Selepas dikecam netizen kononnya sudah menukar nama dan agama , Illi Najwa tampil jelaskan hal sebenarnya...


"Maaf Atas Kejahilan Kami! - Selepas perkahwinannya dengan Kapten Hoki India viral dan mendapat kecaman netizen, Illi Najwa tampil ceritakan perkara sebenar yang ramai tidak tahu..

Illi Najwa Anuar Hussin Saddique yang mencetuskan kontroversi mengenai majlis resepsi perkahwinannya dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar baru-baru ini meminta maaf atas kekhilafan mereka.

Malah, dia turut meminta maaf kepada keluarganya yang telah diheret sama dalam isu berkenaan.

“Illi tahu segala silap dan salah yang sudah berlaku atas kejahilan Illi dan Manpreet,” katanya dalam satu kenyataan..

Namun, Illi yang berasal dari Johor mengesahkan suaminya telah memeluk Islam sejak akhir tahun 2019.

Menurutnya, mereka telah melangsungkan pernikahan pada 16 Disember lalu dalam acara tertutup dan sijil nikah tersebut akan diperoleh pada Rabu depan.

Sementara itu, Illi Najwa menegaskan bahawa dia tidak pernah menukar nama atau agama seperti yang didakwa oleh netizen.

“Nama saya masih kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga suami memanggil saya Navpreet sejak tahun 2012 kerana sukar bagi mereka menyebut nama saya,” katanya sambil memberitahu dia ke India mengikut prosedur perjalanan yang sah.

Media India sebelum ini mendakwa Illi berkahwin dengan Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.
Rakaman video resepsi perkahwinan mereka tersebar dengan memaparkan Manpreet,mengenakan sut perkahwinan Punjabi yang lengkap dengan serban, manakala Illi Najwa memakai pakaian pengantin Punjabi.

Dalam resepsi itu, Illi Najwa dan suaminya kelihatan melakukan perbuatan yang mencetuskan pelbagai persoalan sehingga ramai yang mempersoalkan status agamanya. -


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PEMBUMIAN ELEKTRIK

KAMPUNG Janda Baik pada asalnya mula diteroka dan dibuka oleh tiga orang individu yang datang dari Bentong, Pahang pada 1932 iaitu Haji Yaseh Da’un, Haji Kadir Hitam dan Haji Idris Awang.

Definasi Alatubah