Pesara rugi RM124,000 ditipu Macau Scam


Pesara rugi RM124,000 ditipu Macau Scam


Oleh Nur Izzati Mohamad - Disember 7, 2020 @ 4:39pm

KEPALA BATAS: Seorang pesara yang takut dimasukkan ke penjara selepas didakwa terbabit dengan kes pengubahan wang haram terpaksa berputih mata selepas wang simpanan berjumlah RM124,000 hangus ditipu sindiket Macau Scam.

Insiden bermula pada bulan lalu apabila mangsa lelaki warga emas berusia 71 tahun itu menerima panggilan daripada seorang lelaki mendakwa dari syarikat telekomunikasi dan memberitahu mangsa mempunyai tunggakan bil telefon.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa menafikan ada tunggakan bil telefon sebelum panggilannya disambungkan kepada 'anggota polis' mengguna nama, Sarjan Juhairi dan Inspektor Herman, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pahang.

'Anggota polis' itu memberitahu mangsa adalah orang dikehendaki kerana terbabit dengan kes pengubahan wang haram sebelum diminta memberikan maklumat akaun bank untuk tujuan audit dan siasatan.

"Mangsa kemudian diarahkan membuat pembayaran RM101,000 ke dalam empat akaun bank diberikan dua lelaki itu secara berperingkat yang didakwa sebagai kos peguam," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, akibat ketakutan mangsa menuruti segala diarahkan suspek dengan sindiket penipuan.

"Mangsa menyedari wang di dalam akaunnya berkurangan RM23,000 dipercayai dikeluarkan dua suspek terbabit menjadikan keseluruhan kerugian RM124,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PEMBUMIAN ELEKTRIK

KAMPUNG Janda Baik pada asalnya mula diteroka dan dibuka oleh tiga orang individu yang datang dari Bentong, Pahang pada 1932 iaitu Haji Yaseh Da’un, Haji Kadir Hitam dan Haji Idris Awang.

Definasi Alatubah