Kisah pendamping nenek
Kisah pendamping nenek
Cerita #1
Ketika nenek aku di bawa ke hospital akibat keadaan kesihatannya semakin
memburuk, arwah abah aku, arwah pokde aku dan poksu aku duduk berbincang, siapa
yang Akan menjaga nenek aku ketika malam hari.
Pokde aku tiada isteri, emak aku sudah meninggal, isteri aku penakut amat,
bibik nenek aku phobia dengan hospital, poksu aku pula masih mempunyai anak
kecil manakala adik² aku semua lelaki berada di luar daerah kecuali aku.
Sebagai cucu sulong dan kesayangan nenek aku, tanpa bantah apa² aku pun setuju untuk menjaganya.
Nenek aku ini berdarah Arab datang ke Malaya ketika tahun 1930an di USIA belasan tahun kerana berkahwin dengan arwah datuk aku.
Nenek aku di tempatkan di ward pertama, hanya 1 katil demi memudahkan
anak cucu datang melawat dan menjaganya.
Hari pertama, di siang hari arwah pokde aku dan bibik menjaganya, dan
waktu malam bermulalah giliran aku seawal jam 9 malam aku sudah berada di dalam
bilik nenek aku.
Aku adalah seorang perokok tegar maka setiap jam aku akan turun ke bawah
hospital untuk merokok...ward nenek aku di tingkat 4 , untuk merokok aku akan
keluar dari kawasan bangunan hospital itu ke tempat parking kereta dalam jarak
50 meter.
Jam 10 , 11 , 12 dan 1 pagi tidak ada kejadian yang aneh , tapi jam 2
pagi ketika aku menuju ke tempat parking untuk merokok dari jauh aku terlihat
ada satu sosok tubuh sedang merokok di tempat aku merokok tadi , bila aku
mendekat sosok itu jelas kelihatan adalah seorang lelaki sedang merokok , lalu
aku sapa memulakan perbicaraan tapi sapaan aku dijawap seperti endah tidak
endah sahaja.
Dalam hati aku berkata mungkin dia takda mood , selang seketika sosok
itu meninggalkan aku seorang diri merokok dan aku tinggal seorang diri , tidak
berapa lama datang seorang pengawal keselamatan menghampiri aku dan bertanya ,
dengan siapakah aku berbual tadi , kebetulan dia melihat aku dari jauh seperti
sedang berbual dengan seseorang.
Aku bagitau bahawa tadi ada seorang lelaki sedang merokok di sini sebelum
ketibaan aku , dan pengawal itu mengatakan bahawa hanya aku seorang sahaja yang
turun merokok di kawasan itu tiada sesiapa lagi.
Aku senyap dan pelan² naik balik ke ward nenek aku , dan jam 3 pagi aku
turun lagi untuk merokok , dan dari jauh juga aku melihat sosok itu sekali lagi
, kali ini aku merokok berhampiran dengan pintu masuk sahaja , kalau kena saman
pun samanlah kata hati aku...begitulah sehingga jam 5 pagi aku merokok dekat
dengan pintu masuk.
#kisah malam pertama , esok malamnya.....
Cerita #2
Selepas subuh , sementara menunggu Poksu aku sampai untuk turn dia menunggu sehingga bibik dan arwah Pokde aku pula mengambil alih menjaga nenek aku , aku duduk berbual dengan nurse yang bersiap untuk pulang kerana habis shift mereka.
Seorang nurse tiba² bertanya kepada aku siapa yang datang bersama aku selepas aku keluar malam tadi dalam jam 3 pagi , nurse itu melihat yang datang bersama aku kerana untuk ke bilik nenek aku , aku memang melalui station nurse yang bertugas.
Seingat aku , tidak ada sesiapa pun yang datang , tapi untuk mengelakkan
kekhuatiran atau membuat aku bertambah takut aku hanya menjawap bahawa yang
datang bersama aku itu adalah sepupu aku...walhal aku sebenarnya ligat
memikirkan siapa itu.
Poksu aku sampai , aku berbual sekejab dan aku terus balik ke rumah
untuk berehat sementara menunggu waktu untuk aku menjaga nenek aku malam nanti.
Jam 9 malam aku telah sampai semula ke ward nenek aku , kali ini arwah Pokde aku dan bibik masih ada kerana masih menunggu aku , malam ini bibik akan bersama² aku menjaga nenek aku beritahu arwah Pokde aku kepada aku , aku hanya anggukkan kepala saja tanda setuju , setelah berbual sementara bersama arwah Pokde aku dia pun pulang , dan tinggallah aku berdua menjaga nenek aku.
Jam 10 malam aku keluar ingin membeli minuman dan makanan ringan dan memesan kepada bibik bahawa dalam jam 10.30 malam nanti akan ada nurse yang masuk untuk mengambil suhu dan data kesihatan nenek aku seperti biasa.
Aku keluar ke bandar membeli barangan yang aku hajati , dalam jam 11 malam aku balik semula ke hospital , memakirkan kereta dan aku menghisap rokok dahulu sebelum naik ke bilik nenek aku.
Ketika aku merokok , datang seorang pengawal keselamatan yang ingin juga merokok di situ , kemudian...datang sosok semalam yang aku lihat menghampiri tempat kami merokok , pengawal keselamatan itu aku lihat seperti tergopoh gapah menghabiskan rokoknya dan berlalu pergi manakala aku pula menjadi tidak tentu arah kerana situasi itu mula cuba ingin berganjak tapi tidak dapat berbuat apa² kerana sosok itu sudah berada di sebelah aku , sambil menjeling ke sosok itu aku lihat dia menghidupkan rokoknya dan tiba² aku terbau asap rokoknya yang berbau seperti bau kemenyan di bakar berselang dengan bau bunga yang memeritkan hidung.
Rasa nak nangis , nak menjerit , nak lari semua bermain dalam benak aku yang memang penakut tapi acah² berani ini...dalam 5 minit kemudian sosok itu pun menghilang begitu sahaja meninggalkan bau yang amat meloyakan tekak..dalam keadaan masih menggigil aku cuba menyalakan rokok aku sebatang lagi untuk meredakan perasaan dan pengawal keselamatan yang lari tadi datang semula ke tempat aku merokok.
Pengawal keselamatan itu bertanya kenapa aku tidak lari ketika sosok itu sampai , nak aku tampar aku rasa kasihan pula pada dia...pengawal keselamatan itu menceritakan bahawa sosok yang merokok itu tadi adalah mandur India yang melakukan kerja pembinaan bangunan hospital di mana nenek aku menginap , dia mati kerana terjatuh dari tingkat 4 akibat tergelincir.
Dan tempat aku merokok itu adalah tempat terakhir mayat mandur itu di letak sebelum di bawa ke ruang bilik mayat....selepas habis merokok dan mendengar cerita pengawal itu aku pun naik ke bilik nenek aku.
Ketika aku masuk ke dalam bilik nenek aku...aku melihat bibik sedang seperti dalam ketakutan , setelah melihat aku masuk bibik terus mengatakan bahawa dia akan berada di depan station nurse malam itu , dan jika aku ingin apa² boleh panggil dia di situ dan terus keluar dari bilik nenek aku dengan tergesa².
Aku menjadi hairan dengan kelakuan bibik tersebut tapi aku rasa sebab dia phobia maka dia berkelakuan begitu dan aku biarkan sahaja , aku membuka television dan menonton untuk menghilangkan ngantuk. Sedang aku menonton television tiba² aku terdengar seperti ada seseorang yang flush di toilet , aku bangun menuju ke toilet dan membuka pintu dan melihat tidak ada sesiapa di dalamnya malah lantai bilik air juga kering sekeringnya..
Kejadian di dalam bilik nenek aku kali ini lebih menakutkan berbanding dengan sosok mandur India itu..esok aku sambung lagi @everyone
( Disclaimer ) : aku adalah seorang yang penakut tapi aku juga adalah seorang yang kepoh untuk tahu dan tidak cepat kelam kabut , arwah nenek aku berumur 98 tahun ketika itu , nenek aku berada di hospital itu selama 36 hari , bangunan hospital di mana ward nenek aku itu adalah bangunan yang baru di bina.
All reactions:
1.2K1.2K
Cerita #3
Selepas aku menutup pintu bilik air , aku ingin duduk kembali ke sofa ,
sebelum duduk aku melihat nenek aku sambil membetulkan selimut di badannya ,
ketika aku membetulkan selimutnya tiba² aku rasa ada tangan mengusap bahu kanan
aku , cepat² aku menoleh dan tiada sesiapa hanya ada dinding sahaja di
situ..aku menjadi seram sejuk tapi cuba mententeramkan diri dengan buat tidak
endah sahaja , tetapi perasaan takut itu tak dapat diajak berkompromi dengan
aku kerana aku mula merasakan ada seperti yang sedang melihat aku waktu itu.
Untuk mengelakkan aku bertambah takut , aku pun membuka pintu bilik untuk
keluar merokok , cuma waktu itu aku mengambil keputusan untuk merokok di tangga
darurat sahaja ( jangan di contohi ).
Aku pun keluar dari bilik menuju ke tangga darurat , arah yang
bertentangan dengan jalan masuk aku ke bilik nenek aku , jam waktu itu lebih
kurang jam 3 pagi , aku pun membuka pintu tangga darurat , di dalam kawasan
tangga darurat itu ada seseorang sedang duduk di mata tangga , aku panggil dia
abang A saja , dia adalah pesakit di sebelah bilik nenek aku ke arah tangga
darurat tersebut. Rasa senang wujud dalam diri aku sebab ada kawan untuk
bersama² duduk di tangga darurat. Aku tegur abang A , dia menjawap teguran aku.
Abang A ini adalah seorang pegawai atasan di daerah tersebut , berasal dari
Grik , Perak.
Aku bertanya , dia menjawap cuma yang aku perasan aku sahaja yang
memulakan percakapan bukan dia , pada aku mungkin orang sakit memang
berperangai begitu , tapi kami masih terus berbual sehinggalah dia meminta diri
kerana dia kata dia perlu bersiap² untuk pulang awal pagi nanti , aku terus
menghisap rokok sehingga hampir jam 4 pagi , demi nak mengelakkan kejadian yang
aku sudah alami tadi.
Selesai merokok aku ingin kembali semula ke bilik nenek aku , ketika aku
melalui bilik abang A , aku lihat ada sekumpulan nurse dan pembantu jururawat
sedang menutup sesosok tubuh di atas katil dengan kain putih , aku berlalu
terus ke station nurse untuk bertanyakan situasi itu dan jawapan nurse itu
memeranjatkan aku , kerana abang A di istiharkan meninggal dunia jam 3.15 pagi
tadi , dalam benak kepala aku berkata , kalau dia meninggal jam 3.15 tadi yang
berbual dengan aku siapa...ketakutan mula
bersarang dalam diri aku , tapi aku kena memberanikan diri aku juga demi
seorang nenek untuk aku jaga di hospital itu. Aku masuk semula ke dalam bilik
nenek aku , aku buka lampu tanpa menghiraukan tentang nenek aku terjaga atau
tidak demi untuk menghilangkan rasa takut aku , selang seminit kerana rasa
kasihan , aku menutup persekitaran katil nenek aku dengan tirai sahaja agar dia
tidak terganggu dengan silauan lampu bilik. Buat seketika aku rasa aman.
Subuh pun sampai , bibik sudah berani masuk ke bilik untuk membersihkan
diri dan solat. Selepas bibik solat aku bagi dia duit untuk dia beli sarapan di
kantin dan juga membelikan sarapan untuk nurse yang berjaga malam tadi sekali.
Nurses masuk ke bilik nenek aku untuk mengambil data untuk rujukan laporan
kepada nurse shift siang. Aku bertanya tentang abang A , nurse mengatakan
bahawa sejak jam 1 pagi abang A nazak dan akhirnya di istiharkan meninggal jam
3.15 pagi akibat kompilasi jantung...sekali lagi...siapa yang berbual dengan
aku...dan waktu itu hanya aku sahaja yang merokok dan abang A hanya duduk
sahaja.
Pendek cerita shift aku menjaga nenek aku pun bertukar kepada Poksu aku
, aku balik untuk berehat. Jam 9 malam aku sampai semula ke hospital untuk memulakan
shift aku. Seperti semalam bibik tidak mahu berada di dalam bilik nenek aku dan
sanggup duduk di depan station nurse sahaja , aku masih tidak tahu kenapa.
Seperti subuh tadi , aku menghidupkan semua lampu dan katil nenek aku di tutup
dengan tirai untuk mengelakkan dia silau. Sebelum aku tutup dengan tirai aku
lihat nenek aku , betulkan selimut dan sekali lagi usapan di bahu kanan aku
berlaku , cepat² aku tutup tirai dan duduk menonton television.
Sedang aku menonton television , ujung mata aku melihat tirai nenek aku
bergerak seperti ada tubuh sedang melaluinya , dalam waktu yang sama aku
melihat kipas untuk memastikan bahawa itu adalah kesan tiupan angin , tapi
kipas tidak berpusing. Dengan cepat aku buka tirai tersebut dan melihat nenek
aku sedang terbaring sahaja , dan logiknya memang nenek aku adalah seorang
pesakit "BED RIDDEN" tidak mungkin boleh bangun tanpa bantuan orang
ketiga. Sekarang aku berbelah bagi , nak dim kan lampu dan buka tirai atau
terus buka lampu dan membiarkan tirai itu menutup katil nenek aku. Aku ambil
keputusan dim kan lampu dan membuka tirai , terus suasana seram menyelubungi
bilik nenek aku.
Aku mengambil keputusan keluar dari bilik nenek aku , di luar pintu aku
masih memikirkan sama ada turun ke tempat parking atau ke tangga darurat untuk
merokok....aku ambil keputusan untuk merokok di tangga darurat sahaja. Ketika
menghisap rokok di tangga darurat aku mendengar pintu tangga darurat di buka
dan di tutup kemudian aku mendengar tapak kaki menapak naik , semakin lama
semakin hampir bunyinya dan akhirnya aku melihat seorang pengawal keselamatan
melalui hadapan aku dan terus melintasi diri aku melalui tepi sisi aku , aku
tegur tapi pengawal keselamatan itu terus naik ke atas dan menutup pintu
terakhir , selesai merokok aku masuk semula ke bilik nenek aku dan mula membuka
semua lampu dan menutup tirai katil nenek aku.
Jam 3 pagi , aku turun ke bawah untuk merokok , keluar dari lift aku
terserempak dengan 2 pengawal keselamatan yang sedang duduk di station dia di
depan lift , aku pun tegur dan kata dia sombong tadi aku tegur ketika di tangga
darurat tak menjawap. Kedua² mereka berpandangan sesama sendiri dan terus
mengatakan bahawa mereka tidak melakukan rondaan berseorangan melalui tangga ,
mereka melakukan rondaan berdua menggunakan lift dari tingkat ke tingkat dan
hanya membuka pintu darurat untuk memastikan ada sesiapa atau tidak di sana dan
tingkat 4 adalah terakhir mereka akan lihat dan pintu bumbung tidak akan di
buka kerana ianya berkunci dan hanya maintenance sahaja memegang kunci pintu
hala ke bumbung...sekali lagi itu siapa
Akhirnya aku ambil keputusan duduk bersama² dengan pengawal keselamatan
tersebut hingga ke subuh , rasa takut aku kali ini dah mula tak boleh di pujuk²
untuk berkompromi seperti biasa..seperti biasa bila subuh dah menjelma aku
perhatikan bibik baru berani berada di dalam bilik nenek aku untuk membersihkan
diri dan solat , hari ini siangnya aku kena balik semula ke KL kerana ada kerja
yang aku terpaksa lakukan , dan aku akan balik semula malam ini ke hospital
untuk menjaga nenek aku. Setelah aku selesai membersihkan diri aku terus ke bas
station dan menuju ke KL , 4 jam perjalanan dapat aku tidur untuk merehatkan
diri.. @everyone
Cerita #4
Jam 7 malam aku bertolak pulang dari KL , dalam perjalanan arwah Pokde
menalipon dan mengatakan bahawa malam ini dia akan mengambil alih shift aku
kerana kasihan kepada aku yang sudah pasti kepenatan. Dan bibik pula malam ini
tidak akan bersama menjaga nenek aku. Rasa lega kerana sekurang2nya dapatlah
aku merehatkan badan dengan sempurna.
Siang harinya , aku , arwah abah , arwah Pokde dan arwah Pakcik aku dan
beberapa orang lain lagi bersarapan bersama2 , arwah Pokde aku bercerita bahawa
bibik meminta untuk berhenti kerja dengan alasan tidak sanggup menjaga nenek di
waktu malam ketika di hospital kerana dia ketakutan di sebabkan dia melihat ada
sosok wanita yang sentiasa duduk di atas katil nenek , maka terungkaplah kenapa
bibik selalu berada dalam ketakutan jika berada di dalam bilik nenek. Pesan
arwah abah aku pula adalah memberikan elaun untuk bibik menjaga nenek setiap hari
selain dari menerima gaji bulanannya.
Arwah Pokde pula menceritakan pengalaman dia malam tadi ketika menjaga
nenek di mana dia rasa cukup tidak selesa ketika berada di dalam bilik nenek ,
kata arwah Pokde , dalam jam 2 pagi dia masuk ke dalam bilik air untuk
melakukan urusan alam , ketika berada di dalam bilik air dia mendengar suara
nenek aku sedang berbual dengan seseorang dan bila dia keluar dia lihat nenek
sedang tidur , pada arwah Pokde mungkin dia salah dengar atau dia hanya
mendengar suara dari television dan dia membiarkan sahaja. Kemudian arwah Pokde
meneruskan tidur yang tertangguh tetapi dalam jam 4 lebih pagi dia terbangun
kerana ada tangan yang menampar kaki dia sehingga dia terbangun sambil dia
menunjukkan betis kaki dia yang berbirat warna merah seperti terbakar , kami
melihatnya dengan rasa hairan. Tanpa banyak cakap dia bangun terus keluar bilik
dan mengambil keputusan berbual dengan nurse yang berada di station nurse
sehingga pagi.
Hari aku berada di KL itu ramai yang datang melawat nenek kata arwah
Pokde aku termasuklah mak Teh , Pakndak dan cucu2 nenek yang lain. Pakndak
telah membeli radio yang mengandungi bacaan ayat Al-Quran untuk di putarkan di
dalam bilik nenek. Bila arwah Pokde menceritakan tentang radio itu , arwah Abah
terus mengatakan agar jangan di buka sentiasa tanpa henti radio itu kerana
ianya akan mengundang lebih banyak kejadian kerana akan "ada" yang
kepanasan. Aku sedikit protes kerana pada aku itu adalah ayat2 suci dan sudah
pasti akan menyebabkan suasana lebih tenteram , arwah Abah dan Ami Ahmad hanya
tersenyum mendengar protes aku sambil mengatakan bahawa aku akan
"jumpa" nanti benda itu. Setelah bersarapan kami semua bergerak ke
hospital beramai2 , sampai di hospital ramai anak cucu sudah berada di dalam bilik
nenek yang datang melawat.
Selepas melihat nenek , aku balik ke rumah untuk berehat bagi
mempersiapkan diri menjaga malam nanti. Jam 9 malam aku sampai menggantikan
arwah Pokde , sebelum arwah Pokde meninggalkan aku dia berbisik bahawa ada
sosok perempuan di katil nenek , bila aku melihat ke arah katil tidak ada apa2.
pada aku arwah Pokde hanya melawak kerana arwah Pokde memang kuat bergurau
walaupun sebenarnya aku dah merasakan ketakutan.
Aku on radio ruqyah dan baru nak duduk , nenek memanggil nama aku dan
ketika menghampirinya dia bertanya sama ada aku sudah makan atau belum dan
berbuallah dengan nenek dengan cerita2 yang hanya untuk membuatkan nenek rasa
mengantuk , ketika aku sedang berbual itu tiba2 radio ruqyah itu termati
sendiri walaupun sedang di on kan menggunakan elektrik. Kemudian aku melihat
nenek hanya tersenyum sambil cakap "DAH ROSAK EHHH" , aku hanya
senyum dan jawap "YA KOT". Kemudian kami meneruskan perbualan seperti
biasa sehingga dengan tiba2 nenek memalingkan muka ke kiri dan tersenyum. Aku
ingat dia tersenyum sebab aku membuat lawak bodoh , tiba2 dia memegang
pergelangan tangan aku sambil menatap wajah aku dan tersenyum sinis dan
mengatakan dia sudah mengantuk untuk tidur dan meminta mematikan lampu.
Bangun mematikan lampu dan membuka lampu tidur saja bagi memenuhi
permintaan nenek dan serta merta suasana bilik bertukar menjadi seram , aku
keluar bilik untuk merokok , memberitahu nurse yang menjaga bahawa aku nak
keluar sekejab. Ketika menunggu lift untuk turun , suasana seperti ada
seseorang bersama aku menunggu lift juga, setelah melihat di sekeliling tidak
ada seorang pun yang berada di situ kecuali aku seorang. Biasalah lift hospital
mana ada yang laju kan...so tunggulah lift datang dalam keadaan yang tidak
selesa. Sampai saja lift aku masuk dan menekan butang G untuk ke bawah , ketika
sedang di dalam lift ujung anak mata aku melihat ada sosok wanita di sudut lift
sambil menundukkan kepala dan tercium bau bunga seperti bunga di kuburan , masa
itu tuhan saja yang tahu betapa takutnya aku dan terasa lift tidak bergerak ,
seminit berada di dalam lift itu umpama satu perjalanan untuk 500 tingkat
lamanya. Waktu itu aku hanya berharap aku pingsan agar tidak terus di teror
kejadian itu. Aku terus menerus menekan butang G dengan harapan lift akan sampai
ke G dengan segera. Panik dan takut dah bercampur baur peluh jantan jangan
ceritalah.
Akhirnya lift sampai ke G , pintu tak sempat terbuka lebar aku dah
meluru keluar dengan harapan ada pengawal keselamatan di station mereka ,
malangnya tiada seorang pun di station itu. Mungkin mereka melakukan rondaan
kerana waktu itu jam 11 malam , aku hanya merokok di pintu masuk kerana berada
dalam situasi ketakutan yang amat sangat. beberapa ketika 2 pengawal tiba di
station mereka , dan menegur aku yang sedang menghisap rokok di tepi pintu
masuk. Melihat aku yang sedang pucat dan ketakutan mereka bertanya apa yang
telah berlaku , aku ceritakan apa yang berlaku kepada mereka. Aku terus duduk
di situ sehingga jam 12 malam dan ingin keluar membeli makanan dan minuman di
bandar sambil mereka juga memesan.
Selepas membeli barangan yang aku perlukan dan kembali ke station
pengawal keselamatan dan terus duduk bersama mereka sehingga ke subuh ,
maknanya malam tadi aku tidak menjaga nenek tapi menjaga 2 pengawal keselamatan
tersebut kerana aku benar2 takut dengan kejadian itu.
Poksu aku sampai baru aku naik sama2 kebilik nenek , yang hairannya
radio ruqyah itu sedang memainkan bacaan Al-Quran , walhal malam tadi aku
tinggalkan dalam keadaan yang mati , dalam keadaan terpinga2 aku ambil beg dan
balik lebih awal dari biasa hari itu. Ketika aku sedang tidur dalam jam 12
tengahari arwah Pokde menalipon dan mengatakan bahawa bibik telah lari setelah
memberi alasan ingin ke bank memasukkan wang ke keluarganya. Aku bersiap terus
pergi ke hospital berjumpa dengan arwah Pokde yang kebetulan Mak Teh juga
berada di dalam bilik nenek. Mak Teh setuju meminjamkan bibik dia dahulu
sementara mendapat pengganti bibik yang lari tersebut. Selesai sementara
masalah.....sementara.....
@everyone
Cerita #5
Masalah bibik yang lari itu dapat di atasi dengan solusi Mak Teh
meminjamkan bibik dia , lepas ini akan di kenali sebagai bibik #2. Selepas
berbual dengan arwah Pokde dan Mak Teh aku keluar untuk balik dan berehat bagi
shift malam ini.
Jam 9 malam aku datang ke hospital sambil membawa makanan untuk nurses
sebagai tanda terima kasih dan juga pesanan bibik#2. Ketika bibik#2 sedang
makan aku berbual2 dengan nenek , ketika berbual itu secara tiba2 terdengar air
paip di dalam bilik air seperti di buka , dan bibik#2 bangun dan masuk ke bilik
air untuk menutupnya , bila keluar muka bibik#2 seperti terpinga2 dan bila di
tanya kenapa , jawapannya tiada satu pun paip air yang terbuka. Dengan selamba
dia kata "BIASALAH RUMAH SAKIT" , bila mendengar kata2 bibik#2 aku
berkata dalam hati , berani gak bibik satu ni.
Nenek bertanya kemana perginya bibik yang lama , dan dia tak suka
bibik#2 ini , pada aku mungkin nenek tidak biasa dengan bibik baru , aku hanya
memujuk nenek dengan mengatakan bahawa bibik lama balik kampung kerana ada
urusan keluarga dan nanti datang balik. Tapi nenek langsung tidak mempercayai
kata2 aku dengan berkata bahawa bibik lama itu sebenarnya takut , aku hanya
mengiyakan dalam hati saja kerana memang betul bibik lama itu lari kerana
takut.
Selepas bibik#2 habis makan , aku memanggil dia keluar bilik untuk
berbual sementara , aku terangkan perangai nenek aku yang cerewet , pemarah dan
tidak suka dengan sesiapa saja termasuk juga anak cucu sendiri , dia hanya akan
bercakap dengan arwah abah aku , Arwah Pokde , Poksu dan aku sahaja selain dari
kami nenek hanya akan buat endah tak endah sahaja dan jangan ambil hati , pesan
aku kepada bibik#2 itu. Kemudian kami masuk semula ke dalam bilik nenek , aku
tutup lampu utama , membuka television untuk bibik#2 menonton bagi mengelakkan
bosan dan juga berpesan jika mahu tidur , tidur sahaja. Dan memesan kepada
bibik#2 jika ada apa2 talipon aku dengan segera kerana aku akan berada di luar
, baru kaki ingin melangkah keluar bilik tiba2 nenek bersuara untuk mematikan
television kerana bising mengganggu dia hendak tidur , walhal sebelum2 ini jika
aku menonton television dia tidak pernah bersuara , dalam hati aku hanya
berkata "HMMM DIA BUAT PERANGAI PROTES TAK SUKA BIBIK#2 NI" , aku pun
mematikan television sambil menyuruh bibik#2 bersabar dengan suara perlahan.
Aku keluar dari perkarangan hospital menuju ke bandar untuk minum , baru
saja memesan minuman , tiba2 talipon aku berdering , aku lihat bibik#2 yang
menalipon , aku jawap dan bertanya kenapa , bibik#2 mengatakan bahawa nenek
sedang marah2 dengan meminta bibik#2 mematikan radio ruqyah itu , bibik#2 tak
berani nak tutup sebelum meminta kebenaran dari aku , aku suruh bibik#2 matikan
sahaja , dan kami mengakhiri perbualan.
Dalam jam 12 malam sekali lagi talipon aku berdering , aku lihat bibik#2
lagi menalipon , aku tanya kenapa , bibik#2 mengatakan bahawa nenek bangun dan
duduk terus memarahi bibik#2 dengan tidak jelas...aku bila dengar ayat
"BANGUN DAN DUDUK" terus mengulang2 ayat itu dan di iyakan oleh
bibik#2. Aku hanya boleh berkata "MUSTAHIL" , mustahil kerana nenek
aku adalah pesakit 'BED RIDDEN". Bergegas aku balik ke hospital.
Bila sampai di hospital , aku memakirkan kereta dan terus ke lift untuk
naik ke tingkat 4 ke bilik nenek , ketika aku ingin naik pengawal yang berada
di depan lift itu bertanya , 'BUKAN ABANG DAH NAIK BARU KEJAB TADI , BILA PULA
TURUN"??? , aku diam tak menjawap dan terus naik ke lift kerana memikirkan
nenek yang duduk.
Sampai saja di bilik nenek aku lihat nenek sedang terbaring seperti
biasa dan sedang tidur lalu bertanya kepada bibik#2 bila dia duduk dan bila dia
baring. Bibik#2 mengatakan nenek baring dalam 5 minit tadi. Aku terus menyuruh
bibik#2 agar duduk menunggu di depan station nurse saja malam ini dan aku akan
duduk di dalam bilik. Dalam jam 2 pagi pengawal keselamatan datang ke bilik
nenek dengan mengatakan bahawa aku tidak menutup lampu kereta. Aku ikut
pengawal itu turun untuk melihat keadaan kereta aku , bila sampai ke kawasan
parkir kami melihat lampu kereta aku tidak terbuka seperti yang di dakwa awal
tadi. Kami berdua bingung dan kembali ke bangunan hospital dan kami merokok di
depan pintu masuk sambil aku bertanya tentang dakwaan yang di katakan aku dah naik
lift sebelum aku naik tadi. Pengawal itu mengatakan bahawa sebelum aku naik
memang ada sosok tubuh yang sama seperti aku naik dan mereka berdua menegur
sosok yang sama wajah dengan aku itu tapi sosok itu tidak menjawap dan mereka
bertambah seram bila kali kedua mereka menegur aku yang betul tapi masih tidak
menjawap , aku hanya gelak sebab rasa gelihati kerana mereka sangka mereka
telah berjumpa hantu sebanyak dua kali walhal yang kali kedua itu adalah aku
yang sebenarnya.
Habis merokok aku naik semula ke bilik nenek , dan menunggu sehingga ke
subuh dan tiada kejadian apa2 yang berlaku , putaran bermula sekali lagi ,
Poksu aku sampai aku balik....
Cerita #6 , #7 , #8
Dalam perjalanan balik aku mendapat panggilan talipon dari arwah Pokde
dengan mengatakan bahawa arwah Abah aku ajak sarapan dengan beberapa orang yang
lain , aku mengiyakan saja. Selepas bersiap aku keluar semula untuk bersarapan
bersama2 arwah Abah aku dan beberapa yang lain. Kami bersarapan sambil
bercerita berkenaan nenek , aku masih mendiamkan diri tidak menceritakan
berkenaan apa yang telah bibik#2 lalui malam tadi. Tapi arwah Pokde mengatakan
bahawa malam tadi di rumah nenek ada sesuatu di dalam bilik nenek , tapi arwah
Pokde tak berani nak tengok cuma pagi tadi dia buka bilik nenek , bilik nenek
bersepah seperti ada seseorang yang membuat sepah untuk mencari sesuatu. Dan
arwah Pokde mengusulkan agar petang ini bibik#2 mengemas bilik nenek dan arwah
Pokde akan bersama2 dengan aku menjaga nenek di sebelah malam. Aku tahu arwah
Pokde sedang dalam ketakutan sebenarnya. Selepas sarapan mereka semua ke
hospital manakala aku pergi ke pharmacy untuk membeli beberapa ubat2an untuk
nenek dan menghantar semula ke hospital dan aku balik semula ke rumah untuk
berehat.
Jam 9 malam aku sampai ke hospital , arwah Pokde telah ada di situ
sedang berbual dengan nurses di station nurse. Aku masuk ke bilik nenek untuk
melihat keadaan nenek , nenek masih belum tidur , aku berbual sementara sambil
bergurau. Nenek memberitahu aku , kalau aku nak keluar minum tutup dahulu lampu
bilik , aku mengiyakan saja. Seketika nenek menutup mata yang bermakna dia nak
tidur , aku bangun mematikan lampu dan keluar dari bilik dan mengajak arwah
Pokde untuk keluar minum. Sampai di lantai G , 2 pengawal sudah ada di bawah ,
salah seorangnya adalah pengawal yang baru , setelah berkenalan aku bertanya
jika mereka nak memesan apa2 sebelum kami keluar.
Di kedai makan , arwah Pokde bertanya pada aku sampai bila nenek perlu
berada di hospital , aku hanya mengatakan sehingga betul2 nenek sehatlah baru
di bawa balik sebab tidak ada orang perempuan yang akan menjaganya dan kalau
ada pun sudah pasti tidak akan betah dengan perangai nenek yang sentiasa
marah2. Dalam jam 12 malam kami balik semula ke hospital sambil membawa pesanan
2 pengawal keselamatan tadi. Kemudian kami naik ke bilik nenek. Aku duduk di
kerusi dan arwah Pokde duduk di kerusi malas sambil menonton television , tidak
ada apa yang berlaku dalam hati aku sambil merasa lega. Aku bangun melihat
nenek , nenek tidur dengan pulas.
Dalam jam 2 pagi arwah Pokde mengajak aku turun untuk menghisap rokok ,
aku tidak terasa hendak merokok , maka pergilah arwah Pokde seorang diri turun
ke bawah menghisap rokok. Selepas arwah Pokde keluar , tiba2 suara nenek
memanggil nama aku , aku menoleh ke arah katil nenek tapi melihat nenek sedang
tidur. Aku bangun untuk memastikan bahawa nenek benar2 tidur dan setelah lihat
dekat2 memang nenek sedang tidur pulas. Kemudian aku duduk semula , baru sahaja
duduk , suara nenek kedengaran lagi memanggil nama aku.... "ABANG"..
( nama panggilan aku ) , menoleh ke arah nenek dan nenek masih lagi tidur..aku
menarik kerusi mendekat dengan katil nenek , betul2 di sebelah muka nenek.. aku
lihat sahaja muka nenek yang sedang terpejam tidur pulas..setelah puashati nenek
betul2 tidur aku pun menoleh ke arah television..beberapa detik
kemudian..."ABANG" sekali lagi suara nenek memanggil nama aku. Kali
ini aku bangun dan terus membuka lampu dan terus menarik tirai menutup katil
nenek agar terlindung dari cahaya lampu.
Aku menutup television dan membuka radio ruqyah untuk mententeramkan
suasana. Seketika kemudian arwah Pokde menalipon dan mengarahkan aku turun ke
bawah , aku yang memang sedang seram sejuk tanpa bantahan mengiyakan untuk
turun. Sampai di bawah , aku lihat arwah Pokde sedang pucat lesi. Aku bertanya
kenapa , arwah Pokde hanya mengatakan akan menceritakan esok pagi sahaja. Aku
ingatkan arwah Pokde telah melihat sosok tubuh perempuan yang pernah aku nampak
dulu. Aku menghisap rokok bersama2 arwah Pokde sehingga subuh kerana aku
mengajak arwah Pokde naik awal dia tidak mahu , maka kami naik bila tarhim
telah kedengaran. Kami naik ke bilik nenek , dan ketika masuk aku sekali lagi
kehairanan , kerana seingat aku sebelum turun tadi radio ruqyah itu di on dan
bila masuk radio itu telah tertutup dan lampu bilik juga telah di padamkan ,
mungkin nurse yang mengambil data menutup lampu tapi sudah pasti bukan radio
itu hati aku berdetik.
Poksu aku sampai , aku dan arwah Pokde balik. Sebelum balik kami singgah
di kedai makan untuk bersarapan. Ketika itu aku bertanya apa yang telah berlaku
semalam sampai memanggil aku turun ke bawah. Arwah Pokde menceritakan bahawa
ketika dia nak naik , bila pintu lift terbuka ada sesosok pocong berada di
dalam lift melihat ke arah arwah Pokde yang hendak melangkah masuk. Bila
terlihat pocong itu arwah Pokde terus lari ke pintu keluar kerana waktu itu 2
pengawal yang sepatutnya ada di station pengawal sedang melakukan rondaan. Aku
hanya mendiamkan diri kerana terbayang keseraman yang telah di lalui oleh arwah
Pokde. Selepas sarapan kami berpisah , aku balik untuk merehatkan diri untuk
shift malam nanti.
Malam ini aku seorang sahaja yang menjaga nenek kerana arwah Pokde demam
, mungkin demam terperanjat setelah melihat pocong di dalam lift malam semalam.
Aku sampai hospital jam 9 malam seperti biasa , Poksu sudah ada menunggu kerana
mengambil bibik#2 untuk balik. Selepas Poksu balik , tinggal aku seorang di
dalam bilik nenek , aku berbual sementara dengan nenek sambil menunggu nenek
tertidur. Seperti malam semalam nenek meminta aku menutup lampu sebelum dia
mula tertidur. Aku memadamkan lampu dan keluar bilik untuk keluar minum dan
kembali semula ke bilik nenek jam 12 malam. Aku lihat nenek sedang tidur dan
aku membuka television untuk cuba tidur.
Dalam setengah jam bila mata sudah mula merasa mengantuk tiba2 aku
mendengar lagi suara nenek memanggil nama aku , aku menoleh ke katil nenek dan
nenek masih lagi dalam situasi tertidur. Aku cuba tidak mengendahkan panggilan
itu. Beberapa kali nama aku di panggil tapi aku buat tak tahu sahaja kerana
tahu bahawa itu bukan nenek yang memanggil. Perasaan takut mula menyelubungi
tapi TERPAKSA memberanikan diri demi menjaga nenek. Setelah sekian lama
akhirnya bilik nenek sepi sesepinya tidak ada lagi suara yang memanggil nama
aku.
Aku terlelap , tapi mungkin dalam jam 3 atau 4 pagi aku terbangun bila
tingkap bilik yang berhampiran dengan bilik air ada yang mengetuk berulang
kali. Aku terbangun cuba mendengar dengan teliti bunyi ketukan itu adakah betul
datang dari arah tingkap tersebut , kerana bilik nenek adalah di tingkat 4 ,
mustahil ada orang yang boleh mengetuk tingkap itu. TOk...TOK...TOK...tingkap
itu masih lagi berbunyi , aku dah mula bangun dari kerusi dan melihat ke arah
tingkap yang di ketuk itu dan terlihat ada tapak tangan melekap di tingkap
tersebut , kelihatan kerana ada cahaya lampu dari tiang lampu di bahagian
parkir di bawah. Jelas tangan itu sangat pucat , tapi hanya tapak tangan sahaja
tidak ada bentuk yang lain.
Ketika aku sedang melihat tingkap itu , tiba2 air di bilik air terbuka ,
aku hanya mampu membiarkan sahaja air paip itu terbuka kerana aku tidak berani
hendak ke bilik air di sebabkan tingkap itu berada berhampiran dengan pintu
bilik air , tanpa banyak cakap aku terus keluar dari bilik nenek menuju ke
station nurse. Malangnya tidak ada satu orang pun di station nurse itu ,
suasana sangat sepi seperti langsung tidak ada sesiapa di situ. Aku duduk di
kerusi di hadapan station nurse dan tertidur sehingga aku di kejutkan oleh
Poksu pagi itu. Poksu bertanya kenapa aku tidur di depan station nurse tidak di
dalam bilik nenek , aku hanya senyum tanpa memberitahu tentang kejadian malam
tadi.
Pagi itu aku bersarapan lagi dengan arwah Abah dan beberapa orang tanpa
arwah Pokde kerana arwah Pokde masih lagi demam. Arwah Abah meminta aku melihat
arwah Pokde yang sedang sakit sebelum aku balik , setibanya di rumah nenek aku
melihat arwah Pokde dalam keadaan yang belum tidur , dan betul arwah Pokde
mengatakan bahawa dia tidak boleh tidur kerana masih terbayang2 wajah pocong
yang di jumpai di dalam lift malam itu ketika dia cuba memejamkan mata. Aku
menalipon Ami Ahmad untuk menemankan arwah Pokde dan minta juga meruqyahkan
arwah Pokde kerana Ami Ahmad adalah seorang yang pandai mengubati orang2 yang
kerasukan atau di tegur makhluk ghaib. Setelah Ami Ahmad sampai aku pun balik
untuk berehat.
Jam 9 malam aku sampai semula ke hospital seperti biasa , tapi malam ini
aku sudah merasa tidak selesa bila memasuki bilik nenek. Nenek memanggil nama
aku apabila dia melihat aku memasuki bilik , kami berbual sehingga nenek
tertidur. Selepas nenek tertidur aku mengambil kesempatan untuk keluar minum
dan merancang tidak akan balik semula ke hospital malam ini , rasa ketakutan
aku dah tidak boleh di ajak berkompromi sama sekali. Aku keluar memberitahu
nurse yang bertugas bahawa malam ini aku tidak akan menjaga nenek dengan alasan
aku ada kerja nak di lakukan dan hanya memberitahu nurse itu jika ada apa2
berlaku terus sahaja menalipon aku.
Aku turun terus menuju ke arah parkir kereta untuk balik , cuba
menghidupkan enjin tapi kereta aku tidak mahu hidup. Hairan....kerana kereta
aku bukan kereta lama , rasanya bateri kereta pun baru sahaja di tukar beberapa
bulan yang lepas. Aku terus mencuba tapi tetap juga gagal menghidupkan kereta ,
beberapa ketika bila suasana sudah semakin sepi 2 pengawal keselamatan datang
menghampiri aku bertanya akan permasalahan yang aku hadapi. Mereka juga cuba
membantu tapi tidak ada apa yang boleh di lakukan. Dan akhirnya aku kekal di
hospital malam itu , cuma aku tidak sekalipun naik ke bilik nenek. Aku hanya
menunggu di ruang tunggu di bawah sahaja sehingga jam 4 pagi. Ketika pengawal
itu melakukan rondaan aku naik ke bilik nenek , melihat nenek yang sedang tidur
dan aku mengambil keputusan untuk tidur kerana merasa terlalu mengantuk. Baru
sahaja ingin melelapkan mata tiba2 aku terasa seperti ada seseorang berada di
dalam bilik itu bersama2 dengan aku. Aku membuka mata dan melihat ada seseorang
sedang berdiri di hujung bilik sambil melihat ke arah aku. Tanpa membuang masa
aku terus keluar dari bilik dan duduk di depan station nurse sehingga aku
mendengar tarhim. Setelah itu aku masuk semula ke bilik nenek , aku tercium bau
yang wangi bila membuka pintu bilik , membuka lampu dan nenek aku lihat telah
bangun sambil dia melihat ke arah aku dengan senyuman. Kami berbual sehingga
Poksu aku sampai..dan aku balik..
Cerita #9 dan akhir
-Memandangkan cerita ini selama 36 malam , dan jalan ceritanya akan ada
rutin yang sama setiap hari , jam 9 malam , merokok , makan dan minum maka aku
make it short lah , beberapa peristiwa seperti , nurse bingung , pontianak ,
bibik#2 , bibik#3 , pingsan , orang yang tidak pernah kami kenali datang
melawat nenek dan juga aku demam tinggi , aku skip cerita beberapa malam
sehingga hari kematian nenek.-
MALAM 14-
Setelah melalui malam2 yang memenatkan dengan berbagai peristiwa yang
tidak masuk akal maka malam ini aku lalui sekali lagi malam itu seorang diri
kerana arwah Pokde memang sudah tidak mahu lagi menjaga nenek di waktu malam ,
selepas jam 1 pagi , aku mula rasa mengantuk dan baru sahaja ingin tertidur ,
aku melihat nenek tiba2 bangun dari tidur dan duduk , aku agak terperanjat
kerana pesakit "BED RIDDEN" mustahil boleh bangkit duduk tanpa
bantuan sesiapa. Aku hanya melihat peristiwa itu sahaja tidak mampu untuk
berkata apa2 kerana merasakan mustahil.
Nenek duduk , sambil menoleh ke arah kiri dan
berkata..."NA'IMAH...AKU INGAT KAU TAK DATANG TENGOK
AKU...."...Na'imah!!!!!...aku dengar jelas nama itu di sebut , nama itu
memang asing bagi aku , dan mungkin seluruh keluarga aku tidak mengenali nama
Na'imah itu. Aku membiarkan sahaja nenek berbual2 dengan sosok yang aku tak
nampak , sekejab ketawa , sekejab menangis dan sekejab berbual biasa seperti
mana gaya perbualan orang biasa. Tiba2 nenek menoleh kepada aku , dan
berkata...."NI CUCU SULONG AKU , NAMA DIA SHUKUR , ANAK PADA ANAK SULONG AKU
, AKU PANGGIL DIA ABANG"...seperti nenek memperkenalkan aku kepada
seseorang...aku menelan air liur kerana aku tak nampak sosok yang nenek
perkenalkan diri aku..nak senyum tapi pipi aku tak larat nak tersenyum...nak
memasamkan muka , aku takut sosok ghaib tu nampak aku bermasam muka , maka
hanya poker face saja aku mampu lakukan.
Kemudian nenek berkata lagi..."ESOK KAU DATANG LAGI YE NA'IMAH
LAWAT AKU , AKU TAKDA KAWAN NAK BERBUAL"...kemudian nenek baring dan tidur
seperti biasa. Aku bangun dan mendekatkan diri ke katil nenek melihat wajah
nenek , sah dia sedang tidur. Aku masih lagi kebingungan dengan apa yang telah
berlaku. Aku keluar bilik turun ke bawah menghisap rokok dan aku ambil
keputusan keluar dari kawasan hospital untuk minum dan terus balik ke rumah.
Esoknya jam 8 pagi arwah Abah mengajak sarapan bersama2. Selepas
bersarapan aku mengajak arwah Abah naik kereta bersama aku kerana aku ingin
menceritakan tentang peristiwa yang telah berlaku malam tadi. Di dalam kereta
aku pun ceritakan berkenaan peristiwa yang berlaku , tapi bila aku menyebut
nama "NA'IMAH" , arwah Abah aku terus menangis..aku sedikit
kehairanan , kerana ini kali kedua aku melihat arwah Abah aku menangis ,
pertama dulu dia menangis kerana kematian emak aku dan kali ini setelah mendengar
nama "NA'IMAH" , kemudian arwah Abah aku berkata.."NA'IMAH ITU
ADALAH KAWAN NENEK KETIKA MUDA , DAN NA'IMAH ITU ADALAH DUKUN BERANAK" ,
aku diam mendengarnya , lalu arwah Abah aku menyambung.."ABAH TAK TAHU APA
YANG DAH NENEK DAN NA'IMAH ITU LAKUKAN , KERANA DALAM TAHUN 40an , ILMU2 YANG
TAK BETUL NI MEMANG BERLELUASA , KEBETULAN PULA NENEK MASA MUDANYA ADALAH
SEORANG PENJUAL BARANGAN KEPERLUAN DARI PINTU KE PINTU"...kata arwah Abah
lagi..."KALAU KAU PERASAN MANA ADA SESIAPA YANG BERANI DENGAN NENEK"...memang
aku perasan tidak ada sesiapa yang tidak menghormati nenek , dan arwah Abah
menyambung lagi..."ABAH INGAT NENEK KAU TIDAK ADA APA2 ILMU , KERANA DIA
BERAMAL SEPERTI BIASA , SEMBAHYANG DAN SEBAGAINYA TANPA
MENINGGALKANNYA"..."SEKARANG NAK BUAT MACAM MANA"..tanya arwah
Abah aku , aku mengusulkan agar mencari seorang ustaz yang pandai tentang
perkara2 begini dan di persetujui oleh arwah Abah. Aku menghantar arwah Abah ke
hospital dan arwah Pokde telah menunggu ketibaan kami di pintu masuk , aku
turunkan arwah Abah dan aku balik untuk berehat bagi shift malam nanti.
MALAM 25-
Bibik#3 yang menggantikan bibik#2 menjaga nenek malam ini bersama2 aku ,
malam ini adalah malam ke 3 bibik#3 menjaga nenek. Selepas makan bibik#3 terus
keluar bilik dan duduk di depan station nurse seperti bibik-bibik yang lepas ,
malam ini juga adalah malam terakhir Ustaz A melakukan ruqyah kepada nenek aku
, Ustaz A di lihat kelelahan setiap kali selepas meruqyah nenek , aku hanya
mampu melihat sahaja segala proses yang di lakukan. Selepas habis proses
meruqyah nenek Ustaz A mengajak aku untuk minum d luar , ketika di kedai minum
, Ustaz A mengatakan bahawa agak sukar untuk memisahkan nenek dengan
pendampingnya dan kebetulan pula hospital itu juga mempunyai banyak sosok ghaib
yang suka dengan pendamping nenek , kerana itu proses meruqyah nenek menjadi
satu kesukaran kerana sosok ghaib yang ada di hospital itu juga datang
mengacau. Satu2nya cara untuk memudahkan kematian nenek adalah dengan ada
seseorang menerima pendamping nenek sebagai ganti. Aku diam mendengar
penjelasan Ustaz A tanpa berdecit. Tiba2 Ustaz A mengatakan , jika ada yang
sudah menerimanya maka akan memudahkan untuk memisahkan pendamping itu dengan
orang baru kerana orang baru tidak sakit dan tidak berada dalam lingkungan
sosok ghaib. Aku masih diam sahaja.
Selepas minum aku dan Ustaz A berpisah , aku balik semula ke hospital
bagi menjaga nenek , setibanya aku di hospital aku duduk merokok bersama2
dengan pengawal yang ada di situ , selang beberapa ketika kami melihat sosok
mandur India menghampiri tempat merokok yang pertama aku duduk merokok dulu dan
aku lihat jam adalah jam 2 pagi , selepas itu pengawal itu berkata itulah waktu
yang selalu sosok itu lakukan setiap malam. Kemudian aku meminta pengawal itu
menemani aku naik ke tingkat 4 kerana peristiwa beberapa malam dahulu yang
berlaku terhadap diri aku di dalam lift. Sesampainya aku di tingkat 4 aku lihat
bibik#3 tidak ada di depan station nurse , aku ingat bibik#3 ada di dalam bilik
nenek , bila aku masuk ke bilik nenek aku dapati bibik#3 tidak ada di dalam
bilik. Aku biarkan sahaja kerana memikirkan mungkin bibik#3 keluar sementara.
Malam itu tidak ada kejadian apa2 dan aku tertidur sehingga Poksu aku sampai
mengejutkan aku. "BIBIK#3 MANA???" tanya Poksu kepada aku , aku hanya
menjawap dari malam tadi dia tiada , kemudian Poksu membuka almari untuk
melihat barangan bibik#3 , dan barangannya sudah tidak ada , maknanya bibik#3
telah melarikan diri..kami hanya terdiam sahaja..baru sahaja nak keluar arwah
Abah aku menalipon mengajak bersarapan bersama2.
Ketika bersarapan aku ceritakan saranan dari Ustaz A dan juga bibik#3
yang telah melarikan diri. Arwah Abah aku bertanya apa keputusan aku dengan
saranan Ustaz A , aku hanya menjawap untuk fikirkan dahulu saranan Ustaz A ,
dan kemudian arwah Abah ke hospital , aku balik untuk berehat bagi shift malam
nanti.
SIANG 35 MALAM 36-
Arwah Abah mengajak aku makan tengahari bersama2. Ketika makan arwah
Abah mengatakan bahawa dia sudah meminta penggali kubur untuk menggalikan kubur
bagi nenek bersebelahan dengan kubur Atok , aku hanya diam tanpa mengatakan
apa2. Dan arwah Abah aku bertanya..."BETUL KE KAU DAH BERSEDIA" , aku
menjawap pendek sahaja..."YA". Aku hanya mementingkan nenek dapat
pergi dengan tenang sahaja waktu itu. Selepas makan aku membungkuskan makanan untuk
arwah Pokde di hospital , selepas menghantar makanan aku pun balik semula ke
rumah untuk berehat dan bersiap2 untuk balik ke KL esok pagi selepas shift aku
menjaga nenek.
Malamnya selepas jam 9 malam aku sampai ke hospital. Memasuki bilik
nenek terus berdiri di sebelah katil nenek. Aku genggam tapak tangan kanan
nenek dengan tangan kanan aku dan tangan kiri mengusap rambut nenek , aku cium
kening nenek dan kemudian aku bisikkan ke telinga nenek.."NEK , ABANG
AMBIL BARANG NENEK , NEK LEPASKANLAH PADA ABANG...." aku lihat air mata
nenek jatuh sambil dia menggenggam erat tangan aku dan mengucapkan "TERIMA
KASIH BANG"....sambil menarik tangan aku memberi isyarat agar aku
merendahkan muka aku untuk dia cium , aku membiarkan nenek mencium dahi aku.
Kemudian nenek memejamkan mata untuk tidur , aku melepaskan genggaman tangan
aku. Badan aku terasa panas dan aku seperti mual ingin muntah tapi tidak keluar
apa2.
Aku merasa sangat mengantuk , mempersiapkan diri untuk tidur di kerusi
malas sambil menonton television , dalam jam 4 pagi aku terbangun kerana
merasakan ada hembusan nafas di muka aku , aku membuka mata dan tiba2 di depan
muka terlihat satu wajah perempuan yang buruk dan berdarah..hanya berjarak
dalam 5 atau 6 inci sahaja dari muka aku. Wajah itu hanya tersenyum melihat
muka aku seperti sedang melakukan inspection atas muka aku , aku nak nangis
tapi aku tahan kerana ingin melihat di mana badan muka yang melihat aku. Hanya
muka sahaja tanpa badan.
Mungkin dalam 5 minit wajah itu terus menghilang , aku terus bangun
pergi ke bilik air membasuh muka , selepas membasuh muka aku ke katil nenek
melihat nenek. Tidur pulas....satu perasaan terdetik dalam perasaan ketika
melihat wajah nenek , rasa sayu dan sedih..hanya sanggup berdoa agar di
permudahkan segalanya. Subuh sampai , sebelum aku keluar dari bilik nenek aku
mencium nenek dan nenek hanya tersenyum melihat aku , aku ke bas stand menuju
ke Kuala LUmpur , sampai sahaja di TBS dalam jam 10 pagi aku menerima panggilan
talipon dari arwah Pokde mengatakan nenek telah meninggal dunia dan akan di
kebumikan selepas zohor hari ini juga. Aku memberitahu lakukan sahaja
pengebumian tanpa menunggu aku. Aku balik semula dengan menunggu adik aku untuk
bersama2. Sesampai sahaja di rumah arwah Abah aku , majlis pengebumian telah
selesai dan ramai adik beradik serta saudara mara yang lain ada di situ , aku
memberi salam , arwah Abah aku menyambut aku dengan memeluk aku. Ramai yang
mengucapkan takziah dan tak kurang juga mengatakan bahawa aku yang menjaga
selama 36 malam tapi tidak dapat melihat jenazah nenek buat kali terakhir. Aku
merasa sangat bersyukur dengan apa yang telah berlalu. Arwah Abah berbisik
kepada aku dengan mengatakan.."TERIMA KASIH" dan juga bertanya nak
buat macam mana dengan pendamping nenek yang aku ambil itu. Dengan bergurau aku
mengatakan.."SIMPANLAH APA LAGI"......
-TAMMAT-
All reactions:
963963
-PINGSAN-
Malam itu selepas aku ambil alih untuk menjaga nenek , aku masih lagi
menjaga dalam keseorangan kerana arwah Pokde memang tidak mahu lagi berada di
dalam bilik nenek waktu malam.
Sebelum nenek tidur , kami berbual seperti biasa , berborak benda² yang
tidak ada ujung atau pangkalnya , hanya berborak bagi membuat nenek rasa
mengantuk.
Tidak lama nenek pun tertidur , aku membuka television dengan niat untuk
menonton tapi terganggu dengan suara bising di luar bilik , aku lihat jam dalam
jam 10 malam (-+).
Aku keluar untuk kepoh dengan kebisingan yang berlaku , bilik di hadapan
bilik nenek sudah ramai ahli keluarga mereka , aku tanya pada salah seorang
dari mereka , dia menjawap bahawa emak mereka baru sahaja meninggal dunia , aku
ucapkan takziah dan terus keluar untuk turun merokok.
Aku merokok tidak lama kerana tidak mahu menaiki lift dalam suasana
hospital sepi , sesampai saja di tingkat nenek , aku melihat masih ramai lagi
orang berkumpul di hadapan bilik tersebut , aku terus masuk ke dalam bilik
nenek.
Akhirnya keriuhan orang² di luar itu beransur² hilang , dan aku pula
merasa ngantuk yang amat sangat , melihat nenek dan membetulkan selimutnya ,
memadamkan lampu utama dan aku merebahkan punggung aku di kerusi malas sambil
menonton television sehingga aku tertidur.
[ Aku tidak ingat jam berapa ianya berlaku , apa yang aku ingat bahawa
sebelum kejadian itu aku memang tidur lena selenanya.]
Tiba² aku merasakan kaki aku tersangat sakit seperti ada sesuatu yang
berat menindih sehingga tidak boleh menggerakkannya. Bila aku membuka mata ,
ayat pertama yang keluar dari mulut adalah "ALLAH HU AKBAR" setelah
melihat sosok tersebut yang sedang duduk mencangkung di atas kepala lutut aku
sambil menghadap ke arah aku dan sedang tersengih , wajahnya sangat rosak dan
baunya sangat meloyakan , apabila dia hendak mendekatkan mukanya ke arah muka
aku , waktu itulah aku dah tidak ingat apa² , dunia terus gelap , aku pingsan
ketakutan sehingga Poksu aku sampai selepas subuh.
Selepas di kejutkan oleh Poksu aku pun bergegas membasuh muka dan
meninggalkan bilik nenek tanpa satu pun suara yang keluar.
-NURSE BINGUNG-
Hari itu aku menjaga nenek awal dari biasa , jam 3 petang aku sudah
terpacak di dalam bilik nenek untuk menggantikan arwah Pokde yang terpaksa
keluar kerana ada pekerjaan yang hendak di lakukan.
Setelah meletakkan barang² aku , aku berbual² sekejap dengan nenek
seperti biasa. Setelah berbual aku bagitau nenek ingin keluar sekejab membeli
minum petang dan juga untuk belanja nurses yang ada sebagai tanda terima kasih
, nenek membenarkan aku keluar.
Dalam perjalanan keluar aku singgah di station nurse tersebut dan
bertanya jika ada sesiapa dari mereka yang ingin memesan apa² selain dari apa
yang ingin aku beli. Masing² hanya mengatakan tiada apa² , belilah apa saja.
Dalam jam hampir jam 5 petang aku kembali semula ke hospital dengan
membawa beberapa kotak Dominos untuk para nurses dan juga pengawal yang di
bawah.
Sesampai sahaja aku di station nurse tersebut , ada 2 nurse di situ ,
ketika aku menghulurkan kotak dominos itu , mereka semua terperanjat dan mereka
berpandangan sesama sendiri. Kemudian mereka memanggil nurse seorang lagi ,
ketika nurse yang di panggil itu keluar dari ruang pantry , di tangan nurse itu
ada sepotong piza dan dia tergamam ketika melihat aku dan juga kotak² dominos
itu. Muka nurse yang sedang memegang piza itu berubah menjadi pucat serta
merta.
Aku bertanya kenapa..mereka diam buat seketika tanpa menghiraukan
pertanyaan aku. Kemudian mereka bertiga berdiri rapat² dan menanyakan tentang
diri aku , siapa nama , jaga siapa , bilik apa , nama pesakit apa dan juga
sudah berapa lama aku menjaga serta akhir sekali aku di suruh mengucap dan
membaca ayat Qursi sambil mereka mendengarnya.
Selepas itu barulah salah seorang dari mereka memberitahu bahawa sebelum
aku sampai itu , "AKU YANG LAIN" sudah sampai dan memberikan dominos
kepada mereka dan jumlah kotaknya juga sama banyak dan "AKU YANG
LAIN" itu terus masuk ke bilik nenek.
aku menyuruh salah seorang nurse itu mengambil kotak dominos yang di
pantry tersebut , nurse itu masuk ke pantry dan keluar dengan muka pucat lesi
kerana TIADA SATU PUN KOTAK dominos di dalam pantry , dan piza yang di tangan
nurse yang tadi juga sudah tiada. Kejadian itu berlaku di waktu siang bolong ,
kalau di ikutkan akal manusia mana mungkin berlakukan..sebab kita selalu fikir
hantu keluar waktu malam saja.
Selepas menenangkan nurses itu aku pun menuju ke bilik nenek dengan
perasaan bercampur baur , kerana aku takut aku terjumpa "AKU YANG
LAIN" itu , pelan² aku buka pintu bilik nenek , tiada sesiapa...cuma bau
bilik nenek sedikit wangi dan wangian itu seperti wangian kapur barus.
Aku membuka pintu bilik nenek seluas²nya dengan harapan dapat
menghilangkan bau kapur barus tersebut , beberapa ketika nurse shift siang itu
masuk kebilik nenek untuk mengambil data kesihatan nenek bagi shift nurse yang
malam pula. Aku mendiamkan diri berdiri di bawah television dengan niat nak
menakutkan nurses tersebut , tapi malangnya salah seorang nurse itu memberi
salam dan terpaksalah aku jawap salam tersebut.
Satu malam itu tiada kejadian terlampau menakutkan berlaku ,
cuma.......dalam jam 3 pagi kalau tak silap , ada satu sosok berdiri di tepi
katil nenek sambil memandang ke arah aku yang baru sahaja masuk dari merokok.
Sosok itu tinggi hitam dan bermata merah , selepas aku terpandang sahaja sosok
itu tanpa "babibu" aku terus menutup pintu dan keluar duduk di depan
station nurse sambil berbual² kononnya nak cover ketakutan.
Apabila tarhim kedengaran aku masuk ke bilik nenek semula , membuka
lampu dan aku terlihat segumpal rambut berada di tepi katil betul² di mana
sosok hitam itu dilihat sebelumnya. Gumpalan rambut itu sangat kasar dan berbau
hanyir , aku mengambilnya dan membuang kedalam tong sampah , dan selepas itu
aku membasuh tangan. Kesilapan besar aku adalah aku memegang gumpalan rambut
itu dengan tangan tanpa alas atau sarung ( "BARE HAND" ). 3 malam aku
di ganggu oleh makhluk hitam itu dan hilang selepas aku mandi air yassin.
-DEMAM PANAS-
Jam 9 malam seperti biasa aku dah sampai ke hospital untuk menjaga
nenek. Seperti semalam aku masih lagi menjaga nenek seorang diri.
Berbual dengan nenek , kemudian aku duduk menonton television setelah
nenek tidur. Suasana malam itu ada sedikit berbeza dengan malam² sebelumnya ,
sama ada perasaan itu di sebabkan aku takut atau memang suasana malam itu
begitu aku tak pasti.
Tapi memang perasaan aku ada sedikit goyah sebelum sampai di hospital ,
rasa seperti tidak mahu menjaga nenek tapi aku paksa juga kerana tidak tega nak
meninggalkan nenek seorang diri.
Memang malam itu aku tidak selesa , ingatan terhadap beberapa peristiwa
sebelum ini mula menerjah fikiran dan menjadikan perasaan berada di ambang
ketakutan.
Dalam keadaan fikiran bercelaru dan perasaan tidak selesa itu aku
tertidur , tidak tahu berapa lama aku tertidur , aku terjaga apabila mendengar
suara nenek sedang berbual dengan seseorang. Aku membuka mata dan melihat ke
arah katil nenek , dan seperti malam sebelumnya nenek duduk berbual dengan
sosok yang aku tak nampak.
Oleh kerana aku sudah pernah lalui peristiwa nenek duduk berbual dengan
sosok yang TIADA , aku membiarkan saja , aku ambil keputusan untuk keluar ke
bawah merokok. Dalam keadaan malas aku keluar bilik.
Bila melalui station nurse ada seorang nurse menegur aku dan bertanya
siapa tadi yang datang melawat , aku merasa kehairanan dan bertanya bila dan
berapa orang.
Nurse itu menerangkan tadi dalam jam 11 malam ada seorang wanita masuk
ke bilik nenek , wanita separuh baya dan nurse itu tidak pasti bila wanita itu
beredar , aku lihat jam menunjukkan jam 2 pagi , dan aku menjawap itu kawan
nenek sebelum meninggalkan station nurse itu dalam kebingungan.
Sesampai di lift aku lihat ada seorang pengawal yang biasa aku berbual
juga sedang menunggu lift untuk turun , hati aku lega , tapi pengawal itu tidak
menjawap pun pertanyaan aku , aku biarkan saja sebab fikir dia sedang
mengelamun.
Setelah pintu lift terbuka , aku masuk di ikuti pengawal itu , aku
menekan butang G , dan aku dengar suara pengawal itu meminta menekan butang 1 ,
aku tekan butang 1 dan menoleh ke arah pengawal itu..dan...bukan kepalangnya
aku ketakutan kerana pengawal itu telah bertukar menjadi pocong.
Dengan kain yang lusuh bertanah , muka yang hitam seperti terbakar ,
matanya yang sudah bolong sebelah dan juga anak mata sebelahnya pula seperti
ingin jatuh melihat ke arah aku yang hanya berjarak satu bahu sahaja.
Aku terus memalingkan muka dan berharap aku pingsan , sambil melafazkan
apa sahaja ayat yang terlintas di fikiran , dari tingkat 4 ke tingkat satu
umpama perjalanan dari bumi ke bulan lamanya aku rasa.
Setiba di tingkat 1 , pintu lift terbuka dan pocong itu pun keluar
sambil meninggalkan bau yang amat busuk , aku melihat pocong itu melayang
keluar dari pintu lift menembusi pintu di hadapan lift itu , baru aku tahu
bahawa pocong melayang bukan meloncat.
Setiba di G , aku yang menggigil ketakutan terus duduk di kawasan
menunggu tanpa menegur pengawal yang berada di station pengawal tersebut.
Tidak lama kemudian salah seorang pengawal itu menghampiri aku sambil
membawa air panas ( kopi @ nescafe aku tak ingat ) , bertanya apa yang berlaku
dan bertanya apa yang aku dah lihat , aku hanya diam tidak menjawap sepatah
pun.
Beberapa ketika aku merokok dan mula merasakan bahawa tubuh aku tidak
sehat seperti biasa , aku meminta 2 pengawal itu untuk menghantar aku ke
tingkat 4 , sampai di tingkat 4 di station nurse aku minta nurse itu memeriksa
aku kerana aku rasa seperi demam , dan setelah di ambil suhu aku , ternyata aku
memang demam dan demam aku tinggi.
Setelah memakan ubat yang di beri aku masuk ke bilik nenek dan tidur
sehingga ke pagi , hari itu satu hari aku mendapat demam panas.
-DEMAM PANAS #2-
Petang itu aku menerima panggilan dari arwah Abah untuk mengajak minum
petang. Dalam keadaan demam aku sampaikan juga hajat arwah Abah aku itu , kami
berjumpa di "port" biasa kami.
Bila aku sampai , di sana sudah ada arwah Pokde , Ami Ahmad , Pak Habib
dan beberapa orang lain. Duduk di sebelah arwah Abah aku terus di sapa kenapa
aku demam.
Aku menceritakan kejadian yang telah menimpa aku malam tadi , arwah
Pokde mencelah dengan memberitahu bahawa sebab itulah kenapa dia tidak mahu
lagi menjaga nenek di waktu malam.
Ami Ahmad menasehati aku agar malam ini jangan menjaga nenek kerana
kondisi badan aku akan memudahkan benda² ghaib melakukan yang tidak² , dan
parahnya kata Ami Ahmad dengan kondisi badan yang tidak fit akan mudah mendapat
kesurupan. Aku tak dapat bayangkan jika aku kesurupan dalam waktu aku
keseorangan. Nau'zubillah min zaliq.
Selepas minum petang kami beramai² menuju ke hospital , sesampai sahaja
di hospital aku menuju ke station nurse untuk meminta nurse yang shift siang
agar memberitahu nurse shift malam bahawa malam ini nenek tidak ada sesiapa
yang menjaganya kerana aku masih lagi tidak sehat. Kemudian aku masuk ke bilik
nenek , berbual sebentar dan aku pun balik bersama² mereka yang datang tadi.
Aku balik , memakan ubat dan berehat , malam itu ketika aku sedang tidur
, tiba² talipon aku berdering , aku mengangkatnya dan di hujung talian
terdengar suara yang memperkenalkan diri dari hospital dan meminta aku datang
segera ke hospital.
Dengan tergesa² aku mempersiapkan diri dan terus menuju ke hospital.
Sesampainya di hospital aku terus menuju ke station nurse. Aku bertanya apa
sudah jadi dan kenapa meminta aku datang ke hospital waktu ini , jam
menunjukkan jam 2.30 pagi.
Nurse yang di meja station itu , melopong melihat aku tanpa berkedip
sehingga aku terpaksa menghayunkan tapak tangan aku berdekatan muka beliau ,
barulah nurse itu tersedar.
Setelah nurse itu kembali normal , aku ulangi soalan yang sama , tapi
bukan nurse itu menjawap malah dia bingkas bangun menuju ke ruang pantry
memanggil nurse yang lain.
Sekembalinya nurse itu dari ruang pantry bersama 3 lagi nurse yang lain
, dia tidak bercakap tapi hanya menunjukkan jarinya ke arah aku untuk rakan²nya
yang lain.
Salah seorang nurse itu mendekat di meja station sambil bertanya ,
"KENAPA ENCIK"....aku yang bingung menanya semula kenapa talipon aku
dan minta aku datang dinihari ini. Nurse itu menjawap TIDAK ADA SESIAPA yang
menalipon aku kerana mereka tahu "AKU" sedang menjaga nenek.
"AKU"....
Nurse itu meminta aku melihat nombor yang talipon aku tadi , aku buka
"history call" , panggilan terakhir yang aku terima adalah panggilan
dari arwah Abah ketika mengajak aku minum petang tadi , aku melihat sekumpulan
nurse itu semula dengan muka yang bingung dan aku bertanya , "AKU"
itu berada di mana sekarang.
Mereka serentak menoleh ke arah bilik nenek. Salah seorang nurse itu
mengatakan bahawa semasa pertukaran shift , ada nurse telah memberitahu bahawa
aku tidak akan menjaga nenek malam ini kerana tidak sehat , tapi mereka hairan
apabila melihat "AKU" melintas station nurse menuju ke bilik nenek
dalam jam 10 malam tadi , pada mereka mungkin aku sudah sehat dan ambil
keputusan menjaga nenek semula , dan mereka melihat "AKU" sekali lagi
ketika mereka mengambil data nenek dalam jam 11 malam , tapi "AKU"
itu tidak berkata apa² , hanya duduk di kerusi malas menonton television , pada
mereka mungkin aku tiada mood. Itu sebab mereka terperanjat apabila melihat aku
datang dan bertanya soalan seperti tadi.
Aku mengajak nurse itu semua menuju ke bilik nenek , aku jenguk dahulu
melalui kaca di pintu kemudian aku menolak pintu bilik nenek pelan² , tiada
sesiapa kecuali nenek dan television yang masih lagi terpasang.
Kami keluar semula , aku duduk bersama² nurse di station nurse , kami
semua masih dalam kebingungan. Sedang kami duduk kebingungan tiba² datang 2
pengawal yang sedang melakukan rondaan , dan 2 pengawal ini tiba² terhenti
dalam jarak 2 meter dari kami serta berpandangan sesama sendiri.
Bila abang naik itu soalan salah seorang
pengawal tersebut , mendengar soalan pengawal itu salah seorang nurse sudah
seperti nak menangis menjawap bagi pehak diri aku , bahawa aku dari tadi di
station nurse sedang berbual. dan nurse itu lanjutkan dengan soalan ,
"KENAPA........"
Pengawal itu mengatakan bahawa tadi ketika mereka hendak naik , mereka
berselisih dengan "AKU" di depan pintu lift turun dan mereka hendak
naik , itu sebab mereka hairan bagaimana aku ada di depan station nurse walhal
aku sudah turun.
Salah seorang nurse yang sudah berumur , menyarankan aku agar pergi
berjumpa dengan Ustaz untuk menyelesaikan masalah tersebut dan terus memberikan
aku nombor Ustaz tersebut. Itulah awal mula aku kenal Ustaz A.
Akhirnya kami semua duduk berbual di depan station nurse itu termasuklah
2 pengawal tersebut sehingga tarhim berkumandang.
Aku masuk kebilik
nenek , dan melihat nenek sudah terbangun , aku berbual sehingga Poksu aku
sampai dan aku balik berehat.
All reactions:
868868
-USTAZ A-
Pagi itu aku ubah fikiran untuk balik berehat , aku menalipon Ustaz A ,
memperkenalkan diri dan kebetulan Ustaz A ingin keluar ke bandar untuk
bersarapan , maka aku mengajak Ustaz A untuk bersarapan bersama² sambil
berkenalan dan bercerita.
Setengah jam kemudian aku sampai ke tempat yang di janjikan tadi , kami
berkenalan dan bersarapan bersama² sambil Ustaz A memperkenalkan kawan dia yang
hadir sama ( kita gelar Pakcik A ) , Pakcik A adalah seorang praktisi
paranormal iaitu orang yang boleh menerawang hal² ghaib.
Ustaz A mengatakan bahawa dia telah di beritahu oleh Nurse A , (
kebetulan Nurse A adalah kakak ipar Ustaz A ) akan kejadian² aneh yang telah
aku lalui , hal nenek dan juga beberapa gangguan kebelakangan ini.
Ustaz A memberitahu bahawa kebanyakkan entiti yang aku jumpa BUKAN
KEPUNYAAN nenek , itu semua adalah makhluk yang memang telah ada di hospital
tersebut sebelum nenek aku admitted lagi.
Mereka mengganggu atau menjelmakan diri kepada aku kerana aku mempunyai
satu aura yang "wangi" , kalau ikutkan kata Pakcik A , aura wangi itu
adalah aura yang telah ada bersama aku kerana kesilapan aku dimasa remaja
dahulu ( cerita tentang masa remaja aku pernah aku ceritakan di salah satu
podcast youtube horror Indonesia ). Aku memberitahu Pakcik A bahawa kejadian
itu aku telah di ubati dan di tutup mata batin aku. Pakcik A hanya tersenyum
sambil mengatakan bahawa walaupun mata batin aku telah di tutup tapi aura wangi
itu masih tetap ada di dalam diri aku sehingga aku meninggal.
Ustaz A pula mengatakan bahawa untuk meruqyah nenek aku memerlukan
beberapa malam dan Ustaz A mengatakan jika dia di izinkan dia akan mencuba
untuk meruqyah nenek aku , aku hanya mengatakan akan mendapatkan keizinan arwah
Abah aku dahulu.
Aku juga bertanya , "KENAPA BARU SEKARANG PENDAMPING NENEK AKU
MUNCUL" walhal selama ini kami sekeluarga tidak nampak pun apa² yang aneh
yang di lakukan oleh nenek aku untuk menunjukkan dia mempunyai pendamping.
Pakcik A menjelaskan , bahawa sebenarnya nenek telah MEMBUANG pendamping
dia lama dahulu , cuma cara buangnya tidak betul dan orang yang memberi
pendamping itu tidak jujur dengan nenek aku , akhirnya nenek merasakan telah
membuangnya tapi ada perjanjian lain yang telah di lakukan oleh pemberi
pendamping itu dengan pendamping tersebut.
Pendamping itu sepatutnya di turunkan ke CUCU PEREMPUAN sulong dari anak
sulong nenek , tapi aku adalah CUCU LELAKI sulong dari anak sulong nenek , maka
dengan sebab itu nenek ingat bahawa pendamping itu benar² telah hilang. Aku
teringat cerita arwah Emak aku di waktu kelahiran aku , nenek adalah orang yang
paling gembira sekali , malah nama aku adalah nama yang nenek beri sempena nama
abahnya nenek , dan sejak aku lahir nenek tidak membenarkan kedua orang tua aku
duduk rumah sendiri sehingga adik kedua aku lahir.
Ustaz A memberitahu lagi , bahawa hospital adalah tempat bagi makhluk²
ghaib itu berada , tidak ada apa yang perlu di hairankan kerana di situlah
banyak kematian dan kecelakaan berlaku dari berbagai jenis manusia.
Ustaz A memberi pesan , selepas ini jika bertemu dengan sesiapa di
hospital yang beragama Islam , berilah salam terutama dengan nurses yang ada di
sana , itu kerana makhluk² jin atau iblis tidak akan memberi salam atau
menjawap salam jika bertemu dengan manusia. Ustaz A juga memberi pesanan agar
aku membaca "BISMILLAH 5 DAN AYATUL QURSI" ketika memasuki kawasan
hospital.
Selepas bersarapan kami berpisah , aku balik untuk berehat. Demam aku
mula terasa surut dan keadaan aku mula membaik. Aku tahu bahawa aku demam bukan
kerana virus atau jangkitan tapi kerana aku terperanjat saja.
Malamnya selepas aku membungkus makanan untuk para nurses dan pengawal
yang menjaga , aku pun menuju ke hospital , aku lakukan seperti apa pesanan
Ustaz A ketika memasuki kawasan hospital. Di station nurse begitu juga di
station pengawal aku memberi pesanan bahawa selepas ini jika nampak aku SILALAH
MEMBERI SALAM , jika tidak di jawap itu bukan aku , mereka semua setuju dengan
cadangan yang aku lontarkan.
Aku masuk ke bilik nenek , bila membuka pintu bilik ada satu bau yang
tidak sedap di hidu menerpa hidung aku , bau seperti bau darah yang tidak di
bersihkan , aku membuka lampu melihat sekeliling bilik untuk mencari punca bau
tersebut tapi tidak jumpa.
Keluar ke station nurse aku bertanya adakah nenek aku berdarah hari ini
kerana bau darah sangat kuat di dalam bilik nenek , nurse masuk ke bilik di
ikuti aku , dan aku tidak lagi menghidu bau darah seperti tadi , tidak ada
sedikit pun bau darah hanya bau ubat²an sahaja , nurse itu berpaling sambil
mengatakan "DIA GURAU AJE TU" dan tergesa² keluar.
Malam itu aku lalui
dengan aman dan tenang tanpa ada gangguan apa² pun sehingga ke subuh.
All reactions:
894894
-USTAZ A & PAKCIK A-
Pagi itu selepas aku melalui malam yang aman damai , aku ambil keputusan
menalipon Ustaz A untuk mengajak sarapan bersama² , aku juga memesan dengan
Ustaz A untuk membawa sama Pakcik A kerana aku ada banyak soalan untuk di tanya
dan memerlukan penjelasan lanjut.
Ketika bersarapan , aku bertanya kepada Ustaz A dan juga Pakcik A
berkenaan pendamping tersebut , bagaimana hendak membuangnya sedangkan nenek
tidak ada cucu sulong perempuan. Kata Pakcik A , pendamping itu akan menurun ke
cucu sulong perempuan jika aku lahir sebagai perempuan , tapi takdir ALLAH
menghendaki lain maka pendamping itu terpaksa menunggu sehingga ada salah
seorang keturunan nenek yang sanggup mengambilnya , dan perjanjian pendamping
dengan yang memberi pendamping itu adalah salah satunya tidak akan mengganggu
hidup nenek KECUALI jika nenek hendak meninggal tiada siapa yang mengambil
pendamping itu , masalahnya kata Pakcik A , nenek tidak tahu akan perjanjian
antara pendamping dan pemberi pendamping , maka sekarang nenek susah untuk
meninggal.
Berkenaan ada sosok yang sentiasa menyerupai aku pula kata Ustaz A , itu
adalah hantu raya yang tidak bertuan yang sedang berkeliaran di kawasan
hospital itu , dia tidak akan mengganggu aku secara fizikal kerana aku bukan
tuannya. Pakcik A mencelah dengan mengatakan bahawa bau "WANGI" aku
itu menarik berbagai sosok ghaib untuk mendekati aku dengan lebih dekat atau
kata lain ingin bertuankan aku atau jika mereka gagal mereka akan cuba
mencelakakan aku.
Aku memegang prinsip bahawa belum pernah ada orang mati di makan oleh
hantu , kata aku pada Ustaz A dan Pakcik A , mereka mengiyakan tapi kata Ustaz
A mereka boleh menyebabkan aku mendapat kemalangan yang membawa kepada maut.
Aku bagitau lagi kepada mereka bahawa aku adalah seorang penakut , tapi
aku boleh kawal ketakutan aku kalau aku tidak terperanjat atau dengan kata lain
jika aku sedang dalam keadaan bersedia. Pakcik A mengatakan bahawa aku
sebenarnya seorang penakut yang sebuk atau kepoh nak ambil tahu , kami gelak
dan menghabiskan perjumpaan pagi itu dengan berjanji akan sentiasa berhubungan
sesama kami lagi. Aku balik berehat mempersiapkan diri aku untuk malam ini.
Malamnya , aku sampai seperti biasa , masuk ke bilik nenek , berbual
sehingga nenek tertidur dan aku keluar menghisap rokok. Sejak beberapa kejadian
yang aku telah lalui , aku hanya merokok di seberang pintu masuk bangunan itu
sahaja.
Sedang aku ralit merokok , datang seorang pemuda menyapa aku , ingin
merokok bersama² di tempat itu. Kemudian datang salah seorang pengawal pun ikut
merokok di situ.
Kami berbual seperti biasa bertanya sapa , pemuda itu mengatakan bahawa
dia baru sampai kerana kemalangan dan sedang menunggu saudara mara datang. Aku
dan pengawal itu melihat pemuda yang berada di tengah kami dan serentak
bertanya , "KEMALANGAN DENGAN APA" dan kenapa seperti tidak ada
kecederaan. Pemuda itu hanya diam tidak menjawap , aku yañg rasakan seperti ada
sesuatu yang tidak kena mula menjarakkan diri dari pemuda tersebut , kemudian
datang seorang pemandu ambulan yang juga aku rasa ingin merokok. Dalam jarak
semeter tiba² pemandu ambulan itu berhenti dan melihat satu dokumen yang di
bawa dan terus lari meninggalkan kami.
Kami kebingungan , tidak lama selepas itu radio pengawal di sebelah
pemuda itu berbunyi yang mengarahkan dia segera datang ke station pengawal ,
aku dan pengawal yang mendengar arahan dari radio itu dengan pantas berlari ke
arah station pengawal di depan lift di pintu masuk bangunan.
Setibanya kami di station pengawal , kami melihat pemandu ambulan dan
seorang lagi pengawal sudah berdiri menunggu dan meminta kami melihat ke tempat
kami merokok tadi , dan pemandu ambulan itu mensuakan dokumen yang ada IC
pemuda tersebut , IYA......itu adalah pemuda yang sama , dan pemandu ambulan
itu mengatakan bahawa dia tadi yang membawa pemuda itu yang mana meninggal
dalam perjalanan kerana kemalangan antara motor dan kereta di bandar , dan
sekarang berada di ruang kamar jenazah bagi menunggu ahli keluarganya untuk di
tuntut. Seketika pemuda itu hilang secara perlahan² seperti kabus. Kami
berempat hanya terlopong melihat kejadian itu.
Aku tanpa banyak cakap selepas itu terus naik ke tingkat 4 , melalui di
depan station nurse seperti guru besar sedang lalu di depan murid² yang memberi
salam , aku menjawap salam mereka dan terus masuk ke bilik nenek.
Melihat nenek , aku mematikan lampu dan membuka television untuk
melelapkan mata , seperti malam² sebelumnya nenek bangun berbual dengan
"NAI'MAH" sosok yang tidak kelihatan , aku membiarkan sahaja dan aku
keluar duduk di depan station nurse sambil² berbual sehingga tarhim
berkumandang.
Putaran hari seperti
sebelum²nya , aku balik untuk berehat.
All reactions:
858858
-MALAM 1 RUQYAH-
Selepas aku mendapat kebenaran dari arwah Abah , maka bermulalah proses
meruqyah nenek.
Malam itu Ustaz A datang ke hospital bersama² dengan Pakcik A untuk
melakukan proses meruqyah nenek. Jam 11 malam proses meruqyah di mulai oleh Ustaz
A dengan membaca bacaan² ayat suci , aku dan Pakcik A hanya melihat sahaja
proses itu.
Dalam jam 12 malam ( -+ ) , ketika Ustaz A membaca ayat² ruqyah TIBA²
nenek bangun dan duduk sambil memanggil nama aku , aku datang menghampiri nenek
dan nenek berkata dia kepanasan dan mahu aku membawa keluar mereka ( Ustaz A
dan Pakcik A ) dari bilik nenek kerana nenek nak tidur katanya.
Ustaz A memberikan isyarat agar aku jangan melayan permintaan nenek
kerana itu bukan nenek , aku ikuti apa yang Ustaz A kata , selang tidak lama ,
suara nenek mula meninggi , oleh kerana aku tidak mahu terjadi apa² kepada
nenek dan juga mengganggu pesakit² yang lain , aku minta Ustaz A menghentikan
proses meruqyah itu , dan Ustaz A menuruti permintaan aku.
Bila proses ruqyah itu di hentikan , nenek kembali baring dan memejamkan
mata dan berkata "JANGAN KACAU ORANG TIDUR , KELUAR".......dengan
suara yang sedikit keras. Aku menenangkan nenek , menyelimutkan nenek dan aku
tutup lampu utama serta mengajak mereka keluar. Kemudian kami turun ke bawah.
Sampai di bawah Pakcik A mengajak kami keluar minum untuk membasahkan
tekak , aku lihat jam lebih kurang jam 2 pagi. Kami keluar dari hospital hanya
menggunakan satu kenderaan iaitu kereta Ustaz A.
Baru sahaja kereta ingin membelok keluar dari perkarangan hospital ,
terdengan satu dentuman kuat dari bonet belakang , Ustaz A memberhentikan
kereta dan kami turun untuk melihat bunyi apakah itu , bunyi seperti kayu
beluti memukul badan kereta , apabila kami lihat tidak ada satu pun bekas
seperti pukulan yang menyebabkan bunyi dentuman itu.
Kami meneruskan semula perjalanan , tidak lama dalam perjalanan tiba²
Pakcik A berkata dari tempat duduk belakang , "KITA ADA PENUMPANG" ,
dan aku yang kepoh terus melihat ke belakang , serta merta seluruh tubuh aku
menggigil , aku melihat terdapat seorang wanita , berbaju hitam , rambut yang
kusut masai tidak mempunyai muka hanya rata sahaja. Ustaz A menepuk paha aku
menyuruh aku membaca bismillah 5 untuk menenangkan perasaan. Tidak lama selepas
itu suara Pakcik A mengatakan penumpang dah turun.
Sampai di kedai makan , perkara pertama aku lakukan adalah ke bilik air
kerana telah menahan urusan alam dari tadi serta ingin membasuh muka.
Setelah itu aku bertanya kepada Ustaz A dan Pakcik A , siapakah itu
tadi. Pakcik A mengatakan itu adalah makhluk yang berkeliaran di kawasan
hospital tiada kena mengena dengan nenek aku , dan makhluk itu tidak berwajah
kerana makhluk itu tidak mempunyai tuan.
Ustaz A pula memberitahu bahawa proses mengubati nenek memang agak
sedikit payah kerana terdapat gangguan² dari makhluk yang bergentayangan di
kawasan hospital. Walau macam mana pun Ustaz A tetap akan cuba meruqyah nenek.
Kami minum dan membungkus makanan untuk para nurse dan pengawal sebelum
balik ke hospital , ketika ingin memasuki kereta , Pakcik A meminta aku duduk
di belakang , dengan pantas aku menolak permintaan Pakcik A. Mereka mengatakan
bahawa malam ini mereka akan sama² dengan aku untuk menunggu nenek , kerana
Pakcik A mengatakan takut sesuatu kejadian tidak di ingini terjadi kepada aku
akibat proses meruqyah itu tadi , aku yang mendengarnya hanya mampu tersenyum
kesukaan , kerana malam ini aku berteman.
Sesampai sahaja di hospital , aku berjumpa dengan pengawal di station
pengawal untuk memberi makanan yang di beli , kemudian mula menaiki lift ke
tingkat 4. Dalam perjalanan naik tiba² lift terhenti di tingkat 1 , pintu lift
terbuka dan tidak mahu tertutup walaupun telah di picit butang
"CLOSED" berkali² , aku dengan tanpa sedar memberitahu mereka bahawa
di tingkat 1 itulah melihat pocong keluar menembusi pintu , Setelah aku berkata
begitu , sayu² kami mendengar suara mengilai , Pakcik A mengatakan kalau dengar
hilaian bunyinya jauh maknanya dia dekat dan begitulah sebaliknya. Aku yang
sudah kencing tadi mula terasa ingin terkencing lagi bila mendengar penjelasan
Pakcik A. Selang beberapa minit tiba² pintu lift tertutup kembali , tetapi kami
bukan naik ke tingkat 4 , malah kami kembali semula ke lantai G.
Kami keluar dan menaiki lift yang di sebelah pula , serta meminta 2
pengawal itu menemani kami naik ke tingkat 4. Setelah sampai di tingkat 4 aku
memberikan bungkusan makanan yang di beli kepada nurse yang bertugas , dan
selepas itu masuk kebilik nenek seorang diri untuk melihat kondisi nenek , dan
setelah itu aku kembali ke station nurse dan duduk berbual bersama² mereka
sehingga tarhim kedengaran.
Selepas subuh aku ,
Ustaz A dan Pakcik A berpisah kembali ke rumah masing² untuk berehat bagi
menjaga pula di malam nanti.
All reactions:
834834
-MALAM 2 RUQYAH-
Sebelah malam sampai sahaja aku di hospital ,nurse yang ada di station
nurse menceritakan bahawa nenek aku hari ini mood tidak baik , marah² ketika sedang
di cuci luka dan menukar pampersnya. Nenek complain kesakitan setiap kali luka
di belakang badannya di cuci walhal sebelum² ini nenek tidak pernah bersuara
pun.
Aku masuk ke dalam bilik nenek , selepas meletak barang² aku , aku lihat
nenek , nenek sudah memejamkan mata , dan aku lihat ada selembar kain hitam di
selimutkan di atas badan nenek.
Aku keluar ke station nurse untuk bertanya tentang kain hitam itu dan
kebetulan Nurse A ada di situ , Nurse A mengatakan bahawa kain hitam itu di
letakkan oleh Pakcik A dan sekarang Pakcik A keluar sebentar dan akan kembali
semula tak lama lagi.
Aku kembali semula ke bilik nenek , niat ingin menonton television
sahaja sementara menunggu Ustaz A dan Pakcik A sampai , tapi ketika aku masuk ,
aku melihat nenek sedang melihat syiling tidak berkedip , aku dekati dan
bertanya dengan niat untuk berbual. Tapi sapaan aku sedikit pun tidak di
pedulikan oleh nenek.
Aku menyapa buat kali kedua sambil melibas² tangan aku di depan mata
nenek , masih juga tidak ada respon dari nenek , bila tidak ada respon aku
mengoyangkan bahu nenek dan nenek berpaling ke arah aku.
Selepas nenek berpaling dia terus bersuara "KENAPA , KAU TAKUT KE"....dan suara itu
aku tahu bukan suara nenek aku , sedih hati melihat nenek di pergunakan oleh
makhluk ghaib di akhir usianya , tak sengaja air mata aku keluar.
Dalam keadaan takut itu aku minta "benda" itu keluar dari
badan nenek , tapi nenek hanya TERSENYUM memandang aku seperti mengejek. Ketika
aku meminta "benda" itu keluar tiba² arwah Abah masuk ke dalam bilik.
Arwah Abah sampai di tepi katil nenek , memberi salam dan mencium tangan
serta dahi nenek , habis sahaja arwah Abah melakukan semua itu , tiba² nenek
berkata kepada arwah Abah , "ANAK KAU NI JAHAT , BUKAN JAGA AKU , DIA BAWA
KAWAN² DIA SAKITKAN AKU , MALAM² BUAT BISING SAMPAI AKU TIDAK BOLEH
TIDUR"..arwah Abah melihat aku dengan pandangan kasihan dan sedih dan
meminta nenek untuk bersabar.
Aku yang mendengar apa yang nenek perkatakan sedikit tersentak pada
mulanya , terasa sedih kerana itulah pertama kali dalam hidup aku nenek
mengeluarkan kata² berbaur marah kepada aku. Arwah Abah memberikan isyarat
mengajak keluar setelah nenek memejamkan mata untuk tidur.
Di luar bilik , arwah Abah mengatakan , "ITU BUKAN EMAK ABAH DAN
NENEK KAU , JANGAN AMBIL HATI , BUATLAH APA SAHAJA AGAR NENEK TENANG" ,
dan kebetulan Ustaz A dan Pakcik A telah ada di depan station nurse , maka aku
perkenalkan kepada arwah Abah mereka berdua , kecuali Pakcik A yang rupa²nya
adalah teman arwah Abah ketika muda , dan Pakcik A dah tahu tentang keluarga
aku dari hari pertama aku kenal dia kerana mereka pernah sama² duduk di dalam
kampung yang sama di bandar itu sebelum keluarga arwah Abah berpindah ke daerah
lain yang berjiran dahulu.
Arwah Abah balik , tinggal aku dan Ustaz A serta Pakcik A , aku
ceritakan kejadian tadi kepada mereka , Pakcik A mengajak aku keluar dari
kawasan hospital untuk minum manakala Ustaz A tinggal untuk meruqyah nenek.
Kali ini Pakcik A mengajak aku untuk minum di kawasan yang agak jauh dari
bandar , dan ianya melintasi sebuah sungai. Aku hanya mengiyakan sahaja ajakan
Pakcik A , dan Pakcik A juga mengatakan bahawa malam ini bagi sahaja nurse dan
pengawal itu wang untuk mereka membeli makanan kerana kita tidak akan pulang
awal , jadinya kasihan jika membelikan makanan untuk mereka , aku turuti juga
saranan Pakcik A.
Kemudian kami turun , menuju ke kereta serta keluar dari kawasan
hospital ke arah tempat yang di tuju. Sampai sahaja di tempat yang di tuju ,
kami mengambil meja yang agak terlindung dari pandangan ramai. Aku memesan
makanan dan minuman begitu juga Pakcik A , tapi Pakcik A memesan satu lagi
pesanan iaitu "KOPI PAHIT DAN AYAM GORENG 5 KETUL" , awalnya hati aku
berkata "KUAT BETUL MAKAN ORANG TUA NI" , habis sahaja hati aku
berkata² Pakcik A menepuk bahu aku dengan mengatakan "ITU SEMUA BUKAN UNTUK
PAKCIK TAPI ORANG YANG IKUT" .....yang ikut itu soalan aku yang
keluar , Pakcik A hanya menjawap "YA" sahaja.
Ketika sedang menunggu pesanan makanan sampai , Pakcik A menyalakan
sebatang rokok gudang garam dan meletakkan rokok itu di tepi meja di sebelah
kiri beliau. Aku hanya memerhatikan sahaja perbuatan Pakcik A kemudia dia
menyalakan rokok dia dan menghisap seperti biasa. Pakcik A memulakan percakapan
, dia kata bahawa "BENDA" yang hisap rokok itu adalah "ORANG"
dia , maka aku tak perlu takut. "BENDA" dia itu akan dia arahkan
untuk membawa keluar pendamping nenek malam ini , aku hanya diam mendengarnya.
Tidak lama kemudian pesanan makanan kami pun sampai , aku melihat rokok
yang di nyalakan itu telah habis sepertimana habis di hisap kebiasaannya
manakala kopi pahit itu tinggal setengah sahaja , bila masa "BENDA"
itu minum aku pun tidak tahu , aku bertambah penasaran untuk melihat ayam
goreng yang di pesan itu pula , tapi tiba² Pakcik A mengarahkan aku makan
pesanan aku dan jangan melihat ke pinggan ayam goreng tersebut. Sambil makan
kami berbual seperti biasa sehingga tiba² Pakcik A memalingkan muka ke arah
kiri dan mengatakan "KAU PERGI SEKARANG UNTUK SELESAIKAN". Dan
selepas itu aku melihat pinggan yang berisi ayam goreng , masih lagi utuh
seperti mana mula² sampai , Pakcik A tiba² seperti tahu apa yang bermain dalam
kepala aku menyuruh aku merasa ayam goreng itu , aku mencuit sedikit untuk aku
rasa , dan bila sahaja masuk ke mulut aku spontan aku meludahkan semula kerana
terasa seperti basi dan busuk , Pakcik A mengekek gelihati melihat gelagat aku
dan mengatakan itu adalah rasa "BEKAS" makanan hantu.
Dalam jam 3 pagi ( -+ ) , Pakcik A tiba² mengajak aku kembali ke
hospital dengan tergesa² , kami pun kembali ke hospital , sepanjang perjalanan
Pakcik A berkelakuan tidak seperti biasa , tidak ada satu ayat pun keluar dari
mulut beliau. Sesampai sahaja di hospital Pakcik A tergesa² keluar dari kereta
menuju tingkat 4 meninggalkan aku yang terkial². Aku terpaksa mengajak pengawal
keselamatan menemani aku ke atas kerana aku takut keseorangan di dalam lift.
Sampai di tingkat 4 , aku lihat Pakcik A dan Ustaz sedang berbisik² mengatakan
sesuatu sesama mereka di depan bilik nenek , aku tidak mendekati mereka hanya
menunggu di station nurse. Kemudian mereka sampai di station nurse dan
mengarahkan aku atau sesiapa pun jangan masuk ke bilik nenek sehingga azan
subuh berkumamdang dan mereka meninggalkan aku dengan tergesa².
Aku , Nurse A dan pengawal duduk di depan station sehingga azan subuh
berkumandang , setelah itu aku masuk ke bilik nenek dan kemudian di ikuti oleh
nurses yang mengambil data nenek , aku ambil barang² aku dan niat ingin balik
berehat.
Dalam jam 8 pagi aku mendapat panggilan talipon dari arwah Abah yang
mengajak aku bersarapan bersama² di tempat biasa. Ketika bersarapan aku
bertanya kepada arwah Abah tentang Pakcik A.
Arwah Abah mengatakan bahawa bapa kepada Pakcik A adalah orang yang pandai
dengan ilmu hitam dalam masa yang sama juga pandai dengan ilmu² agama ,
kepandaian bapa Pakcik A di dapati dari datuknya Pakcik A yang memang terkenal
di waktu mudanya.
Aku menceritakan
perbuatan Pakcik A malam tadi , dan arwah Abah mengatakan mungkin itu cara dia
menjaga "BENDA BELAAN" dia. Selepas sarapan arwah Abah ke hospital
bagi menjenguk nenek tapi aku ambil keputusan untuk balik berehat pula untuk
malam nanti.
All reactions:
927927
-MALAM 3 RUQYAH-
Seperti malam² sebelumnya aku sampai di hospital jam 9 malam , cuma
malam ini ada bibik#3 akan bersama² dengan aku menjaga nenek. Bibik#3 ini telah
ada di hospital dari pagi bersama² arwah Pokde. Ini adalah hari pertama bibik#3
menjaga malam , sebelumnya dia hanya menjaga di siang hari. Bibik#3 ini sama
juga seperti bibik-bibik yang lain , tidak mahu berada di dalam bilik nenek
ketika malam hari. Selepas makan bibik#3 terus duduk di depan station nurse ,
aku membiarkan sahaja.
Tidak lama selepas itu Ustaz A sampai , tapi dia hanya berseorangan
tanpa Pakcik A , aku bertanya di mana Pakcik A dan Ustaz A memberitahu aku
bahawa Pakcik A ada urusan yang perlu di selesaikan malam ini. Kemudian Ustaz A
mengambil wudhuk untuk memulakan proses ruqyah bagi kali ke 3.
Aku hanya memerhatikan sahaja Ustaz A melakukan proses meruqyah nenek ,
aku perhatikan nenek hanya tenang sahaja di perbaringannya tanpa ada reaksi
apa² , aku keluar dari bilik nenek kerana tidak tahan dengan bau bangkai yang
tiba² menusuk hidung , dan aku ambil keputusan menunggu di depan station nurse
sahaja sehingga selesai.
Selang sejam ( -+ ) , Ustaz A keluar dari bilik nenek , aku lihat Ustaz
A sangat kelelahan. Aku berikan air mineral kepada Ustaz A untuk dia
menenangkan diri , selepas Ustaz A tenang dia mengajak aku untuk keluar minum.
Kami berdua pun keluar dari kawasan hospital menuju ke kedai makan. Di
kedai makan Ustaz A menerangkan , bahawa proses ruqyah itu TIDAK BERJAYA ,
tidak berjaya bukan kerana pedamping nenek aku kuat , tapi tidak berjaya kerana
banyaknya gangguan² dari makhluk lain , dan jalan
terbaik
adalah pendamping nenek hendaklah di pindahkan dahulu ke tubuh yang
sehat dan selepas itu meruqyah tubuh yang sehat itu di luar kawasan hospital.
Maknanya kena ada seseorang mengambil alih pedamping nenek atau kata lain
pedamping itu di wariskan kepada anak cucu nenek ketika nenek masih hidup lagi.
Aku menelan air liur sahaja bila mendengar penjelasan Ustaz A tersebut.
Tidak mungkin ada anak cucu nenek yang akan menerima pedamping itu ,
detik hati aku. Aku dah terbayang muka² adik beradik , sepupu² malah emak bapak
saudara aku yang tanpa was² akan menolak cadangan ini. Dan Ustaz A menerangkan
jika tidak di ambil pedamping nenek ketika ini ianya hanya akan menyusahkan
nenek dan mungkin waris² yang lain , sekali lagi aku termenung memikirkan
perkataan Ustaz A itu.
Setelah Ustaz A memberikan penerangan itu kami pun berpisah dan aku
balik semula ke hospital , sampai di hospital aku duduk di bawah bersama²
pengawal yang menjaga dan tidak lama selepas itu aku melihat sekali lagi sosok
mandur India itu berada di tempat merokok yang pertama kali aku merokok di
hospital itu , aku lihat jam menunjukkan jam 2 pagi , pengawal itu menerangkan
itulah waktu² mandur India itu keluar merokok. Aku membiarkan sahaja kerana
otak aku sekarang sedang memfokuskan apa yang telah Ustaz A terangkan kepada
aku tadi.
Lebih kurang jam 4 pagi aku naik ke tingkat 4 bersama² dengan pengawal
yang aku minta menghantar aku , sesampainya di tingkat 4 aku lihat bibik#3
tidak ada di depan station nurse , aku masuk ke bilik pun bibik#3 tidak ada di
dalam bilik nenek. Aku membiarkan kerana otak aku memang sedang memikirkan
benda lain.
Aku melihat nenek , menyelimutinya kemudian aku duduk menonton
television sehingga aku tertidur , aku di kejutkan oleh Poksu aku yang sampai
pagi itu , dan bila aku terjaga Poksu aku bertanya di mana bibik#3 , aku
bingkas bangun melihat almari dan benar sangkaan aku , barangan bibik#3 tidak
ada dan kami tahu dia sudah melarikan diri.
Aku mengambil barangan aku untuk balik ke rumah , dalam perjalanan arwah
Abah aku menalipon mengajak bersarapan bersama². Di waktu sarapan itu aku
jelaskan apa yang Ustaz A telah sarankan malam tadi dan juga menceritakan
tentang bibik#3 yang telah lari.
Arwah Abah menanyakan pandangan aku tentang saranan Ustaz A , kerana dia
tahu tidak ada sesiapa yang akan mahu menerima pedamping nenek walaupun untuk
sementara. Aku hanya menjawap "NANTI SAYA FIKIR DAHULU , DAN KALAU SUDAH
TERPAKSA SAYA AKAN AMBIL PEDAMPING NENEK" bagitau aku kepada arwah Abah
sambil menelan makanan yang tiba² aku rasa tawar hambar sahaja.
Tiba² talipon aku berdering , Mak Teh aku di hujung talian , Mak Teh
memberitahu bahawa bibik#3 dalam perjalanan ke rumah Mak teh kerana tidak
sanggup menjaga nenek , bibik#3 selalu nampak sosok wanita tua duduk di katil
nenek , dan kejadian itu ketika siang hari , sebab itu bibik#3 ketakutan dan
melarikan diri. Aku memberitahu arwah Abah dan beberapa orang yang bersarapan
bersama² apa yang Mak Teh telah sampaikan , kami semua hanya gelak kerana tidak
ada sesiapa pun yang mampu untuk bertahan dengan kejadian² aneh yang telah
berlaku , aku mampu bertahan bukan kerana aku berani tapi aku mampu bertahan
kerana rasa tanggungjawap sahaja , jika yang berada di katil hospital itu bukan
nenek atau ahli keluarga aku yang lain , tidak mungkin aku akan bertahan.
Selepas sarapan arwah
Abah dan yang lain²nya ke hospital , aku balik untuk merehatkan diri bagi
menjaga malam nanti.
All reactions:
829829
-PAKCIK A & PAKCIK B-
Petang itu talipon aku berdering , ketika aku mengangkatnya terdengar
suara Ustaz A di hujung talian , beliau mengajak aku untuk berjumpa di sebuah
kedai makan.
Setelah aku sampai di tempat yang di janjikan , bersama Ustaz A ada
Pakcik A dan juga seorang rakan Pakcik A ,( selepas ini akan di kenali sebagai
Pakcik B ). Setelah aku di perkenalkan kepada Pakcik B kami memulakan
perbualan.
Pakcik A mengatakan bahawa pendamping nenek aku meminta janji yang telah
di janjikan untuk di tepati , iaitu salah seorang waris nenek aku harus
mengambilnya , jika tidak dia tidak akan melepaskan nenek aku untuk selamanya.
Maknanya nenek aku akan terlantar selamanya dan sudah pasti akan menyiksa nenek
aku.
Aku mencuba untuk protes kerana janji itu bukan di buat oleh nenek aku
tapi di buat oleh pemberi pendamping ketika nenek aku "MEMBUANGNYA"
dahulu. Dan janji itu tidak di ketahui oleh nenek aku sama sekali , pada nenek
pendamping itu telah benar² hilang kerana cucu sulongnya bukan perempuan.
Ustaz A mengatakan bahawa itulah tipu muslihat iblis kepada anak cucu
Adam , mereka tidak akan sesekali memberi ruang jika mereka telah mempunyai
kesempatan.
Pakcik B ini adalah seorang yang berketurunan orang "asal" ,
beliau kawan baik kepada Pakcik A dan akan membantu dalam proses mengambil
pendamping nenek nanti , Pakcik B adalah seorang dukun.
Aku agak skeptikal bila mendengar latarbelakang Pakcik B , kerana pada
firasat aku awal² ini , ianya hanya akan menambahkan masalah kepada diri aku ,
apabila "HITAM" bertemu "HITAM" , aku bukan hendak
"beradu" tenaga dengan makhluk² tersebut , apa yang aku mahukan
adalah agar masalah nenek aku selesai sahaja.
Aku menyuarakan pandangan aku kepada mereka bahawa jika
"HITAM" bertemu "HITAM" akan menimbulkan masalah kepada
diri aku , dan pandangan aku di persetujui oleh Ustaz A , Pakcik A hanya
mengangguk , aku tidak tahu sama ada anggukan Pakcik A itu bersetuju dengan
pandangan aku atau dia hanya mengangguk sahaja.
Pakcik B mengakui bahawa memang akan timbul masalah , terutama aku yang
memang sudah di tandai "WANGI" oleh makhluk² ghaib tersebut. Bila
mendengar akuan Pakcik B aku bertambah tidak keruan. Dan Pakcik B berjanji akan
membantu aku sebaik mungkin.
Aku yang masih tidak percaya akan kebolehan Pakcik B dengan sengajanya
aku mengajak Pakcik B melihat kondisi nenek malam nanti. Ustaz A dan Pakcik A
bersetuju dengan ajakan aku , tapi Pakcik B tidak menjawap pun ajakan aku.
Malamnya seperti biasa jam 9 malam aku telah sampai di hospital ,
setelah memberi bungkusan makanan kepada nurses yang bertugas aku masuk ke
bilik nenek. Melihat nenek yang belum tidur , aku pun menarik kerusi mendekati
katil nenek. Aku berbual sambil menyusun ayat untuk bertanya tentang pendamping
nenek dan juga "NA'IMAH" yang selalu datang berbual dengan nenek.
"NEK" , panggil aku perlahan , nenek mengiyakan panggilan aku
, "NENEK ADA APA² YANG NAK BAGI PADA ABANG KE" soal aku..nenek
tidak menjawap , aku teruskan bertanya , "KALAU NENEK ADA APA² NAK
WARISKAN KAT ABANG , NEK BAGITAU SAHAJA" , nenek menolehkan kepala melihat
muka aku sambil berkata "SANGGUP KE" , soal nenek
kembali , aku yang tiba² gugup hanya mengatakan "MALAM NI BELUM SANGGUP
KOT , MUNGKIN ESOK²" , memang aku tidak bersedia , setelah mendengar
jawapan aku nenek hanya tersenyum , bila aku ingin bertanya tentang
"NA'IMAH" aku lihat nenek sudah memejamkan mata tanda dia mahu tidur.
Aku matikan lampu , membuka television dan duduk termenung.
Dalam jam 11 malam , Ustaz A , Pakcik A & B datang menjenguk nenek.
Selepas mereka melihat nenek , kami pun keluar dari kawasan hospital untuk
berbual sambil minum². Tidak ada perkara penting kami bualkan hanya sekitar
perkara² mistis sahaja.
Jam 2 pagi mereka menghantar aku balik ke hospital semula , sesampainya
di bawah , aku merokok dahulu bersama² dengan pengawal yang berjaga , ketika
merokok kami bertiga melihat ada satu sosok putih di hujung kawasan parkir
berdekatan dengan kantin. Kami amati bersama² sosok yang kami lihat itu dan
ianya adalah sesosok pocong.
Salah seorang pengawal itu tiba² bersuara , "NASIB BAIK JAUH"
, kami yang mendengar kata² pengawal itu terus memalingkan muka ke arah suara
tersebut kerana dengan niat untuk menegur dia. Serta merta aku terjatuh kerana
terperanjat melihat sosok pocong itu berada betul² di belakang pengawal yang
bersuara itu , dan pengawal yang satu lagi , aku tidak tahu bila masa dia lari
, setelah aku mendapat kembali semangat aku pun lari menuju ke arah station
pengawal untuk bersama pengawal yang lari itu. Kami melihat dari jauh pengawal
yang tinggal itu tidak bergerak sama sekali tapi sosok pocong itu sudah tidak ada.
Kami memberanikan diri pergi semula untuk mendapatkan pengawal yang tiba² kaku
itu , bila telah dekat kami lihat pengawal itu sedang menangis dalam kekakuan
dan kami lihat seluar dia basah akibat ketakutan yang amat sangat , kami papah
pengawal itu menuju ke arah station pengawal , cuba menenangkan dia dan memberi
air agar semangatnya kembali. Serta menemankan dia untuk memnersihkan diri di
bilik air.
Selepas kejadian itu aku mengambil keputusan untuk duduk sahaja bersama²
pengawal tersebut di station pengawal kerana mereka mengambil keputusan tidak
akan meronda. Aku duduk sehingga tarhim kedengaran , sebelum naik aku melihat
pengawal yang ketakutan itu seperti sedang demam kuat kerana badannya menggigil
, aku sarankan kepada pengawal yang satu lagi agar membawa pengawal yang
ketakutan itu berjumpa dengan doktor dan mengingatkan agar jangan di beritahu
kejadian tadi dinihari kepada sesiapa kerana takut ianya akan menimbulkan
ketakutan kepada pesakit dan lain². Aku terus naik , sampai di atas , tiba² salah
seorang nurse menegur aku datang dari mana , aku katakan aku dari bawah , nurse
itu hanya termenung dan menggaru² scarf kepalanya , selepas itu dia berkata
"SATU MALAM NI , YANG DUDUK BERBUAL DENGAN KAMI SIAPA"....dia juga
memberitahu bahawa tidak sampai seminit aku sampai , "AKU" yang itu
menuju masuk ke bilik nenek , itu yang menghairankan dia kerana dia nampak aku
ke kiri tiba² aku datang dari kanan.
Aku masuk ke bilik nenek , melihat nenek , mengambil barang² aku dan
balik untuk berehat bagi menjaga malam nanti.
-36 JAM-
Sedang aku nyenyak tidur , talipon aku berdering , arwah Pokde mengajak
aku untuk makan tengahari bersama² , aku lihat jam , baru jam 1 tengahari , aku
bersiap² dan keluar ke tempat yang di janjikan.
Ketika makan arwah Pokde meminta aku esok hari menjaga nenek seharian
kerana dia ada urusan di luar daerah , maknanya aku akan berada di hospital
selama lebih 24 jam. Arwah Pokde juga memberitahu bahawa jika di siang hari
ramai anak cucu yang berada di hospital , dan jika aku nak tinggalkan pun tak
menjadi kesusahan. Aku hanya mengangguk.
Arwah Pokde bertanya tentang kejadian yang aku dan pengawal² itu alami
malam tadi , serta merta aku terbayangkan muka pengawal yang aku amanahkan
untuk tidak menceritakan apa yang berlaku lalu di dalam benak otak aku. Aku
hanya tersenyum dan aku mengiyakan pertanyaan arwah Pokde itu. Kami habiskan
makan tengahari kami sambil mengumpat tentang kejadian² yang berlaku.
Rupa²nya kejadian yang di luar nalar itu bukan berlaku di malam hari
sahaja , ada satu kejadian ketika arwah Pokde menjaga nenek di siang hari
ketika arwah Pokde tertidur di kerusi malas , arwah Pokde seperti di tindih
sesuatu yang berat , tidak boleh bergerak dan hampir² tidak boleh bernafas.
Dalam keadaan itu kata arwah Pokde dia sedar tapi dia kaku , setelah membaca
ayat Qursi berulang² kali baru dia dapat menggerakkan badannya. Satu lagi
kejadian di hari yang lain pula juga di siang hari ketika arwah Pokde sedang
membasuh muka , tiba² di cermin bilik air itu ada wajah seorang tua sedang
memerhatikan dia , dia punya gelabah katanya sampai pintu pun dia tidak boleh
buka , sepatut pintu yang "slide" di "slide" kan dia boleh
tarik seperti pintu² biasa. Melihat muka arwah Pokde aku bercerita bukan aku kasihan
tapi aku jadi gelihati bila melihat gelagat dia bercerita.
Selepas makan kami berpisah , aku balik untuk menyambung rehat aku yang
telah di ganggu oleh arwah Pokde. Sampai sahaja di rumah talipon aku berdering
, Ustaz A mengajak untuk bertemu , tapi aku minta agar perjumpaan itu di
lakukan selepas waktu maghrib di tempat biasa kami duduk berbual. Aku perlu
merehatkan diri sebaik²nya.
Selepas maghrib aku sampai di tempat yang telah di janjikan , setibanya
di situ Ustaz A , Pakcik A dan seorang lagi kawan Ustaz A , selepas ini di
panggil Pakcik C. Ustaz A mengenalkan aku kepada Pakcik C , Pakcik C adalah
mudir salah satu sekolah Tahfiz di daerah tersebut.
Ustaz A mengatakan bahawa anak² Tahfiz sekolah Pakcik C sanggup
mengadakan bacaan tahlil dan yasinan beramai² untuk nenek , aku bersetuju
kerana itu semua adalah kebaikkan tidaklah perlu di persoalkan. Tahlil dan
yasinan itu akan di mulaikan bermula malam esok. Setelah aku memberi
persetujuan Pakcik C pun meminta diri beredar.
Tinggal aku dan Ustaz A serta Pakcik A , aku menyuarakan kata hati aku
yang tidak selesa dengan Pakcik B , pada aku "HITAM" jangan di
temukan dengan "HITAM" , lebih baiklah hanya "PUTIH"
melawan "HITAM" , aku sentiasa percaya dan yakin dengan gerak hati aku
, biasanya gerak hati aku 90% tepat. Pakcik A nampaknya faham akan kehendak aku
, tapi Pakcik B telah terlibat sama , dan tidak elok untuk menolak waktu ini
kata Pakcik A , memang ada benar juga pandangan Pakcik A , jadinya aku suka
atau tidak aku terpaksa membiarkan Pakcik B terlibat sama.
Selepas itu aku bergerak ke hospital , sampai sahaja di depan station
pengawal , salah seorang pengawal semalam menegur aku memperkenalkan pengawal
yang baru menggantikan pengawal yang demam semalam , dan pengawal itu memberitahu
bahawa pengawal yang demam itu telah meletakkan jawatan dia awal pagi tadi
juga. Aku hanya tersenyum , tapi tiba² pengawal yang baru itu bersuara agak
sedikit bongkak dengan mengatakan bahawa dengan hantu itu semua jangan takut
dan kena lawan , aku hanya berpandangan sama sendiri dengan pengawal yang lama
itu dan naik ke atas kerana malas nak melayan karenah yang sombong.
Sampai di tingkat 4 , di depan station nurse siap² aku memberi salam
kepada mereka , kemudian aku masuk ke bilik nenek. Di bilik nenek aku lihat
nenek sudah tertidur , aku menonton television , tidak tahu berapa lama aku
tertidur tiba² aku terbangun bila mendengar suara nenek sedang berbual seperti
sebelum²nya. Kali ini aku ambil keputusan untuk sama² berbual.
Aku menghampiri katil nenek , "NEK , SIAPA NI" bertanya
seumpama aku melihat "sosok" yang nenek berbual itu , "KAWAN
NENEK MASA MUDA² DULU , LAMA TAK JUMPA DIA" jawap nenek menoleh ke arah
muka aku , dalam keadaan seram dan takut aku cuba² memberanikan diri bertanya
lagi , "APAHAL DIA HODOH SANGAT" , habis sahaja ayat itu keluar dari
mulut aku tiba² flask yang ada di tepi meja jatuh seperti di tolak oleh
sesuatu. Aku terperanjat dan melihat nenek , nenek berkata "TAK BAIK HINA
ORANG TAU , KAN DIA DAH TUA MACAM NENEK" , kemudian nenek berbaring semula
, aku termenung melihat nenek , seketika kemudian aku pun keluar.
Di depan station nurse aku lihat ada satu lelaki sedang berbual² dengan
nurse di situ , aku menghampiri station nurse kemudian seorang nurse
menghulurkan kepada aku senarai ubat² pembersih luka nenek untuk aku beli di
pharmacy. Kemudian nurse tersebut mengenalkan aku dengan lelaki tersebut (
"LELAKI 1" ) yang mana sedang menjaga bapanya di kamar yang
bersebelahan dengan tangga kecemasan. Kami bersalaman.
Kemudian salah seorang nurse berkata "KALAU NAK MEROKOK , NI
PENGHULU PEROKOK DI SINI" sambil menjuihkan bibirnya ke arah aku
memberitahu kepada Lelaki 1 , aku hanya tersenyum saja dengan gelagat nurse
tersebut. Kemudian Lelaki 1 itu bertanya kepada aku "BOLEH KE MEROKOK DI
SINI" , aku mengajak dia turun untuk merokok. Dalam perjalanan aku memesan
agar jangan merokok di kawasan hospital ketika siang hari.
Sampai di bawah aku melihat pengawal lama sedang mengipas²kan pengawal
baru yang rupanya baru pulih dari pingsan , aku langsung bertanya apa yang
telah berlaku , pengawal lama memberitahu bahawa pengawal baru itu telah di
peluk
oleh pontianak di dalam lift ketika hendak meronda , dia meronda
sendirian tidak menunggu pengawal lama tersebut , di temui tergeletak di dalam
lift ketika pengawal lama sedang menunggu lift untuk naik ke tingkat 4. Aku
hanya mampu tersenyum di dalam hati melihat pengawal baru itu yang pada
pandangan aku ada sedikit bongkak dengan makhluk² ghaib.
Aku mengajak Lelaki 1 untuk keluar merokok sambil memberitahu , jika
ternampak apa² jangan di tegur atau di tenung , diamkan sahaja dan nikmatilah
rokok sahaja , Lelaki 1 hanya mengiyakan kata² aku. Kami merokok dan kemudian
balik semula ke station pengawal.
Di station pengawal , pengawal yang baru itu terlihat sedikit waras dan
boleh berbual , aku bertanya apa yang dia nampak , tapi dia tidak mahu
menceritakannya kerana dia masih lagi ketakutan. Sedang kami berbual² , tiba²
kami semua terdiam kerana melihat "AKU" sedang melintas di hadapan
station pengawal menuju ke lift dan naik ke atas. Ketiga² mereka menjarakkan
diri dari aku sambil bertanya siapa aku..aku katakan bahawa aku pun nampak apa
yang mereka nampak , dan aku memberi salam untuk meyakinkan mereka , cuma
pengawal baru sahaja yang tidak yakin dan dia pingsan semula.
Ini adalah kali pertama aku melihat "AKU" , memang saling
tidak tumpah dengan aku cuma aku perasan hanya cara jalan sahaja berbeza kerana
"AKU" itu seperti melayang bukan berjalan , itu yang aku nampak , apa
yang mereka nampak aku tak tanya.
Aku mengajak Lelaki 1 naik ke atas , sampai sahaja di depan station
nurse aku bertanya kepada nurse yang ada di situ sama ada nampak
"AKU" lalu atau tidak , dan nurse itu menjawap tidak melihatnya.
Lelaki 1 minta diri untuk ke bilik bapanya , aku lihat jam sudah
menunjukkan hampir subuh , aku masuk ke bilik nenek , melihat nenek dan aku
melabuhkan punggung aku di kerusi malas , aku tertidur sehingga azan
berkumandang , aku turun menuju ke surau dan sslepas itu ke kantin bersarapan
dan balik semula ke bilik nenek. Sampai di bilik nenek , nurse yang mengambil
data menyapa aku "TADI KATA NAK BALIK , NAIK BALIK KENAPA" , aku hanya mampu
mengatakan aku tak jadi balik sebab arwah Pokde aku tak datang siang ini kerana
aku tahu itu bukan aku.
Aku duduk di kerusi malas dan tertidur , aku terjaga bila terdengar
suara arwah Abah , Mak Teh dan beberapa sepupu aku yang lain , aku lihat jam
sudah jam 11.30 pagi , aku bangun membasuh muka kemudian berbual sebentar
dengan mereka dan keluar untuk ke pharmacy membeli ubat²an nenek , sebelum
keluar aku meminta sepupu aku mengantikan aku sehingga aku kembali semula.
Jam 3 petang aku kembali semula ke bilik nenek , dan mendapati tidak ada
sesiapa pun di situ , sepupu aku yang aku minta mengantikan aku itu pun tidak
ada , aku hanya mampu menggelengkan kepala sahaja.
Talipon aku berdering , arwah Abah mengajak aku untuk minum petang
bersama².
Ketika minum petang bersama arwah Abah , dia bertanya tentang masalah
yang nenek hadapi , aku katakan bahawa tidak ada jalan lain selain anak cucu
yang menjadi waris kepada pendamping tersebut. Dan kalau tidak ada sesiapa yang
sanggup menjadi warisnya maka sama ada aku suka atau tidak suka aku terpaksalah
mengambilnya , demi untuk nenek. Arwah Abah meminta aku untuk memikirkannya
semasak² yang boleh atau mencuba ikhtiar lain sebelum mengambil keputusan
tersebut. Aku luahkan kerisauan aku terhadap Pakcik B yang pada aku Pakcik B
hanya akan menambah masalah bukan mengurangkan masalah yang di hadapi beritahu
aku kepada arwah Abah. Kerisauan aku itu cuba di redamkan oleh Ami Ahmad yang
mengatakan jika tidak di cuba maka kita tidak akan tahu. Aku hanya mampu terdiam.
Maghrib itu aku kembali semula ke hospital , di station pengawal aku
lihat ada 4 orang pengawal yang berjaga tidak seperti biasa hanya 2 orang
sahaja. Pengawal yang lama mengenalkan aku kepada 3 lagi pengawal yang baru ,
aku bertanya kemana pengawal baru yang semalam , pengawal lama itu mengatakan
bahawa pengawal baru yang semalam sedang cuti kerana demam panas..aku hanya
tersenyum sahaja dan meneruskan perjalanan aku naik ke tingkat 4.
Di dalam bilik nenek aku menerima pesanan whatsapp dari Ustaz A yang
mengatakan selepas isyak nanti akan datang bersama² Pakcik A dan B. Selepas
isyak mereka sampai dan aku berbual² di depan station nurse. Pakcik B
mengatakan malam ini dia akan memasang pedinding di sekitar bilik nenek agar
tidak ada yang mengganggu aku dan Pakcik B akan cuba mengambil pendamping nenek
dari rumahnya sahaja. Aku hanya diam tidak mahu membalas ucapannya. Selepas
Pakcik B siap memasang pedinding di bilik nenek mereka pun pulang , aku yang
tidak kuasa untuk mempercayainya tidak melihat proses pemasangan pedinding itu
, selepas mereka pulang aku masuk ke dalam bilik nenek , dan aku lihat ada
selembar kain hitam menyelimuti badan nenek , aku hanya berfikir mungkin itu
pedinding yang di maksudkan oleh Pakcik B dan aku membiarkan sahaja.
Ketika aku masuk ke bilik nenek , suasana bilik nenek terasa panas dan
tidak nyaman seperti biasa , aku kecilkan lagi aircond untuk menambahkan
kesejukan bilik tapi tetap juga terasa bahang. Aku matikan lampu dan cuba untuk
tidur , tapi mata aku tidak mahu pejam walaupun aku memaksanya. Aku bangun cuba
untuk menghidupkan television , ketika tangan aku baru nak memegang remote tv ,
tiba² tangan aku seperti ada yang memegangnya , terasa sangat sejuk tangan yang
menyentuh tangan aku. Aku duduk melihat sekeliling dengan perasaan yang
berbelah bahagi , ketika aku menoleh ke kiri dan ke kanan tiba² mata aku
terlihat satu sosok putih sedang berdiri di depan pintu bilik air. Sosok putih
itu seperti terapung² melihat aku sambil menyeringai dengan bola mata yang
merah menyala. Aku bingkas bangun dan keluar menuju station nurse dalam keadaan
nafas yang berantakan. Tidak ada sesiapa di situ , aku duduk dan ketika aku
duduk sekali lagi aku melihat sosok putih itu yang mana kali ini berada di
depan pintu bilik nenek sambil tetap memandang ke arah aku. Aku cuba mengatur
nafas agar dapat menenangkan diri. Aku ambil keputusan untuk menalipon Ustaz A
dan memberitahukan apa yang sedang aku lalui , sayangnya handphone aku berada
di dalam bilik nenek.
Beberapa ketika aku lihat Lelaki 1 keluar dari bilik bapanya dan
melintasi sosok putih itu menuju ke arah station nurse. Sampai di depan station
nurse Lelaki 1 itu mengajak aku untuk merokok , aku setuju dan turun sama² ke
bawah untuk merokok , bila pintu lift terbuka di tingkat bawah sekali lagi aku
terperanjat kerana sosok putih itu ada di depan pintu lift sambil masih lagi
memandang ke arah aku , cuma kali ini hanya aku sahaja yang nampak dan yang
lain² tidak melihatnya. Kami merokok dan kemudian aku ambil keputusan untuk
duduk di station pengawal sehingga subuh , dan Lelaki 1 juga mengikuti aku
duduk di situ hingga tarhim berkumandang.
Kami naik setelah itu , aku masuk ke bilik nenek dan sosok itu masih
lagi kelihatan sambil memandang ke arah aku , aku ambil handphone terus
menalipon Ustaz A dan mengadu kejadian tersebut dan aku meminta untuk berjumpa
dengan mereka semua di tempat biasa jam 8 pagi.
-SOSOK PUTIH-
Jam 8 pagi aku dah sampai di tempat yang di janjikan , kebetulan kami
sampai saing , mengambil tempat dan memesan makanan. Aku tanpa menunggu terus
menceritakan tentang kejadian malam tadi , begitu juga tentang sosok putih yang
ada di bilik nenek.
Selepas aku menceritakan tentang sosok putih tersebut aku lihat Pakcik B
sedikit terperanjat dan terus tersandar , aku dapat rasakan ada sesuatu yang
tidak kena dengan pendinding yang Pakcik B pasang semalam.
Aku tekankan lagi tentang pandangan aku , "HITAM" tidak boleh
berjumpa "HITAM" , muka Pakcik B sedikit memerah mungkin menahan
marah dengan pandangan aku , aku tetap dengan pendirian aku.
Pakcik B mengatakan tidak mungkin akan ada sosok yang berani mendekat
jika dia sudah memasang pendinding , dan ini baru pertama kali terjadi sejak
dia mempraktikkan bidang kedukunan dia.
Aku terus menekan Pakcik B agar memberitahu aku apa yang dia telah
lakukan terhadap nenek aku , kenapa aku melihat sosok putih itu berada di dalam
bilik nenek , dan kenapa hanya aku seorang sahaja yang melihatnya dan sosok
putih itu siapa dan milik siapa
, aku yang sedari awal memang tidak yakin dengan Pakcik B sudah mula
menunjukkan sikap emosi , aku cuba kawal emosi tapi sepertinya emosi aku tidak
mahu di ajak berkompromi. Aku hanya tidak mahu nenek aku yang sedang terseksa
mendapat seksaan tambahan dek kerana kepandaian yang di buat².
Pakcik B tetap dengan pendiriannya bahawa dia boleh mengambil pendamping
nenek , dan akan terus berusaha untuk mengambilnya. Aku pula tetap dengan
pendirian agar ianya di hentikan..tiba² talipon aku berdering...arwah Pokde
menalipon aku dan bertanya tentang kain hitam yang menyelimuti nenek , dan kain
hitam itu seperti terbakar di hujungnya , aku terus menyuruh arwah Pokde
mengambilnya dan membawa ke tempat kami minum itu.
Selepas menamatkan panggilan talipon , puncak kemarahan aku sudah tidak
dapat di bendung lagi , aku terus menekan Pakcik B berkenaan kain hitam yang
menyelimuti nenek aku , aku terangkan juga apa yang telah arwah Pokde beritahu
aku sebentar tadi. Pakcik B terperanjat dan tidak menyangka akan kejadian itu.
Pakcik A dan Ustaz A cuba menenangkan aku yang sedang marah , Pakcik B
mengatakan dia baru kali ini berjumpa dengan kejadian seperti ini , dan Pakcik
B menerangkan bahawa kain hitam itu hanya sebagai simbol untuk melindungi nenek
, dan Pakcik B akui baru kali ini dia merasa gagal dalam menguruskan pendinding
dia , kerana selama ini pendinding dia adalah mustahil boleh di tembusi oleh
makhluk² ghaib seperti sosok putih itu. Dan Pakcik B juga mengakui bahawa dia
tidak mengetahui apakah sosok putih itu , kerana pendinding Pakcik B adalah
berupa harimau bukan berupa sosok apa².
Arwah Pokde sampai , dia menghulurkan kain hitam itu kepada aku , sambil
aku kenalkan mereka yang ada. Arwah Pokde tahu aku sedang marah bila dia
terlihat muka aku yang sudah kemerahan dan intonasi suara aku yang sedikit
keras , dia cuba menenangkan aku dan mengatakan mungkin ada jalan lain untuk
menyelesaikan masalah ini.
Aku memberi kata dua kepada Pakcik B agar membuat sesuatu untuk
menyelesaikan masalah yang dia telah cipta yang mana ianya hanya menambahkan
masalah aku menjadi berganda. Aku juga mengatakan jika dia tidak boleh dan
mampu untuk ambil pendamping nenek , aku mahu dia selesaikan masalah dengan
makhluk² ghaib yang ada. Dan aku tidak mahu mendengar apa sahaja alasan lagi. Aku
bayar sarapan tersebut dan aku balik untuk berehat meninggalkan mereka.
Jam 3 petang , Pak Habib menalipon aku mengatakan arwah Abah mengajak
kami semua minum petang di tempat biasa selepas asar.
Jam 5 petang aku sampai di tempat yang di janjikan , aku lihat yang
lain² telah sampai dahulu , aku bersalaman dan duduk di sebelah arwah Abah ,
baru sahaja duduk , arwah Abah mengatakan "JANGAN BERGADUH DENGAN ORANG
YANG PANDAI ILMU HITAM" , aku melihat muka arwah Pokde kerana aku tahu dia
sudah pasti menyampaikan cerita pagi tadi ke arwah Abah. Aku yang masih geram
melepaskan kemarahan aku dalam aku bercerita.
Arwah Pokde mengatakan setelah aku pergi pagi tadi , Pakcik B merasakan
seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan apa yang berlaku , dan berjanji akan
menyelesaikan masalah itu secepatnya. Dan Pakcik B juga tidak menyangka bahawa
aku boleh marah seperti itu , arwah Pokde menerangkan kepada Pakcik B bahawa
aku bukan senang untuk menjadi pemarah kecuali jika ianya sudah tidak boleh di
kawal dan hal nenek bukan hal kecil kepada aku dan seluruh ahli keluarga tahu
betapa rapatnya aku dengan nenek.
Arwah Abah hanya menenangkan aku agar aku bersabar dan mengatakan bahawa
sosok putih itu tidak akan mengapa²kan aku sambil dia menunjukkan kearah pokok
di hadapan kereta aku , aku melihat ke arah pokok yang di tunjuk dan sosok
putih itu ada di situ sambil melihat kepada aku. Aku tidak tahu sejak bila
sosok itu ada di situ dan sedari pagi itulah kali pertama aku lihat lagi sosok
putih itu.
Mereka ke hospital dan aku balik bersiap² untuk malam ini.
Di dalam kereta menuju pulang aku rasakan sosok putih itu ada di sebelah
aku , aku lirik mata aku , tidak ada apa² tapi aku yakin ada seseorang duduk di
sebelah aku. Aku yakin dia ada tapi aku tidak nampak , sampai di depan rumah ,
sebelum turun aku katakan "KALAU KAU ADA , KAU DUDUK DALAM KERETA SAHAJA ,
JANGAN MASUK RUMAH AKU , AKU TIDAK MENJEMPUT KAU" , aku matikan enjin dan
turun dari kereta terus masuk ke dalam rumah , di dalam rumah aku mengintai dari
jendela untuk melihat adakah makhluk itu di situ , dan....."ADA".
Jam 8.30 malam aku masuk ke dalam kereta untuk ke hospital , perasaan
aku sedikit takut kerana aku tahu ada sesuatu di dalam kereta aku , perasaan di
waktu siang memang tidak sama dengan perasaan di malam hari. Aku hidupkan
kereta sambil berkata , "JIKA KAU ADA , KAU DUDUK DIAM² JANGAN WUJUDKAN
DIRI KAU" , kemudian aku terus menuju ke hospital.
Jam 9 malam seperti biasa aku sudah berada di dalam bilik nenek ,
melihat nenek dan berbual² sementara nenek nak memejamkan mata. Setelah nenek
tidur aku turun ke bawah untuk merokok dan keluar dari kawasan hospital untuk
berjumpa dengan Ustaz A , Pakcik A dan Pakcik B.
Sampai sahaja di tempat biasa aku , memulakan perbualan dengan meminta
maaf kepada Pakcik B atas sikap aku pagi tadi. Pakcik B faham situasi aku dan
memaafkan aku.
Aku memberitahu mereka bahawa sosok putih itu ada dengan aku dan dia
sedang berdiri di tepi aku , mereka seperti kebingungan kerana tidak melihat
sosok itu dan yang paling bingung adalah Pakcik B yang mana inilah pertama kali
dalam sejarah , dia tidak boleh melihat makhluk ghaib. Dan sejarah Pakcik B itu
menguatkan lagi perasaan ketidak percayaan kebolehan dia dari mula aku kenal
dia. Tapi aku hanya mendiamkan diri.
Selesai berbual² aku balik semula ke hospital , dalam perjalanan tiba²
sosok putih itu menunjukkan diri duduk di sebelah aku tanpa bersuara , aku yang
tadinya steady mula merasakan sedikit takut tapi masih lagi dapat mengawal
perasaan takut itu.
Sampai di hospital aku duduk di bawah dahulu untuk menenangkan diri
dengan merokok di tempat biasa. Tiba² Lelaki 1 datang menghampiri juga ingin
merokok bersama² , ketika merokok Lelaki 1 itu mengajukan satu soalan ,
"BRO SEMALAM YANG KITA NAMPAK TU BELAAN BRO KE" , aku yang
mendengarnya hanya mampu ketawa dan menerangkan situasi kejadian itu dari mula
nenek aku berada di hospital dan akhirnya Lelaki 1 itu faham.
Selepas merokok kami naik menuju tingkat 4 , ketika di dalam lift ,
sosok putih itu aku lihat ada di dalam , dalam hati aku mengatakan bahawa sosok
ini mengikuti aku.
Sampai di bilik nenek , sebelum aku duduk , aku saja berkata "AKU
NAK REHAT , JANGAN GANGGU AKU , JANGAN GANGGU NENEK AKU , NAK IKUT KAU IKUT
SAJA TAPI DENGAR APA AKU KATA" , tiba² suasana seperti tenang dan
menyenangkan untuk diri aku , aku tertidur sehingga ke pagi , terjaga bila aku
mendengar nurses masuk mengambil data nenek untuk hari itu.
Aku bersiap² mengemas barang² aku untuk balik , ketika itu whatsapp aku
berbunyi , dan arwah Pokde memberitahu arwah Abah mengajak sarapan bersama².
Aku tinggalkan hospital untuk bersarapan dengan mereka.
All reactions:
819
-
Sesampai sahaja di tempat sarapan , sudah ada beberapa orang yang
menunggu , arwah Abah belum sampai lagi , sementara menunggu arwah Abah sampai
, arwah Pokde bertanya , semalam yang arwah Abah tunjuk ke arah pokok kenapa
mereka semua tidak melihatnya , aku hanya menjawap bahawa aku tidak tahu macam
mana nak jelaskan.
Beberapa ketika Poksu tiba sambil marah kepada aku kerana dia memanggil
aku tapi aku buat tidak dengar tadi ketika dia mahu masuk ke dalam kereta
menuju ke tempat sarapan itu , tapi tidak lama selepas itu dia berasa hairan
macam mana aku boleh sampai dahulu dari dia walhal "AKU" yang dia
panggil itu menuju ke dalam bangunan hospital. Kami semua tersenyum dan
menerangkan kejadian yang Poksu tidak tahu. Memang dia tidak tahu kerana kami
semua tidak bercerita kepada dia sebelum ini. Kebetulan pula dia hanya kami
temui ketika awal pagi sementara menunggu arwah Pokde sampai untuk menjaga
nenek dan kemudian dia terus masuk ke pejabat.
Arwah Abah tiba , kemudian dia memberitahu aku agar jangan
"TERIKAT" dengan makhluk sosok putih itu , kerana sosok itu hanya
ingin mencari tumpangan sahaja , dan sosok itu tidak akan sesekali mencelakakan
aku kerana dia sedang cuba menjadi baik untuk aku menerimanya. Kami sedikit
seram sejuk bila mendengarnya , Arwah Abah menyambung lagi , bahawa makhluk itu
akan sentiasa cuba untuk memujuk aku , bagaimana cara memujuknya adalah
bergantung kepada apa niat aku dan tujuannya.
Selepas sarapan , kami berpisah , mereka menuju ke hospital manakala aku
menuju untuk balik berehat.
Jam 3 petang , ketika aku sedang enak tidur , aku mendapat panggilan
talipon dari arwah Pokde , beliau bertanya kedudukan aku waktu itu di mana ,
aku katakan aku ada dirumah , tapi arwah Pokde seperti tidak berpuashati dengan
jawapan aku , mematikan panggilan dan memanggil menggunakan "VIDEO CALL"
, semata² untuk memastikan aku benar² berada di rumah , apabila aku menjawap
panggilan "VIDEO CALL" itu , arwah Pokde terus beristighfar dan
mematikan panggilan tersebut , selang seketika aku mendapat whatsapp dari
beliau dengan mengatakan bahawa di belakang aku ketika menjawap "VIDEO
CALL" itu tadi ada sesosok pocong sedang melihat ke arah screen talipon.
Aku menjadi panik seketika , cuba mengatur nafas , aku menjawap whatsapp
tersebut agar dia jangan bergurau , tapi jawapan dari beliau meminta aku datang
ke hospital mengambil beliau untuk keluar minum , aku mengiyakan dan bersiap².
Sesampai di hospital aku mengambil arwah Pokde yang sudah sedia menunggu
, dia masuk sahaja ke dalam kereta aku terus bertanya , tapi dia minta untuk
menceritakannya di kedai minum sahaja.
Sampai di kedai minum , arwah Pokde memulakan cerita , tengahari itu
ketika arwah Pokde turun untuk ke kantin dia di tegur oleh seorang pengawal ,
kenapa aku tidak turun sama , arwah Pokde menegaskan bahawa aku tidak ada dan
akan berada di hospital malam nanti , tapi pengawal itu tetap versi keras
mengatakan bahawa aku ada dan tadi naik sama² dengan arwah Abah dan mereka
selepas dari tempat sarapanlah maknanya. Malas nak bertekak , arwah Pokde
meninggalkan pengawal itu dan menuju ke kantin untuk makan tengahari.
Balik dari makan tengahari , arwah Pokde naik semula ke tingkat 4 ,
sampai sahaja di tingkat 4 dia melihat "AKU" masuk ke dalam bilik
nenek , bila arwah Pokde memasuki bilik nenek tidak ada aku di dalamnya , hanya
nenek seorang sahaja. Beliau keluar ke station nurse bertanya jika nampak aku
datang atau tidak , jawapan dari nurse itu menyebabkan beliau rasa nak demam ,
kerana nurse itu mengatakan masa arwah Pokde turun makan tengahari dia turun
bersama² "AKU". Sedangkan pengawal di bawah pula bertanya tentang aku
tidak turun pula , arwah Pokde kebingungan.
Dalam keadaan bingung itu arwah Pokde masuk ke bilik nenek dan duduk di
kerusi malas menonton television , tapi beliau terlelap , terbangun bila
terdengar pintu di buka dan melihat "AKU" menuju keluar dari bilik ,
dan ketika itu juga dia terus menalipon aku kerana menyangka aku sedang
mempermainkan beliau , tapi bila beliau membuat "VIDEO CALL" ada
sesosok pocong betul² berada di belakang aku melihat ke screen talipon.
Aku yang mendengarnya menjadi sedikit ketakutan , takut kerana
memikirkan aku akan berjaga malam nanti.
Kami balik semula ke hospital , arwah Pokde mengambil keputusan untuk
balik ke rumah , aku terpaksa mengambil alih menjaga nenek awal dari biasa ,
aku lihat jam baru menunjukkan jam 5 petang.
Aku duduk di dalam bilik nenek berbual² dengan nenek tentang perkara²
yang tidak penting hanya untuk menggembirakan hati nenek yang sedang terlantar
terbaring itu.
Jam 6 petang , nurses masuk untuk mengambil data nenek , bila mereka
nampak aku , terus salah seorang dari mereka bertanya , bila aku datang kerana
tadi ketika mereka memulakan rondaan mereka melihat bilik nenek tidak ada
sesiapa pun di dalamnya , hanya nenek sahaja. Aku hanya mampu tersenyum ,
senyum pahit kerana aku dapat merasakan apa yang akan aku hadapi pula malam
nanti.
Selepas maghrib aku memberitahu nurse yang bertugas malam bahawa aku
ingin keluar membeli makanan dan bertanya jika mereka ingin memesan apa². Baru
sahaja nak melangkah pergi Lelaki 1 bertanya jika dia boleh mengikut aku
bersama² untuk membeli makanan , maka kami pun keluar.
Sampai di tempat makan , kami mengambil keputusan untuk makan sahaja di
kedai dan membelikan bungkusan mereka yang memesan tadi.
Ketika sedang makan malam , Lelaki 1 bertanya kepada aku sekali lagi
soalan , sosok wanita tua yang selalu bersama aku itu adakah belaan aku atau
itu adalah makhluk ghaib yang mengganggu di hospital , aku meminta dia ulangi
soalan dan dia menyoal dengan ayat yang sama iaitu "SOSOK WANITA TUA"
, aku bertanya adakah sosok itu yang dia lihat ketika pengawal baru kemarin
pingsan kali kedua , dan dia menjawap , "IYA" sosok itu.
Aku pula yang kehairanan , kerana waktu itu aku melihat "AKU"
yang melintas di depan station pengawal , bagaimana pula Lelaki 1 itu boleh
melihat itu sebagai sosok wanita tua. Aku bertanya kembali untuk mendapatkan
kepastian , betulkah dia melihat sosok wanita tua dan bukan "AKU"
yang melintas waktu itu , dan jawapannya sekali lagi adalah dia melihat sosok
wanita tua bukan "AKU". Aku memberitahu Lelaki 1 bahawa yang aku lihat
pula adalah "AKU" , dan Lelaki 1 itu memberi cadangan agar kami
bertanya pula dengan pengawal tentang sosok itu.
Sampai sahaja di hospital kebetulan pengawal baru yang pingsan itu ada
bersama² tiga lagi pengawal yang lain , kami naik dahulu untuk menghantar
makanan yang di pesan dan memberitahu pengawal² itu agar menunggu kami ,
kemudian kami turun berjumpa dengan mereka.
Sampai sahaja di station pengawal kami mengajak pengawal² itu ke tempat
merokok , tapi hanya tiga dari empat sahaja yang mengikuti kami kerana seorang
mesti ada dan tidak boleh meninggalkan station pengawal.
Ketika merokok , aku mula bertanya kepada pengawal baru yang pingsan itu
, apakah yang dia lihat sebelum dia pingsan untuk kali kedua pada malam itu ,
dia menjawap bahawa dia melihat pocong yang melintas ketika di station pengawal
, tapi pengawal yang satu lagi mengatakan bahawa dia melihat pontianak yang
melintas. Aku dan Lelaki 1 hanya berpandangan manakala pengawal yang seorang
lagi hanya melopong mendengarnya kerana dia tiada pada waktu kejadian.
Maknanya , pada malam itu kami semua melihat sosok yang berlainan
walaupun sebenarnya dalam waktu yang sama. Ketika kami sedang berbual² tiba²
radio pengawal itu berbunyi , kami dengar dengan jelas pengawal yang berada di
station itu meminta kawannya balik semula ke station , kami semua mengikuti
pengawal itu balik ke station , sampai di station pengawal , pengawal yang
memanggil melalui radio itu kehairanan melihat aku ada bersama mereka , kerana
baru sekejab tadi "AKU" naik ke tingkat atas.
Kami semua hanya mampu melihat sesama sendiri , kemudian aku dan Lelaki
1 naik ke atas , selepas aku melihat nenek , aku ambil keputusan untuk duduk di
depan station nurse sahaja dan aku tertidur sehingga pagi , paginya aku di
kejutkan oleh Poksu , aku berkemas dan bersiap² untuk balik berehat.
-SOSOK PUTIH#2-
Awal mula aku ingat nak balik berehat , tapi aku ambil keputusan untuk
bersarapan dengan Ustaz A , hanya Ustaz A , aku menalipon Ustaz A dan Ustaz A
meminta aku datang terus ke rumah beliau , setelah di share location aku pun
menuju ke rumah beliau.
Sesampai sahaja di rumah Ustaz A , ketika bersarapan aku memulakan
perbualan dengan menceritakan tentang sosok putih yang aku dan arwah Abah
melihatnya. Dan aku juga memberitahu beliau bahawa sosok putih itu mula
menampakkan dirinya apabila Pakcik B memasang pendinding di bilik nenek. Ustaz
A mengatakan bahawa dia juga merasa hairan dengan kejadian yang telah berlaku
itu dan sebenarnya ingin membincangkan perkara tersebut dengan aku cuma waktu
itu belum lagi sesuai.
Ustaz A mengatakan bahawa sosok putih yang aku lihat itu adalah sosok
belaan orang yang telah kematian tuan , kata lain sosok itu bergentayangan
untuk mencari tuan baru , dan kebetulan aku mempunyai aura "WANGI"
dan dia mula mengikuti aku. Dan sebenarnya Pakcik A yang memberitahu Ustaz A
berkenaan sosok putih tersebut tanpa pengetahuan Pakcik B , mereka hanya
bercerita di belakang Pakcik B kerana tidak mahu Pakcik B merasa tersinggung
kerana gagal mendindingkan nenek malam itu.
Ustaz A juga mengatakan bahawa Pakcik A sedang berusaha untuk
menyelesaikan masalah yang sedang aku hadapi tanpa keterlibatan Pakcik B , dan
membiarkan Pakcik B berusaha cara beliau sahaja. Aku bersetuju dengan Ustaz A
dan meminta Ustaz A untuk memberitahu Pakcik B bahawa aku masih lagi memerlukan
usaha beliau dan berharap Pakcik B tidak berkecil hati dengan tingkah laku aku
yang mungkin agak biadap atau pun kasar. Manakala Pakcik A pula boleh terus
berusaha dengan Ustaz A untuk mengatasi masalah yang nenek sedang hadapi. Aku
selepas itu meminta diri untuk pulang dan sebelum pulang aku menitipkan satu
sampul surat yang arwah Abah beri untuk di berikan kepada Pakcik C bersama²
anak² tahfiznya.
Dalam perjalanan pulang aku menalipon seorang rakan , yang aku tahu ada
serba sedikit kebolehan berkenaan tentang makhluk² ghaib. Selepas memberitahu
bahawa aku ingin berjumpa aku pun terus menuju ke tempat beliau. Sesampai
sahaja aku di tempat beliau , perkara pertama yang keluar dari mulut kawan aku
itu adalah "AWEK MANA KAU BAWA NI" , aku menoleh dan mencari² di
dalam kereta tentang "AWEK" yang di maksudkan , tidak ada sesiapa di
dalam kereta.
Aku duduk berbual dan memberitahu masalah yang sedang aku alami , kawan
aku mengatakan bahawa pendamping nenek itu sebenar² nya telah lemah kerana
sudah lama tidak "DI BELA" , dan dia juga menyuarakan tidak berapa
setuju untuk aku ambil pendamping itu walaupun memang itu sahaja satu²nya jalan
untuk membuang pendamping tersebut. Dia memberi aku amaran agar jangan merasa
seronok setelah aku menerima pendamping itu , kerana jika aku merasa seronok ,
akan menjadi satu masalah baru pula timbul untuk membuangnya , memang
pendamping itu aku boleh "SURUH²" jika sudah sah menjadi hak aku ,
tapi setiap "SURUHAN" aku itu nanti akan mempunyai harga yang perlu
aku "BAYAR" dan bayarannya bukan murah. Aku diam mendengar celoteh
kawan aku itu.
Kemudian aku bertanya pula tentang sosok putih yang sedang mengikuti aku
, kawan aku kata , sosok putih itu adalah sosok yang bergentayangan mencari
tuan baru , sama seperti Ustaz A bagitahu aku tadi , kawan aku bertanya adakah
aku telah melihat wajah sosok itu , dan aku memberitahu bahawa selama sosok
putih itu mengikut aku , aku hanya nampak wajah dia sekali sahaja , iaitu
ketika di dalam bilik nenek itupun aku hanya nampak matanya sahaja berwarna
merah dalam samar cahaya lampu , seluruh mukanya aku tidak pernah nampak kerana
hanya tertutup dengan rambut sahaja. Kawan aku menawarkan aku jika mahu melihat
muka sosok putih itu tapi dengan syarat jangan pingsan , bila sahaja mendengar
offer yang sebegitu dari mulut kawan aku , aku pun menolak untuk melihatnya
kerana aku percaya bukan wajah yang cantik akan aku lihat. Aku bertanya macam
mana untuk aku memastikan sosok putih itu tidak mengikut aku , tidak ada
jawapan , kerana kawan aku mengatakan bab itu dia tidak dapat membantu.
Maknanya sosok itu akan mengikut aku sehingga aku menjadi tuan barunya.
Selepas berbual dan mendapatkan beberapa maklumat aku pun meminta diri
untuk balik kerumah berehat , kerana malam nanti aku akan memulakan malam
seperti malam² sebelumnya. Dalam perjalanan pulang , aku dapat merasakan ada
satu sosok duduk di sebelah aku , tapi bila aku lirikkan mata , tiada apa² di
sebelah aku. Aku memberanikan diri berkata² , memang kalau orang nampak akan
ingat aku gila kerana bercakap seorang diri. Aku katakan pada sosok yang hanya
aku rasa kehadirannya agar jangan mengganggu aku dan jangan mengikut aku ,
kalau masih ingin mengikut juga aku mahu dia jangan menunjukkan dirinya.
Aku lihat jam hampir menunjukkan waktu asar , aku pun terus memasuki
perkarangan masjid , betul² baru sahaja aku keluar dari kereta dan menutup
pintu kereta azan asar berkumandang. Dalam hati aku mengharap sosok putih itu
akan kebakaran dan tidak akan mengikut aku lagi. Habis sahaja solat asar aku
terus ingin balik , dan ketika membuka pintu kereta , semerbak bau bangkai yang
terkepam keluar bersama hawa panas di dalam kereta , bau bangkai itu sehingga
terbau oleh pemandu yang juga memakirkan kereta di sebelah kereta aku , dia
hanya bertanya jika kereta aku ada bangkai tikus barangkali sambil menjenguk ke
dalam kereta aku. Aku terpaksa membuka semua pintu kereta untuk membiarkan bau
bangkai itu hilang.
Ketika aku sedang membiarkan seluruh pintu kereta aku terbuka datang
beberapa jemaah yang ingin pulang bertanya apa yang berlaku , ada juga yang
bertanya sudahkah menjumpai bangkai tikus , aku hanya membalas seadanya.
Ketika itu tiba² datang seorang lelaki , mungkin sebaya dengan aku atau
tua beberapa tahun sahaja , menghampiri sambil memegang bahu aku dan mengatakan
dengan suara yang perlahan bahawa itu adalah bau makhluk yang menumpangi kereta
aku tadi , dan barangkali kepanasan dengan suara azan yang berkumandang
sehingga meninggalkan bau sebegitu , selepas ini kita akan kenali dia sebagai
Lelaki #2 , aku mengiyakan dan memberitahu bahawa sebelum aku masuk
keperkarangan masjid memang ada sosok yang mengikut.
Lelaki #2 berjalan ke hadapan kereta aku , kemudian menyangkung sambil
tangan kanannya melekap di bonet hadapan dan membacakan beberapa ayat yang aku
tidak dengar dengan jelas , tapi aku tahu itu adalah ayat Al-Quran , menepuk
bonet hadapan kereta aku sebanyak 3 kali dan kemudian mengambil air mineral dan
di bacakan air itu lalu di simbahkan di atas bumbung kereta , seketika bau yang
menyengat itu tadi hilang. Aku mengucapkan terima kasih , meminta nombor
talipon dan mengatakan bahawa aku akan hubungi beliau lagi dan kemudian kami
berpisah.
Jam 9 malam , aku telah sampai di hospital setelah memberikan makanan
kepada pengawal dan nurses aku masuk ke bilik nenek. Di dalam bilik nenek ada
seorang perempuan sedang duduk sambil berbual² dengan nenek , aku memberi salam
tapi tidak di jawap , aku mendekat ke katil nenek , kemudian perempuan itu
bangun melirik ke arah aku sambil menyeringai , memusingkan badan dan keluar
menembusi tingkap di tepi bilik air , aku terkejut bukan kepalang , perempuan
itu berkebaya , bersanggul tidak menakutkan wajahnya tapi BUKAN ORANG , aku
hanya termenung dan cuba memikirkan logic kejadian itu tapi tidak bertemu
dengan logicnya.
Setelah menyelimuti nenek , aku memadamkan lampu seperti biasa dan
keluar menuju ke bilik bapa Lelaki 1 , mengintai melalui kaca di pintu tetapi
Lelaki 1 tiada di dalam. Aku ke station nurse memberitahu bahawa aku ingin
keluar sebentar. Ketika aku sampai di bawah Lelaki 1 baru saja sampai dari
kantin membeli makanan dan meminta aku menunggu beliau yang ingin menghantar
makanan ke atas kemudian mahu mengikut aku keluar minum. Ketika aku menunggu
Lelaki 1 , aku berbual dengan 2 pengawal yang ada di situ.
Di kedai minum , Lelaki 1 mengatakan bahawa semalam subuh ketika aku
sedang tidur di depan station nurse ada sosok wanita tua sedang memerhatikan
aku yang sedang tidur , betul² berada di belakang aku. Tidak ada sesiapa yang
melihat sosok wanita tua itu kerana Lelaki 1 lihat nurses di station itu semua
tenang melakukan kerja masing². Aku memberitahu Lelaki 1 bahawa sosok yang di
lihat itu ingin aku menjadi tuan barunya , sedangkan aku tidak berkeinginan
untuk menerimanya.
Selepas itu kami kembali semula ke hospital , di dalam perjalanan tiba²
aku merasakan kereta aku sangat berat dan seperti ada sesuatu yang amat berat
aku bawa , kereta mengaum sehingga enjin berbau sehingga ke dalam. Aku
memberhentikan kereta menarik pembuka bonet hadapan dan kami pun keluar , masa
keluar itu kami berdua terus ke hadapan bonet kereta untuk membukanya , baru
sahaja aku nak membukanya , Lelaki 1 mencuit tangan aku dengan keras dan
menjuihkan bibirnya ke arah bumbung kereta , aku melihat ke arah yang di tunjuk
dan di situ aku nampak sebentuk tangan besar hitam seperti menekan bumbung
kereta , dan semakin kami lihat ke atas semakin hitam gelap tidak nampak sosok
apakah itu kecuali sosok tangan itu sahaja.
Kami berdua memerhati sahaja tangan yang menekan bumbung kereta tersebut
, sambil sesekali berpandangan sesama sendiri , aku lihat jam menunjukkan jam
12 malam lebih sedikit. Beberapa ketika Lelaki 1 melaungkan azan sekuat²nya
sehingga selesai , dan tangan itu hilang sekejapan. Kami meneruskan perjalanan
ke hospital , tapi bau di dalam kereta seperti bau kentang di bakar , bila
tercium bau itu Lelaki 1 terus mengarahkan aku agar terus memandu dan dia
menekan cermin hadap belakang kebawah agar aku tidak melihatnya. Sampai sahaja
di hospital Lelaki 1 mengarahkan aku memakirkan kereta di bawah lampu dan
keluar tanpa bercakap. Apabila sudah dalam 3 meter dari kereta , kami melihat
kedalam kereta , di dalam itu ada sosok pocong duduk di kerusi belakang. Lelaki
1 mengajak aku untuk merokok dahulu sambil melihat ke arah kereta aku , kami
nampak jelas pocong itu berada di dalam kereta , kenapa Lelaki 1 mengajak aku
merokok dahulu kerana dia tidak mahu naik ke atas dan pocong itu mengikuti
kami. Sedang kami merokok dan melihat sosok pocong itu , Lelaki 1 mencuit lagi
bahu aku , sambil menunjukkan ke arah berlawanan , aku lihat dan itu adalah
sosok putih pada pandangan aku tapi sosok wanita tua pada pandangan Lelaki 1 ,
kemudian tanpa sengaja aku "MENYURUH" sosok putih itu menghalau sosok
pocong yang ada di dalam kereta aku , Lelaki 1 menepuk dahi akibat perbuatan
aku , macam di dalam rancangan silap mata , tiba² sosok pocong itu menghilang.
Selepas merokok dan pocong itu hilang kami naik ke atas , dalam
perjalanan naik Lelaki 1 telah mengatakan aku dah buka jalan kepada sosok
wanita tua itu , sekejapan baru aku tersedar bahawa aku sudah menyuruh dan
mempergunakan sosok putih tersebut.
Malam itu aku lalui tanpa ada apa² kejadian lain sehingga ke pagi , paginya arwah Pokde datang awal untuk menggantikan aku.
- TAK ADA TAJUK -
Selepas arwah Pokde mengejutkan aku , ada sedikit kelainan pada tubuh
badan aku , ada sedikit rasa sengal di bahagian leher dan juga pergelangan
tangan , aku ingatkan ianya di sebabkan aku tidur di kerusi malas. , hari itu
badan aku terasa sangat berat dan menjadikan aku seperti orang malas.
Setelah berbual sementara aku pun meninggalkan hospital untuk balik
membersihkan diri dan berehat. Dalam perjalanan balik aku mendapat panggilan
talipon dari Ustaz A yang ingin berjumpa , aku memberitahu selepas aku balik
membersihkan diri akan berjumpa dengan beliau.
Ketika berjumpa dengan Ustaz A , Pakcik A ada sekali bersama , bila
melihat aku sampai Pakcik A terus menegur aku dan mengatakan kenapa aku memberi
ruang kepada sosok yang sedang duduk di atas bahu aku. Pakcik A melihat sosok
itu sedangkan aku tidak melihat apa² hanya memang badan aku terasa amat berat.
Aku jelaskan apa yang berlaku malam tadi , dan aku sebenarnya TIDAK SENGAJA
menyuruh sosok itu menghalau pocong yang ada di dalam kereta aku. Pakcik A
membacakan beberapa potong ayat dan menyapu bahu aku , serta merta aku
merasakan beban yang ada di badan aku hilang dan aku merasa seperti segar bugar
kembali.
Pakcik A menasehati aku agar jangan lupa membaca Bismillah 5 ketika nak
memulakan sesuatu dan yang penting sentiasa membaca ayat Qursi sebelum aku
melangkah masuk ke kawasan hospital.
Jam 9 malam aku sudah ada di hospital , dan aku lakukan aktiviti seperti sebelum²nya , malam itu ketika aku bersiap² untuk duduk menonton television aku mendengarkan ada satu suara yang sedang merintih , bunyi seperti sedang menangis tersedu² , dan bunyinya amat halus , serta merta aku teringat kata² orang bahawa jika kita mendengar suara yang jauh maknanya "DIA" berdekatan dengan kita , aku bingkas bangun dan melihat sekeliling , tiada satu apa pun yang aku lihat , tapi bunyi itu masih lagi kedengaran sayup² menangis merintih seperti betul² berada di dalam kesedihan yang sangat dalam.
Paginya selepas Poksu tiba aku pun balik semula untuk berehat bagi
menjalankan aktiviti seperti sebelumnya lagi malam nanti.
{ Disclaimer }
- Saya telah MEMBUANG RUTIN harian dalam cerita ini , semata² hanya
ingin merasakan macam mana jalan cerita saya , RUTIN yang saya buang itu juga
menyebabkan beberapa KEJADIAN juga terpaksa saya buang kerana ianya langsung
tidak bersambung dan akan membuat pembaca pening. Saya juga inginkan feedback
dari pembaca tentang saya MEMBUANG RUTIN saya yang menyebabkan ada pembaca yang
merasakan saya MENGULANG² CERITA , tidak perlu komen yang negative hanya komen²
yang biasa sahaja , kita raikan perbezaan. -
p/s kebetulan pula
malam tu xda apa sangat yang menyeramkan jadi saya jadikan cerita malam tu
sebagai trial and error je ni , harap admin lepaskanlah posting ni
All reactions:
814814
- WANITA -
Selepas Poksu tiba , aku mempersiapkan diri untuk balik , dalam
perjalanan balik aku mendapat panggilan talipon dari arwah Abah yang mengajak
aku bersarapan bersama² , aku iyakan dan menuju ke tempat yang di janjikan.
Dalam perjalanan itu aku rasakan ada sesuatu yang berada bersama² aku di dalam
kereta tapi tidak kelihatan sosoknya , cuma suara rintihan itu sahaja yang aku
dengar , cuma bunyinya seperti berada di belakang aku. Aku tidak memperdulikan
suara rintihan itu dan terus meneruskan perjalanan ke tempat sarapan.
Sampai di tempat sarapan aku lihat arwah Abah dan yang lain² termasuk
Lelaki #2 ada sekali di situ , dari kejauhan aku melihat Lelaki #2 itu dengan
penuh kemuskilan , siapa dia dan arwah Abah kenal ke , kata hati aku , turun
dari kereta aku menuju ke kumpulan mereka.
Setelah bersalaman , arwah Abah memperkenalkan aku dengan Lelaki #2 yang
mana dia adalah anak kepada sahabat arwah Abah , aku jelaskan aku pernah
berjumpa Lelaki #2 itu sebelum ini , dan arwah Pokde aku mencelah bahawa tujuan
arwah Abah mengajak aku sarapan bersama² itu adalah ingin meminta nasehat dan
pandangan dari Lelaki #2 berkenaan dengan kejadian² yang telah menimpa aku ,
Lelaki #2 menjelaskan bahawa dia bukan perawat hanya boleh membantu untuk
menghalang kenakalan makhluk² ghaib sahaja. Pada aku , itu sudah memadai buat
masa ini.
Aku jelaskan tentang sosok putih yang mengikuti aku dan suara rintihan
yang aku dengar malam tadi dan tadi di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke
tempat sarapan. Lelaki #2 mengatakan bahawa sosok putih itu berupa sosok wanita
tua yang sedang mencari tuan baru ( maknanya sama seperti yang Ustaz A dan
kawan aku bagitahu ) , dan kebetulan aku menjadi target dia kerana aku ada satu
aura yang menyenangkan bagi spesis mereka. Kemudian Lelaki #2 menunjuk ke arah
kereta aku dan mengatakan bahawa sosok wanita tua itu ada di bahagian belakang
kerusi pemandu , kami semua melihat ke arah kereta aku , dari 6 orang yang
melihat hanya 4 sahaja yang mengaku melihat , 2 lagi mengatakan mereka tidak
melihat apa². Dari 6 orang , 2 iaitu aku dan arwah Abah melihat sosok putih ,
arwah Pokde melihat pontianak , Pak Habib dan Ami Ahmad tidak melihat apa² dan
Lelaki #2 melihat sosok wanita tua.
Lelaki #2 meminta sebotol air mineral dan membacakan sesuatu selepas itu
meminta aku menyiramkan air itu ke atas bumbung kereta , dan memercikkan
sedikit di bahagian dalam , dengan harapan dapat menghilangkan sosok yang
mengganggu aku.
Selepas melakukan semua yang di suruh aku pun mula bertanya tentang
keadaan nenek aku , aku ceritakan tentang "NA'IMAH" dan juga
pendamping nenek , seperti Ustaz A dan Pakcik A , Lelaki #2 juga berpendapat
bahawa tidak ada jalan lain selain menerima dahulu pendamping itu kemudian baru
di buang , cuma kekhuatiran Lelaki #2 adalah jika aku merasa memerlukan
"BENDA" itu , dan itu akan menyusahkan untuk membuangnya. Perasaan
memerlukan itu akan datang dengan berbagai² cara dan dugaan , jadinya aku di
nasehatkan agar berhati² sebelum menerimanya.
Selepas sarapan , kami berpisah , mereka menuju ke hospital aku balik ke
rumah. Dalam perjalanan balik tidak ada apa² yang aku rasa dan dengar ,
semuanya kembali seperti biasa. Baru sahaja hendak membelok ke kawasan rumah
aku , arwah Pokde menalipon dan meminta aku membeli ubat nenek , kerana ubatnya
habis , aku sedikit hairan kerana seingat aku , ubat²an yang aku beli itu boleh
bertahan selama seminggu dan aku baru sahaja membelinya dua hari lalu , takkan
nenek aku buat mandi kata hati aku. Aku menuju ke pharmacy bagi membeli ubat²an
itu dan menghantar ke hospital , dek kerana parkir penuh aku terpaksa
memarkirkan kereta aku agak jauh dari bangunan yang ingin aku tuju.
Aku melalui laluan yang agak jauh melepasi ward² biasa dan klinik
sebelum sampai ke bangunan tempat nenek aku. Di satu laluan , aku lihat ada 2
pembantu hospital sedang menolak stretchers yang menutupi jasad seseorang (
kerana di tutupi satu badan ) , cuma yang aku hairan kerana ada satu sosok
budak sedang bercangkung di atas jasad itu , aku memberhentikan langkah kaki
dan melihat untuk memastikan apa yang aku lihat itu benar , budak yang
menyangkung itu hanya melihat ke hadapan tanpa berkedip , matanya hitam dan
seluruh badannnya seperti baru lepas terjatuh ke dalam tong tepung , putih yang
mengelupas. Aku lihat 2 pembantu yang menolak stretchers itu tidak menghiraukan
pun budak yang sedang menyangkung itu , mungkin mereka tidak melihatnya kata
hati aku. Mereka melepasi tempat aku berdiri , memang betul mereka menolak
jenazah.
Aku terus menuju ke bangunan tempat nenek aku di tempatkan , di depan
station pengawal tiada sesiapa , aku meneruskan naik dan berjumpa dengan arwah
Pokde aku untuk memberikan ubat²an itu. Bila aku hendak memasukkan ubat²an yang
aku beli itu ke dalam almari , aku lihat botol² ubatan itu banyak di situ , aku
memberitahu arwah Pokde dan arwah Pokde melihat tempat ubat²an itu sambil dia
bersumpah bahawa tadi ketika dia ingin mengelap luka nenek , hanya ada satu
botol yang tinggal separuh sahaja di dalam almari tersebut. Dan bukan dia
sahaja yang melihat botol itu tinggal 1 malah ada 2 lagi nurse yang melihatnya
, tidak puashati arwah Pokde menerangkan kepada aku dia keluar dan masuk
kembali bersama 2 nurse bagi mem "validate" kan cerita dia kepada
aku. 2 nurse itu juga kehairanan kerana sebenarnya masih banyak lagi ubatan
nenek itu selain yang aku baru bel di dalam almari itu.
Aku meletakkan ubat²an itu dan mengajak arwah Pokde pergi ke kantin
untuk minum. Kemudian kami selesai minum naik semula ke bilik nenek , selepas
itu aku meminta arwah Pokde menunggu sehingga jam 9 malam sehingga aku sampai
baru dia boleh balik.
Jam 9 malam , bila aku sampai di bilik nenek aku lihat arwah Pokde tiada
di situ , aku menalipon dan bertanya di mana dia , di jawapnya bahawa tadi jam
7 petang dia dah balik. Aku hanya mampu menggelengkan kepala dengan gelagat
bapa saudara aku itu.
Aku berbual² dengan nenek , sedang berbual² tiba² ada satu sosok wanita
masuk dan duduk di bahagian kaki katil nenek , tersenyum melihat nenek dan
mereka berbual seperti perbualan sahabat yang lama , aku lihat wanita itu
memapah bahu nenek untuk mendudukkan nenek , nenek duduk , aku yang melihatnya
seperti berada di dalam pukauan kerana aku tak tahu nak menggambarkan situasi
kejadian ketika itu.
Selepas nenek duduk , nenek mengatakan kepada wanita itu , "KAU
KENALKAN NI CUCU SULONG AKU" , wanita itu mengiyakan pertanyaan nenek ,
kemudian nenek melihat aku sambil berkata "BANG , NI LAH KAWAN NENEK ,
NAI'MAH NAMA DIA" , aku hanya menelan air liur sambil dalam kepala aku mengatakan
ini kot pendamping nenek. Tiba² sosok wanita itu berkata "ITU HARI BAGITAU
NENEK NAK AMBIL SAYA YA" , aku diam , mengiyakan tidak menidakkan pun
tidak. Kemudian dia berkata lagi "JANGANLAH TAKUT , SAYA BAIK , SAYA CUMA
MEMBANTU SAJA" , sambil dia melirik ke arah aku , aku tetap diam membisu.
Tiba² sosok itu berdiri dan datang mendekat ke tubuh aku sambil menghidu² bahu
dan muka aku , aku masih diam tidak bergerak sedikit pun.
Aku tiba² di kejutkan oleh nurses yang datang untuk mengambil data nenek
kerana aku sedang tertidur di tepi katil nenek dan menghalang mereka. Aku
bangun sambil berfikir bila masa aku tidur , aku lihat jam menunjukkan jam 11
malam. tadi aku berbual dengan nenek seingat aku dalam jam 9 atau 9 lebih
sedikit , bila masa aku tertidur.
Malam itu aku rasakan suasananya berlainan dari malam² sebelumnya ,
terasa tenang , aku tidak merasakan ketakutan atau aku merasakan kepenatan. Aku
keluar ke vanding machine membeli kopi dan masuk semula ke dalam bilik menonton
television sehingga ke pagi. Paginya seperri biasa Poksu sampai aku pun balik ,
tapi dalam perjalanan balik aku mendapat panggilan talipon dari arwah Abah yang
mengajak aku bersarapan , aku tidak menceritakan kejadian malam tadi.
Lepas tu aku balik berehat
- AKHIR -
Sebenarnya dari sarapan tadi sehingga dalam perjalanan balik fikiran aku
asyik memikirkan tentang kejadian malam tadi. Sebenarnya selepas kejadian
Nai'mah muncul itu ada beberapa perkara aku langsung tidak ingat. Adakah aku
bermimpi atau itu kejadian nyata aku susah nak tafsirkan. Mimpi tapi macam
nyata , nyata aku pula rasa bermimpi. Sedang mengelamun sambil memandu tiba²
talipon aku berdering , kawan aku di hujung talian , mengarahkan aku segera
datang ke bengkel dia , aku terus menuju ke arah bengkel kawan aku.
Sampai sahaja di bengkel , kawan aku meminta aku duduk dan dia memegang leher
aku dari belakang dan membaca sesuatu , aku tanya kenapa tapi dia tak menjawap
pun pertanyaan aku. Selepas habis dia melakukan entah apa pun aku tak tahu dia
berkata , bahawa malam tadi dia dan kawan aku seorang lagi datang ke hospital
dengan niat hendak melawat nenek aku sambil hendak mengajak aku keluar minum ,
bila sampai di depan pintu bilik nenek , kawan aku itu melihat melalui kaca di
pintu diri aku sedang bercakap² dengan seorang tua yang hodoh dan hanya tinggal
tulang sahaja , aku hanya berdiri membatu kata dia , kemudian dia meninggalkan
bilik nenek dan aku. Dia dapat rasakan bahawa aku mungkin kerasukan atau
sekurang²nya aku akan ketempelan sesuatu. Pagi itu dia cuba membuang apa yang
melekat di badan aku. Aku memberitahu kawan aku itu bahawa malam tadi yang aku
lihat adalah seorang wanita separuh baya , yang elok penampilannya tidak
seperti yang kawan aku lihat. Selepas kawan aku melakukan bacaan ke atas aku ,
aku merasakan sangat mengantuk dan terlalu penat , seperti aku tidak pernah
tidur sebelumnya.
Dia menyuruh aku balik , dan mengatakan agar aku mandi dahulu sebelum aku
tidur. Sampai di rumah dan setelah selesai mandi aku cuba ingin tidur , rasanya
baru dalam 10 atau 15 minit aku baring , aku dapat rasakan badan aku seperti di
hempap sesuatu , aku tak mampu nak bergerak , betul² seperti aku di gam , aku
sedar dan mata aku masih terbuka , aku hanya dapat melihat satu sosok hitam
berada di atas dada aku sedang mencangkung melihat ke muka aku dengan wajah
yang mengerikan , air liur nya menjejeh keluar dari tepi mulutnya yang koyak
dan matanya merah menyala. Aku nak nangis tak boleh menangis , nak menjerit tak
keluar suara , aku hanya mampu mengulang² membaca ayatul Qursi dan Bismillah 5
, setiap kali aku membaca ayatul Qursi makhluk itu hanya ketawa terbahak²
seperti mengejek aku , mungkin bacaan aku salah agaknya. Berbeza pula kalau
ketika aku membaca Bismillah 5 , makhluk itu memukul² kepalanya seperti
kesakitan , aku terus²an membaca kedua²nya sehingga dalam setengah jam kemudian
dia menghilang , aku merasa seperti mati hidup semula bila dapat menghirup
oxygen dengan sempurna. Aku lihat jam menunjukkan jam 1 tengahari. Bangun
bersiap² untuk zohor dan aku terus menalipon Ustaz A agar dapat bertemu.
Setelah zohor aku keluar untuk berjumpa Ustaz A dan mengharapkan Pakcik A juga
ada bersama kerana aku memesan pada Ustaz A tadi agar bawa sekali Pakcik A.
Dalam perjalanan aku dapat merasakan kelainan pada diri aku , aku menjadi lebih
mudah marah² , lampu merah pun aku maki kalau tak silap aku. Aku cuba kawal
emosi aku , cuba menjadi lebih rasional tapi rasanya waktu itu aku tidak mampu
mengawal emosi.
Sampai sahaja di tempat yang di janjikan , aku terus menceritakan semua
kejadian yang berlaku kepada aku , dari berjumpa Nai'mah malam tadi sehingga
aku di tindih tadi. Ustaz A dan Pakcik A cuba meminta aku bersabar , habis
sahaja mereka berkata² aku terus menghamburkan mereka dengan kata² yang tidak
sepatutnya. Aku sedar tapi aku tak mampu mengawal emosi aku. Aku menjadi
biadap. Untungnya Ustaz A dan Pakcik A memahami keadaan aku. Dalam aku marah²
itu Ustaz A telah menyembur muka aku dengan air dan kemudian aku tenang kembali
dan mampu mengawal emosi.
Ustaz A mengatakan agar malam nanti aku di temani oleh beliau , sebagai langkah
berjaga². Aku menyetujuinya kerana aku juga merasakan ada yang tidak kena pada
diri aku. Selain Nai'mah ada beberapa sosok lain yang ingin menumpang dalam
diri aku kata Pakcik A , akibat itu banyak tenaga² kotor yang berlawanan sesama
sendiri untuk menguasai aku dan aku menjadi mangsa tenaga² itu. Hampir asar
kami pun berpisah , aku balik untuk bersiap² bagi menjaga malam nanti.
Malam seperti sebelumnya jam 9 aku sampai di bilik nenek , aku melihat nenek ,
membetulkan selimutnya dan berbual² sebentar. Bila nenek mula memejamkan mata
aku tenung dalam² muka tua itu , ada rasa kasihan yang amat mendalam aku
rasakan , sejenak terlintas kenangan aku bersama² nenek dari aku kecil
sehinggalah aku dewasa , gelak tawa , makanan kegemaran aku yang selalu di
masakkan jika aku datang kerumahnya , belum pernah walau sekalipun dia memarahi
aku KECUALI beberapa malam dahulu , dan itupun aku tahu ITU BUKAN NENEK.
Menarik nafas dalam² aku beransur meninggalkan bilik menuju ke arah station
nurse , di situ sudah ada Uataz A dan Pakcik A sedang menunggu aku.
Ustaz A menepuk² bahu aku meminta aku banyak² bersabar dan sentiasa redha ,
kerana mungkin Ustaz A melihat mata aku yang merah sedang menahan sedih. Kami
keluar untuk minum , di kedai minum Pakcik A menanyakan kepada aku bahawa
adakah aku benar² sudah siap untuk mengambil pendamping nenek , dan redha
dengan pemergian nenek selepas aku ambil pendamping itu , aku hanya menjawap
bukan malam ini , aku akan ambil malam esok sahaja. Dan aku juga meminta
kepastian daripada Ustaz A dan Pakcik A bahawa selepas itu betul² boleh
membuang pendamping itu dari diri aku. Mereka hanya menjawap "IN SYAA
ALLAH" sahaja , satu jawapan yang aku tahu itu bernada 50-50 , apa pun aku
pasrah demi nenek.
Jam 12 malam kami balik semula ke hospital , dalam perjalanan tiba² Pakcik A
berkata bahawa ada penumpang yang sedang menumpang dan meminta aku meneruskan
perjalanan tanpa menoleh ke belakang , tiba² ada satu suara mendayu yang
sepertinya sedang meratap kesedihan kami dengar , Pakcik A terus meminta aku
fokus sahaja memandu jangan di pedulikan dengan rintihan itu. Aku seperti di
bawa perasaan ketika mendengar rintihan itu , merasa kasihan yang amat sangat ,
mungkin melihat aku tidak fokus , Ustaz A membaca Bismillah 5 dengan nada yang
keras , aku terperanjat dan tiba² seperti baru tersedar dari lamunan mula
memfokuskan diri memandu. Apabila sampai di perkarangan hospital Pakcik A
meminta aku memarkirkan kereta di kawasan yang jauh dari tempat biasa. Aku
hanya turuti sahaja. Setelah turun memarkirkan kereta kami berjalan menuju ke
arah bangunan tempat nenek. Ustaz A berjalan di hadapan aku manakala Pakcik A
berada di belakang aku , mereka seperti mengawasi aku agar tidak ada kejadian
yang berlaku. Jarak dari tempat aku memarkirkan kereta mungkin dalam ( - + )
100 meter sahaja , tapi perasaan aku terasa jarak itu sangat jauh dan memakan
masa. Aku cuba berbual dengan mereka berdua tapi tidak ada satu orang pun yang
menjawap perbualan yang aku mulakan. Hampir sahaja menghampiri bangunan yang
kami tuju , Ustaz A tiba² memberhentikan langkah yang menyebabkan aku dan
Pakcik A juga ikut terhenti. Aku lihat Ustaz A tunduk mengutip batu kemudian
meneruskan perjalanan. Sampai sahaja di station pengawal , Pakcik A meminta
kami duduk sahaja di situ sementara Pakcik A naik ke tingkat 4 , aku bertanya
kepada Ustaz A apa yang sedang di lakukan oleh Pakcik A , tapi Ustaz A hanya
tersenyum. Aku ambil keputusan merokok dahulu sementara menunggu Pakcik A ,
ketika merokok aku lihat ada sosok hitam yang pernah menindih aku kelmarin
sedang memerhatikan aku dari jauh , aku biarkan sahaja tidak memperdulikan. Aku
dah tidak fikir berkenaan makhluk² lain yang ada di sekeliling , sedang merokok
bahu aku di tepuk dari belakang , Pakcik A menyapa sambil menghidupkan rokok
dia. Pakcik A berkata bahawa sekarang mungkin aku berada dalam persimpangan ,
tapi aku di minta yakin dan redha dengan segala ketentuan. Selang tidak berapa
lama datang pula pengawal yang ingin sama² merokok , tapi bila dia mendekat
Pakcik A menghalau dia pergi dengan kasar , aku sedikit terperanjat dan
bertanya kenapa , Pakcik A menarik hidung aku di antara 2 mata seketika
kemudian aku melihat pengawal itu telah bertukar menjadi pocong. Sedikit
terperanjat aku di buatnya , kemudian Pakcik A mengatakan itulah makhluk yang
sentiasa menyerupai aku untuk menjadikan aku sebagai tuan barunya.
Beberapa ketika kemudian aku mendengar seperti ada benda yang di campak
berdekatan dengan tempat kami merokok , bila melihat kepada bunyi itu , kami
melihat Ustaz A membaling pocong tersebut dengan batu yang dia kutip tadi , dan
pocong itu langsung menghilang meninggalkan bau bangkai yang sangat kuat. Kami
berganjak dari tempat itu kerana tidak mampu bertahan dengan bau tersebut.
Malam itu aku , Ustaz A dan Pakcik A sama² berada di dalam bilik nenek , aku
bentangkan tikar untuk kami sama² duduk sambil berbual. Dalam jam 3 pagi kalau
tak silap , ketika aku sedang tidur , aku di kejutkan oleh Ustaz A kerana ada
satu sosok wanita duduk berbual dengan nenek , Ustaz A memberi isyarat agar aku
membiarkan sahaja mereka berbual. Tapi tidak lama selepas itu kami mendengar
hilaian tawa yang bergema dari sosok wanita itu , kami menutup telinga dan
keluar dari bilik nenek , sampai di station nurse kami bertanya adakah nurse
yang ada di situ mendengar bunyi hilaian tawa tadi , hairannya mereka
mengatakan mereka tidak mendengar apa² , yang ini aku betul² hairan , kalau
ikutkan style ketawa gitu jangan kata satu tingkat , malah satu bangunan itu
pasti mendengarnya. Pakcik A mengajak aku turun merokok , aku dan Ustaz A
mengikutinya , sampai di bawah , di depan station pengawal ada 2 orang pengawal
yang seperti dalam ketakutan , bila di tegur mereka mengatakan bahawa sebentar
tadi mereka mendengar hilaian tawa dari arah belakang hospital , 2 lagi
rakannya tidak mendengarnya hanya mereka berdua sahaja , dan 2 lagi sedang
melakukan rondaan selepas bunyi hilaian tersebut.
Sambil merokok Ustaz A menerangkan bagaimana makhluk ghaib itu cuba
mempermainkan manusia dengan helah² sebegitu , itu sebab ada orang akan
mengatakan orang lain gila kerana orang yang di katakan gila itu mendengar
suara² aneh. Dan jika manusia berada di dalam titik kosong ketika itu maka ia
mudah di kuasai oleh makhluk itu.
Selepas itu kami duduk di depan station pengawal , Pakcik A pergi ke vanding
machine membeli beberapa tin air untuk kami minum ketika berbual². Sedang
berbual² itu 2 pengawal yang meronda tadi balik semula ke station dalam keadaan
tergesa² dan seperti ketakutan. Setelah di tenangkan , mereka berkata bahawa
tadi ketika di tingkat 1 , mereka berpecah meronda seorang ke wing kanan dan
seorang lagi ke wing kiri. Tingkat 1 di wing kiri adalah tempat pengurusan
hospital manakala di wing kanan adalah makmal. Ketika pengawal yang berada di
wing kiri dia melihat satu ruangan itu lampunya menyala dan terdengar bunyi
mesin printer sedang melakukan kerja , tanpa was² dia menghampiri ke ruangan
berlampu itu untuk melihat siapakah yang melakukan kerja lewat malam waktu itu
, bila di dekati tiba² lampu yang menyala itu padam dan pengawal itu merasakan
dia dipeluk
dari belakang , dengan keadaan cemas dia meronta dan melepaskan diri untuk lari dari situ , selepas dia sampai di depan lift dia melihat pengawal yang seorang lagi sedang berdiri lalu di tegurnya , bila yang di tegur itu menolehkan mukanya jelas nampak muka yang hancur tidak berbentuk dan menitiskan darah. Dengan segera dia menekan pintu lift untuk turun. Manakala pengawal yang seorang lagi ketika dalam perjalanan ke lift dia melihat pengawal yang satu lagi sedang kelam kabut menekan pintu lift lalu di sapa , tapi pengawal itu terus lari mengikut tangga kecemasan , pengawal itu terus mengejar kawan yang lari sehinggalah mereka bertemu dengan kami di depan station pengawal. Pengawal itu lari kerana dia menyangka yang muka hancur itu cuba mendekati dia. Kami hanya terdiam mendengar cerita mereka.
Kami semua duduk di station pengawal sehingga tarhim berkumandang , Ustaz A dan
Pakcik A meminta diri untuk pulang manakala aku naik ke bilik nenek untuk
bersiap² untuk balik berehat. Sampai di bilik nenek aku lihat nurse sedang
mengambil data nenek , aku melipat tikar dan menyimpannya dan menunggu Poksu
aku sampai.
Aku balik untuk merehatkan diri dan mempersiapkan mental untuk malam nanti.
Arwah Abah mengajak aku makan tengahari bersama². Ketika makan arwah Abah
mengatakan bahawa dia sudah meminta penggali kubur untuk menggalikan kubur bagi
nenek bersebelahan dengan kubur Atok , aku hanya diam tanpa mengatakan apa².
Dan arwah Abah aku bertanya..."BETUL KE KAU DAH BERSEDIA" , aku
menjawap pendek sahaja..."YA". Aku hanya mementingkan nenek dapat
pergi dengan tenang sahaja waktu itu. Selepas makan aku membungkuskan makanan
untuk arwah Pokde di hospital , selepas menghantar makanan aku pun balik semula
ke rumah untuk berehat dan bersiap² untuk balik ke KL esok pagi selepas shift
aku menjaga nenek.
Malamnya selepas jam 9 malam aku sampai ke hospital. Memasuki bilik nenek terus
berdiri di sebelah katil nenek. Aku genggam tapak tangan kanan nenek dengan
tangan kanan aku dan tangan kiri mengusap rambut nenek , aku cium kening nenek
dan kemudian aku bisikkan ke telinga nenek.."NEK , ABANG AMBIL BARANG
NENEK , NEK LEPASKANLAH PADA ABANG...." aku lihat air mata nenek jatuh
sambil dia menggenggam erat tangan aku dan mengucapkan "TERIMA KASIH
BANG"....sambil menarik tangan aku memberi isyarat agar aku merendahkan
muka aku untuk dia cium , aku membiarkan nenek mencium dahi aku. Kemudian nenek
memejamkan mata untuk tidur , aku melepaskan genggaman tangan aku. Badan aku
terasa panas dan aku seperti mual ingin muntah tapi tidak keluar apa².
Aku merasa sangat mengantuk , mempersiapkan diri untuk tidur di kerusi malas
sambil menonton television , dalam jam 4 pagi aku terbangun kerana merasakan
ada hembusan nafas di muka aku , aku membuka mata dan tiba² di depan muka
terlihat satu wajah perempuan yang buruk dan berdarah..hanya berjarak dalam 5
atau 6 inci sahaja dari muka aku. Wajah itu hanya tersenyum melihat muka aku
seperti sedang melakukan inspection atas muka aku , aku nak nangis tapi aku
tahan kerana ingin melihat di mana badan muka yang melihat aku. Hanya muka
sahaja tanpa badan.
Mungkin dalam 5 minit kemudian wajah itu terus menghilang , aku terus bangun
pergi ke bilik air membasuh muka , selepas membasuh muka aku ke katil nenek
melihat nenek. Tidur pulas....satu perasaan terdetik dalam perasaan ketika
melihat wajah nenek , rasa sayu dan sedih..hanya sanggup berdoa agar di
permudahkan segalanya. Subuh sampai , sebelum aku keluar dari bilik nenek aku
mencium nenek dan nenek hanya tersenyum melihat aku , aku ke bas stand menuju
ke Kuala Lumpur , sampai sahaja di TBS dalam jam 10 pagi aku menerima panggilan
talipon dari arwah Pokde mengatakan nenek telah meninggal dunia dan akan di
kebumikan selepas zohor hari ini juga. Aku memberitahu lakukan sahaja
pengebumian tanpa menunggu aku. Aku balik semula dengan menunggu adik aku untuk
bersama² balik. Sesampai sahaja di rumah arwah Abah aku , majlis pengebumian
telah selesai dan ramai adik beradik serta saudara mara yang lain ada di situ ,
aku memberi salam , arwah Abah aku menyambut aku dengan memeluk aku. Ramai yang
mengucapkan takziah dan tak kurang juga mengatakan bahawa aku yang menjaga
selama 36 malam tapi tidak dapat melihat jenazah nenek buat kali terakhir. Aku
merasa sangat bersyukur dengan apa yang telah berlalu. Arwah Abah berbisik
kepada aku dengan mengatakan.."TERIMA KASIH" dan juga bertanya nak
buat macam mana dengan pendamping nenek yang aku ambil itu. Dengan bergurau aku
mengatakan.."SIMPANLAH APA LAGI"......
-TAMMAT-
All reactions:
757757
Ulasan
Catat Ulasan