Syeikh Nawawi Janggut Merah | Tok Wi Janggut Merah ( 1881 - 1969 )


Syeikh Nawawi Janggut Merah | Tok Wi Janggut Merah ( 1881 - 1969 )

Berasal dari keturunan Syeikh Ahmad al Zabidi & Tok Suboh yang dihantar oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah ke Kedah bagi menentang Siam .

Ayah dan ayah saudaranya merupakan alim besar dan tinggi maqamnya disisi Allah . Iaitu :

1. Tuan Guru Haji Mohd Tahir - Pantai Remis ( Ayah beliau )
2. Tuan Guru Haji Omar Merbok - Pengasas Madrasah Bukit Haji Omar
3. Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong 

Syeikh Nawawi lahir di Kampung Kuala Kangkong , Kedah dan dibesarkan di Pantai Remis . Beliau memulakan perjalanan menuntut ilmu pada usia yang muda . Diantara guru guru beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong ( Ayah Saudaranya ) - Anak murid Tok Ku Paloh
2. Tuan Hussin Kedah al-Banjari 

Syeikh Nawawi pernah menjadi penasihat diraja bagi 5 Sultan Perak iaitu :

1. Sultan Idris I ( 1887 - 1916 )
2. Sultan Abdul Jalil ( 1916 - 1918 )
3. Sultan Iskandar ( 1918 - 1938 )
4. Sultan Abd Aziz ( 1938 - 1948 )
5. Sultan Yussuf Izzudin ( 1948 - 1963 )

Antara jasa beliau yang amat besar ialah dengan tertubuhnya Madrasah Idrisiah yang sehingga sekarang telah melahirkan ramai alim ulamak dan hampir 10 orang mufti lahir dari Madrasah Idrisiah .

Beliau terkenal dengan beberapa sifat peribadi diri yang zuhud , alim lagi warok . Diantaranya ialah :

1. Syeikh dikatakan tidur dengan beralaskan buah kelapa leper yang agak bujur. Tujuan ia menggunakan buah kelapa tersebut ialah supaya apabila buah itu bergolek ia akan mengejutkan Syeikh untuk mengerjakan ibadah dan zikir pada malam itu

2. Tidak pernah cerewet tentang makanan dan minuman . Walau masin atau pahit , syeikh akan tetap makan kerana baginya semua rezeki itu datang dari Allah Taala 

3. Beliau memiliki beberapa kain pelekat yang dipakainya setiap hari . Jika koyak , beliau akan jahit dan pakai semula 

4. Suka mengembirakan orang lain khususnya anak anak tapi apabila melibatkan hukum hakam Islam , beliau akan tegas dan lantang dalam menyatakan kebenaran 

5. Amat berhati hati dalam tutur kata agar yang mendengar tidak terguris hati 

6. Menguasai bahasa Arab , Urdu , Tamil , Cina , Inggeris dan Aceh

7. Berjaya menghasilkan ubat berasaskan herba selepas mempelajari ilmu perubatan Arab - Yunani 

Syeikh Nawawi juga terkenal dengan beberapa karomah dan kisah kewalian . Diantaranya :

1. Pernah pernah ditangkap , diikat didalam guni dan dibuang ke dalam laut oleh Komunis tetapi apabila dibuka guni tersebut yang terdapat hanya batu . Sedangkan syeikh berada di rumah 

2. Pernah satu ketika askar Jepun menunggu beliau habis kuliah agama dengan tujuan hendak membunuhnya. Malangnya askar Jepun tidak dapat melihatnya padahal ia dengan bersahaja berbasikal melintas askar-askar tersebut

3. Daun pokok pisang dimana batangnya digunakan untuk melapik jenazahnya ketika proses mandi jenazah tidak layu hampir sebulan lamanya

4. Ketika Syeikh sakit, tong beras sentiasa penuh bagi membolehkan beras dimasak untuk dihidang kepada tetamu yang menziarahinya

5. Ketika ia menyampai kuliah agama dengan tiba-tiba beliau berhenti memberi kuliah dan memaklumkan kepada hadirin bahawa isterinya telah selamat melahirkan anaknya. Bila ditanya bagaimana beliau tahu, dijawabnya , “Burung yang hinggap di jendela masjid telah memberitahu”.

Beliau meninggal dunia pada usia 88 tahun dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Changkat Ning , Batu 8 , Bendang Siam , Jalan Trong , Changkat Jering , Perak .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PEMBUMIAN ELEKTRIK

Definasi Alatubah

Jutawan Chewing Gum atau gula-gula getah, Beau Wrigley akan mengeluarkan rangkaian produk mereka berasaskan sebatian kanabis