Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2023

Nenek from Syukur Mohammad

Imej
- Nenek - [ Cerita ini akan menjadi pengakhiran penulisan saya di dalam grup ini , saya mohon maaf jika dalam penulisan saya ada menyinggung perasaan yang membaca , juga mungkin ada bahasa yang kesat dan kasar yang telah saya tulis. Masih banyak lagi sebenarnya cerita² yang saya ingin kongsikan , tapi saya ambil keputusan untuk menyudahinya di sini sahaja. Saya share cerita saya semata² sebagai hiburan jika terhibur , sebagai pengajaran jika ada unsur² pelajaran , bukannya saya share kerana mencari RIBUAN LIKES , saya sendiri tidak menyangka bahawa cerita saya akan sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan dari pembaca , TERIMA KASIH BANYAK². In syaa ALLAH kalau ada kesempatan saya akan cuba bukukan cerita² saya , sama ada cerita yang telah di post atau pun cerita² baru , dan saya berniat jika mendapat sambutan sebahagian keuntungan jualan itu akan di salurkan ke madrasah yang AMAT MEMERLUKAN. TERIMA KASIH admin yang sentiasa released cerita saya , TERIMA KASIH kepada an...

denny Indonesia menjelma

- 2010 - Aku berlepas dari KLIA menuju Jakarta jam 9 pagi untuk satu tugasan selama 10 hari di sana. Ini bukan pertama kali aku ke negara GARUDA DI DADA , entah ke berapa kali aku pun dah tidak ingat. Kali ini aku akan menetap di sebuah hotel di area Jalan Thamrin Jakarta. Sebuah hotel berbintang 5 yang bernuansakan arkitektur Jawa. Aku tidak begitu suka sebenarnya dengan hotel ini tapi di sebabkan waktu itu , itulah satu²nya hotel yang berharga murah dari hotel² bintang 5 yang lain , jadi aku ketepikan TIDAK SUKA aku itu. Aku mendarat di Jakarta jam 10 pagi waktu tempatan dan di ambil oleh pemandu yang telah di sediakan oleh syarikat bagi kemudahan aku selama aku di Jakarta. Arah tujuan pertama aku bila sampai sementara menunggu waktu untuk "CHECK IN" adalah kawasan di daerah bernama KEBUN KELAPA ke sebuah restoran makanan Padang milik sahabat aku ( kita sebut sahaja Robert ). Sebaik tiba di restoran Robert , dia telah menunggu aku dan aku memesan makanan dan berbual² bersam...

Harimau haji beh

- 1985/86 #1 - Ketika aku di tingkatan 2 , pertengahan tahun abah memberitahu bahawa datuk dan nenek mahu aku duduk bersama² mereka. Ini bermakna aku terpaksa bertukar sekolah , dari sekolah ternama di bandar ke sekolah kampung. Senyum simpul aku mendengar pemberitahuan abah aku itu , aku rasakan sangat seronok. Maka selepas habis cuti pertengahan tahun aku pun memulakan pembelajaran aku di sekolah di pekan tempat datuk dan nenek aku. Seperti biasa aku mudah menyesuaikan diri di persekitaran yang baru. Duduk dengan datuk dan nenek sudah pasti berbeza duduk bersama kedua orang tua. Datuk membelikan aku basikal untuk aku berulang alik ke sekolah yang jaraknya ( - + ) 2 kilometer. Dan duduk dengan datuk dan nenek aku menambahkan lagi banyak pengetahuan aku tentang salasilah keturunan aku dan cerita² orang tua dahulukala. Aktiviti aku tidak banyak berubah , sekolah rumah dan sekolah sahaja , kecuali di hujung minggu atau waktu cuti umum dan cuti persekolahan. Jumaat dan sabtu adalah aktiv...