Sambungan Kisah F Team...
Atok Zahriman Bercerita
Sambungan Kisah F Team...
Atok sambung cerita F Team...namun sebelum pergi panjang lebar , atok nak bagi jelas dulu jangan orang keliru....
Atok tidak pernah berada dalam F Team walau atok lama dalam Cawangan Khas Bukit Aman sejak 1969 hingga masùk bahagian Jenayah Barat Bukit Aman pada 1991...lebih 21 tahun. Dalam CK atok bertugas dalam banyak Cawangan termasuk memantau dan menyiasat kegiatan Sabversif dan Communist United Front (CUF) selama 11 tahun, kemudian 3 tahùn sebagai pegawai rehabiĺitasi tahanan di bawah ISA, dan 5 tahun sebagai pensyarah di Sekolah Latihan Cawangan Khas (SLCK) mengajar pegawai2 kanan mengenai selok belok menyiasat secara sulit. Murid2 atok bukan sahaja pegawai kanan Cawangan Khas, tapi turut melatih pegawai2 polis dari beberapa negara luar saperti Thailand, Sri Lanka. Atok juga melatih pegawai2 dari Jabatan perdana menteri, Badan Pencegah Rasuah dan tentera...
Selain itu atok pernah bertugas di Cawangan Counter Espionage di Bukit Aman...menyiasat kegiatan pegawai perisik dari negara asing di negara kita...di Cawangan itu kami di panggil oleh kawan2 sebagai Spy Catcher ....
Atok pernah tangkap dua orang pegawai perisik dari negara asing, tapi tak boleh nak jeĺaskan dari negara mana sebab itu rahsia, dan ia boleh menjejaskan hubungan dua hala....mungkin atok boleh cerita taktik yang perisik asing guna untuk mendekati rakyat kita, termasuk kaki tangan Kerajaan untuk mencuri maklumat berperingkat dari jabatan2 kerajaan termasuk Jsbatan Perdana Menteri, Polis dan Tentera...cerita2 ini atok KIV hingga kemudian hari.
Berbalik kepada F Team...walau atok bukan dari team tersebut, tapi atok punya maklumat terperinci mengenai segaĺa aktivìtinya. Atok perolehi dari sahabat baik atok Kamaruddin Hashim @ Kenny....dia sendiri telah menceritakan secara detail kepada atok dan meminta atok menulis mengenainya, sekurang2 untuk bagi tahu rakyat apakah peranan Cawangan Khas, khususnya F Team dalam memerangi PKM ....dulu masa kerja kami tak ada peluang untuk bercerita sebab semuanya beringkat rahsia...tapi kini jangka masa telah melebihi 25 tahun, segala rahsia yang lama2 dah boleh didedah kepada orang ramai...semua laporan ada tersimpan di Arkeb Negara.
Semasa menulis cerita mengenai F Team, atok akan selitkan latar belakang mengenai PKM yang ada dalam kepala atok melalui pengalaman 21 tahun dalam Cawangan Khas...
Sedikit latar belakang mengenai Tuan Kamaruddin Hashim...dia squadmate atok sama-sama masuk latihan Polis pada 16 Jun 1969. Asalnya dari Johor, kampungnya Minyak Beku di Batu Pahat...dia berasal dari keluarga ternama dan dihormati, keturunan Daeng dan membawa gelaran Orang Kaya Daeng...bapanya, datuknya, moyangnya semua membawa gelaran Orang Kaya Daeng di pangkal nama masing2...hanya Kamaruddin tak suka bawa title tersebut...dia orang modest, ramah, tidak meninggi diri...dia lebih seĺesa orang panggil Kenny, dan dikalangan kami yang rapat dengannya dìa tak kisah kami panggil dia Ah Chong, sebab muka macam Cina...dari semenjak latihan di Maktab Polis dulu kami dah panggil dia Ah Chong, sampailah sekarang....
Kenny bukan berpangkat besar, mungkin rezekinya hanya setakat DSP semasa bersara pilihan sendiri selepas berkhidmat lebih 23 tahun. Perwatakannya unassuming, otak cerdik... Masa dalam latihan PI di Maktab Polis beliau adalah best student Undang2...fisikal cantik, tegap, hansome dan sangat berani...tiada apa yang ditakutinya. Ilmu pertahanan dirinya superb...dia pernah terjun dari atas pokok setinggi 20 kaki tangkap komunis bare hand, sekali tumbuk di kepala komunis tu terus pengsan, dia pernah beradu senjata dengan perompak negara jiran yang kononnya kebal, dan dapat menikamnya sampai mati...semua cerita ni ada di tangan atok.
Atok dari dulu rapat dengan dia...malah kami pernah sama2 pergi berkursus CIA di Washington DC pada tahun 1986 di mana kami di ajar oleh veteran2 CIA mengenai teknik2 penyiasatan...
Kenny selepas latihan PI dia diserap ke Cawangan Tugas Am sebagai pegawai penyiasat...namun tugas itu tidak sesuai bagi dirinya sebab kurang mencabar...masa tu keadaan keselamatan negara kucar kacir akibat serangan pasukan bersentaja PKM...oleh itu dia mohon masuk Pasukan Polis Hutan PPH...barulah dia rasa puas dapat masuk hutan mencari dan memburu musuh. Beberapa ķali beliau dihantar untuk operasi di hutan2 Sarawak dan sempadan Thailand.....satu kejadian berlaku pada 9 Sep 1972. Hari tu hari birthday dia ke 23,...kalau orang lain di hari birthday bersuka ria dengan kawan2 atau keluarga tapi Kenny menyambut birthday dalam hutan tebal di Rascom Sibu, Sarawak...pagi tu dia meminpin platunnya merayap2 dalam hutan mencari Komunis. Setiap langkah perlu berhati2 khuatir terpijak jerangkap samar, mata sentiasa liar takut diserang musùh...
Jam 11 pagi, Kenny ternampak kelibat musuh sebelah kanan 5/6 orang...lantas memberi signal kepada platunnya. Nasib baik musuh belum nampak mereka...Kenny menèmbak PGK yang hampir sekali tepat mengenai sasaran tapi tak pasti mati atau tidak....Berikutnya berlaku pertempuran, peluru simpang siur di atas kepala. Tembak menembak berlarutan setengah jam, nasib baik Kenny dan platunnya tak ada yang cedera.
Tiba2 tembakan dari musuh berhenti, keadaan menjadi senyap...Kenny tahu meŕeka telah berundur mungkìn kehabisan peluru atau untuk membawa lari rakan mereka yang cedera...Kenny mengambil tindakan memburu. Trek mereka jelas kelihatan, kesan darah pun ada...beberapa lama memburu akhirnya jejak musuh hilang....
Kenny kemudian menumpu usaha mencari (search) di kawasan sekeliling, akhirnya berjaya menjumpai khemah musuh yang tersorok. Ia masih digunakan... dalamnya penuh dengan bom buatan sendiri dan jerangkap samar. Kenny tanpa pengalaman dan pengetahuan mengenai jerangkap samar, dia cuba matikan beberapa bom2 dan bawa balikke Company HQ....satu tindakan berani tapi kurang bijak maklumlah, kalau meletup siahpaleh...tapi memandang Kenny memang punya naluri ingin mencuba, dia tetap melakukannya dan berjaya.
Ketua kagum dengan keberanian Kenny, ini membuat beliau kemudian terpilih menyertai kursus pakar bom dan jerangkap samar di SLPPH Ulu Kinta... jurulatìhnya termasuk pakar2 bom tentera SAS British...kepakaran ini kelak amat berguna buat Kenny semasa dia dalam CID dan F Team....malah semasa Komunis underground hebat menyerang kedudukan kem PPH, meletupkan Tugu Negara dan memasang bendera Komunis yang diletak bom jerangkap samar di sekitar bandaraya pada tahun 1975/76, Kenny memain peranan penting mematikan bom2 tersebut....
Keberanian dan kebijaksanaan Kenny sentiasa menjadi perhatian pihak atasan. Lalu pada tahun 1976 beliau dipilih khas untuk mengetuai F Team, satu pasukan elit di dalam Cawangan Khas, kerjanya mencari perisikan mengenai pengganas Komunis dan anggota underground...dan ekspolitasikan setiap maklumat untuk menghapuskañ musuh.
Hari pertama melapor diri pada 1 Jun 1976, Kenny dibawa mengadap bos no1, Datuk Wan Yacub, pangkat SAC...kali pertama dia mengadap pegawai pangkat besar. Kata Datuk Wan Yacub...hanya kamu seorang telah dipilih dari kalangan semua pegawai yang ada kerana aku yakin atas kemampuan kamu. Kamu akan mengetuai F Team, kerjanya mencari perisikan terhadap musuh...kamu akan mengetuai pasukan kebanyakan anggotanya terdiri dari bekas pengganas yang berpengalaman, semua orang cina...kamu akan hidup dengan mereka, makan tidur dengan mereka, kerja kita tangkap komunis hidup2,....satu pesanan Datuk Wan Yacub yang membakar semangat Kenny...kata Datuk Wan Yacub...buktikan kepada aku, buktikan kepada PDRM bahawa kita orang Melayu boleh buat apa yang pegawai bangsa asing boleh buat...kita juga boleh menembusi organisasi musuh, kita juga boleh mendapat maklumat taktikal, kita juga boleh menangkap musuh hidup2...selama ni kerja2 tu banyak dilakukan oleh pegawai2 cina sahaja....Kenny menyimpan tekad untuk merealisasikan amanat Datuk Wan Yacub
Kenny sangat kagum dengan apa yang dia lihat dalam Cawangan Khas. Tak perfikir olehnya Cawangan Khas punya set up yang begitu sofistikated, dan cara kerja yang begitu unconventional...sebelum tu, fikir Kenny, CK kerjanya mudah...cari maklumat, tùlis repot dan edar kepada pasukan on the ground saperti Polis Hutan atau tentera biar mereka ambil tindakan. Sekarang baru dia tahu kerja dalam Cawangan Khas adalah lebih mencabar berbanding dalam PPH....dan tugas baru ini amat bersesuaian dengan jiwanya...
Pada hari pertama melapor diriq, selepas saja beliau diperkenal kepada pegawai2 dan kakitangan, dan diberi taklimat...Kenny telah diberi tugasan pertama. Pada hari itu juga, selepas lunch beliau disuruh tukar pakain, pakai macam orang kampung dengan baju lusuh...beliau dibawa menaiki satu van buruk, dalam van ada basikal buruk...beliau dibawa pergi ke Kampung Paya Dalam, satu perkampungan di sebelah Batu Caves....di hujung kampung ada kawasan bekas lomboñg yang sangat luas...ada jalan tanah merah dan trek2 kecil...Kenny diarah menaiki basikal sorang diri, jelajah seluruh kawasan lombong dengan basikal, masuk setiap lorong dan trek dan buat pemerhatian keadaan di situ. Beri tumpuan kepada ŕumah, pondok2, khemah2 yang ada di situ...
Seharian beliau mengayuh basikal sampai lengoh kaki, maklum dah lama tak naik basikal. Beliau hanya berseorangan, pistol pun tak bawa...kawasan lombong sangat luas, tak ramai penduduk, ada kelihatan pondok2 yang didiami orang Cina, separuhnya hanya kemah2 buruk dari kain kanvas, terdapat kandang2 babi, kolam2 ikan, kebun sayur yang semuanya diusaha oleh orang Cina. Sekali sekalà ada kereta atau lori kecil lalu membawa masuk barangan...hampir senja baru Kenny kembali ke hujung Kampung Paya Dalam...dan van tadi dengan pemandu budak cina SDO sedia menunggu. Beliau balik ke mes tempat pegawai bujang duduk...Esoknya beliau ke pejabat, dan diberi taklimat lagi mengenai penugasan sebenar, apa yang dicari dan apa yang diperhati...
Hari2 berikutnya, selama lebih satu bulan, Kenny telah memasuki kawasan bekas lombong itu naik basikal menyamar macam orang kampung dan buat pemerhatian.
Cawangan Khas ketika itu hendak melancarkan satu operasi sulit dipanggil Op Ginseng. Ginseng adalah perubatan Cina, dan Op ini ada kaitan dengan perubatan Cina. Op ini akan bergantung kepada maklumat yang disampaikan oleh seorang wanita Cina pertengahan umur...dia adalah sumbeŕ (source) Cawangan Khas. Dia seorang anggota Underground Komunis yang sangat dipercayai, dia telah berbelas tahun terlibat dengan kerja2 Underground...dia juga menjadi orañg kepercayaan musuh termasuk Ketua Komunis Chong Chor ...dia juga adalah link diantara pengganas Komunis di hutan dengan anggota underground di bandar...tapi Cawangan Khas dengan segala kebijaksanaanya telah turn over anggota underground ini...sekarang dia jadi source CK dan dia bersedia memberi maklumat kepada Cawangan Khas secara sukarela.
Kenny berulang alik naik basikal setiap hari dalam kawasan lombong itu untuk memerhatikan signal dari source berkenaan. Source tak boleh ditemu secara terbuka, pehubungan mesti rahsia. Masa tu mana ada handphone untuk berhubung....
Cawangan Khas telah dapat maklumat bahawa pengganas Komunis dari hutan biasa datang ke kawasan itu untuk bertemu dengan underground contact mereka....dan soùrce lah yang mengaturkan perjumpaan mereka.. Source akan communicate kepada Cawangan Khas apabila dapat tahu tarikh dan masa PGK akan datang pulak... signal tertentu yang akan diberikan kepada Kenny untuk memaklumkan kepadanya.
Selepas lebih sebulan, pada July 1976 signal yang ditunggu2 sudah tiba...Cawangan Khas sudah tahu dengan tepat bila pengganas Komunis akan datang ke suatu tempat yang telah dijanjikan pada waktu subuh ...masa untuk Kenny bertindak telah tiba. Beliau mengetuai pasukan F Team termasuk 3 orang operative bekas pengganas...Kenny membawa juga bersamanya bos beliau, seorang pegawai Cina nama Tuan S Tait pergi ke kawasan itu naik van buruk sebelum tengah malam. Mereka diturunkan di suatu tempat untuk buat ambush. Terpaksa duduk dalam gelap gelita menunggu siang, tidak boleh bising, tak boleh bergerak atau hisap rokok...batuk pun tak boleh. Selepas beberapa jam menunggu, matahari baru mula menyinsing naik, samar2 mereka nampak 2 lembaga diperkarangan sebuah rumah...pengganas sudah sampai. Dalam Op ini mereka dikehendaki membunuh musuh dan bukan tangkap atas sebab2 tertentu...Kenny target 1 pengganas, Tuan S.Tait target sorang lagi...sama2 mereka melepaskan tembakan dan membunuh kedua2 pengganas serta merta. Rupanya ada seorang lagi pengganas, dia keluar dari rumah terjun ke bawah tebing berlari kearah kawasan lombong....ada sebuah sampan di sana...mungkin pengganas Komunis datang naik sampan. Kenny terus mengejar, kira2 300 meter berjaya merapatkan diri lalu menembak mati Pengganas ketiga...
Itulah hasil kejayaan pertama Kenny dalam F Team ...dia berasa sangat puas dengan kejayaan itu...ia hasil titik peluhnya sendiri mencari dan membina maklumat, terpaksa berkayuh naik basikal saban hari seĺama satu bulan lebih dalam kawasan bekas lombong yang dihuni penduduk cina, mungkin ramai diantara mereka adalah penyokong Komunis...akhirnya menghasilkan 3 orang pengganas Komunis ditembak mati.
Ini baru permulaan...akan ada banyak lagi yang Operasi yang dijalankan oleh Kenny bersama F Team nya. Op Ginseng pun tidak berakhir di situ saja...source separuh umur penjual ginseng terus berkerjasama dengan Cawangan Khas, banyak lagi maklumat yang dia salurkan...malah kejayaan Cawangan Khas menangkap lebih ramai pengganas termasuk ketua mereka Chong Chor adalah hasil kebijaksanaan Cawangan Khas mengendali source penjual Ginseng...
Macam biasa, tidak ada apa2 ganjaran buat Kenny dan Team nya selepas kejayaan itu...tidak ada pingat, tidak ada anugerah, tak ada naik pangkat...apa pun tak ada. Malah tak ada siapa tahu apa yang dia telah buat...dalam pasukan, di luar pasukan tiada siapa memperkatakannya. Semuanya Rahsia Besar..Hanya selepas berpuluh tahun kami pencen barulah berani buka cerita...itu pun selepas Arkeb Negara mengesahkan segala laporan itu tidak lagi berperingkat....
Ada banyak lagi cerita dari atok...tunggu....
Nukilan Zahriman Alias
2 Feb 2021.
Ulasan
Catat Ulasan