DIARI SEORANG MUALAFLOO JO YEE BINTI ABDULLAH

DIARI SEORANG MUALAF
LOO JO YEE BINTI ABDULLAH


Beliau Telah Masuk Islam Ketika Masih Berusia 17 Tahun. Disebabkan Di Malaysia Mempunyai Undang-Undang Untuk Memeluk Agama Islam Bermula 18 Tahun Sahaja. Jadi, Beliau Terpaksa Menangguhkan Dulu Permohonan.

Keluarga Jo Yee Merupakan Pengikut Agama Kristian Yang Kuat. Dan Beliau Bakal Menjadi Seorang Paderi Di Sebuah Gereja. Disebabkan Itu, Keluarga Beliau Sangat Membantah, Hingga Menganggap Masuk Islam Adalah Sangat Menghinakan Bagi Keluarganya.

Loo Jo Yee Mendapat Hidayah Melalui Dua Peristiwa Yang Menarik. Yang Pertama Adalah, Beliau Mempunyai Ramai Rakan-Rakan Yang Beragama Islam. Oleh Itu, Mereka Telah Berdebat Tentang Agama Masing-Masing. Ketika Itu, Beliau Bermatlamat Untuk Membawa Rakan-Rakan Islam Untuk Masuk Agama Kristian.

Namun Untuk Berdebat Dengan Rakan-Rakan, Beliau Telah Mengkaji Al-Quran, Membaca Kisah Nabi Muhammad Solallahu^Alaihi Wassallam Dan Mengkaji Kemunculan Islam, Dengan Tujuan Untuk Mencari Kelemahan Islam. Namun, Semakin Beliau Mengkaji, Semakin Beliau Mula Tertarik Dengan Ajaran Islam.

Beliau Sendiri Mengaku Bahawa Di Dalam Bible, Banyak Perkara Yang Telah Diubahsuai Dan Diolah Hingga Menyimpang Dari Perkara Sebenar. Oleh Itu, Jo Yee Mengkaji Islam Dengan Lebih Mendalam Untuk Mencari Perkara Yang Sebenar. Dengan Itu, Beliau Telah Mendapat Ketenangan Jiwa, Ketika Membaca Al-Quran. Itu Adalah Hidayah Pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa Kedua Yang Membawa Hidayah Kepadanya, Ialah Ketika Beliau Menghidap Penyakit Tiroid Di Bahagian Leher. Doktor Mengesahkan 90% Besar Kemungkinan Adalah Penyakit Tersebut. Beliau Merasakan Ini Adalah Penamat Bagi Kehidupan Beliau Walaupun Masih Muda. Rakan-Rakan Islam Jo Yee Telah Banyak ‘Encourage’ Beliau Untuk Cuba Berdoa Kepada Allah Taala. 

Beliau Cuba Dengan Menadah Tangan, Menangis Dan Hanya Berserah Kepada Allah. Keesokan Harinya, Ketika Beliau Menjalani Medical Check-Up, Doktor Mengesahkan Penyakit Itu Bukan Kanser. Disebabkan Itu, Beliau Yakin Dengan Kuasa Allah Taala Dan Pada Waktu Itu Juga Lah Beliau Mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Banyak Dugaan Yang Beliau Terima Selepas Bergelar Muallaf, Hingga Dipulaukan Rakan-Rakan Sendiri Dan Keluarga Tercinta. Beliau Sangat Bersyukur Kerana Mendapat Keluarga Angkat Di Ipoh Yang Mengambil Berat Terhadap Beliau. Jo Yee Berharap Selepas Ini Dia Berpeluang Untuk Berdakwah Kepada Remaja-Rakan Yang Seusia Dengan Cara Tersendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PEMBUMIAN ELEKTRIK

KAMPUNG Janda Baik pada asalnya mula diteroka dan dibuka oleh tiga orang individu yang datang dari Bentong, Pahang pada 1932 iaitu Haji Yaseh Da’un, Haji Kadir Hitam dan Haji Idris Awang.

Definasi Alatubah