruh imam ikutkan sahaja kehendak aku.

Esoknya , selesai pengkebumian datuk , aku balik ke dalam kawasan kebun datuk , aku duduk di kaki tangga rumah lama sambil termenung. Melayan perasaan sedih aku yang masih lagi bermain di benak kepala aku. Tiba²..."SEDEKAHKANLAH FATEHA DAN KALAU BERSEDEKAH NIATKANLAH KEPADA ARWAH" , aku menoleh ke suara itu dan itu adalah suara pemuda yang membawa aku dalam mimpi. Dia memeluk aku sambil berkata , "KAMU BELUM BERSEDIA , JIKA KAMU SUDAH BERSEDIA PANGGILAH KAMI , KAMI AKAN SENTIASA DENGAN KAMU DAN KETURUNAN KAMU , INGAT....JAGA PERTUTURAN JANGAN MENYUMPAH" pemuda itu berkata lagi dan kemudian meninggalkan aku. 

Aku duduk sehingga remang petang , kemudian melangkah pulang dengan kaki yang longlai , dalam perjalanan aku mendengar rauman harimau dari kejauhan , aku hanya mengangkat kedua tangan sambil berjalan pelan.

- tammat -

@everyone

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PEMBUMIAN ELEKTRIK

KAMPUNG Janda Baik pada asalnya mula diteroka dan dibuka oleh tiga orang individu yang datang dari Bentong, Pahang pada 1932 iaitu Haji Yaseh Da’un, Haji Kadir Hitam dan Haji Idris Awang.

Sebagai anak, sudah tentulah kita perlu menghormati orang tua masing-masing sekalipun mereka hanyalah ibu dan bapa angkat kita