Perjuangan Parti Komunis Malaya PKM Episod 2
Saĺam semua. Hari ni atok sambung cerita pasal PKM Epìsod 2.
Atok Zahriman Bercerita
Kita sambung cerita pasal Parti Komunis Malaya PKM yang sedang berlindung di sempadan Malaysia Thai selepas perjuangan bersenjata mereka peringkat pertama di semenanjung gagal....mereka tidak duduk diam di sana, malah sentiasa merancang untuk kembali ke semenanjung dan melançar serangan yang lebih besaŕ. Mereka perlu memastikan bila kembali kelak massa sìap sedia menyokong mereka....oleh itu mereka menggerakkan anggota bawah tanah memupuk ideologi Komunis di sekolah2 dan pertubuhan belia, persatuan kebudayaan, dalam trade union , parti2 politik dan sebagai...mereka mahu melihat rakyat di semua peringkat dan struktur masyarakat sudah menerima fahaman komunis, sudah akur kepada ajaran Mao Tze Tung....buku Mao ditelaah macam mereka bacabuku agama atau kitab bible ...mereka hayati setiap juzuk dan patuh setiap arahan. Ribuan malah ratusan ribu yang menerima dakyah ini...
PKM punya siaran radio yang dipancar dari kawasan pendalaman Thai...ia diguna sepenuhnya untuk menyampaikan arahan2 ke peringkat bawahan. Dakyah2 Komunis juga disampai melalui corong2 radio. Kadang mereka siar rakaman semasa mereka menyerang hendap pasukan keselamatan dan membunuh dengan kejam Polis dan Tentera kita...bunyi ledakan, bunyi jeritan, ĺaungan, bunyi mereka melakukan penyembelihan...semua dirakam dan diperdengar untuk menaikkan para pengikut mereka...
Anggota Pasukan Bawah Tanah Komunis terdiri dari tiga kumpulan MNLF, MNLL dan MPLL melonjak bilangan kepada 7000 orang....mereka semua orang terlatih, separuh telah diberi latihan senjata...Mereka berada di seluruh negara di semua peringkat massa uñtuk menjalankan dakyah mereka. Mereka berkerja siang malam mencari duit untuk disumbang kepada tabunģ PKM...semuanya secara sukarela kerana mereka menganggap ideology Komunis sama saperti agama...mereka patuh dan sanggup mati kerananya...
Kumpulan2 Min Yuen pula aktif membuat persediaan dalam hutan2 tempat tentera2 pengganas dijangka kembali kelak...mèreka menggunakan dana yang terkumpul oleh Underground untuk membeli segala keperluan pengganas termasuk makanan, pakaian, kasut, perubatan, senjata, peluru dan sebagainya....bahan2 ini dimasuk kedalam tong drum, dibawa kedalam hutan untuk ditanam dan di tandakan. Mesej akan dihantar kepada PKM menyatakan lokasi setiap food dump.
PKM mengambil masa 7 tahun membuat persiapan rapi sebelum tentera mereka dihantar masuk semula untuk berperang di semenanjung. Rekrut2 baru diambil dari anggota Underground terutama terdiri dari mereka yang telah bocor pengenalan mereka kepada SB...untuk mengeĺak ditangkap mereka lari ke hutan. ...Di waktu yang sama para tentera mereka yanģ sedang berlindung di Selatan Thai sentiasa diberi latihan ketenteraan terutama dalam perjuangan hutan, cara2 menyerang hit and run, cara2 membuat bom dan jerangkap samar, cara menghantar surat sulit yang dipanggil roll slip, cara menulis mengguna kata2 kod...segala selok belok diajarkan.
Mulai 1968 barulah mereka merasa bersedia untuk berperang...rakyat yang menyokong telah ramai, di mana saja mereka pergi sambutan dan sokongan akan menunggu, makanan dan keperluan sudah banyak tersimpan dalam tong2 drum di hutan...mereka bergerak tak perlu banyak bawak barang, hanya gali dan ambil dari tempat2 yang teĺah disediakan. Inilah kelebihan yang mereka mahukan...mereka bergerak ringan, mereka boleh menyerang secara hit and run...dan mudah bagi mereka memboloskan diri selepas menyerang....
Tentera2 PKM dibahagi kepada beberapa ketumbuk digelar Assault Unit atau Unit Penggempur...dari nama itu pun kita sudah faham peranan mereka...mereka akan datang bukan untuk main2...tapi untuk menggempur Pasukan Keselamatan secara hit and run....serang dan cabut lari. Pasukan keselamatan sukar mengejar mereka sebab mereka bergerak ringan, sebab mereka lebih mahir keadaan dalam hutan, dan mereka telah letakkan bom jerangkap samar di merata tempat membuatkan pasukan keselamatan terpaksa berhati2 jika mahu mengejar....
Kawasan paling awal mereka masuk ialah sempadan Thai, Perak dan Kelantan...tugas itu diberi kepada 7th Assault Unit. Bilangan taklah berapa ramai ...Seterusnya 8th Assault Unit dihantar ke kawasan hutan Kedah, Penang dan Perlis. Mereka hantar tentera paling ramai iaitu 5th Assault Unit ke negeri Perak merangkumi kawasan Sg Siput, Selama, Kuala Kangsar, terus ke selatan hingga Cameron Highlands, Lasah , Lintang...ketua mereka seorang yang paling licik dan paling digeruni bernama Chong Chor...(atok akan cerita kemudian bagaimana SB buat operasì menangkap Chong Chor hidup2 dan kemudian bersihkan kesemua saki baki pengikutnya)...itu kemudianlah.
Di Pahang PKM menghantar panglima mereka bernama Nam Yat untuk mengetuai 6th Assault Unit aktif di kawasan Bentong, Raub, Lipis, Temerloh, Sg Ruan dan sekitarnya. Di bawah 6th Assault Unit ada pulak ditubuhkan unit kecil dipanggil 8th Armed Work Force untùk bergerak di sempadan Negeri Sembilan dan Johor....atok jugak ada cerita bagaimana SB menangkap, membunuh, dan menghapuskan keselurùh pasukan 6th Assault Unit dan 8 Armed Work Force...itu pun kemudian.
Oh ya atok lupa nak cakap...bila kita perkata tentang Komunisme dan PKM, ia bukan bermakna hanya orang Cina saja yang terlibat...orang Melayu pun ada yang terlibat, dan segelintir orang India juga turut terlibat...malah dalam Central Committee PKM orang2 Melayu pun ada saperti nama Shamsiah Pakeh, Rashid Maidin, dan Abdullah Sidi, mereka memegang jawatan tertinggi PKM. Pemimpin2 Melayu ini telah digerakkan ke hutan2 di Kelantan mengetuai 14th dan 15th Assault Unit. Ini menunjukkan PKM bukanlah perjuangan berkait dengan perkauman, tetapi berkait dengan ideology...ideology Komunis adalah universal, semua bangsa ada menghayatinya...
Begitu jugak atok masa kerja dalam SB ďulu...semua bangsa pùn ada. Kami sama2 berpegang tangan memerangi Komunis...di pejabat atok dalam desk Komunis, kebanyakan pegawai adalah Cina, bos atok kebanyakan Cina...merekalah yang bermatian berusaha menghapuskan Komunis. Tanpa pegawaì cina tugas kami tak boleh dilaksanakan...kerja memerangi komunis bukan mudah...kami perlu masuk kedalam organisasi mereka untuk mendapatkan maklumat...amat sukar pegawai Melayu dapat menembusi pergerakan mereka....pegawai bangsa Cina lah yang banyak memberi sumbangan.
Berbalik kepada kembalinya PKM dengan tentera ke hutan2 di semenanjung, semenjak 1968 kelihatan serangan pengganas meningkat dengan mendadak...mereka menyerang di sana sini. Pasukan Polis dan tentera menjadi sasaran utama...gaya perjuangan mereka adalah hit and run...mereka mencari sasaran yang lemah untuk diserang, dalam hutan dan di jalanraya mereka menunggu di tempat strategik untuk membuat serang hendap. Banyak kes serang hendap berlaku, banyak anggota pasukan kita gugur di medan juang....kawan atok pun ramai yang kena. Atok ingat kawan baik atok nama Inspekter Yusof, dia satu squad, satu kelas dengan atok...duduk pun sebelah meja atok...kami kawan rapat. Dia dan seluruh platunnya mati dalam serang hendap di Jalan Betong sewaktu membuat rondaan...badannya berkecai kena peluru kerana dia meluru keluar dari kenderaan untuk membalas tembaķan bagi melindungi anggota bawahannya.
Dalam serang hendap yañg sama seorang lagi kawan atok bangsa cina, nama Tuan Tan ...dia pegawai SB yang ditugas ke selatan Thai untuk merisik maklumat mengenai Komunis...beliau terpaksa bergaul dengan masyarakat tempatan di sana, makan minum bersama mereka, kadang kala secara menyamar...pada hari serang hendap itu berlaku Tuan Tan sepatutnya habis tugas dia nak tumpang konvoi Inspekter Yusof untuk balik ke Kroh...namun dia ketinggalan sebab asik minum dengan kawan2...nasib dia baik. Kalau tak sebab minum punya pasal dia turut mati dalam serang hendap tersebut...
Tuan Tan selalu joke dengan atok di pejabat. ..dia kata, botol ni lah yang selamatkan nyawa aku, kalau tak kerana botol ni aku dah lama mati...hik3. Tuan Tan ada penyakat darah tinggi, Doktor puas nasihat dia jangan minum...dia tetap degil sebab kata nyawanya panjang disebabkan oleh botol ...
Di samping pengganas di hutan...anggota underground juga memain peranan menyerang sasaran2 di bandar dan luar bandar...kem PPH , tugu negara mereka bom, KPN mereka ambush dan bunuh, pegawai SB banyak yang mati di tangan mereka...mereka mengenali pegawai SB dan tahu mana mereka tinggal. Mereka intai tengok jalan mana kami lalu setiap hari, simpang mana kami selalu berhenti, dan pukul berpa kami lalu...cukup maklumat mereka serang hendap kami. Suatu ketika atok sendìri kena ubah2 jalan yang atok lalui pergi kerja dan masa untuk bertolak pun diubah2..
Cukup dulu... nanti atok sambung....
Nukilan Zahriman Alias
28 Jan 2021
Ulasan
Catat Ulasan