Catatan

Salah siapa bila pihak hospital tak mahu bagi kerjasama untuk keluarkan surat mengatakan seseorang sedang bertarung dgn kesakitan agar anak anak dapat mengemukakan bukti pada pihak polis

Imej
Salah siapa bila seorang anak terpaksa menanti di balai polis untuk dapatkan surat kebenaran merentas negeri dari jam 9malam hingga 12malam....untuk pulang ke kpg melihat ibunya yang sedang nazak....alasannya dikata utk pulang bersuka dikpg. Salah siapa bila pihak hospital tak mahu bagi kerjasama untuk keluarkan surat mengatakan seseorang sedang bertarung dgn kesakitan agar anak anak dapat mengemukakan bukti pada pihak polis Kekesalan lebih lagi apabila dapat kebenaran setelah kematian disahkan dan surat mati dikeluarkan.....apabila sampai ke kpg jasad telah disemadikan. Aku hanya pasrah atas peraturan ketat yang dilakukan sekarang ini demi kebaikan bersama seluruh rakyat Malaysia. Aku bukanlah sesiapa. Aku hanya insan biasa yang memendam rasa.. 😥 Kredit : Izan Yahya

Bekerjalah utk diri kamu, bukan utk syarikat.Cukup masa, baliklah jenguk keluargamu.Jgn dikejar kerja syarikat yg tak pernah habis

Imej
Bos, Dia nampak kamu masuk lambat, Tapi dia tak nampak kamu balik lambat. Bos, Dia nampak masa kamu berehat, Tapi dia tak nampak masa kamu buat kerja macam esok dunia kiamat. Bos, Dia marah kamu bila kamu buat salah, Tapi dia tak puji kamu bila kamu cemerlang. Bos, Dia sayang kamu masa kamu diperlukan, Tapi dia tak pedulikan kamu bila dia dah ada pengganti. Bos, Dia diam senyum dlm hati bila syarikat untung, Tapi dia merungut kat kamu bila syarikat rugi. Bos,  Dia bergembira dgn keluarganya bila syarikat byk duit, Tapi dia berkongsi duka dgn staf bila syarikat takde duit. Bos, dia tetap bos. Staf, dia tetap staf. Bekerjalah utk diri kamu, bukan utk syarikat. Cukup masa, baliklah jenguk keluargamu. Jgn dikejar kerja syarikat yg tak pernah habis. Kamu diperlukan hanya bila kamu ada kekuatan. Bila kekuatan kamu hilang, bos tak perlukan kamu, TAPI keluargamu masih perlukan kamu. Bekerjalah pada masa kerja kamu, Bergembiralah dgn keluarga pada masa kamu dgn keluarga. Hal syarikat dgn ha...

Juruterbang selamat selepas terkandas dalam hutan Amazon selama 38 hari... Saya tidak mempunyai air, tidak mempunyai makanan. Saya terdedah kepada bahaya dan haiwan buas seperti jaguar, buaya dan ular anaconda.

Imej
Juruterbang selamat selepas terkandas dalam hutan Amazon selama 38 hari Secara keseluruhan, Sena telah berjalan sejauh 28 km dan pada masa sama berat badannya susut sebanyak 25 kg. SEORANG juruterbang sedang memandu sebuah pesawat ringan Cessna 210 di atas hutan Amazon di Brazil apabila terpaksa membuat pendaratan kemasan susulan kegagalan enjin. Antonio Sena tidak mengalami sebarang kecederaan, namun akibat kejadian berkenaan dia terkandas di dalam hutan hujan terbesar di dunia itu. Insiden itu bermulanya perjalanan 38 hari yang banyak memberi pengajaran dalam hidupnya. Sena, 36, ditugaskan untuk membawa muatan kargo dari Alenquer ke sebuah lombong emas haram di dalam hutan berkenaan yang dikenali sebagai "California". Ketika kejadian, dia sedang terbang pada ketinggian 1,000m sebelum dia mendapati enjin pesawat terhenti. Namun dia berjaya mengawal pesawat itu sebaik mungkin dan mendarat di sebuah lembah. Setelah mengambil barangan keperluan seperti b...

Kecoh pulak tiba-tiba pasal Selipar Jepun kan?

Imej
Kecoh pulak tiba-tiba pasal Selipar Jepun kan? Mungkin ramai yang tak tahu Selipar Jepun sebenarnya bukanlah berasal dari Jepun, walaupun nama dia selipar “Jepun”.  Selipar sebegini pertama direkodkan dalam sejarah adalah seawal tahun 4,000 sebelum Masihi dalam mural purba Egypt. Masa tu selipar ni diperbuat dari pokok papyrus.  Di Jepun, selipar sebegini dicatatkan dalam sejarah sekitar tahun 794-1185, iaitu masa zaman Heian. Selipar ni dipanggil “zori” yang biasanya diperbuat dari tatami atau jerami padi.  Jadi apa kaitan dengan Selipar Jepun di Malaysia? Sekitar tahun 1937, banyak kilang Cina dibuka di Tanah Melayu untuk buat kasut berasaskan getah. Masa tu Tanah Melayu memang dah ada estet getah. Tapi bila Jepun memerintah masa Perang Dunia Kedua, mereka ada kuasa penuh dalam produksi getah dekat Tanah Melayu. Mereka tak buat kasut, tapi getah masa tu digunakan untuk buat peralatan berasaskan militari menyebabkan industri kasut berasaskan getah terhenti. Sekitar waktu...

Remaja hari ini adalah pemimpin hari esok.”“ Pemuda harapan bangsa”“Remaja tunggak Negara”

Imej
"Remaja hari ini adalah pemimpin hari esok.” “ Pemuda harapan bangsa” “Remaja tunggak Negara” Itulah antara ungkapan yang biasa kita dengar apabila disentuh soal remaja. Sebagai aset negara, remaja yang membesar sebagai johan akan menjadi belia yang mengambil-alih pucuk kepimpinan negara , ketua negeri, pegawai daerah, cip kawasan, supervisor di tempat kerja atau pun setidak-tidaknya sebagai ketua keluarga selepas bernikah. Maka kumpulan ini harus diberi perhatian oleh kerana kumpulan remaja dan belia dianggap sebagai pelapis yg mampu mengekalkan nasib masyarakatnya agar terus terbela melangkaui zaman. Oleh yang demikian mensahkan Kanabis secara regulasi yg tepat & betul amatlah penting.   Ini dapat dipelajari daripada pengalaman negeri pertama Amerika yg mensahkannya, iaitu selepas pengemar THC tidak perlu lagi ke hospital ataupun klinik.  Mereka diberi keizinan utk membelinya di premis berlesen sejak 2014, sehinggalah ke hari ini.  Terdapat lebih separuh negeri...

Jutawan Chewing Gum atau gula-gula getah, Beau Wrigley akan mengeluarkan rangkaian produk mereka berasaskan sebatian kanabis

Imej
08 Mac 2021 : Jutawan Chewing Gum atau gula-gula getah, Beau Wrigley akan mengeluarkan rangkaian produk mereka berasaskan sebatian kanabis. Selepas pemain bolasepak David Beckham menyertai rangkaian kanabis Hemp, jutawan Wrigley selaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbaru yang membuat satu kesepakatan untuk bergabung dengan syarikat pengeluar kanabis. 2 syarikat khas yg baru dibentuk itu dengan peruntukan berjumlah $ 1.8 bilion diumumkan hari ini. Wrigley adalah generasi keempat yang menjalankan syarikat William Wrigley Co..  Ia diasaskan oleh datuk dan nenek moyangnya pada akhir tahun 1800-an, dan mengambil alih jawatan CEO dan ketua sehari setelah ayahnya meninggal pada tahun 1999. Pada tahun 2008, Wrigley menjual syarikat keluarga kepada Mars, Inc. dengan harga $ 23 bilion. Pewaris syarikat gula2 getah itu kini berhasrat mahu menyaingi perniagaan yang dimulakan oleh keturunannya. Syarikat itu sudahpun mempunyai 42 dispensari di tiga negeri, iaitu 39 di Florida dan selebihnya...

#Hijrah yang dicapai oleh negara jiran Thailand sangat menguntungkan para petani dan rakyat. Ini berikutan tindakan bijak kerajaan itu untuk mengeluarkan Kanabis jenis SPESIS Hemp drp kawalan narkotik.

Imej
#Hijrah yang dicapai oleh negara jiran Thailand sangat menguntungkan para petani dan rakyat.  Ini berikutan tindakan bijak kerajaan itu untuk mengeluarkan Kanabis jenis SPESIS Hemp drp kawalan narkotik.    Spesis Hemp sejak tahun 80an lagi sudahpun menjadi produk mesra alam, makanan kesihatan dan selamat bagi negara khususnya seperti di Eropah.  Hari ini terdapat hampir 50 negara samada sedang mengkaji mahupun mencapai satu perubahan ekonomi baharu dalam menentukan bahan mentah yg mereka perolehi. Hemp menjadi pilihan bukan hanya daripada sudut industri semata. Tempoh matangnya seawal 45-70 hari pada musim pandemik kini, sudah memadai untuk memberikan hasil pendapatan lumayan kpd petani.  Sebagai contoh harga pucuk daun Hemp di negara jiran berharga diantara rm1200 - rm1500 sekilo. Di Australia misalnya, bijirin Hemp dan susunya menjadi diet utama negara itu.  Ia juga memandangkan sumber seperti kacang soya dan jagung antara sumber pertanian paling banyak t...