#Hijrah yang dicapai oleh negara jiran Thailand sangat menguntungkan para petani dan rakyat. Ini berikutan tindakan bijak kerajaan itu untuk mengeluarkan Kanabis jenis SPESIS Hemp drp kawalan narkotik.

#Hijrah yang dicapai oleh negara jiran Thailand sangat menguntungkan para petani dan rakyat.  Ini berikutan tindakan bijak kerajaan itu untuk mengeluarkan Kanabis jenis SPESIS Hemp drp kawalan narkotik. 

 
Spesis Hemp sejak tahun 80an lagi sudahpun menjadi produk mesra alam, makanan kesihatan dan selamat bagi negara khususnya seperti di Eropah.  Hari ini terdapat hampir 50 negara samada sedang mengkaji mahupun mencapai satu perubahan ekonomi baharu dalam menentukan bahan mentah yg mereka perolehi.

Hemp menjadi pilihan bukan hanya daripada sudut industri semata. Tempoh matangnya seawal 45-70 hari pada musim pandemik kini, sudah memadai untuk memberikan hasil pendapatan lumayan kpd petani.  Sebagai contoh harga pucuk daun Hemp di negara jiran berharga diantara rm1200 - rm1500 sekilo.

Di Australia misalnya, bijirin Hemp dan susunya menjadi diet utama negara itu.  Ia juga memandangkan sumber seperti kacang soya dan jagung antara sumber pertanian paling banyak terdapat unsur modifikasi (GMO).

Malahan, bahan makanan drp sumber agro kurang berkhasiat kini tertumpu di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia.  Dengan penguatkuasaan yg lemah dgn kes rasuah yg meninggi, perkara seperti ini mungkin memerlukan masa sehingga sistem pemakanan musnah, dan kesedaran semakin meningkat namun sudah terlalu lewat.

Bagi kumpulan petani HEMP di New York yang giat menanam sayuran kota, pucuk Hemp hari ni merupakan ulaman paling digemari masyarakat di New York.

Microgreens misalnya sekarang menjadi perniagaan makro bagi penanam khususnya melibatkan usahawan untuk pasarkan ke restoran, pasar tani dan kedai makanan serta di kediaman rumah.

Pucuk daun Hemp, bayam, lobak, kekacang dan sayur-sayuran lain dapat ditanam sepanjang tahun di terowong tinggi, bahagian bumbung, ruang bawah tanah, dituai dalam satu atau dua minggu dan ditanam kembali untuk musim yg berikutnya.
#HempUntukSemua  #pendidikanhemp101 
Sumber :
https://www.lancasterfarming.com/farming/industrial_hemp/baby-hemp-s-fuzzy-future-as-a-salad-green/article_8d1740f2-b1f4-55dd-9ee6-1bef9ea4481c.html

https://www.bloomberg.com/news/articles/2021-03-05/thai-families-can-grow-six-pots-of-cannabis-each-as-rules-eased

https://www.mdpi.com/2072-6643/12/5/1254/pdf

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PEMBUMIAN ELEKTRIK

KAMPUNG Janda Baik pada asalnya mula diteroka dan dibuka oleh tiga orang individu yang datang dari Bentong, Pahang pada 1932 iaitu Haji Yaseh Da’un, Haji Kadir Hitam dan Haji Idris Awang.

Sebagai anak, sudah tentulah kita perlu menghormati orang tua masing-masing sekalipun mereka hanyalah ibu dan bapa angkat kita