Kecoh pulak tiba-tiba pasal Selipar Jepun kan?
Kecoh pulak tiba-tiba pasal Selipar Jepun kan?
Mungkin ramai yang tak tahu Selipar Jepun sebenarnya bukanlah berasal dari Jepun, walaupun nama dia selipar “Jepun”.
Selipar sebegini pertama direkodkan dalam sejarah adalah seawal tahun 4,000 sebelum Masihi dalam mural purba Egypt. Masa tu selipar ni diperbuat dari pokok papyrus.
Di Jepun, selipar sebegini dicatatkan dalam sejarah sekitar tahun 794-1185, iaitu masa zaman Heian. Selipar ni dipanggil “zori” yang biasanya diperbuat dari tatami atau jerami padi.
Jadi apa kaitan dengan Selipar Jepun di Malaysia?
Sekitar tahun 1937, banyak kilang Cina dibuka di Tanah Melayu untuk buat kasut berasaskan getah. Masa tu Tanah Melayu memang dah ada estet getah.
Tapi bila Jepun memerintah masa Perang Dunia Kedua, mereka ada kuasa penuh dalam produksi getah dekat Tanah Melayu. Mereka tak buat kasut, tapi getah masa tu digunakan untuk buat peralatan berasaskan militari menyebabkan industri kasut berasaskan getah terhenti.
Sekitar waktu ni lah, dikatakan Jepun bawa masuk “zori” ke Tanah Melayu. Sebabkan masa tu harga barang asas seperti baju dan kasut melambung tinggi, jadi zori diubah-suai dibuat menggunakan tayar terbuang. Ada juga mengatakan Jepun menggunakan selipar getah ini untuk menampar atau menyiksa tahanan. Itulah asalnya dipanggil “Selipar Jepun”. Gituu.
Tapi lepas Jepun menyerah kalah dah keluar dari Tanah Melayu, “Selipar Jepun” jadi sentimen anti-Jepun yang sangat kuat. Tapi pengilang (manufacturers) nampak versatiliti dan potensi Selipar Jepun ni. Senang pakai, tahan lasak, dan murah. Jadi mereka mempopularkan semula penggunaan Selipar Jepun.
kredit Zunita Ramli
.
#CatatanZunitaDiJepun
Ulasan
Catat Ulasan