Perjuangan Parti Komunis Malaya PKM Episod 1
ATOK ZAHRIMAN BERCERITA.
Mulai hari ini atok akan bercerita mengenai ancaman Parti Komunis Malaya termasuk sejarah penubuhannya, matlamat pèrjuangan mereka, aktiviti mereka, taburan kedudukan mereka...dan tindakan2 yang dilakukan oleh Tentera, Pasukan Polis Hutan dan terutama SB untuk menghapuskan mereka.
Cerita atok ni agak panjang tak boleh habis sekali cerita. Ia akan bersambung2 tak tau berapa episod...
Cerita atok semua dari personal knowledge... dari ingatan dari kepala atok semasa berkerja selama 21 tahun dalam SB. Atok tak guna sebarang bahan rujukan...mungkin banyak perkara atok dah lupa...kalau terdapar sebarang kekurangan minta maaf....sesiapa ada input tambahan, dipersilakan....
--------------------------------------------------------------------------
Perjuangan Parti Komunis Malaya PKM
Salam semua....hari ni atok nak cerita pasal PKM sejak mula mereka melancarkan peperangan keatas negara kita dari mula selepas pemerintahan Jepun hinggalah mereka meletakkan senjata pada 1989.......
Segalanya bermula dari zaman Jepun...negara kita di serang oleh tentera Jepun mulai hujung tahun 1941...mereka masuk dengan bala tentera yang ramai...kebanyakan naik basikal je.
Sebelum tu Malaya di perintah oleh British...tentera British dan tentera kita kalah sekelip mata apabila diserang Jepun...sebab kita tak bersedia, pertahanan kita lemah...tentera British kebanyakan cabut lari ke Siñgapura dan cuba bertahan di Singapura...mereka ingat mereka kebal di sana lepas mereka letupkan causeway...namun Jepun lebih tangkas, lebih ramai dan lebih bersedia...beberapa hari je Siñgapura tumbang...askar British semua kena tawan, dimasuk dalam kem tahanan merengkuk di sana...kurus kering kebuluran...
Askar kita kebanyakan berundur ke dalam hutan, askar British yang tak sempat laŕi ke Singapura mereka juga bersembunyi dalam hutan......dan melancarkan peperangan guerilla terhadap Jepun dari dalam hutan. Kita dapat tengok dalam filem Sgt Hassan bagaimana askar kita berpadu tenaga dengan askar British untuk menjalankan peperangan guerrilla terhadap Jepun...
Namun tak banyak mana kejayaan mereka...pertama mereka tak teratur, kepimpinan mereka kucar kacir, sistem perhubungan mereka hampir lebur...akhir sekali mereka tak cukup bilangan dan logistik.
Dalam pada masa peperangan guerrilla menentang Jepun inilah muncul kumpulan pejuang terdiri kaum cina yang ikut serta menentang Jepun...mereka gelar diri mereka MPAJA atau Malayan People's Anti Japanese Army. MPAJA keseluruhan terdiri dari kaum Cina...atok ĺihat MPAJA nak meĺawan Jepun bukan sebab mereka nak bebaskan Tanah Melayu dari Jepun...tapi sebab Jepun tu musuh tradisi mereka. Negara China sentiasa perang dengan jepun, dan mereka memanjang kalah. Bila Jepun masuk Tanah Melayu mereka juga telah target orang Cina...ramai orang Cina dipancung...
MPAJA juga melihat peluang untuk menubuhkan pasukan bersenjata yang lebih mantap...dengan bersekongkol dengan askar British, mereka dapat latihan perang oleh tentera British...malah mereka dapat senjatapi dari tentera British...memang peĺuang keemasan bagi mereka......inilah kesilapan besar pihak British, bagi kekuatan kepada musuh ...lepas tu senjata makan tuan...
Tahun 1945 Jepun kalah Perang Dunia Kedua selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom menggunakan bom atom....sebelum sempat pihak British kembali mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu...MPAJA dah masuk dulu. Mereka pulaķ memerintah...2 minggu mereka memerintah Malaya dengan penuh kekejaman yang telah menjadi sebahagian dari sejarah Negara kita .
Lepas dua minggu British kembali berkuasa...mereka arahkan MPAJA menyerah senjata dan kembali kepada masyarakat sebab perjuangan menentang Jepun dah berakhir....namun MPAJA enggan menyerah kuasa. Disebaliknya mereka lari ke hutan memulakan pula perang guerrilla terhadap British...baru British sedaŕ mereka telah melakukan kesilapan besar...mereka yang latih tentera MPAJA dan bekalkan mereka dengan senjatapi...kini jadi senjata makan tuan...
Semenjak dari tarikh itu, MPAJA telah bertukar dari perang guerrilla mementang Jepun kepada perang guerrilla menentang Kerajaan British Malaya...dan Parti Komunis Malaya ditubuhkan.... Matlamat pèrjuangan mereka hanya satu...untuk merampas kuasa dan menubuhkan Republik Rakyat Malaya merangkumi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak....mereka nak hapuskan sistem beraja kita dan diganti dengan Pemerintahan Komunis.
PKM mula memerangi Tentera dan Polis kita...keganasan berleluasa...pengganas Komunis mendapat sokongan dari penduduk luar bandar, terutama kaum Cina yang berkerja sebagai pèkebun, penoreh, penañam sayur dan peniaga2...mereķalah yang membekal makanan, ubatan, pakaian, peluru, kasut, juga maklumat risikan kepada pengganas Komunis...tanpa sokongan dari penduduk setempat pengganas tidak mungkin boleh hidup dalam hutan...
Tahun 1948 kerajaan British ketika itu mengisytiharkan Darurat Pertama...tindakan pro aktif perlu ambil untuk mengekang perjuangan PKM...korban di pihak Polis dan tentera telah terlalu bañyak...satu jalan paling mustahak perlu dilakuķan....pisahkan Pengganas Komunis di hutan dari penyokongnya yang memberi bantuan logistik...
Satu rancangan bersepadu diperkenalkan...ia dipanggil Briggs Plan. Dibawah rancangan ini, mana2 penduduk kampung yang tinggal dan berkerja berhampiran kawasan operasi komunis...mereka dipindahkan dan dikumpulkan dalam suatu perkampungan dipanggil New Villagè atau Kampung Baru...kawasan itu dipagar dengan kawat duri...dan dikawal oleh Polis...disinalah mula wujudnya jawatan SC yang berperanan mengawal kawasan penempatan baru itu...malam hari mulai jam 6 petang penduduk dikenakan perintah berkurung tak boleh keluar... pagi hari mereka dibenar keluar untuk berkerja...tetapi mereka diperiksa rapi oleh Polis untuk pastikan mereka tak bawa makanan berlebihan atau barang2 keperluan yang boleh dibekalkan kèpada Komunis.
Rancangan Briggs dilancar diseluruh negara... ini membuat Pengganas Komunis di hutan terputus hubungan masyarakat...lalu terputus bekalan untuk meneruskanperjuangan. Mereka tak boleh bertahan...lalu melarikan diri ke Negara Thai...berlindung di sana. Semenjak 1960 (masa tu kita dah merdeka) negara kita aman semula...dan Darurat Pertama ditamatkan.
Ahli PKM wenang2 duduk di Thailand tak banyak gangguan dari pihak Thai .
PKM kelihatan bebas berlindung dalam hutan di Thailand ...tapi mereka taklah duduk diam diri di sana. Mereka tetap dengan matlamat pèrjuangan bersenjata untuk merapas kuasa...Untuk tujuan tersebut PKM mengambil langkah2 berikut...
1. Sekali sekala tentera mereka menyusup masuk dan menyerang tentera/Polis kita dan lari balik ke seberang sempadan...tujuan untuk menghidupkan semangat juang di kalangan anggota mereka...dàn untuk menunjukkan kepada para penyokong yang mereka masih wujud, masih relevan...
2. Kedua...aktiviti yang lebih mustahak....mereka memperhebat kerja2 sabversive...
Di sekolah2 murid2 diasuh dengan fahaman Komunis...buku2 ajaran Mao Tze Tung dan laìn2 buku diguna untuk memupuk fahaman komunis...
Mereka yang siap diasuh diserap kedalam Kumpulan Bawah Tanah (underground). Kumpulan2 Underground Komunis yang paling ulung ialah Malayan National Liberation Front (MNLF), Malayan National Liberation League (MNLL) dan Malayan People's Liberation League (MPLL)....beribu2 anak muda bangsa majoritinya dari Cina menjadi ahli kumpulan underground dan Barisan Bersatu Komunis ni...dan itulah kerja atok hari masa dì Bukit Aman dulu...mengenal pasti tiap orang dari mereka yang terlibat, menjejaki mereka, menyiasat dan mengikuti setiap aktiviti haŕian mereka ...bila cukup bukti kita tangkap dan sumbat mereka daĺam tahanan untuk tujuan pemulihan....
Anggota Komunis underground punyai fungsi tertentu....
...meneruskan kerja2 sabversive dikalangan murid dan orang muda...
...mencari sumber kewangan untuk PKM....mereka dikehendaki membuat pelbagai pekerjaan saperti berniaga, bertani, tukang rumah, mekanik atau apa saja untuk menyumbang wang kepada PKM...
PKM juga menubuhkan unit2 kecil di sekitar luar bandar di panggil Min Yuen group...ahli Min Yuen sebenarnya adalah pengganas yang sudah terlatih dengan senjata...hanya mereka diarah tidak guna uniform dan bergerak dikalangan masyarakat tepi2 hutan...tugas utama mereka menyediakan food dump dan tanam dalam hutan sebagai bekalan kepada Komunìs apabila mereka kembali kelak.....PKM telah belajar dari kesilapan mereka semasa Darurat Pertama dulu...masa tu mereka tak buat kerja2 sabversive dikalangan orang muda, mereka tak tubuh underground groups untuk membantu pèrjuangan mereka, dan mereka tak tubuh Min Yuen group untuk menyediakan bekalan untuk mereka dan mencari rekrut2 baru Pengganas Komunis....
Bersambung...
akan datang cerita pasal penyusupan semula tentera PKM ke semenanjung Malaya dan kisah pèrjuangan mereka dari 1968 hingga 1989....
Nukilan Zahriman Alias
26 Jan 2021
Ulasan
Catat Ulasan