Perjuangan Parti Komunis Malaya PKM Episod 4
ATOK ZAHRIMAN BERCERITA.
Sampai masa atok bercerita peranan SB dalam usaha memerangi PKM dan mengalahkannya...
Cerita yang akan atok bawa mungkin ramai orang tak percaya...mungkin ramai akan mempertikaikan, mungkin menganggap cerita atok adalah omong kosong...Sebab apa yang atok akan perkatakan, dan kisah2 operasì yang SB buat semuanya adalah sesuatu yang orang tak pernah tahu, orang tak sangka, semuanya berperingkat Rahsia Besar Cicero...bukan sahaja orang awam tak tahu, malah orang2 dalam SB pun kebanyakan tak tahu...yang tahu hanyalah segelintir mereka yang betul2 terlibat....dengàn sebab itu mereka yang benar2 terlibat menghapusķan Pengganas Komunis ini kita patut panggil The Unsung Heroes...sebab tidak ada sebarang anugerah atau ganjaran untuk mereka...awam tak tahu siapa mereka, apa yang telah mereka buat, bagaimana mereka melakukannya, segala kesusahan, pahit maung yang mereka lalui dalam melaksanakan tugas2 itu....tak siapa tahu. Tau2 PKM telah dikalahkan, ketuanya yang paling tinggi Chong Chor ditangkap hidup2, semua tentera pengganas Komunis dalam hutan di Pahang, Selangor, Perak sudah jadi tawanan PDRM, anggota2 Kumpulan2 Underground Komunis yang kebanyakan bersenjata, beribu2 bilangannya habis ditangkap Polis khusùsnya SB...semua orang tak tahu. Yang orang tahu...pada tahun 1989 PKM meletak senjata dan menamatkan Revolusi bersentaja nya melalui Perjanjian Damai yang berlangsung di Hattnyai...Bibit2 yang membawa kepada kekalahan PKM tak siapa tahu.
Dunia mengetahui Malaysia adalah satu2nya negara di dunia yang dapat mengalahkan Komunis....Syabas Malaysia...
Duñia menyangķa Pasukan Keselamatan Malaysia adalah terbaik kerana dapat mengalahkan Komunis...Syabas Pasukan Keselamatan Malaysia...
Dunia mengetahui SB adalah Intelligence Organization terbaik kerana dapat mematahkan perjuangan PKM..syabas SB....
Tapi tak siapa tahu siapa dalam SB itu yang melakukan tindakan, yang benar2 membawa impak kepada kekalahan PKM...ya, orang2 dalam SB sendiri pun tak tahu...hanyalah mereka yang berkenaan tahu. Dan itulah caranya SB buat kerja...mereka tak beritahu sesiapa...mereka hanya buat kerja, berkhidmat untuk negara sambil mencari makan sesuap nasi.....
Pegawai2 dan anggota SB dari awal mereka masuk SB telah diajar untuk tidak mendabik dada bermegah2 dengan kejayaan mereka...bila SB buat tangkapan, atau penghapusan musuh...mereka akan suruh cawangan lain maju kedepan buat repot...mereka sendiri akan menyelit kebelakang tabir bagi mengelak orang ramai tahu siapa mereka....juga lumrah bagi orang2 SB, ahli keluarga terdekat mereka sendiri tak tahu apa mereka buat...yang diketahui oleh isteri, ibu atau bapa, anaknya pergi kerja, atau pergi outstation...itu saja yang mereka tahu...
Berbalik kepada projek2 rahsia SB yang atok nak perkatakan...dulu memang Rahsia Besar berperingkat Cicero...tapi sekarang orang ramai dah boleh baca... Undang2 negara kita mengatakan semua dokumen Rahsia, selepas 25 boleh dideklasifikasikan menjadi tidak rahsia lagi...oleh itu kalau kita pergi ke Arkeb Negara kita boleh melihat rekod2 lama SB itu...sape nak tengok pergilah cari.
Sebenarnya, kejayaan SB dalam mematahkan perjuangan PKM banyak bergatung kepada satu Pasukan kecil dalam SB, dipanggil F Team. Pasukan ini terlalu kecil hingga ia tak nampak dari luar mahu pun dari dalam PDRM sendiri...F Team tidak punya carta organisasi yang diwartakan, tidak punya keanggotaan yang diluluskan,...dari luar ia kelihatan tak wujud...Pegawai2 nya (semua specially selected) adalah dipinjam dari formasi lain...jumlah tak lebih 30 orang. Tapi mereka banyak menggunakan khidmat Special Operative kita panggil SDO...SDO ni kebanyakan bekas Kominis, mereka asalnya ditangkap atau ditawan, kemudian kita jinakkan mereka, pupuk dan asuh mereka hingga menjadi orang yang sangat berguna dalam Operasi2 terhadap rakan2 mereka yang masih berada dalam hutan...suatu ketika F Team pernah mengambil beberapa orang bekas tentera sebagai SDO tetapi khidmat mereka terhad kepada pengendalian logistik termasuk senjatapi...
Inilah perbezaan paling ketara antara pasukan keselamatan lain termasuk pihak Tentera dan Pasukan Polis Hutan dengan kami dalam SB khususnya F Team...tindakan SB sama sekali tidak sama dengan doktrin peperangan tentera dan PPH...doktrin mereka cari dan hapuskan musuh...lagi banyak dapat dibunuh lagi baik...namun kejayaannya tidak beberapa memberansangkan, sebab mengejar musuh dalam hutan bukanlan perkara yang mudah...malahan kasualty di pihak pasukan keselamatan adalah lebih besar berbanding pihak musuh...Tapi bagi SB, mereka lebih pentingkan pengganas yang hidup dari yang mati. Satu musuh ditawan akan membawa kepada 5-6 tangkapan baŕu, dan setiap tangkapan baru akan membawa kepada lebih ramai tangkapan musuh....Ini dipanggil snow-balling.. Hanya dalam kes2 yang tidak dapat dielak barulah F Team menembak untuk mèmbunuh...dan itulah sebenarnya rahsia kejayaan SB dalam menangani dan menghapuskan ancaman Komunis...
Satu lagi perkara yang atok nak perjelaskan...PKM bukanlah organisasi perkauman...ia bukan dianggotai seratus peratus orang çina, sebab orang Melayu dan India pun turut terlibat sama. Namun dari segi perangkaan, kebanyakan mereka adalah kaum cina...
Begitu juga SB...pegawai dan anggota dalam SB terdiri dari semua kaum, dan pegawai cina paling ramai yang terlibat dalam usaha memerangi ancaman Komunis ...atok minta korang buangkan tanggapan fallacy terhadap oranģ Cina dan menganggap orang cina semua Komunis....salah tu. Oŕang cina yang terlibat atau memegang fahaman komunis adalah segelintir sahaja...kebanyakan mereka adalah orang2 yang cintakan keamanan dan kedamaian sama saperti kita semua juga....
Mulai episod akan datang atok akan cerita Operasi2 F Team menangkap pengganas Komunis...juga beberapa operasi yang mana F Team membantu menyelesaikan kes2 jenayah tertentu.
Atok mohon berehat dulu sementara refresh memorý tentang butiran yang hendak dibentangkan....
Nukilan Zahriman Alias .
31 Jan 2021
Ulasan
Catat Ulasan