Amelia Earhart yang menjadi wanita pertama terbang secara solo tanpa henti melintasi Atlantik pada tahun 1932 dengan memakai kronograf Longines.

Amelia Earhart yang menjadi wanita pertama terbang secara solo tanpa henti melintasi Atlantik pada tahun 1932 dengan memakai kronograf Longines.


Koleksi terbaharu Longines Spirit dan juruterbang, Howard Hughes (kanan) yang mencipta sejarah bersama jam Longines pada 1938. - FOTO Longines

Longines Spirit gabungan kod kontemporari, klasik


SEJAK diasaskan pada tahun 1832, Longines terus mencuri perhatian penggiat industri penerbangan dengan pelancaran jam poket kronongraf mereka suatu ketika dahulu.

Fungsinya yang mampu mengira masa, kelajuan dan jarak dengan tepat untuk situasi tertentu turut menarik minat juruterbang, Charles Lindbergh apabila beliau memakai jam Longines sepanjang penerbangan solo pertama transatlantik beliau tanpa henti pada 1927.

Selain Lindbergh, ramai lagi tokoh sejarah penerbangan dan pengembara terkenal menggunakan jam Longines dalam ekspedisi seperti Amelia Earhart yang menjadi wanita pertama terbang secara solo tanpa henti melintasi Atlantik pada tahun 1932 dengan memakai kronograf Longines.

Paul-Emile Victor turut mencatatkan sejarah apabila berjaya menghabiskan tujuh minggu untuk merentasi gurun ais Greenland pada tahun 1936 bertemankan kronometer Longines yang membantu mengira garis longitud, biarpun keadaan cuaca buruk.

Melalui catatan sejarah yang dikongsikan tadi, jenama Longines berdiri teguh sehingga kini menghasilkan jam tangan khusus untuk industri penerbangan yang sarat ciri hebat seiring kemajuan teknologi bagi membantu mereka mengukur masa, jarak dan kelajuan secara tepat dengan lebih mudah.

Terbaharu, Longines tampil dengan video 30 saat mencerminkan jenama mereka bersempena pelancaran koleksi Longines Spirit yang diinspirasikan daripada sejarah keberanian juruterbang dan pengembara terdahulu.


Menjadi sebahagian daripada jam tangan siri tradisi, Longines Spirit menggabungkan elemen klasik dengan mekanisme moden dan kod kontemporari.

Boleh didapati dalam dua versi iaitu jam tangan tarikh dan masa serta kronografi automatik, kedua-duanya hadir dengan elemen inspirasi vintaj, rekaan retro dan reka bentuk hampir sama.

Koleksi Longines Spirit hadir dengan sarung keluli tahan karat berbentuk klasik dengan garis yang jelas, manakala bahagian tengahnya dihiasi bezel, di samping permukaan sisi yang digilap rapi.

Bagi menyerlahkan gaya pemakai, permukaan atasnya dihiasi kristal safir berkubah dan sarung belakang keluli di samping 'crown' yang besar serta kronograf dilengkapi butang penekan besar jenis cendawan dan skru pembetulan tarikh.

Image

Koleksi Longines Spirit hadir dengan angka Arab, penanda berbentuk berlian dan baton tangan gaya juruterbang lengkap dengan Super-LumiNova.

Ia turut didatangkan dengan ciri khas iaitu simbol lima bintang yang diletakkan pada dail, menandakan peningkatan kualiti dan kebolehpercayaan jenamanya yang unggul sebagai jenama berkelas lima bintang.

Terdapat tiga warna dail berbeza boleh dijadikan pilihan iaitu Black Matte, Sunray Blue dan Grained Silver.

Dapatkan koleksi terbaharu Longines Spirit hari ini atau layari www.longines.com untuk maklumat lanjut.


https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/12/767844/longines-spirit-gabungan-kod-kontemporari-klasik?utm_source=facebookpaid&utm_medium=sponsored&utm_campaign=NOV20110B&utm_term=DP&fbclid=IwAR3iu041V6WF_4xa2xudVeXr_IHUGQJc9aTdeEIM5jhKSWaXkoS4paj_los

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PEMBUMIAN ELEKTRIK

KAMPUNG Janda Baik pada asalnya mula diteroka dan dibuka oleh tiga orang individu yang datang dari Bentong, Pahang pada 1932 iaitu Haji Yaseh Da’un, Haji Kadir Hitam dan Haji Idris Awang.

Definasi Alatubah