Perjuangan Parti Komunis Malaya PKM Episod 3
Atok Zahriman Bercerita
Peranan Pasukan Keselamatan menentang kemasukan semula tentera Komunis dari seberang sempadan.
Atok dah cerita dalam episod yang lepas mengenai rancangan comprehensive PKM uñtuk melancar serangan kedua terhadap kerajaan Malaysia...dan matlamat khusus merèka ialah revolusi rakyat menjatuhkàñ pemerintahan Raja BerParlimen negara berdaulat kita. Serangan mereka dilaksana secara dua prong....cara pertama menjalankan kegiatan sabversif di kawasan bandar dan luar bandar...rakyat atau massa di sabvert pemikiran mereka supaya menjadi pro kominis...mereka bertujùan membolosi kesemua badan yang sah saperti persatuan pelajar, belia, kebudayaan, trade uniòn, party politik, malah semua peringkat menjadikannya pro komunis...prong atau cara kedua mereka akan masuk menghantar tentera mereka untuk meñyerang kedudukan kerajaan...melakukan huru, menimbulksn ketidak- stabilan ekonomi dan politik...barulah mudah mereka mengambil alih kuasa....strategy yang mereka gunapakai adalah mengikut acuan Revolusi Rakyat yang pernah dilaksanakan oleh komunis di negara cina pada tahun 30an...strategi ini dipanggil Encircling The City From The Countryside, atau dalam bahasa Malaysia...mengepung bandar2 dari kawasan luar bandar.
Hasil perancangan PKM ...semenjak 1960 kita melihat pergerakan sabversive dan underground komunis berleluasa....mereka sangat aktif di mana2. Ratusan ribu rakyat terutama kaum cina telah diasuh dan dipupuk, sementara kumpulan underground yang terlatih telah direkrut...jumlah anggota underground dianggarkan 7000 orang seluruh negara, dan 40% dari mereka telah dibekal dengan senjatapi...
Mulai 1968 tentera komunis mula menyusup masuk ke hutan2 Negeri Perak, Pahang, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor dan Kelantan....
Dan mulai tarikh itu kerajaan kita juga memperbesarkan kekuatan tentera, Pasukan Polis Hutan dan SB bertujuan mengekang kemuncuĺan semula gerakan pengganas Komunis....mereka termasuk lah orang2 saperti atok dan bapak2 korang yang ramai direkrut ke dalam polis dan tentera semenjak tahun 1969....
Pertembungan pasukan keselamatan dengan pengganas cukùp banyak memakan korban. Orang awam juga turut menjadi mangsa...ribuan pasukan keselamatan tewas gugur mati syahid mempertahankan kedauĺatan negara, ribuan lagi yang cedera, putus kaki, tangan, buta, gila dan menjadi OKU seumur hidup....
Sedih sekali...dalam pertembungan ini bilangan Pengganas yang tewas adalah jauh lebih kecil berbanding dengan bilangan pasukan keselamatan yang tewas...
Pihah SB telah mengkaji aspek ini...didapati banyak faktor yamg menyebelahi pihak musuh...
Pertama pengganas Komunis lebih mahir dalam hutan berbanding Polis Hutan dan tentera. Mereka hidup dalam hutan semenjak lepas perang dunia kedua, mereka lebih mengenali pelosok hutan dan terrain nya...sedangkan Polis dan tentera masuk sebulan dua untuk operasi tertentu sahaja...
Kedua, pengganas bergerak ringan, mereka ada food dump dalam hutan, mereka tak perlu bawak pack berat2...pergerakan mereka dalam hutan lebih pantas berbanding pasukan keselamatan,
Ketiga mereka banyak memasang booby trap...mangsa booby trap adah lebih tinggi berbanding mangsa pertembungan. Bila ada booby trap pasukan keselamatan tak boleh berjalan lewa, setiap langkah perlu berhati2...sedangkan pengganas boleh berlari terus sebab mereka tahu di mana telah diletakkan booby trap.
Taktìk peperangan Polis dan tentera juga agak kebelakangan berbanding pengganas. Polis dan tentera masuk hutan dengan misi search and destroy...atau cari dan musnah. Kita masuk dengan bilangan anggota yang begitu ramai, siap dengan sokongan senjata berat...jadi pergerakan kita lembab. Bayangkan pasukan keselamatan masuk hutan untuk satu2 operasi...pihak pengganas dari awal lagi dah terbau kehadiran kita, mereka tidak tunggu di sana tapi beralih ke tempat lain. Mereka pastinya akan mengelak pertembungan berdepan dengan pasukan keselamatan. Walau kita usahakan untuk mengepung mereka, mereka tetap boleh bolos...
Oleh demikian dalam banyak2 operasi yang kita lakùkan hasilnya kurang berbaloi...hanya kadang2 berlaku pertembungan sporadic yang menghasilkan pembuñuhan jumlah kecil musuh. Selainnya kita hanya berjaya menemui khemah mereka, booby trap yg merea pasang atau foòd dump mereka...sedangkan tentera musuh terus kebal...
Atok minta maaf jika kenyataan atok ini mengguris perasaan bekas polis dan tentera yang telah bermatian berjuang untuk negara...dan atok tidak sama sekali ingin meremehķan sumbangan mereka...memang benar mereka telah berjuang bermatian dan sumbangan mereka tetap di rasai...hanya tahap kejayaan mereka berbanding usaha agak tidak berapa berbaloi....mungkin ada cara lain yang lebih baik dan lebih berkesan...
Ya itulah yang difikirkan oleh SB...peperangan menentang komunis perlu cara berbeza...tak perlu mengejar mereka dalam hutan kerana mereka lebih licik...tapi guna strategy projek sulit untuk menghapus mereka atau menangkap mereka hidup2. Menangkap komunis yang hidup lebih berguna dari mendapatkan mayat komunis...Komunis hidup boleh dieķsploitasikan untuk menangkap atau membunuh lebih ramai musuh....
Dan itulah yang telah di lakukan oleh SB meĺalui penubuhan Pasukan elit dipanggil F Team pada tahun 1971 sehingga berjaya menghidu setiap anggota pengganas termasuk ketua mereka yang paling tinggi pangkat nya, iaitu Chong Chor dan ramai lagi...sehingga kesemua saki baki Pengganas dapat ditangkap atau dibunuh. Untuk rekod F Team berjaya menangkap 187 orang pengganas Komunis bersejata hidup2 serta beribu anggota Underground...ini telah memaksa PKM meletakan senjata dengan termeterainya perjanjian damai di Happ Nyai pada tahun 1989...
Nak dengar cerita2 operasi F Team...tunggu lain masa. Untuk makluman atok bukan dari F Team tapi atok di peringkat Bukit Aman yang sentiasa memantau. Namun atok boleh dapat fakta 1st hand mengenai F Team dari sahabat baik atok Kenny...dialah ketua yang menjadi penggerak daĺam F Team. Kebetulan kami kawan baik...kami satu squad, sama2 masuk Polis pada 16 Jun 69, kami sering bertukar maklumat semenjak dari masa kerja hinggalah sekarang selepas pencen. Pada tahùn 1986 kami juga sama2 menghadiri Kursus anjuran CIA di Washington DC. Rekod Kenny juga...beliau pernah masuk hutan Sarawak cara bersendirian hanya diteman oleh sorang lelaki bertindak sebagai juru pandu dan juru bahasa...dia mencari saki baki Pengganas PARAKU di hutan Sarawak...dan berjaya mengesan mereka, berunding dengan mereka, tidur bersama mereka dan akhirnya berjaya memujuk mereka keluar beramai2 dari hutan untuk menyerah diri...jumlahnya 59 orañg. Selepas itu Sarawak bebas dari ancaman pengganas....itulah sebahagian dari kejayaan F Team.
Nukilan Zahriman Alias
29 Jan 2021
Ulasan
Catat Ulasan