Youtuber China, Li Ziqi cipta rekod dunia

CHENGDU - Seorang Youtuber popular dari China, Li Ziqi mencipta rekod dunia dalam Guinness World Records setelah mencapai 14.2 juta langganan pada bulan lalu.

Menurut laporan South China Morning Post (SCMP), The Guinness World Records membuat pengumuman itu melalui aplikasi Weibo pada Selasa dengan menambah, video Li Ziqi yang memaparkan gaya hidup di luar bandar China, berjaya menarik perhatian berjuta-juta penonton dari seluruh dunia.

Li Ziqi, 30, sering menyiarkan video kehidupannya di Sichuan China di mana dia akan menuai hasil dan menunjukkan kepada penonton bagaimana dia memasak makanan, menyediakan bahan seperti kicap atau membuat perabot sendiri menggunakan buluh.

Neneknya sering dilihat menemaninya sepanjang proses itu.

Video paling popularnya setakat ini, di mana dia menunjukkan kepada penonton bagaimana dia membuat makanan ringan Festival Musim Bunga daripada bahan seperti kacang tanah, epal dan mangga menggunakan dapur kayu tradisional, telah mendapat 82 juta tontonan dalam tempoh yang singkat.

Sehingga kini, dia telah mengumpulkan lebih daripada dua bilion tontonan di saluran YouTube itu sejak mencipta akaun pada 2017 dengan ratusan video.

SCMP menyatakan bahawa Li Ziqi juga mempunyai lebih daripada lima juta pengikut di kedai dalam talian menerusi platform e-commerce Taobao.

Dalam kebanyakan rakaman videonya, Li Ziqi jarang bersuara sehinggakan warga maya mempersoalkan status warganegaranya.

Namun pada 2019, Li Ziqi memberitahu, dia merupakan warganegara China selepas mendakwa orang lain mencuri video dan menyamar sebagai dirinya.

Pada Januari, Li Ziqi terpalit dengan kontroversi setelah membuat makanan kimchi popular dalam kalangan masyarakat Korea dengan menggunakan tanda pagar #ChineseFood hingga warga maya mendakwa Li Ziqi menyalahgunakan hidangan tradisional Korea.

sumber https://www.sinarharian.com.my/article/122181/GLOBAL/Youtuber-China-Li-Ziqi-cipta-rekod-dunia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PEMBUMIAN ELEKTRIK

KAMPUNG Janda Baik pada asalnya mula diteroka dan dibuka oleh tiga orang individu yang datang dari Bentong, Pahang pada 1932 iaitu Haji Yaseh Da’un, Haji Kadir Hitam dan Haji Idris Awang.

Sebagai anak, sudah tentulah kita perlu menghormati orang tua masing-masing sekalipun mereka hanyalah ibu dan bapa angkat kita