MAIN SWITCH BOARD / PAPAN SUIS UTAMA ELEKTRIK
PAPAN SUIS UTAMA
PAPANSUISUTAMAELEKTRIK
1. AM
Papan suis
utama (PSU) adalah satu komponen atau perkakas pemasangan elektrik yang
mula-mula sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya diagih-agihkan ke
bahagian-bahagian lain beban atau bangunan. Ia juga merupakan pusat kawalan
kepada keseluruhan pemasangan.
Di dalam PSU inilah
terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan perlindungan. Bekalan masuk
utama boleh dikawal iaitu ON atau OFF di PSU. Alat dan komponen perlindungan
utama yang mengawal dan melindungi keseluruhan pemasangan ditempatkan disini.
Peranan, saiz fizikal dan
fungsi PSU adalah bergantung kepada keupayaan membawa arus, kegunaan PSU itu
sendiri serta apakah yang hendak dikawalnya. Ada sesetengah PSU hanya mengawal
beban elektrik yang tertentu sahaja misalnya motor-motor elektrik.
Fault level untuk PSU ialah
50kA (dahulu 43KA) atau 31MVA pada 415V untuk selama 1 saat (BS 5486).
2. JENIS
Umumnya ada tiga jenis PSU
yang biasa digunakan iaitu:
- Jenis melekat di dinding (wall mounted)
- Jenis pedestal (floor mounted / wall mounted, front access)
- Jenis Cubicle (floor mounted front / rear access)
Jenis melekat di dinding
biasanya untuk pemasangan kecil, sehingga 100 ampiar. Jenis pedestal untuk
pemasangan sederhana, manakala jenis cubicle untuk pemasangan besar. Namun
begitu berat sesebuah PSU akan juga menentukan jenis yang sesuai digunakan
(wall mounted atau floor mounted).
Tahap perlindungan PSU
lazimnya ialah IP42.
3. PAPAN SUIS KECIL
Papan suis kecil (PSK/SSB) adalah papan suis yang
mendapat bekalan utamanya dari PSU. Perkataan kecil adalah relatif sebab ada
PSK yang saiznya lebih besar dari PSU ditempat lain. Kecil disini bermakna lebih kecil dari PSU.
PSK digunakan untuk bangunan atau beban yang berada
agak jauh dan terasing dari PSU. Ini adalah untuk menjimatkan kabel dan
memudahkan kerja-kerja kawalan dan senggaraan.
4.BINAAN
PSU terdiri dari binaan
rangka utama yang akan menyokong berat segala peralatan yang terdapat di dalam
PSU. Kekuatan rangka hendaklah minima 10G berbentuk U-section channel. Rangka
yang baik adalah dari jenis berlubang-lubang dengan saiz yang sesuai dan dengan
jarak 25mm supaya tidak mengurangkan kekuatan mekanikalnya. Jenis ini dipanggil
jenis modular dimana ia boleh ditambah dan dibesarkan dengan mudah iaitu dengan
menyambong sahaja rangka tambahan.
Dibahagian luar
sekelilingnya ditutup dengan kepingan logam dengan tebal tidak kurang dari 2mm.
Palang bas pembumian dengan
keratan rentas yang mencukupi hendaklah dipasang dibahagian bawah sebelah dalam
PSU meliputi keseluruhan panjang PSU tersebut.
5.KLAS
Terdapat tiga klas PSU:
a. Tiada kompartmen (Form 1) –
tiada pengasingan (dinding pemisah) diantara bahagian-bahagian dalam PSU.
b. Sebahagian berkompartmen
(Form 2a) – Palang bas dipisahkan daripada yang lainnya menggunakan sleeving,
(Form 2b) menggunakan enclosure/barrier.
c. Sepenuhnya berkompartmen
(Form 3) – semua pemutus litar diasingkan diantara satu sama lain tetapi tidak
terminal kabelnya.
d. Sepenuhnya berkompartmen
(Form 4) – semua pemutus litar dan terminal kabel diasingkan diantara satu sama
lain.
Jenis mana yang kita mahukan
bergantung kepada keperluan, kesesuaian, tahap keselamatan dan harga yang perlu
kita bayar. Jenis yang paling baik dan mahal ialah setiap kompartmen dalam PSU
diasingkan dengan dinding logam supaya apabila berlaku percikan api bahagian
lain tidak terlibat. Selain mahal ianya juga berat.
Jenis sederhana baik hanya
memisahkan sebahagian sahaja kompartmen terutama bahagian yang menempatkan
pemutus litar udara (ACB), kerana disinilah selalunya berkemungkinan besar
berlaku percikan api elektrik.
Jenis yang paling mudah dan
murah ialah tiada langsung pemisahan diantara kompartmen di dalam PSU tersebut.
6.LOKASI
PSU hendaklah ditempatkan
ditempat yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
a. Berhampiran dengan penempatan
beban yang tinggi bagi mengurangkan perbelanjaan submains dan kabel
b. Terhindar daripada banjir
atau dekat dengan punca-punca air
c. Tidak terlindung atau
terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja operasi dan senggaraan mudah
dijalankan
d. Ditempatkan di dalam bilik
khas dan mempunyai pintu yang berkunci
7.KEPERLUAN BILIK SUIS
Diantara keperluan bilik
suis adalah:
a. Bilik suis hendaklah
menerima pengedaran udara yang baik
b. Semua pintu dan lubang udara
dipasang dengan anti vermin proff netting supaya serangga tidak dapat masuk
c. Ruang kosong berukuran
minima 2.5 kaki dibahagian belakang dan minima 4.5 kaki dibahagian hadapan PSU
untuk kerja-kerja senggaraan
d. Mempunyai saluran-saluran
yang mencukupi untuk kemasukan dan keluar kabel
e. Bilik suis hendaklah dilengkapan
dengan alat pemadam api jenis gas yang dibenarkan seperti CO2
f. Lampu biasa, lampu kecemasan
dan soket alir keluar dengan jumlah yang mencukupi hendaklah disediakan di
dalam bilik suis
g. Rajah skema dan tikar getah
dengan saiz yang sesuai hendaklah dipaparkan didalam bilik PSU
8.PERKAKAS SUIS DALAM PSU
Palang Bas (bus bar)
Palang bas merupakan kepingan pengalir yang selalunya diperbuat dari
campuran tembaga dan bersalut timah. Ia mengalirkan dan mengagihkan bekalan
elektrik daripada pemutus litar utama ke pemutus-pemutus litar yang lain. Ianya
digunakan menggantikan kabel disebabkan mudah membuat sambungan dan kemas serta
mudah melaksanakan kerja pemasangan.
Kedudukan palang bas
biasanya mendatar, tetapi ada yang menegak dan ada juga yang mengabungkan
kedua-duanya. Palang bas hendaklah mempunyai ketumpatan arus tidak melebihi
1.5A/mm persegi.
Keupayaan membawa arus
palang bas adalah bergantung kepada saiznya, bahan yang digunakan iaitu tembaga
atau tembaga campuran. Sila rujuk jadual.
Palang bas hendaklah
diasingkan dari bahagian-bahagian logam PSU menggunakan non-hygroscopic
insulators untuk menahan tekanan mekanikal apabila berlaku kerosakan ditahap
maksima.
9.PEMUTUS LITAR UDARA (ACB)
Pemutus litar yang asas adalah satu alat untuk memutus atau
menyambungkan bekalan atau disebut juga
sebagai pengasing sahaja. Namun begitu apabila ianya dilengkapkan dengan
komponen perlindungan seperti alatubah arus, geganti dan shunt trip coil, ianya
dapat memberi perlindungan yang diperlukan secara otomatik. Perlindungan yang
diperlukan ialah arus lebih, beban lebih dan rosak ke bumi.
Pemutus litar yang biasa digunakan ialah Pemutus Litar Udara
(ACB), tetapi pada masa ini Pemutus Litar Teracu (Moulded Case Circuit Breaker
/ MCCB) semangkin banyak digunakan. Penggunaan samada ACB atau MCCB bergantung
kepada kadaran arus sesuatu pemasangan elektrik. Untuk pemasangan yang melebihi
400A selalunya ACB digunakan walaupun MCCB ada juga digunakan.
ACB ditentukan didalam B.S 4752 dimana voltan nominalnya tidak
melebihi 660V AC dengan ulangan 50Hz atau 60Hz. Kadaran arusnya tidak melebihi
8000A dan kapasiti pemutusan litar pintas berkadar tidak melebihi 200KA.
Minimum rupturing capacity ialah 31MVA pada 415V.
Saiz ACB terkecil yang terdapat dipasaran pada masa ini ialah
600A. Dengan penatahan (setting) kepada alat perlindungan dan bersesuaian dengan
kadaran arus pemasangan ianya boleh ditatah kepada kadaran arus kurang daripada
600A, contohnya 200A, 400A dan sebagainya. Saiz
ACB yang besar pula ada yang mencapai 6300A.
Dalam kes-kes tertentu terdapat lebih dari satu ACB di dalam
sesebuah PSU samada mempunyai kadaran arus yang sama atau dengan kadaran yang
berlainan. Dengan itu rangka PSU mestilah mempunyai kekuatan mekanikal yang
mencukupi untuk menampung berat komponen-komponen tersebut.
Nilai arus kerosakan (fault level) ACB ialah 45KA untuk 3 saat.
Ini bermakna dengan arus sebanyak 45KA ACB ini boleh bertindak dengan selamat
tanpa ianya mengalami kerosakan.
Kegunaan lain ACB selain dari sebagai pengasing dan pemutus
litar ialah sebagai bus tie atau bus coupler atau sesentuh tukar alih, tetapi
hendaklah dari jenis empat kutub.
ACB boleh dipasang secara tetap (fixed type) iaitu tidak boleh
dibawa keluar (not withdrawable) kecuali dengan membuka sekeru atau boleh
dibawa keluar untuk tujuan senggaraan dan ujian (drawout type).
ACB hendaklah diuji dan diperakui mengikut standard ASTA atau
KEMA.
Istilah-Istilah
Mengenai Kadaran
a. Kadaran
Arus Thermal (rated thermal current)
Had arus dimana pemutus
litar boleh membawanya secara berterusan tanpa kenaikan suhu yang melebihi
nilai tertentu pada suatu keadaan tertentu.
b. Kadaran Keupayaan Tutup-Balik Litar Pintas
(rated short circuit making capacity)
Ini adalah had arus dimana
sebuah pemutus litar berupaya menyambung atau menutup balik pada keadaan
tertentu.
c. Kadaran Keupayaan Putus Litar Pintas (rated
short circuit breaking capacity)
Ini adalah had arus dimana
sebuah pemutus litar berupaya memutuskan litar pada tahap kerosakan tertentu
dengan selamat dan tanpa ianya mengalami kerosakan. Kadarannya adalah dalam
kiloampiar (KA).
d. Kadaran
Arus Menahan Pada Masa-Pendek (rated short-time withstand current)
Ini
adalah arus yang boleh dibawa oleh sebuah pemutus litar dalam masa 1 saat tanpa
sebarang keadaan luar biasa pada keadaan yang tertentu
10.
BAHAGIAN-BAHAGIAN ACB
a. Sesentuh Tetap dan Sesentuh Bergerak
Kebanyakan ACB mempunyai tiga kutub walaupun ada yang
mempunyai empat kutub. Oleh itu terdapat
tiga sesentuh tetap dan tiga sesentuh bergerak. Bila dalam keadaan ON sesentuh
tetap dan sesentuh bergerak akan tertutup dan bila dalam keadaan OFF atau
terpelantik (trip) ianya akan terbuka.
Semua sesentuh diperbuat dari bahan logam yang kuat dari segi
mekanikal dan keupayaan membawa arus menutup (making current), arus membuka
(breaking current0 dan arus litar pintas (short circuit current). Contoh logam
yang digunakan ialah silver alloy.
b. Sesentuh Arka (Arcing Contact)
Sesentuh arka adalah sesentuh tambahan yang gunanya ialah
untuk membenarkan arka berlaku di sini dan tidak disesentuh utama. Dengan ini
sesentuh utama tidak dibebankan dengan arka setiap kali ACB di ON dan OFF kan.
Oleh itu sesentuh utama akan tahan lebih lama.
c. Mekanisma Penyimpan Tenaga (Spring)
Setiap ACB mempunyai mekanisma penyimpan tenaga iaitu spring.
Spring yang berada didalam keadaan tegang (tension) adalah menyimpan tenaga untuk
menolak dengan pantas sesentuh bergerak untuk tertutup dengan sesentuh tetap.
Aksi ini serupalah dengan spring yang terdapat pada perangkap tikus yang akan
mengetap tikus dengan pantas apabila galangnya terlepas.
Spring ini boleh di charge menggunakan handle atau charging
lever yang disediakan atau menggunakan motor elektrik (automatic charging) yang
boleh dipasang didalam mana-mana ACB. Namun tidak semua ACB mempunyai kemudahan
automatic charging.
e. Bahagian Pengalir
Biasanya bahagian yang mengalirkan arus ialah pengalir utama
litar, pengalir mudah lentur, sesentuh utama dan sesentuh arka. Penebat
berkesan yang diperbuat dari bahan penebat seperti glass polyester atau
kepingan fibre diletakkan diantara fasa atau kutub.
f. Gelong Shunt Trip (Shunt Trip Coil)
Gelong shunt trip ialah sebuah gelung yang dipasang didalam
ACB untuk tujuan pelantikan secara otomatik. Apabila diberikan bekalan yang
sesuai dengan gelong, ia akan bertenaga dan menarik plunger dan seterusnya
menyebabkan ACB terpelantik.
Gelong ini biasanya berkadaran 240V AC tetapi untuk pemutus
litar tertentu ada juga yang kerkadaran 110V AC ataupun 30V DC. Bekalan ini
selalunya diterima dari satu punca (palang bas atau bateri) melalui fius,
geganti atau butang tekan.
Satu suis tambahan mestilah digunakan untuk membuka litar ke
gelong tadi supaya ianya tidak terbakar jika bekalan tidak diputuskan untuk
jangka masa yang lama.
g. Gelong Voltan Kurang (Under Voltage Coil)
Gelong ini akan menyebabkan ACB terpelantik apabila voltan
bekalan jatuh kepada suatu nilai tertentu. Jika tiada bekalan ACB tidak boleh
di ON kan.
h.Arc Chute
Arc chute ialah sebuah kekotak yang diletakkan diatas sesentuh
utama dan sesentuh tambahan yang tujuannya ialah untuk menyerap percikan dan
asap dari arka yang terjadi supaya ia tidak merebak ke bahagian-bahagian lain.
g. Charging Handle
Satu handle untuk charge
spring supaya menyimpan tenaga.
h.Butang Buka (OFF button)
Butang tekan untuk OFF ACB
i. Butang Tutup (ON button)
Butang
tekan untuk ON ACB
j. Penunjuk
Open-Close
Satu penunjuk samada ACB itu buka (open) atau tutup
(close)
k. Penunjuk Charging
Penunjuk samada spring dalam keadaan charge atau
discharge
l.Penunjuk Kedudukan (Position Indicator)
Menunjukkan
kedudukan ACB samada CONNECTED, TEST atau DISCONNECTED.
m.Penutup
Palang Bas / Interlock Shutter
Penutup ini akan menutup palang bas apabila ACB
dikeluarkan.
n.Pendawaian Elektrik dan Penyambungan
Pendawaian yang penting ialah pendawaian diantara geganti ke
gelong shunt trip, yang lain ialah pendawaian untuk gelong tanpa voltan dan
untuk sesentuh tambahan. Oleh sebab ACB boleh dibawa keluar maka penyambungan
pendawaian ini perlulah melalui satu penyambungan yang sesuai seperti sliding
contact.
o. Closing Spring
p. Kemudahan Kunci atau Padlock
Untuk
mengunci ACB supaya tidak diganggu oleh orang yang tidak berkenaan.
q. Sesentuh
Tambahan
Untuk litar amaran dan petunjuk (indicator)
11. BINAAN
Komponen-komponen
asas sesebuah ACB ialah:
Ø
Terminal-terminal
Ø
Tapak tetap
Ø
Sesentuh-sesentuh pengasing bagi pegun
Ø
Sesentuh-sesentuh pengasing roller (bergerak)
Ø
Sesentuh-sesentuh utama tetap, berhujung perak
(silver)
Ø
Sesentuh-sesentuh utama bergerak, berhujung
perak
Ø
Sesentuh-sesentuh arka tetap, berhujung
rintangan aloi/logam campuran
Ø
Sesentuh-sesentuh bergerak, berhujung rintangan
aloi/logam campuran
Ø
Magnetic de-ionization arc-chutes
Ø
Pelepas beban lampau (overload release)
Ø
Pelepas bawah kadaran voltan (undervoltage
release)
Ø
Bar pelantik
Ø
Tuil (lever) pelantik untuk pelepas “bawah
kadaran voltan” dan pelantik pirau
Ø
Himpunan mekanisma penutup
Ø
Punatekan-punatekan, buka (O), tutup (1)
Ø
Penunjuk-penunjuk mekanikal: spring berbeban,
spring tanpa beban, buka-tutup
Ø
Tuil spring berbeban secara manual
Ø
Gear pengurang kelajuan bagi motor yang diputar,
untuk spring berbeban otomatik
Ø
Alat pengunci mekanikal yang menghalang pemutus
litar daripada dikeluarkan ketika keadaan tertutup – untuk pemutus litar yang
boleh ditarik keluar sahaja
Ø
Rel peluncur (untuk ACB yang boleh ditarik
keluar sahaja)
Ø
Pelepas penutup
Ø
Pelantik pirau
Ø
Sesentuh-sesentuh tambahan (alat bantu)
Ø
Sesentuh-sesentuh peluncur tambahan/alat bantu
(bagi pemutus litar jenis boleh ditarik keluar)
11.1 Himpunan Mekanisma Pengatup (Closing Mechanism Assembly)
Kesemua tenaga yang diperlukan untuk mengatup ACB
dicas dan disimpan didalam mekanisma tenaga tersimpan (stored energy
mechanism). Operasi mengecas boleh dilakukan dengan tangan atau secara
elektrik, dengan menggunakan motor elektrik.
Pada pemutus litar yang dikendali dengan tangan,
mekanisma tersebut dicas oleh satu daya tetap menggunakan sebuah tuil pengecas
manual (manual charging lever).
Pada pemutus litar yang dikendali secara elektrik,
mekanismanya dicas oleh sebuah motor elektrik.
11.2 Arc Chute
Arka, satu aspek gangguan arus yang pasti berlaku,
dipadamkan oleh plet-plet pemisah arka (arc splitter plates).
Plet-plet
pemisah arka terkandung didalam “arc chute”
11.3 Sesentuh-Sesentuh
Kesemua sesentuh terdiri daripada aloi perak (silver
alloy) yang mempunyai keupayaan gangguan litar pintas serta keupayaan memutus
dan menyambungkan yang jelas.
Terdapat dua jenis sesentuh iaitu sesentuh utama
yang membawa arus beban dan sesentuh arka yang tidak membawa arus beban.
Sesentuh utama termasuh didalam litar utama bagi sebuah pemutus litar. Sesentuh arka terbuka bila pemutus litar
berada didalam kedudukan tertutup. Sesentuh arka tertutup sebelum dan terbuka
selepas sesentuh utama. Ini bagi menggantikan sesentuh utama daripada cepat
rosak disebabkan oleh arka.
11.4 Rupa Bentuk Pemasangan (Mounting Configuration)
Terdapat
dua rupa bentuk pemasangan:
Ø
Jenis dipasang tetap
Ø
Jenis boleh ditarik keluar
Jenis dipasang tetap adalah jenis dimana ACB
dipasangkan ke dalam papan suis utama dengan menggunakan bolt dan nut.
Jenis boleh ditarik keluar pula adalah dimana ACB
boleh ditarik keluar, berbeza daripada jenis dipasang tetap, kerana jenis ini
mempunyai satu mekanisma boleh ditarik keluar bagi membolehkan ACB tersebut
ditarik keluar untuk tujuan pemeriksaan dan penyenggaraan.
Mekanisma boleh ditarik keluar tersebut membenarkan
ACB mengambil sebarang dari kedudukan-kedudukan yang berikut:
Ø
Bersambung (kedua-dua litar kawalan dan litar
utama disambungkan)
Ø
Ujian (litar utama diputuskan, tetapi litar
kawalan masih tetap bersambung bagi membolehkan ujian dilakukan)
Ø
Terputus (kedua-dua litar utama dan litar
kawalan diputuskan)
11.5 SENGGARAAN ACB
Diantara kerja-kerja
senggaraan ACB ialah:
d. Sesentuh utama dan sesentuh arka
Gosok dengan kikir halus atau emery paper mana-mana yang
sesuai untuk melicinkan permukaan sesentuh dari kesan arka. Sebaik-baiknya ikut
cadangan pihak pembuat. Sesentuh yang telah rosak teruk boleh ditukar kepada
yang baru.
e. Arc Chute
Cuci dan bersihkan dengan berus, penyedut hampagas atau
lain-lain alat yang sesuai.
f. Sesentuh Utama
Ambil bacaan rintangan sesentuh utama dan bandingkan bacaannya
dengan data dari pembuat ACB tersebut. Bacaannya ohm nya selalunya kecil
sahaja. Kalau bacaan ohm nya tinggi sila laraskan contact pressure arm sehingga
bacaan yang rendah diperolehi.
g. Pelinciran
Minyakkan (lubricate) bahagian-bahagian yang memerlukannya
dengan cecair pelinciran yang dusyorkan oleh pembuat seperti vaselin oil dan
sebagainya.
12.
Ujian ACB
Ujian yang perlu dibuat kepada sebuah ACB ialah:
a.
Ujian operasi – ON dan OFF kan ACB untuk memastikan
ianya boleh dikendalikan dengan sempurna. Ini merupakan ujian mekanikal sahaja.
b.
Ujian suntikan secondary – untuk memastikan ia akan
terpelantik apabila berlaku kerosakan pada tahap yang ditentukan.
c.
Ujian penebatan – untuk menentukan penebatan diantara
fasa dengan fasa dan dengan bumi adalah baik (minima 0.5 megaohm)
d.
Ujian sesentuh – untuk menentukan nilai rintangan
sesentuh tidak melebehi dari nilai yang di syorkan oleh pembuat ACB
13.
PEMUTUS LITAR BEKAS BERACUAN (MCCB)
Pemutus litar bekas beracuan merupakan sebuah
perkakas suis voltan rendah yang padu. Ianya menyambung dan memutuskan sebuah
litar dalam keadaan biasa dan juga luar biasa. Ketika keadaan luar biasa, litar
terputus secara otomatik.
MCCB telah digunakan secara meluas didalam pepasangan
moden, terutamanya di dalam bangunan-bangunan dan loji perindustrian bagi
menggantikan Fius Suis atau Suis Pisau (fused knife switches).
Piawaian yang sesuai untuk MCCB ialah B.S 4752, yang
mengandungi kesemua keperluan teknikal yang khusus. Arus Interrupting Capacity
hendaklah tidak kurang dari 43KA rms.
13.1 Binaan
Badan MCCB diperbuat dari glass reinforced polyester
moulded case. Binaan dalamnya pula hampir menyerupai dengan sebuah MCB. MCCB
selalunya mempunyai 3 kutub sebab ia lazimnya digunakan untuk litar 3 fasa.
Kadaran arusnya dari 60A sehinggalah melebihi 1000A. MCCB mempunyai ciri-ciri
tambahan berikut bila dibandingkan dengan MCB.
a.
Butang pelantik
b.
Ciri-ciri masa / arus boleh laras
c.
Memperuntukkan bahan tambah boleh pilih (optional accessories)
seperti gelung pelantik pirau, sesentuh tambahan dan sebagainya
13.2 Alat Pelantikan
Alat pelantikan otomatik yang digunakan didalam MCCB
adalah samada dari jenis magnetic-haba atau jenis magnetik hidrolik.
13.3 Ciri-Ciri Pelantikan
Dua jenis pelantikan ialah pelantikan jangka masa
lama dan pelantikan jangka masa sertamerta.
Piawaian British menghendaki MCCB dari jenis B.S
4725 seharusnya tidak berkendali ketika membawa arus kadarannya secara
berterusan. Bagi MCCB yang mempunyai arus kadaran tidak melebihi 63A seharusnya
tidak terpelantik dalam masa 1 jam (masa lazim) bila membawa arus 1.05 kali
arus kadaran, tetapi mesti terpelantik dalam tempoh jam berikutnya, jika arus
meningkat ke 1.35 kali ganda arus kadarannya. Bagi arus kadaran yang melebihi
63A, masa lazimnya menjadi 2 jam.
13.4 Shunt Trip coil
Salah satu dari beberapa assessori pilihan yang
boleh dipasang didalam MCCB ialah shunt trip coil untuk tujuan perlindungan
rosak ke bumi dan juga untuk pelantikan kawalan jauh (remote tripping).
Untuk pelantikan rosak ke bumi, shunt trip coil
hendaklah disambungkan kepada sesentuh pelantikan (tripping contact) sebuah
geganti bocor ke bumi (earth leackage relay (ELR) atau Earth Fault Relay (E/F).
13.5 Mekanisma Pensuisan
a.
Kendalian (ON, OFF, RESET):
Kendalian ON dan OFF boleh dilakukan dengan tangan. Bila pemutus litar telah terpelantik, asingkan kerosakan daripada litar, kemudian alihkan pemegang (handle) ke arah OFF untuk menempatkan semula (to reset) pemutus litar tersebut. Selepas kendalian RESET pemutus litar sekarang sudah bersedia untuk disuiskan ON. Rujuk rajah 2.
b.
Penunjuk Terpelantik (Trip Indication)
Sekiranya pemutus litar
terpelantik secara otomatik, pemegang akan berada ditengah-tengah antara kedudukan
ON dan OFF (rajah 3)
c.
Mekanisma Trip Free (Trip Free Mechanism)
Walaupun pemegang pemutus litar tersebut berada dikedudukan ON, mekanisma pensuisan akan terpelantik bila arus lampau mengalir (rajah 4).
MCCB Dibandingkan Dengan Fius Suis
|
Butiran |
MCCB |
Fius Suis |
|
Keselamatan |
Terdapat
ruang pemadam arka (arc chamber) |
Tiada ruang pemadam arka |
|
Perlindungan
fasa tak seimbang (single phasing) |
Kesemua fasa terputus
walaupun arus lampau berlaku didalam satu fasa sahaja, kerana itu kemungkinan
motor tiga fasa berkendali pada dua fasa tidak ujud |
Arus lampau yang berlaku
didalam satu fasa menyebabkan fius yang melindungi fasa-fasa tertentu
terputus, kerana itu, ujud kemungkinan motor tiga fasa berkendali pada dua
fasa |
|
Penggantian selepas setiap
kerosakan berlaku |
Tidak perlu |
Fius terbakar perlu
diganti baru |
|
Pemberian semula bekalan
selepas setiap kerosakan berlaku |
Senang diberikan semula
bekalan, dengan membuat RESET |
Penggantian fius terlalu
rumit (troublesome) dan memakan masa |
|
Alat-alat tambahan |
Pelantikan dibawah kadaran
voltan yang dikawal secara jauh, pelantikan pirau, sesentuh tambahan boleh
diperolehi |
Tiada |
14. Ujian MCCB
Ujian biasa yang lazimnya dibuat kepada MCCB ialah:
- Ujian operasi – ON dan OFF MCCB untuk memastikan ianya boleh
dikendalikan dengan sempurna. Ini merupakan ujian mekanikal sahaja.
- Ujian suntikan secondary – Bagi MCCB yang dilengkapkan dengan
shunt trip coil, ujian suntikan secondary perlu dilakukan untuk menentukan
ia boleh terpelantik apabila berlaku kerosakan melebihi had-had yang
tertentu.
- Ujian penebatan – untuk menentukan nilai rintangan penebatan
diantara fasa dengan fasa adalah baik (minima 0.5megaohm).
- Ujian keterusan sesentuh utama – untuk memastikan nilai rintangan
sesentuh utama tidak tinggi (melebehi dari yang disyorkan oleh pembuat).
Jika rintangannya tinggi, menunjukkan keadaan sesentuh yang kurang baik
dan boleh mengakibatkan lampau panas (overheating).
15.FIUS BOLEH DAWAI SEMULA
Alat pelindung yang terawal iaitu fius boleh didawai semula, atau kadang kala dikenali sebagai fius separuh tertutup (semi enclosed fuse), mengandungi seutas dawai fius yang nipis, dipegang diantara terminal-terminal yang terletak didalam pemegang “bakelite” atau “porcelain”. Ianya digambarkan di Rajah 1
Ianya dimasukkan didalam litar yang dilindungi dan
saiz dawai fius disesuaikan kepada kadaran litar tersebut. Fius tersebut direka
supaya sekiranya arus melebihi arus yang dikadarkan bagi litar itu, dawai atau
elemen fius akan cair dan memutuskan litar.
Fius jenis dawai ini tidak mempunyai titik lebur
yang tertentu. Oleh itu apabila berlaku litar pintas fius akan cair dan arka
yang terhasil tidak terkawal atau terbendung. Selalunya ia boleh merosakakan
tapak fius serta pembawa fius (fuse base and carrier). Kadaran fius dawai
tidaklah tinggi iaitu kurang dari 30A.
16.FIUS HRC
Fius HRC (High Rupcturing Capacity) mempunyai badan
yang diperbuat dari ceramik. Terdapat satu atau lebih elemen fius didalamnya,
bergantung kepada kadaran arus. Elemen fuis dikelilingi oleh “insert arc
quenching filler” seperti “gramulated quartz”, untuk menyerap arka yang
terjadi. Di kedua-dua hujung fius terdapat “tin-plated copper” atau “brass end
caps” dan biasanya “tin-plated copper
tag terminations”. Bagi fius HRC melebihi 60A end cap selalunya mempunyau
lubang atau slot bagi tujuan mengikatnya dengan sekeru.
Sebuah “fuse-link” yang tipikal ditunjukkan
Istilah-istilah berikut digunakan ketika
membicarakan tentang fius:
Ø
Kadaran arus (rated current):
Ini adalah arus maksimum
yang akan dibawa oleh fius secara berterusan tanpa menukar sifat-sifat pada
elemen fius tersebut.
Ø Arus
lebur (fusing current / rupcturing current):
Ini adalah arus minima
yang akan meleburkan elemen fius
Ø Faktur
Fius (fusing factor):
Faktur Fius ialah nisbah
diantara arus lebur dan kadaran arus.
Arus lebur
Faktur Fius = ----------------
Kadaran arus
Jadual dibawah menunjukkan berbagai keupayaan bagi
fius HRC dan fius yang boleh didawai semula.
|
Ciri-ciri |
Jenis Fius |
||
|
Boleh didawai semula (B.S 3036) |
HRC (B.S 88) |
HRC (B.S 1361) |
|
|
Faktur Fius |
Tidak melebihi 2 |
Tidak
melebihi 1.25 untuk jenis P dan Tidak melebihi 1.5 untuk
kelas Q1 |
Tidak
melebihi 1.5 |
|
Keupayaan Putus (KA rating) |
Maksima 12,000A |
80KA pada 415V A.C |
16.5KA
pada 250V dan 33KA
pada 415V AC |
17. PEMUTUS LITAR KECIL (MCB)
Pemutus litar kecil ialah sebuah alat mekanikal yang
padu digunakan untuk menyambung dan memutuskan sebuah litar dalam keadaan biasa
dan juga luar biasa, seperti ketika arus lampau dan litar pintas. Dalam keadaan
luar biasa litar terputus secara otomatik. Ia dicipta bagi menggantikan
penggunaan fius yang tidak melebihi 60A.
MCB ditentukan didalam BS 3871 yang mengaitkan
tentang pemutus litar yang mempunyai bekas tertutup rapat bagi tujuan
perlindungan mekanisma dan ciri-ciri masa / arus yang tidak boleh diubah-ubah.
Ianya khusus untuk digunakan bagi perlindungan pepasangan elektrik perusahaan,
perdagangan dan kediaman.
Piawaian ini bersabit dengan pemutus litar yang
mempunyai kadaran voltan hingga ke 415 volt. Kadaran arus hingga ke 100 ampiar.
17.1 Binaan
Komponen utama bagi sebuah pemutus litar kecil
ialah:
a.
Sebuah mekanisma pensuisan (a switching mechanism)
b.
Sebuah alat pelantikan otomatik
c.
Sebuah alat pemadam arka
d.
Sesentuh tetap dan bergerak
17.2 Mekanisma Pensuisan MCB
d.
Kendalian (ON, OFF):
Kendalian ON dan OFF boleh
dilakukan dengan tangan. Bila MCB telah terpelantik, pemegangnya (handle) akan
berada di kedudukan ke bawah, baiki kerosakan, kemudian alihkan pemegang ke arah ON (kearah atas). Sekarang MCB boleh
berfungsi semula.
b. Jenis Magnetik-Hidrolik
Unit pelantik mengandungi sebuah gelung elektromagnetik dengan himpunan ‘oil dashpot’ sebagai terasnya (rajah 6). Penarikan angker (armature) ke dalam, yang mengerakkan mekanisma pelantik auto (auto trip mechanism), boleh dilakukan dengan salah satu dari dua cara (rajah 6a dan 6b).
Didalam pelantikan jangka masa lama (long delay
tripping) daya gerak magnet arus lampau menyebabkan teras magnetic cuba
mengatasi spring dan rendaman minyak, dan bergerak dalam teras.
Selepas satu masa lewat (delay), ianya akan
menyentuh penutup silinder, yang akan menyebabkan regangan litar magnet
(magnetic circuit reactance) jatuh secara mendadak, supaya angker tersebut
ditarik ke dalam. Jika arus lampau mencapai paras pelantik sertamerta
(instantaneous-trip level), tarikan magnetic menjadi cukup kuat untuk menarik
angker kedalam.
c. Alat Pemadam Arka (Arc Extinguishing
Device)
Pemadam arka seperti yang ditunjukkan di rajah 6
direkakan supaya bila berlakunya arka ketika sesentuh terpisah, secara
sertamerta dipesongkan ke pemisah arka (arc splitter). Dengan itu arka segera
dipadamkan.
17.3 Ciri-Ciri Bagi MCB
Ciri-ciri masa-arus yang biasa terdapat bagi MCB
Terdapat dua jenis pelantikan iaitu pelantikan
jangka masa lama dan pelantikan jangka masa sertamerta.
Sesebuah MCB yang terpelantik secara otomatik dengan
masa kendaliannya tidak melebihi 0 – 1 saat diistilahkan sebagai pelantikan
jangka masa sertamerta (instantenous).
Piawaian British (British Standard) menghendaki, MCB
dari jenis B.S 3871 seharusnya tidak berkendali ketika membawa arus kadarannya
secara berterusan. Ia juga dikehendaki supaya terpelantik dalam masa 1 jam
sekiranya arus ialah 1.5 kali ganda arus kadaran (bagi arus kadaran hingga 10A)
atau 1.35 kali ganda arus kadaran (bagi arus kadaran lebih daripada 10A).
17.4 Kebaikan MCB Berbanding Dengan Fius HRC
Atau Fius Boleh Didawai Semula
a. Ciri-ciri pelantikan beban lampau telah ditentukan oleh
pihak pengeluar dan tidak boleh diubah-ubah
b. Keupayaan MCB boleh diuji, ditentukur atau ditempatkan
semula (reset)
c. Litar-litar yang rosak begitu mudah dikenalpasti
d. Bekalan boleh dibekalkan dengan mudah dan segera, bila
kerosakan telah diperbaiki
18. FIUS SUIS
Fius Suis adalah satu alat pengasing untuk ON dan
OFF secara manual tetapi dilengkapkan dengan fius HRC untuk memberi
perlindungan litar pintas. Fius berserta dengan pemegangnya bertindak sebagai
elemen yang menyambung dan memutuskan bekalan.
Fius Suis lazimnya digunakan untuk litar tiga fasa
(TPN). Kadaran standard ialah 60A, 100A, 160A, 200a, 300A, 400A, 500A, 600A,
800A.
Jenis fius yang digunakan mestilah HRC kerana
kadaran arusnya yang tinggi. Jenis center tag dan off tag adalah yang biasa
digunakan, manakala jenis round cap tidak boleh digunakan kerana sentuhan yang
tidak kukuh untuk menampung arus yang tinggi.
19.SUIS FIUS
Suis Fius hampir menyerupai fius suis tetapi
mempunyai perbedaan berikut:
a.
Fiusnya berkadaran 60A dan kurang
b.
Ia digunakan lebih kepada satu fasa, terdapat juga
jenis tiga fasa
c.
Fius dari jenis round cap, tanpa tag, boleh digunakan,
tak perlu skrew dan nut
d.
Ia tidak terpisah dari basbar bekalan apabila di OFF
kan
20.SESENTUH TUKAR ALIH (Change Over Contactor)
Sesentuh tukar alih secara asasnya adalah sejenis
pengasing, mengandungi dua set sesentuh tetapi dalam satu-satu masa hanya satu
sahaja boleh ditutup. Setiap sesentuh menerima bekalan dari punca yang
berlainan, lazaimnya satu bekalan dari TNB dan yang satu lagi dari janakuasa
tunggusedia. Pada satu-satu masa hanya satu sahaja bekalan boleh disambungkan
ke palang bas PSU. Ia mempunyai ciri-ciri interlock elektrikal dan mekanikal.
Sesentuh tukar alih mestilah mempunyai empat kutub,
seperti yang dikehendaki oleh peraturan elektrik 1994. Ini bermakna sambungan
neutral hendaklah melaluinya. Kadaran arusnya hendaklah sama dengan kadaran
arus ACB, boleh mencapai beberapa ribu ampiar.
Tiada apa-apa komponen perlindungan dipasang pada
sesentuh tukar alih sebab ia tidak berfungsi sebagai pemutus litar. Namun
begitu ia dilengkapkan dengan dua gelong kawalan untuk membuka dan menutup
sesentuh secara otomatik dan sebagai electrical interlock. Terdapat juga
sesentuh kecil tambahan untuk tujuan kawalan dan indication.
21.BUS TIE / BUS COUPLER
Alat ini merupakan sebuah pengasing yang boleh
menghubungkan dua kumpulan palang bas yang berasingan. Satu kumpulan palang bas
mengawal sebahagian beban manakala yang satu lagi mengawal sekumpulan beban
yang lain pula. Saiz palang bas kedua-dua kumpulan tersebut hendaklah sama.
Penggunaan bus tie selalunya apabila terdapat dua
atau lebih punca bekalan walaupun dari pehak yang sama (TNB atau sebagainya).
Apabila salah satu punca bekalan terganggu, bekalan boleh disalurkan dari punca
yang satu lagi melalui bus tie tersebut.
Apabila semua punca bekalan dalam keadaan normal bus
tie selalunya dalam keadaan OFF. Apabila berlaku gangguan dari mana-mana satu
punca bekalan dan jika perlu baharulah bus tie di ON kan.
Tiada komponen perlindungan diperlukan oleh bus tie.
Ia lazimnya dikendalikan secara manual. Sebagai langkah keselamatan tambahan ia
selalunya dikunci dengan menggunakan kunci khas (castle key).
22.BEKALAN MASUK DAN KELUAR
Bekalan masuk selalunya melalui kabel bawah tanah.
Kalau PSU berada ditingkat bawah, tempat dimana ianya selalu ditempatkan, kabel
bawah tanah masuk melalui parit kabel (cable trench) dan ditamatkan menggunakan
kotak kabel (cable box) atau cable gland. Hujung kabel dipasang telinga kabel
(cable lug), melalui telinga kabel inilah kabel disambungkan menggunakan skrew
dan nut kepada pemutus litar.
Kabel keluar disambungkan dari palang bas melalui
pemutus litar. Saiznya selalunya lebih kecil dari kabel masuk. ia keluar melalui
parit kabel atau melalui trunking atau dulang kabel (cable tray), bergantung
kepada kemana kabel tersebut pergi, samada ke dalam bangunan atau keluar
bangunan.
23.ALATUBAH ARUS (C.T)
Alatubah arus diperlukan untuk mendapatkan arus yang
lebih kecil supaya sesuai untuk tujuan perlindungan dan pemeteran. Arus sebenar
di palang bas dikecilkan mengikut nisbah-nisbah tertentu supaya arus yang
memasuki geganti (relay) dan meter ampiar tidak melebihi 5A. Dengan cara ini
geganti dan meter tidak perlu dibuat bersaiz besar, oleh itu menjimatkan kos dan lebih praktikal.
Alatubah arus dipasang dipalang bas atau kabel
dimana arus hendak disukat. Satu
alatubah arus perlu dipasang bagi setiap fasa dan neutral.
24. GEGANTI
Geganti diperlukan untuk tujuan perlindungan.
Geganti yang diperlukan ialah jenis arus lebih/beban lebih dan rosak ke bumi
atau bocor ke bumi. Geganti mendapat maklumat dari alatubah arus dan akan
menentukan tahap tertentu dimana ianya perlu menghantar signal kepada shunt
trip coil untuk memutuskan bekalan.
25. METER VOLTAN
Meter voltan sangat penting untuk mengetahui adanya bekalan dan berada pada tahap yang sepatutnya. Meter voltan untuk PSU bervoltan 415V boleh disambung terus kepada palang bas sebab meter tersebut boleh menerima voltan 415V dengan selamat. Suis pemilih lazimnya dipasang supaya satu meter voltan boleh membaca ketiga-tiga fasa. Fius hendaklah dipasang pada litar meter voltan untuk perlindungan litar pintas.
26.METER AMPIAR
27.METER FAKTUR KUASA
Diperlukan untuk mengetahui faktur kuasa sesuatu
pemasangan.
28.METER KW DAN KWh
Untuk memberikan bacaan kuasa dan tenaga sesuatu
pemasangan.
29.LAMPU-LAMPU PENUNJUK
Untuk mengetahui terdapatnya bekalan dan sebagainya.
30.KAPASITOR BANK FAKTUR KUASA
Kapasitor bank dengan saiz KVAr tertentu diperlukan
untuk memperbaiki faktur kuasa supaya tidak kurang dari 0.85. Ini untuk
mengelakkan ketidakcekapan penggunaan tenaga dan supaya tidak didenda oleh
pihak TNB.
31.PENGECAS BATERI
Terdapat sesetengah PSU mempunyai pengecas bateri
didalamnya. Bateri yang dicas mungkin bateri janakuasa atau bateri sistem
perlindungan.
32.UJIAN PSU
Antara ujian-ujian untuk PSU ialah:
a.
Ujian Penebatan antara fasa ke fasa ke neutral ke bumi
b.
Ujian tekanan 2KV selama 1 minit
c.
Ujian suntikan primary dan secondary
33. PEMBUMIAN
Palang bas tembaga pembumian bersalut timah (tinned
copper earthing bas bar) berukuran seperti didalam jadual dibawah hendaklah
dipasang dan di skrew pada keseluruhan panjang dan tinggi papan suis. Palang
bas bumi ini hendaklah disambungkan kepada elektrod bumi pemasangan dengan menggunakan
tape tembaga (copper tape) yang mempunyai ukuran yang sama. Kesemua wayer-wayer
bumi hendaklah disambungkan kepada palang bas ini dengan menggunakan bolt dan
nut.
Ukuran
Main Earthing Bar dan Konduktor Bumi
|
Prospective Earth Fault Current for 1 sec duration |
Main Earthing Bars |
Earthing Conductors (No x mm x mm) |
|
1 [ 20 kA |
25 mm x 6 mm |
1 x 25 mm x 3 mm |
|
20 kA < 1 [ 30 kA |
31 mm x 6 mm |
2 x 25 mm x 3 mm |
|
30 kA < 1 [ 40 kA |
38 mm x 6 mm |
2 x 25 mm x 3 mm |
|
40 kA < 1 [ 50 kA |
50 mm x 6 mm |
2 x 25 mm x 3 mm |
SAIZ-SAIZ
PALANG BAS DAN KADARAN ARUSNYA
|
No |
Ukuran Palang Bas Tembaga (mm x mm) round edge |
Kadaran Arus (Ampiar) |
|
1 |
6.3 x 25 |
250 |
|
2 |
6.3 x 31.5 |
300 |
|
3 |
6.3 x 40 |
400 |
|
4 |
6.3 x 50 |
500 |
|
5 |
6.3 x 63 |
600 |
|
6 |
6.3 x 80 |
800 |
|
7 |
6.3 x 100 |
1000 |
|
8 |
6.3 x 125 |
1250 |
|
9 |
2 x 6.3 x 50 |
1000 |
|
10 |
2 x 6.3 x 80 |
1600 |
|
11 |
2 x 6.3 x 100 |
2000 |
Ulasan
Catat Ulasan