Tambang murah AirAsia serendah RM12 bermula hari ini!

 

Tambang murah AirAsia serendah RM12 bermula hari ini!




 December 7, 2020
 
 Faizul Hakimi

SEBUT sahaja AirAsia, kita pasti terbayang dengan syarikat penerbangan yang sentiasa menawarkan pakej tambang murah sejak ia mula ditubuhkan.

Maka tidak hairanlah AirAsia pernah memenangi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi 11 tahun berturut-turut di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2019.

Namun, disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang kini melanda dunia telah menyebabkan pintu sempadan negara sehingga kini masih ditutup dan pastinya menjejaskan syarikat penerbangan itu beroperasi seperti sebelumnya.

Terbaharu, sedikit berita baik untuk rakyat Malaysia yang mana AirAsia Bhd dilaporkan tetap menawarkan tawaran tambang serendah RM12 sehala bermula hari ini bagi penerbangan domestik.



Memetik laporan akhbar tempatan, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, jualan selama tiga hari itu sempena dengan pembukaan semula kebenaran perjalanan antara daerah dan negeri dalam negara yang bermula hari ini.

Tambang yang ditawarkan itu termasuk semua untuk ahli BIG bermula untuk tempoh perjalanan antara 14 Disember sehingga 30 Jun 2021.

Untuk membuat tempahan caranya cukup mudah dengan hanya melayari pautan https://www.airasia.com/




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PEMBUMIAN ELEKTRIK

KAMPUNG Janda Baik pada asalnya mula diteroka dan dibuka oleh tiga orang individu yang datang dari Bentong, Pahang pada 1932 iaitu Haji Yaseh Da’un, Haji Kadir Hitam dan Haji Idris Awang.

Definasi Alatubah