Langkau ke kandungan utama

Terma baharu WhatsApp: Pengguna baharu Signal dan Telegram meningkat mendadak

 

Terma baharu WhatsApp: Pengguna baharu Signal dan Telegram meningkat mendadak



BENGALURU: Bilangan pengguna baharu aplikasi media sosial seperti Signal dan Telegram menyaksikan peningkatan mendadak selepas aplikasi pesanan telefon pintar terkemuka WhatsApp meminta penggunanya untuk menerima terma baharu.
Rabu lalu, Whatsapp meletakkan syarat baharu kepada penggunanya termasuk nombor telefon dan lokasi bagi membolehkan ia berkongsi lebih banyak maklumat dengan syarikat induknya Facebook dan membenarkan pengiklanan dan e-dagang.
Kemas kini aplikasi tersebut bagaimanapun mencetuskan kritikan dalam kalangan aktivis yang mempersoalkan dimanakah relavannya terma baharu 'accept our data grab or get out'.
Ramai yang mencadangkan pengguna untuk beralih kepada aplikasi lain seperti Signal atau Telegram
Populariti Signal melonjak naik selepas pengasas SpaceX dan Tesla, Elon Musk dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter, Jack Dorsey mengetengahkan isu berkenaan.
Lebih 100,000 pengguna baharu dilaporkan memuat naik aplikasi Signal menerusi Apple and Google sejak dua hari yang lalu, sementara Twitter merekodkan 2.2 juta akaun baharu.
https://www.astroawani.com/berita-dunia/terma-baharu-whatsapp-pengguna-baharu-signal-dan-telegram-meningkat-mendadak-277145?fbclid=IwAR042pcqSYtbMSOFkZHv1ckoMWYlElyevc_oQgfya59-h7Fd9tLXLaTW1BM

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PEMBUMIAN ELEKTRIK

KAMPUNG Janda Baik pada asalnya mula diteroka dan dibuka oleh tiga orang individu yang datang dari Bentong, Pahang pada 1932 iaitu Haji Yaseh Da’un, Haji Kadir Hitam dan Haji Idris Awang.

Definasi Alatubah