Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan’ Bagaimana Tekanan Hidup Ubah Lelaki ini hingga Berjaya. 7 amalan rezeki melimpah, Muhammad Azlan Al Amin



Facebook Muhammad Azlan Al-Amin

Kemiskinan bukanlah penghalang bagi seorang manusia jika beliau mahu berjaya di dalam hidup. Malah, tekad dan usaha serta sifat tidak mahu mengalah adalah kunci kepada kejayaan hidup.

Itulah yang telah ditunjukkan oleh Muhammad Azlan al Amin, seorang anak kelahiran Besut Terengganu yang mempunyai kisah inspirasi untuk keluar daripada kemiskinan hidup.

Berusia 32 tahun, Muhammad Azlan pernah bekerja sebagai pengutip sampah di sebuah syarikat kontraktor pembersihan selama enam bulan di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, Pasir Putih, Kelantan pada tahun 2005, lapor The Star.

Antara pengalaman pahit yang pernah di alami oleh Muhammad Azlan adalah membawa pulang sisa makanan yang telah dibuang orang untuk diberi kepada keluarganya.

“Keluarga kami pernah dibanci sebagai yang paling miskin di Kampung Tok Raja, Besut.” Katanya.

Beliau turut menceritakan bahawa ibunya pernah menangis apabila menjumpai ulat sampah di dalam kocek bajunya. Pengalaman-pengalaman ini adalah antara pencetus kepada perubahan hidup beliau.

72525132_699608087116997_8728613957796888576_o

FACEBOOK : MUHAMMAD AZLAN AL-AMIN

Maka pada tahun 2010, selepas usahanya dalam bidang pertanian menemui jalan buntu, berbekalkan RM1.30 Muhammad Azlan tekad untuk berhijrah keluar dari Besut dan menuju ke Jertih.


Di sana, beliau bernasib baik apabila ditemukan dengan seorang individu yang ikhlas mahu membantu Muhammad Azlan keluar dari kemiskinan hidup dan mengubah nasib keluarganya.

Individu tersebut telah menawarkan kerja kepada beliau sebagai ejen hartanah dan daripada situlah bermulanya titik perubahan dalam hidupnya sehinggalah tertubuh Syarikat Azlan A-Amin Properties Sdn Bhd.

Berkata kepada media ketika majlis pelancaran buku ‘Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan’ di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Muhammad Azlan tidak kekok untuk berkongsi rahsia kejayaannya.

75199932_719910871753385_8564615265868840960_n

FACEBOOK : MUHAMMAD AZLAN AL-AMIN


Bagi beliau selain daripada berusaha keras untuk maju kehadapan. Amalan bersedekah, rajin beribadah serta menjaga kebajikan kedua-dua ibu bapa juga menjadi kunci kepada kejayaannya.

“Jadikan kemiskinan itu sebagai motivasi dan kekayaan itu sebagai inspirasi, apabila memperoleh rezeki kita perlu berbuat kebajikan dengan hidup berbakti kepada semua.”

“Ketika kesempitan, kita jangan lupa beribadah dan bersedekah, dalam masa yang sama sentiasa bersyukur dan menghargai pengorbanan ibu bapa kerana merekalah yang turut memberkati dan merestui rezeki kita,” Katanya.

Untuk anda yang mahu mengenali serta mengetahui rahsia kejayaan beliau, anda boleh dapatkan bukunya ‘Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan’ yang sudah mula dijual.

boleh order melalui web Buku

Semoga kisah Muhammad Azlan menjadi pencetus kepada para pembaca untuk terus berusaha di dalam hidup.

https://www.thevocket.com/dari-seorang-pengutip-sampah-ke-jutawan-berjaya/

November 4, 2019Oleh Aiman Nazirmuddin

Disebalik usaha gigih dan kejayaan yang diperolehi, Mohamad Azlan sudi berkongsi amalan yang sering dilakukan, menjadi asbab rezekinya melimpah ruah yang boleh dijadikan panduan;

1. Jaga Kebajikan Mak Ayah & Keluarga
“Antara amalannya ialah saya betul-betul menjaga kebajikan mak ayah saya serta keluarga terdekat.”

2.Tak Tinggalkan Al-Quran
“Keduanya saya tak tinggalkan Al Quran walaupun dalam satu hari dalam hidup saya.”

3.Istiqamah Bersedekah
“Ketiga,saya istiqamah dengan amalan bersedekah tak kira sikit atau banyak, tapi boleh dikatakan sebagai kewajipan setiap hari.”

4.Rutin Solat Sunat Dhuha
“Keempat saya sentiasa amalkan solat Sunat Dhuha,boleh dikatakan sebagai rutin mesti buat setiap hari.”

5.Berbaik Sangka
“Kelima berbaik sangka dengan semua orang.”

6. Jaga Silahturahim
“Keenam saya panjangkan silahturahim”

7. Bersikap Pemaaf
“Ketujuh saya bersikap pemaaf tak kira kawan atau lawan.”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PEMBUMIAN ELEKTRIK

KAMPUNG Janda Baik pada asalnya mula diteroka dan dibuka oleh tiga orang individu yang datang dari Bentong, Pahang pada 1932 iaitu Haji Yaseh Da’un, Haji Kadir Hitam dan Haji Idris Awang.

Sebagai anak, sudah tentulah kita perlu menghormati orang tua masing-masing sekalipun mereka hanyalah ibu dan bapa angkat kita