Isabella - Cinta Antara Dua Dunia (Kristian Dan Islam)
Isabella - Cinta Antara Dua Dunia (Kristian Dan Islam)
Kisah ini dipetik daripada novel yang asalnya ditulis oleh Maulana Mophammad
Saeed di dalam bahasa Urdu. Kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (15
Ogos 1974) oleh Rahmn Ali Al-Hashimi dengan judul ISABELLA dan diterjemahkan ke
bahasa Melayu (Jun 1988) oleh Abdullah Hussain. Pada kulit buku tersebut ada
ditulis ''A NOVEL BASED ON A COMPARATIVE STUDY OF ISLAM AND CHRISTIANITY''
yang pada hakikatnya ia lebih merupakan sebuah buku ilmu pengetahuan mengenai
perbandingan kedua agama tertua itu. Berikut merupakan beberapa petiikan
menarik daripada novel tersebut.
Di Bandar Cordova, negeri Sepanyol, terdapat sebuah taman yang amat terkenal
kerana keindahan bunga-bungaan dan kesegaran tanam-tanaman di dalamnya. Kelihatan
seorang gadis Kristian yang dikenali dalam sejarah sebagai Isabella sedang
menikmati keindahan taman itu bersama rakan-rakannya. Dia adalan anak ketua
paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikan wajahnya dan keanggunan
perawakannya sering digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai
jelmaan bidadari dari syurga. Dalam masa dia bergurau senda dengan
kawan-kawannya, terdengar olehnya suara dari sebalik rumpun bunga, orang
bercakap tentang agama. Dia tersentak apabila orang di sebalik rumpun itu
berkata , "…padahal paderi-paderi Kristian itu….." Isabella dengan
kawan-kawannya lantas dengan berhati-hati memasang telinga. Pada waktu itu,
kedua orang pemuda itu kerana terlalu asyik dengan perbincangan mengenai agama
Kristian tidak sedar bahawa perbincangan mereka sedang didengar oleh beberapa
orang gadis Kristian.
Salah seorang pemuda itu berkata, " Saint Paul telah
menulis di dalam salah satu suratnya bahawa hukum-hukum agama adalah satu
kutukan dan Jesus Kristus telah datang untuk menyelamatkan kita daripada
kutukan tersebut. Apakah makna kata-katanya itu , Maaz
sahabatku?"Terdengar ketawa kecil kawannya. " Umar sahabatku, engkau
mahu aku menerangkan kepadamu, padahal paderi-paderi Kristian itu sendiri…"
Waktu itulah Isabella mendegar percakapan itu. Salah seorang
kawan Isabella menyanpuk dengan nada sinis, " Sejak orang-orang Islam
datang ke mari, agama kita diancam bahaya""."Diamlah! "
herdik Isabella, "Nanti mereka tahu kita ada di sini". Sahabat
Isabella terdiam sejurus mendengar kata-kata Isabella. Tiba-tiba terlintas idea
dalam kepala Isabella, "Bagaimana kalau kita minta pengakuan bertulis
daripada pemuda-pemuda Islam ini, bahawa mereka bersedia untuk bersemuka dengan
paderi-paderi kita. Dengan surat itu pula, kita boleh mendesak cendekiawan
Kristian untukberhujah dengan orang-orang Islam ini dan memaksa mereka memeluk
agama kita."…………..
Surat itu berbunyi : " Maafkan saya. Saya telah
mendengar dengan penuh perhatian perbincangan rahsia tuan-tuan itu dan oleh
kerana kami juga berminat dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan agama.
Saya telah mendengar salah seorang daripada tuan ada mengatakan kepada temannya
bahawa jika kami penganut Kristian dapat memberi penjelasan yang memuaskan
tentang perhubungan antara hukum-hukum agama dengan kutukan, maka tuan bersedia
memeluk agama kami. Tuan juga mahu mencabar kami (orang-orang Kristian) tentang
hukum agama dan kutukan. Jadi, sebagai hamba Tuhan Jesus Kristus, kami dengan
senang hati menyambut cabaran tuan dengan syarat tuan membuat pengakuan
bertulis."(hamba hina agama Kristian). Surat itu telah diserahkan oleh
sahabat Isabella kepada Umar Lahmi. Agak terperanjat juga Umar kerana tiba-tiba
sahaja anak gadis yang tidak dikenali menyerahkan surat itu.….Kemudian suarat
itu dibalas oleh Umar …"
Kami mengucapkan terima kasih di atas susah payah nona dan
kami bersetuju, jikalau sekiranya anggota gereja dapat memberi penjelesan
kepada kami tentang dilema hukum-hukum agama dan kutukan dengan penjelesan yang
memuaskan, saya dan kawan saya akan memeluk agama Kristian. Sila nyatakan
tempat dan tarikh perbahasan …"
(Hamba hina agama Islam) (Umar Lahmi) ………….
Diringkaskan cerita, cadangan telah dipersetujui oleh
kedua-dua belah pihak dan tempat perbahsan telah ditetepkan di Gereja Cordova
pada pagi Ahad.
Bersambung .....PERTEMUAN PERTAMA.
Isabella Part 2 : Pertemuan Pertama
Pada
pagi berikutnya, iaitu pagi Ahad, berita tentang pertemuan itu tersebar luas.
Orang-orang Kristian dengan penuh hati-hati membuat persiapan teliti di dalam
menghadapi orang ramai yang ingin ikut mendengar perbincangan tersebut. Hanya
bebrapa orang Islam sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam gereja. Ketika Umar Lahmi, Maaz dan beberapa
orang cendekiawan Islam memaski dewan gereja itu, kelihatan oleh mereka hampir
kesemua paderi yang terkemuka di Cordova ada di dalamnya dan sedang sibuk
mengerjakan sembahyang.
Tidak
lama kemudian, upacara sembahyang itu pun selesai. Para paderi itu lalu
mengambil tempat duduk di suatu meja panjang yang sudah disediakan, berhadapan
dengan Umar Lahmi, Maaz dan kawan-kawannya.
Sesudah mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana telah manyahut
pelawaan mereka, Micheal, guru Isabella membuka pertemuan. Dia dengan lebih
dahulu memperkenalkan tiap-tiap orang paderi yang ada di meja persidangan itu.
Salah seorang daripadanya bernama Paderi Peter yang terkenal sebagai seorang
ahli pengkajian Arab dan kitab-kitab Islam.
"Kami
diberitahu, bahawa tuan-tuan mempunyai sedikit keraguan tentang agama Kristian
dan juga telah berjanji, kalau penjelasan yang kami berikan boleh menyakinkan,
maka tua-tuan akan meninggalkan Islam memeluk Kristian." Kata Micheal.
"
Kami cukup yakin yang kepercayaan dan ajaran-ajaran itu tidak beralasan. Dalam
pada itu, jika tuan dapat memuaskan hati kami dengan penjelasan-penjelasan
tentang agama tuan, kami bersedia masuk agama Kristian".
Mendengar
kata-kata Umar Lahmi, itu, Micheal lalu berpaling kepada Peter, yang dianggap
oleh para paderi di ditu sebagai orang paling berkebolehan untuk bedebat dengan
orang Islam.
Peter,
dengan nada suara orang yang menguasai keaadaan, berkata:" Saya diberitahu
bahawan bantahan tuan-tuan yang terutama sekali ialah tentang mengapa Saint Paul
telah mengatakan hukum-hukum agama itu satu kutukan."
"Baiklah,"
ujar Peter, "sebutlah soalan-soalan tuan dengan jelas bersama-sama dengan
pendirian tuan mengenainya."
"Mula-mula..."
Umar Lahmi memulakan bicara, " cuba beritahu saya apakah ''jangan mencuri,
jangan membunuh, jangan menimbulkan kesukaran kepada tetangga dan
lain-lainnya'' itu merupakan firman-firman Tuhan dan apakah ada kaitannya pula
dengan hukum-hukum agama?"
"Sudah tentu. Semuanya itu ada kaitannya dengan undang-undang agama."
Jawab Peter dengan cepat."Apakah pula dikri Saint Paul tentang hukum-hukum
agama?" tanya Umar Lahmi lagi.
"Dikri bagaimana? Saya tidak faham," jawab Peter. Mengangkat mukanya
memandang Umar seperti kehairanan."Tuan faham benar-benar perkara
itu" kata Umar Lahmi dengan suara agak keras sedikit. "Cuma tuan mahu
mengelak daripada menjawabnya. Katakan saja bahawa Saint Paul telah mengangap
hukum-hukum agama itu sebagai satu kutukan."
"Saint
Paul mengangap hukum-hukum agama itu sebagai kutukan, dari sudut bahawa inti hukum
agama itu adalah bahagian daripada Jesus Kristus dan betapa bodohnya apabila
intinya ditinggalkan sedangkan kulitnya dikelar-kelar."
"Begitulah
pula yang saya maksudkan," kata Umar. "Saint Paul yang mengangap
Jesus sebagai jiwa dan hukum-hukum agama itu sebagai tubuh, telah mengatakan
hukum-hukum agama itu sebagai satu kutukan dan apabila tuan juga berkata Firman
Perjanjian Lama ada kaitannya dengan hukum-hukum agama, maka TIDAKKAH MENAHAN
DIRI dari melakukan pembunuhan dan penzinaan juga adalah satu KUTUKAN."
Mendengar hujah Umar Lahmi itu, Peter si paderi tua kelihatan agak resah
sedikit, tetapi dia menjawab dengan satu dalihan, "Perkara ini sebenarnya
merupakan satu perkara yang GHAIB, dan tuan tidak akan dapat memahaminya tanpa
bantuan dari '';Roh Kudus'' dan tidak semestinya pula seseuatu masalah yang
tidak dapat difahami itu merupakan perkara yang salah. Saint Paul telah
memgangap hukum-hukum agama secara lahiriahnya satu kutukan dan tidak pula
tertuju kepada semua bentuk hukum agama."
"Benar.
Memang betul Saint Paul mengatakan hukum-hukum agama pada lahiriahnya satu
kutukan. Sekarang cuba terangkan kepada saya, jikalau TIDAK mencuri, TIDAK
berzina, TIDAK menganggu keluarga dan lain-lain lagi itu adakah hukum-hukum
agama yang lahiriah atau dalaman, rohaniah dan moral?" tanya Umar Lahmi.
"Tuan
hanya menumpukan soalan kepada topik yang sama," kata Peter membantah.
"cuba dengar, Apa yang dikatakan oleh Jesus Kristus adalah lebih baik
daripada yang dikatakan oleh Saint Paul. Tuhan kami menyuruh kami mengikut
Firman-firman Perjanjian Lama".
"Iaitu
untuk memperoleh keselamatan maka perlu mengikut Perjanjian Lama * juga,"
(*NOTA: lihat Injil, Matius Bab5:19 sampai Bab 10:25). Kata Umar Lahmi.
"Kalau sudah begitu, megapa timbul atau mengapa perlunya perkara penebusan
dosa dengan menyalibkan ''Putera Tuhan''? Iaitu, mengapa harus ada Penebusan
Dosa ini apabila Perjanjina Lama perlu diikuti? Apakah perlu mengikuti
Firman-firman Perjanjian Lama malah sesudah Kristus menebus dosa?"
"Kami
tidak yahu apa-apa," jawab Peter debgan suara perlahan. "Kecuali
Tuhan kami telah mengarahkan kami mengikuti Perjanjian Lama. Tetapi keselamatan
tidak dapat diperoleh hanya semata-mata mengikuti Perjanjina Lama tanpa ada
penebusan dosa."
"Jadi
, Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Yusof, Nabi Noh dan lain-lain nabi
itu kehilanganlah keselamatan mereka, kerana jalan keselamatan mereka
satu-satunya hanyalah dengan mengikuti hukum-hukum agama?" tanya Umar Lahmi,
kemudian disambungnya, "Begitu juga dengan para pengikutnya, keselamatan
mereka dicabut."
"Sebelum
kedatangan Kristus, jalan keselamatan satu-satunya dengan mengikuti hukum-hukum
agama, tetapi penebusan dosa oleh Jesus Kristus telah mengubahnya dan sekarang
jalan yanh ada hanyalah penebusan dosa," Jawab Peter.
Umar
Lahmi tersenyum mendengar jawapan Peter yang berbelit-belit itu. Dia memandang
muka Isabella yang sedang tenggelam dalam satu fikiran yang membingungkan. Umar
memandang kepada muka Peter, ditenung matanya. "mula-mula tuan menolak apa
yang sudah dikatakan oleh Saint Paul iaitu hukum-hukum agama bukan satru
kutukan, kemudian tuan menolak hukum-hukum agama sebagai dasar keselamatan.
Dapatkah tuan mengemukakan kata-kata ''WALI'' yang lain untuk membuktikan
bahawa ucapan Saint Paul ''hukum-hukum agama itu satu kutukan'' adalah tidak
benar?"
Tiba-tiba seorang paderi kurus yang bermuka cengkung dari sebelah kiri
menyampuk dengan suara yang lantang. "Tuan-tuan! Percakapan tentang hal
ini adalah perbuatan murtad dan kufur. Semua yang dibincangkan adalah berkaitan
dengan perkara-perkara ghaib."" Jangan ikut rasa hati dalam
perselisihan pendapat ini," ujar paderi yang bertubuh gemuk dan berkepala
bulat licin. Dia duduk di sebelah kana Peter.
Melihat keadaan mulai kacau itu, Micheal bangun dan berkata:
"Saudara-saudara, kita berhimpun di sini untuk mencari kebenaran
………"Isabella yang duduk bersama-sama rakannya berbisik " Cuba kalian
lihat, di belakang orang-orang Islam mereka bercakap besar bahawa orang-orang
Islam ini tidak akan dapat berhadapan dengan mereka. Tapi bila duduk berhadapan
dengan mereka, tembelang mereka terdedah semuanya. Aku sangat menyesal bapaku
tiada disini hari ini, kalau tidak dia tentu boleh tutup mulut orang-orang
Islam itu…"
Isabella
Part 3 : Pertemuan Kedua
Siapa
yang disalib? Tuhan atau Manusia? Sebaik
sahaja selesa duduk, Umar Lahmi pun berkata; "Kelmarin kita telah membuat
keputusan akan berbahas pada hari ini mengenai ketuhanan Kristus dan penebusan
dosa. Peter menjawab. "Kedua-dua masalah itu sebenarnya satu dan saling
kait-mengait. Jadi tuan boleh pilih mana satu yang tuan suka untuk kita
bincangkan dulu."
"Terima
kasih," kata Umar Lahmi. Dia lalu membaca beberapa ayat quran dari Surah
AL_FURQAN. Wajah Isabella tiba-tiba berubah, kulit mukanya yang putih bersih
menjadi merah seperti bunga raya kembang pagi. Bacaan Umar terhenti apabila dia
mendengar ada benda yang jatuh tidak jauh dari tempat duduknya. Dia yang sedang
berpejam itu membuka matanya, dilihat sahabat Isabella sedang menolong
mengangkat Isabella duduk. Seluruh hadirin menjadi gempar dan berdiri melihar
ke depan.
Maaz
membisikkan ke telinga Umar Lahmi memberitahu bahawa anak gadis itu terlalu
terpesona dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibacanya.Peter dan Micheal bukan main
lagi terkejut melihat keaadaan anak ketua Paderi , Isabella. Mereka serentak
bertanya sebab ia terjadi serupa itu, tetapi Isabella tidak menjawab, hanya
beberapa tits air mata jatuh meleleh di atas pipinya yang masih merah.
"Dia tak apa-apa," kata Catherine, sahabat Isabella. "Dia selalu
mendapat serangan tiba-tiba serupa itu." Keterangan itu tealah mengikis
tanggapan para paderi bahawa Isabella sudah terpengaruh dengan Islam.
Setelah berhenti sejenak, Umar Lahmi lalu menyambung bacaannya, kemudian
berdiri dan berkata:
"Tuan-tuan. Kami telah diberitahu bahawa prinsip agama Kristian ialah
ketuhanan Kristus dan penebusan dosa, jadi saya ingin memajukan satu pertanyaan
yang boleh menguraikan masalah ketuhanan Kristus itu. Pertanyaannya : Apa
keperluannya yang khusus maka ''Putera Tuhan'' membuat pengorbanan bagi
penebusan dosa? Sebab kalau untuk tujuan itu sahaja, orang alim yang lain juga
boleh dipilih untuk mengorbankan jiwanya sebagai ''penebusan dosa semua orang
yang berdosa''. Apa sebab istimewa ''Putera Tuhan'' telah DISALIB?"Para
paderi itu telah berbisik sesama sendiri, berbincang perlahan-lahan. Sejurus
kemudian mereka memilih Peter untuk menjawab pertanyaan itu walaupun dia
kelihatan agak kebingungan. Namun sebagai sikap kebapaan dia bangun juga dan
bercakap dengan lidah yang terketar-ketar."Untuk penebusan dosa ''Putera
Tuhan'' diperlukan, kerana orang lain, baik dia nabi atau rasul penuh dengan
dosa dan orang yang ada dosa tidak dapat menebus dosa orang lain. Kerana itu
Tuhan Jesus Kristus yang satu-satunya ''Putera Tuhan'' dan bebas dari dosa,
maka dia dikorbankan untuk kepentingan semua orang yang
berdosa.""Baiklah," kata Umar. "Cuba terangkan apa yang
disalib. Apakah KETUHANAN yang disalib untuk penebusan dosa ataupun KEMANUSIAAN
yang ada pada Kristus? Jikalau ketuhanan Kristus itu yang disalib, maka bererti
tuhan y ang tunggal dan tanpa sekutu itu memikul semua beban seksaan penyaliban
dan kematian datang ke atas peribadi Tuhan yakni TUHAN SUDAH MATI. Tetapi kalau
kemanusian di dalam Kristus itu yang disalib, jawapan tuan sudah hilang semua
kekuatannya, kerana kalau begitu caranya, maka penyaliban manusia adalah lebih
cocok dan bukan tuhan, kerana kedua-duanya menunjukkan akan kemanusian di dalam
Kristus, dan bukannya ketuhanan yang dikorbankan"
"Sudah
tentu. Tuhan Jesus merupakan ketuhanan yang sempurna dan kemanusiaan yang
sempurna. Kedua-dua sifat ini terhimpun dengan baik dalam dirinya, tetapi
kemanusian seperti juga dengan ketuhanannya bebas dari dosa dan sebab itu
pengorbanannya amat perlu kerana manusia lain semuanya bergelumang dengan dosa,
oleh yang demikian mereka(orang biasa) tidak sesuai untuk penebusan dosa,"
kata Peter.
"Itulah,"
jawab Umar Lahmi. "Kerana tidak ada manusia di dalam dunia ini yang bebas
daripada dosa, maka ''Tuhan'' sendiri terpaksa turun ke dunia dan ketuhanannya
tidak disalib tetapi kemanusiaannya. Andaikata seorang manusia yang bebas dari
dosa diperlukan untuk penebusan dosa, mengapa Tuhan tidak ciptakan seorang
manusia yang bersih sehingga tidak payah ''TUHAN'' sendiri MATI di atas tiang
salib kerana penebusan dosa."
Peter
menjawab, "Tuhan saja yang mengetahui perkara yang GHAIB. Kita tidak boleh
kata kenapa Dia tidak berbuat seperti itu dan kenapa dia sendiri datang ke
dunia untuk tujuan itu. Tetapi tentang hal ini kami tahu bahawa tuhan datang ke
dunia untuk menebus dosa untuk menunjukkan kasih sayang-Nya yang agung terhadap
kemanusiaan. Bahawa sayangnya Tuhan kepada makhluk-Nya sampai ke tingkatan
mengutus putera tunggal-Nya untuk menyerahkan nyawa sebagai galang ganti
manusia-manusai lain. Tujuan ini tentu tak akan tercapai kalau hanya dengan
mengutus orang lain."
"Jikalau
kasih sayang Tuhan sudah demikian besar kepada mahkluk-Nya, kenapa Dia tidak
mengutuskan ''puteranya'' itu awal-awal lagi untuk disalib? Apakah tidak ada
manusia sebelum Kristus yang patut dipedulikan oleh tuhan? Apa sebab Dia baru
menunjukkan kasih sayang-Nya itu setelah beribu-ribu tahun berlalu?" Umar
Lahmi memajukan pertanyaan tanpa melepaskan peluang.
Peter
menjadi serba salah. Dia lalu cuba melepaskan dirinya dengan menjawab.
"Kita tidak tahu tentang keghaiban ini. Misteri Tuhan hanyalah diketahui
oleh Tuhan sahaja."
"Pertanyaan
saya masih beleum dijawab. Rujukan kepada KEGHAIBAN berulang-ulang tidak akan
menyelesaikan masalah. Nah cuba katakan saja, kalaulah hanya kerana kemanusiaan
penyaliban itu dilakukan maka kedatangan tuhan ke dunia ini sia-sia belaka.
Orang lainpun boleh dikorbankan juga."
"Saya
sudah menjawab," ujar Peter. "manusia tidak dapat dijadikan penebus
dosa kerana dia sendiri begelemung dengan dosa, Kemanusian Kristus sesuai untuk
penebusan dosa kerana dia adalah penjelmaan kemurniaan dan tidak
berdosa.""Kerana kemanusian, Kristus yang murni dan tidak berdosa,
maka dia menjadi perlu untuk dipikulkan beban dosa seluruh manusia di atas pundaknya.."
Umar Lahmi berhujah."Tuan Paderi yang mulia, logika tuan itu sedikit pun
tidak menyakinkan malah kepada tuan sendiri juga. Apa salahnya jikalau ''Putera
Tuhan'' itu berbuat sesuatu yang lebih baik yang boleh menebus dosa semua orang
daripada dia dibebankan dengan dosa-dosa itu? Dengan lain perkataan, tidak
payahlah Kristus itu disalib dan tidaklah timbul persengketaan tentang ketuhana
dan kemanusiaan. Penawar bagidosa adalah KEBAJIKAN, kedatangan Kristus ke dunia
ini sepatutnya membuat kebajikan sebagai penebus dosa, dan bukannya membunuh
diri untuk penebusan dosa.""Kita tidak dapat menasihati Tuhan. Tuhan
berbuat apa yang disukai-Nya . Adalah biadap kalau kalau mahu mencapai darjat
Tuhan." Peter menjawab.Umar tidak menghiraukan jawapan Peter yang kasar
itu sebaliknya dia berkata" Tuan tahu bahawa Kristus dilahirkan dari rahim
Marian Perawan. Nah, apakah kelahiran itu ada pertaliannya dengan dengan
manusia dan Tuhan, yakni apakah yang dilahirkan itu ''Tuhan'' atau ''Manusia''?""Tuhan
itu bebas daripada kecacatan kelahiran. Kemanusiaan di dalam Kristus itulah
yang dilahirkan," jawab Peter dengan nada yang agak gugup.
"Siapa
yang mati disalib? TUHAN atau MANUSIA?" ujar Umar Lahi."Tuhan itu
bebas dari kecacatan kematian. Manusialah yang mati disalib. Iaitu kemanusiaan
di dalam Kristus," jawab Peter lagi."Kalau begitu," kata Umar,
"kelahiran dan kematian ada pertalianlah dengan kemanusiaan Kristus dan
bukan ketuhanannya.""Benar. Memang benar," jawab Peter dengan
cepat dan bersungguh-sungguh.Umar Lahmi lalu mencapai Kitab Injil yang terletak
di hadapan Micheal. "Maafkan saya. Saya minta pinjam
sebentar."Micheal tidak sempat menjawab, Kitab Injil itu sudah ada di
dalam tangan Umar dan sedang membuka halamannya. Para paderi memandang kejadian
itu dengan perasaan terkejut dan tanpa berkata bertukar-tukar pandangan antara
satu dengan lain. Isabella semakin tertarik dengan perjalan perbincangan itu
dan dalam diam-diam dia mengagumi kepintaran dan keluasan ilmu Umar. Kini dia
mengambil kitab Injil pula.
Umar
membuka pada Injil Ayub bab 15:14. "Cuba lihat, di sini ada tertulis
''Masakan manusia bersih, masakan benar yang lahir dari perempuan?'' dan kerana
kelahiran itu bukan bersifat ketuhanan tetapi kemanusiaan maka mengikut
pendapat Ayub, kemanusiaan Kristus juga begelimang dosa." Umar membuka
halaman lain pula. "Dan lihat apa yang tertulis pada kitab Roma 6:23
bahawa ''upah dosa ialah maut'' yakni kematian ialah bukti YANG MATI itu penuh
dengan dosa. Oleh sebab itu timbul lagi pertanyaan: Apakah sebabnya Tuhan tidak
menyalibkan orang lain yang berdosa supaya ketuhanannya yang dapat
diselamatkan? Menurut tuan , seseorang yang berdosa tidak boleh menebus dosa
orang lain, jadi jelaslah Kristus tidak sesuai untuk penebusan dosa."
Peter
kelihatan rusuh dan peluh-peluh renik mulai memancut keluar dari dahi dan
pipinya. "Saya telah katakan bahawa semua ini adalah perkara-perkara ghaib
ketuhanan. Tuhan berbuat apa yang disukai-Nya. Bagaimana tuan atau saya boleh
mengkritik-Nya?"
Umar
Lahmi dengan suara lantang yang dapat didengar oleh semua yang hadir berkata:
"Jikalau agama tuan hanya didasarkan kepada keghaiban ketuhanannya saja,
kenapa tuan jemput kami ke mari, menghabiskan masa tuan dan juga masa kami yang
sia-sia saja?"Ucapan Umar yang lantang telah menimbulkan keributan di
tempat penonton. Isabella yang memang menaruh minat kepada soal-soal teologi,
berasa hairan kepada Peter Suci yang amat dihormatinya itu, kenapa apabila dia
tidak dapat menjawab sesuatu masalah yang ditimbulkan oleh lawannya, dia lalu
lari berselindung di balik tabir misteri ketuhanan.
Keributan
di tempat penonton semakin menjadi-jadi. Mereka tidak sabar menunggu jawapan
daripada paderi paderinya tentang kata-kata Umar yang agak pedas itu.
Tiba-tiba
Micheal bangun sambil memberi isyarat dengan tangannya supaya penonton berdiam
diri, dan berkata, " Saudara-saudara. Hari ini adalah konfrontasi antara
agama Kristian dengan agama Islam. Saudara-saudara telah tahu apa itu agama
Islam? Ia mewajibkan kahwin empat isteri, Membunuh orang-orang bukan Islam
tanpa memandang bulu dan Rasulnya kahwin dengan sebelas perempuan dan……."
Umar
Lahmi melompat bangun dan menetang Micheal dengan berkata: Kalau tuan-tuan
tidak dapat menjawab hujah saya, katakanlah dengan berterus terang, dan
kemudian APA SAJA KRITIKAN tuan-tuan terhadap Islam boleh dikemukakan, dan saya
dengan gembira akan menjawabnya satu-persatu." Dia kemudian memalingkan
badannya kepada hadirin, "Di mana letaknya moral tuan-tuan ini, kami
dipanggil ke mari ke tempat tuan-tuan, pertanyaan kami tidak dijawab,
sebaliknya mengeluarkan kata-kata yang meghina." Dia berpaling ke arah
Isabella. "Sekarang katakan apakah sikap para paderi saudari ini
wajar?"
Isabella
dengan segera bangun dan perkataan yang terpatah-patah berkata: "Saya
berasa dukacita bahawa baik Bapa Suci Peter mahupun Bapa Micheal tidak pernah
memberi jawapan kepada hujah-hujah yang dikemukakan. Permintaan saudara Umar
adalah adil……"
Peter
terus menegur. "Kau ini sudah gila bercakap merepek serupa itu."
Peter kemudian berucap kepada hadirin. "Sudah pasti anak gadis ini
diresapi oleh syaitan dan dia sudah tersisih dari Kristus. Tidak hairan kalau
dia sudah hilang ingatannya."
Catherine,
kawan Isabella segrea menjawab" Malang sekali tuan-tuan sedikitpun tidak
berlaku adil dan kepada Isabella pula tuan-tuan semua timpakan semua
kesalahan….."Peter melonjak bangun dan dengan nada marah
berkata."Usir perempuan-perempuan ini dari sini. Siapa yang membenarkan
mereka berada disni?"Perjalanan perbincangan telah terhenti buat seketika
lamanya. Para paderi dan hadirin sibuk dengan berurusan mengenai masalah
Isabella dan kawan-kawannya.Melihat keadaan yang agak ribut itu, Umar Lahmi
dengan suara yang nyaring merdu membaca beberapa ayat Al-Quran dari Surah
Mariam.Seluruh hadirn terpaku dan suasana yang tadinya kacau menjadi senyap
sunyi. Ada yang diam kerana terperanjat mendengar bacaan yang ganjil daripada
yang biasa diperdengarkan di dalam gereja. Para paderi yang kebingungan menutup
telinga mereka dengan hujung jari khuatirkan ayat-ayat Al_Quran itu menembusi
masuk ke dalam hati dan perasaan mereka. Ada sebahagian daripada orang-orang
Kristian di dalam gereja itu termasuk Isabella yang faham sedikit-sedikit
bahasa Arab terharu mendengar pujian-pujian terhadap Nabi Isa dan ibunya yang
suci dan bantahan-bantahan terhadap tohmahan orang-orang Yahudi yang
dilemparkan kepada mereka. Muka Isabella menjadi berseri-seri, tetapi dia
menguasai dirinya dengan sabar dan duduk tidak bergerak. Setelah selesai Umar
Lahmi membaca ayat-ayat suci itu, barulah Isabella membuka mulutnya, menyusun
kata-kata dengan teratur dan tenang.
Isabella
Part 4 : Bedebat dengan Ketua Paderi
Isabella
mula membuka mulutnya untuk berkata, "Tuan-tuan. Saya memohon kepada
tuan-tuan semua untuk menjadi saksi bahawa saya adalah seorang Kristian yang
sempurna. Oleh sebab itu, saya tidak mahu agama Kristian
diperhinakan....." ucapan Isalbella, tiba-tiba dipintas oleh Peter.
"...Tuan yang dihormati. Masalahnya sekarang ialah tuan tidak dapat
memahami realiti kepercayaan agama Kristian dan kedatangan tuan-tuan ke mari
pun bukan itu tujuannya," kata Peter. "Tetapi andaikata tuan mahu
menyambung perbincangan ini, tuan mesti menjawab pertanyaan saya dahulu."
"Baiklah!" ujar Umar Lahimi. "Saya beri kebebasan kepada tuan
untuk mengemukakan pertanyaan apa saja dan saya dengan rendah hati akan
menjawabnya." "Apakah Quran ada memuji Kitab Injil? Apakah tuan
percaya dengan Kitab Injil?" tanya Peter. "Sudah tentu Al-Quran memuji
Kitab Injil dan kami orang Islam percaya dengan kitab Injil, Taurat, Zabur dan
semua kitab yang disampaikan oleh nabi-nabi," ujar Umar. "Kemudian,
kenapa tuan tidak percayakan Kitab Injil kami?" kata lagi Peter.
"Kerana ia BUKAN KITAB INJIL," jawab Umar Lahmi. "Sekiranya
seseorang itu menyusun sebuah fiksi(karangan) dan menamakannya ''INJIL'', maka
kami tidak terikat untuk mempercayainya kerana ia bukan Kitab Injil tetapi
hanya menjudulkan saja serupa itu. Tuan boleh letakkan di hadapan kami Kitab
Injil yang disebut di dalam Al-Quran."
"Jadi,
Injil yang disebut dalam Al-Quran itu berlainan dari Kitab Injil kami?
Buktinya?" Peter dengan ghairah memajukan pertanyaannya untuk memerangkap
Umar Lahmi. Umar Lahmi seperti yang sudah dijanjikan, menghadapi masalah itu
dengan tenang. "Benar, walaupun Al-Quran menyebut-nyebut tentang Kitab
Injil yang tulen, telah menyebut juga tentang kepalsuan ''INJIL'' ini dan
menunjukkan pernyataan-pernyataan yang salah di dalam Injil itu sendiri."
"Jadi, apakah pernyataan-pernyataan salah Kitab Injil kami ini?"
tanya Peter lagi. Umar Lahmi tersenyum kecil. Dia lalu mencapai Kitab Injil
yang ada di depannya lalu membuka. "Sebagai contoh. Injil Matius bab 12:46
- 53, Jesus telah menolak mengakui ibunya Siti Mariam dan saudara-saudaranya
kerana tidak melakukan kehendak bapanya di syurga.
Penolakan ini samalah sebagai MENUDUH ibunya murtad, padahal Al-Quran kami
menyebutkan ''SIDDIQA'' yang bererti dia bukannya murtad tetapi seorang yang
beriman dan warak. Dalam ayat yang sama dalam Injil Matius bab 12:46-50 itu
juga jelas menunjukkan keangkuhan Jesus dan ketidaksopanannya terhadap ibunya,
meskipun di dalam Taurat melarang keras menghormati dan memuja ibu. Tetapi
Al-Quran menyebutnya, bahawa itu salah dan mengatakan yang Jesus telah berkata
bahawa dia patuh kepada ibunya dan telah dilarang berbuat baik kepada ibunya
itu. Ataupun seperti yang disebut dalam Kitab Injil bahawa Jesus telah dikutuk
dan kerana kutukan tersebut maka dia telah disalibkan * (*nota: sebagai bukti
bahawa Kristus telah d! ikutuk lihat buku Galatia 3:12-13). Tetapi Kitab Suci
Al-Quran* menyebut ''Roh Kudus'' dan ''Kalimat Allah'' dan bahawa ''Al-Masih
Isa bin Mariam seorang yang mempunyai kemegahan dan kemuliaan di dunia dan di
akhirat dan salah seorang yang diperdekatkan kepada Allah." (*nota:
Al-Quran surah 3, ayat 45) .Tiba-tiba satu suara sumbang kedengaran muncul dari
khayalak ramai. "Itu salah! Injil mengatakan dia(Isa) itu Tuhan".
"Ya. Sangat menakjubkan. Menurut tuan, Tuhan juga boleh dikutuk. Tuan
telah mengutuk Kristus di samping mengakuinya sebagai Tuhan tanpa memperdulikan
sedikitpun bagaimana Tuhan yang menjadi sumber segala kebaikan dan kesempurnaan
itu pantas dikutuki," kata Umar menjawab suara sumbang itu. "Yang
patut dikutuki ialah SYAITAN, bukannya tuhan. Agama Islam tidak memuja Kristus
sebagai dewa, tetapi menganggapnya sebagai manusia biasa dan pada masa yang
sama dia seorang yang bebas dari dosa dan diakui kesuciannya. Nah! cuba pilih
apakah ''TUHAN'' yang terkutuk itu baik dan suci ataupun seorang manusia yang
bebas dari dosa?" Peter menyampuk, "Kalau tuan ada mempunyai Injil
yang original yang diakui Quran, nah sila bawa ke mari kepada
kami.""Tuan tidak berhak memintanya daripada kami !. Jika tuan telah
mengakui terlebih dulu bahawa Injil tuan itu karangan dan DIPALSUKAN, pada
waktu itu barulah boleh tuan datang kepada kami meminta Injil yang sebenarnya.
Saya sudah buktikan bahawa Kitab Suci Al-Quran tidak mengesahkan kesahihan
Injil yang ada sekarang ini tetapi telah membuktikan kepalsuannya dan secara
terang-terangan menceritakan keslahan-kesalahan Injil sekarang. Cuba bayangkan,
bolehkah Injil ini yang memuja Kristus, dan kemudian terbunuh di atas salib
menjadi Injil yang diakui oleh Al-Quran? Dalam Al-Quran dirakamkan kata-kata
Kristus. ''INNI ABDALLAH'' -aku hamba Allah dan padahal mereka tidak membunuhnya
dan menyalibnya*. (*Nota: Al-Quran surah 4, ayat 157). Apakah Al-Quran
mengesahkan Injil tuan atau membuktikan kepalsuannya?" "Bukankah
Quran ada menyebut Jesus itu sebagai ''Roh Kudus'' dan ''Kalimat Tuhan''?
Bukankah ini satu bukti bahawa dia mengatasi manusia?" Peter bertanya.
"Benar. Kitab suci Al-Quran ada menyebut Nabi Isa sebagai ''Kalimat
Allah'', tetapi ia juga ada menyebut bahawa Kalimat Allah'' itu tidak terkira
banyaknya dan jika semua lautan dijadikan dakwat dan semua pokok di dunia
dijadikan pena masih saja tidak akan sanggup menceritakan semua ''Kalimat
Allah'' kerana kalimat-Nya tidak terperi banyaknya. Jadi, Krisus juga salah
satu daripada ''Kalimat Allah''. Mengenai Kristus menjadi ''Roh Kudus'' maka
hal ini juga tidak akan melebihkannya daripada manusia lain sebab kalimat yang
sama juga digunakan untuk Nabi Adam a.s. Dalam Al-Quran ada menyebut: ''Maka
apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku, maka
tiaraplah kamu kepadanya dalam keadaan bersujud'' * (*nota: Al-Quran surah 15,
ayat 29). Jadi, dengan kalimat yang sama maka Kristus juga serupa dengan Adam.
Jikalau Kristus menjadi ''Tuhan'' maka Adam juga demikian dan semua
anak-cucunya juga ''Tuhan''."
Peter
segera menyampuk, "Sekiranya Quran ada mengatakan Adam sebagai Roh Kudus
maka itu adalah satu kesalahan kerana tidak ada ''Roh Kudus'' yang lain selain
dari Kristus." Umar Lahmi tersenyum geli mendengar sangkalan si paderi tua
itu. Dia lalu berkata dengan tenang. ''Tuan fikir seluruh isi Al-Quran itu
salah, tetapi tuanlah yang mendesak supaya ketuhanan Kristus dibenarkan oleh
Al-Quran. Jadi saya telah MEMBUKTIKANNYA bahawa dia( ISA ) BUKAN Tuhan, begitu
juga Adam. Andaikata dia boleh menjadi ''Tuhan'' kerana ''Roh Kudus'', maka
Adama.s. juga ''Tuhan''. Tuan telah mengatakan Al-Quran itu salah dalam hal
ini, jadi mengapa pula tuan membawa Al-Quran ke mari?" Mendengar jawapan
Umar itu, Peter menjadi agak gugup. Dia seolah-olah tenggelam punca sejurus
lamanya. "Tuan telah mengatakan bahawa Injil kami tidak tulen. meskipun
Injil itu telah disusun oleh murid-muird Kristus dengan bantuan Roh Kudus.
Quran juga memuliakan mereka ini dan mengangapnya sebagai orang beriman. Injil
ini telah dianggap SAH oleh penganut Kristian sedunia," kata Micheal cuba
mengutarakan hujah baru. "Persoalannya," jawab Umar dengan tenang.
"Ialah apakah benar Injil itu disusun oleh murid-murid Kristus yang khusus
untuk tujuan itu, atau beberapa orang yang menggunakan nama murid-murid
Kristus. Malah orang-orang Kristian sendiri ada yang tidak sependapat bahawa
murid-murid Kristus yang menyusun Injil itu. Al-Quran sendiri tidak mengaku
Injil yang disusun itu! Al-Quran hanya mengakui Injil yang disampaikan kepada
Kristus langsung dari Allah, seperti yang termaktub dalam ayat SURAH AL-HADID,
yang kira-kira maksudnya, ''Kami berikan kepadanya Injil'' dan di dalam Surah
MARIAM ayat 30 pula ada disebutkan kira-kira begini: ''Putera Mariam berkata:
''Sesungguhnya aku adalah seorang hamba Allah. Dia pasti memberikan kepadaku
Kitab(Injil) dan Dia pasti akan menjadikan seorang nabi.'' Nah!, tuan-tuan
mengakui bahawa Injil itu disusun oleh murid-murid Kristus,
sedangkan
Al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa Injil itu DIWAHAYUKAN kepada
Kristus."Sebaik saja selesai Umar Lahmi berkata, keadaan dalam gereja itu
terganggu apabila bapa Isabella(Ketua segala Paderi) tiba-tiba muncul.
"Gelanggang gusti apakah yang telah kamu lakukan di sini? Kamu telah
becakap dengan orang-orang yang tidak beriman di dalam gereja yang suci ini dan
perbuatan kamu ini telah menganggu kepercayaan orang-orang Kristian."
Tempelakan ketua paderi itu membuat para paderi yang berada dalam majlis itu
tergamam dan terkejut. Kulit muka Isabella yang tadinya merah, menjadi pucat
lesi. Suasana di dalam dewan itu hening seketika. "Bapa yang suci. Apa
yang bapa katakan itu benar sekali. Tidak ada manfaat apa-apa kecuali kerugian
kita berbincang dengan orang yang tidak beriman ini. Tetapi, apakah bapa ingin
kita diperhinakan dan dipermalukan di seluruh Sepanyol ini? Bolehkah kami(para
paderi) meletakkan harapan bahawa bapa yang mulia bersedia untuk menjawab
masalah yang ditimbulkan oleh orang-orang Islam ini?" Bapa Isabella, ketua
paderi itu terdiam sebentar.
Air
mukanya kembali tenang, rasa marahnya pun menjadi berkurangan. Setelah
berfikirkan sejenak, dia lalu memandang Micheal. "Amat malang, kamu tidak
dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan yang remeh-temeh serupa itu dan kamu
menjadi bodoh sesudah mempelajari masalah-masalah teologi. Bolehkah orang-orang
Islam ini dibawa kejalan yang benar sesudah mendapat jawapan yang
memuaskan?" Micheal yang kena tempelakan ketua paderi itu segera menjawab.
"Ya! Ya! Mereka telah berjanji dengan bertulis." Mendengar jawapan
itu, Ketua paderi itu tersenyum lalu berkata kepada Umar Lahmi dan
rakan-rakannya, "Tuan-tuan jangan ambil hati di atas kata-kata saya yang
kasar tadi. Sekiranya perbincangan ini menyinggung perasaan tuan, saya meminta
maaf bagi pihak yang hadir. Saya ingin mempersilakan sekali lagi tuan datang
semula ke dewan gereja ini esok pagi agar segala keraguan pihak tuan dan salah
pengertian tuan akan diselesaikan secara bijaksana."
Keesokan
paginya seperti yang dijanjikan, pertemuan Umar Lahmi dengan Ketua Paderi
diadakan di dewan Gereja itu. Isabella dan para paderi lain turut menjadi
pengikut setia perbincangan itu. Setelah semuanya duduk dengan selesa, ketua
paderi itupun berkata kepada Umar Lahmi. "Saya tidak mahu berbicara secara
terperinci dan memanjangkan perbincangan ini. Saya akan becakap SEPATAH-DUA
kata saja yang boleh mencapai tujuannya dalam beberapa minit. Apa yang saya
maksudkan ialah ISLAM dan KRISTIAN akan DIUJI tentang ajaran-ajaran dasarnya
dan agama yang dapat memperlihatkan ajaran-ajaran yang terbaik, itulah agama
yang BENAR. Bukankah begitu?" "Saya tidak ada bantahan. Memang benar,
hanya melalui ajaran sahajalah Kristian dan Islam itu dapat diketahui benar
atau palsunya." kata Umar Lahmi."Bagus. Bagus!" ujar si Ketua
Paderi dengan suara gembira. "Sudah tentu pertolongan Roh Kudus berada di pihak
tuan dan tuan akan segera dipimpin keluar ke lorong yang benar. Nah, saya ingin
nyatakan bahawa dalam setiap agama ada dasar-dasar prinsip dan perkara-perkara
yang terperinci. Saya mahu meletakkan di hadapan tuan inti dasar agama Kristian
yang tidak lebih dari SEPATAH perkataan dan sebagai balasannya, tuan juga mesti
memberikan inti dasar agama tuan dengan sepatah perkataan juga. Tuan
bersetuju?" "Silakan! Saya bersetuju saja dengan cadangan tuan
itu," jawab Umar Lahmi.Ketua Paderi dengan perasaan megahnya berpaling
kepada paderi-paderi lain dan berkata kepada mereka dengan nada menyindir, .
"Cuba lihat!. Beginilah caranya berbincang. Cuma dengan sepatah perkataan
saja isu dapat diputuskan." Kemudian dia berpaling semula kepada Umar Lahmi.
"Nah, sekarang dengar baik-baik. Inti dasar agama Kristian ialah ''KASIH''
. Dengan sepatah perkataan ini saja agama Kristian telah disingkatkan. Sekarang
giliran tuan pula memberikan inti dasar agama Islam dengan sepatah perkataan
juga."Umar Lahmi bingkas menjawab, "Saya berasa bangga untuk
menyatakan bahawa Islam telah meringkaskan inti dasar ajarannya dengan satu
perkataan saja yang meliputi semua dasar prinsip dan perkara-perkara yang
terperinci. Akar prinsip Islam dan ajarannya ialah ''TAUHID'' kata Umar Lahmi.
Isabella Part 5 : Kasih atau Tauhid
"Kalau
inti dasar Islam itu Tauhid, maka Kasih tidak termasuk di dalamnya. Selain
daripada itu kami (orang Kristian) juga mengatakan tauhid sebagai inti agama
kami," ujar Ketua Paderi itu.
"Kalau tauhid menjadi inti dasar agama tuan, tuan harus mengetengahkannya.
Kenapa pula tuan katakan kasih sebagai dasar agama tuan. Dan amat salah
mengatakan dengan menerima tauhid sebagai inti dasar agama, kasih terkeluar
daripadanya. Sebaliknya, menurut kenyataan bahawa kasih itu datang dari tauhid.
Kalau tauhid tidak diambil dengan segala aspeknya maka kasih menjadi perkataan
yang tidak bermakna. Untuk menerima kasih sebagai inti dasar agama, bererti
PENOLAKKAN total terhadap tauhid terhadap tauhid atau MENIDAKKANNYA sebagai
inti dasar agama tuan," jawab Umar Lahmi. Ketua Paderi menyambut jawapan
Umar dengan mengatakan, "Pokoknya ialah tauhid itu datangnya dari kasih,
dan bukannya kasih dari tauhid."
"Itu
satu logika yang salah. Kalau tuahid datang dari kasih, maka kasih menjadi
perkataan yang tidak bermakna. Kerana tanpa tauhid, yakni kesaksian akan
keesaan Allah, akan MENIDAKKAN KASIH kepada Allah yang sebenarnya, kerana
kasihkan Allah bergantung kepada ilmu tentang ketuhanan, dan ketauhidan
merupakan pengakuan yang hakiki akan Allah. Dengan hanya kasih sahaja, belum
lagi cukup untuk menjadi bukti kasihkan Allah." Umar Lahmi menghujah
kata-kata Ketua Paderi itu. "Tuan telah memulakan semula perbincangan yang
panjang. Apa yang saya maksudkan ialah kasih tidak ada tempat dalam
Islam," ujar ketua paderi itu.
"Kalau
kasih tidak ada tempat di dalam Islam," sahut Umar dengan cepat."maka
bererti kasih tidak wujud sama sekali di dalam dunia ini. Walau bagaimanapun
benarnya kata-kata tuan itu, tetapi tidak ada sedikit juga kesan-kesan kasih
dalam agama Kristian. Kasih cuma permainan bibir. Tidak ada ukuran dan tidak
ada bukti." Ketua Paderi itu mulai meradang. Air mukanya, berubah.
"Begini! Sudah menjadi cogankata yang terkenal di dalam kitab kami Tuhan
ialah kasih. Bukankah ini bukti tentang kasih itu?" "Cuma pengakuan
mulut saja," kata Umar Lahmi. "Kecuali ada ukuran kasih itu. Teori
kasih yang dikatakan itu tidak dapat diterima." "Kini tuan membuat
definasi tentang kasih pula. Bukankah dalam kitab kami ada disebutkan Tuhan
bapa? Bukankah bapa itu mengasihani anak-anaknya?" Umar Lahmi juga sudah
mulai gusar. Lalu dijawabnya. "Pokoknya, hanya dengan berulang-ulang
menyebut perkataan kasih sahaja kita tidak akan sampai ke mana-mana kecuali
semua syarat dipenuhi. Jikalau seseorang itu mengasihani seseorang yang lain,
maka dia harus membuktikannya dengan pengorbanan diri dan harta bendanya dan
barulah dapat dikatakan kasih yang sejati.Oleh sebab itulah Islam telah
menentukan ketaatan dan amalan sebagai kriteria kasih yang dengan perkataan
lain disebut pengorbanan diri dan harta benda. Dalam Al-Quran, Allah berfirman
kepada Nabi Muhammad s.a.w "Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka
ikutilah akan daku agar kamu dikasihi oleh Allah dan diampumi dosa-dosamu; dan
Allah Maha Pengampun lagi sentiasa mencurahkan rahmat-Nya. Katakanlah! Taatlah
akan Allah dan akan Rasul-Nya. Jika mereka tetap berpaling, maka sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir. (*nota: Al-Quran, surah Al-Imran,
ayat 31-32). Ayat ini telah memberikan ketentuan tentang ukuran kasih yang
membezakan diantara kasih sejati dengan kasih palsu. Tetapi di dalam agama
tuan, tidak ada kriteria kasih ini. Sesiapa yang munafik boleh saja bangun
berdiri dan berkata dia kasihkan Allah." "Tuan mulakan lagi perbahasan
yang panjang. Saya mahu segala sesuatu itu meliputi banyak hal supaya keputusan
dapat dicapai dengan segera. Bagaiamanapun, jikalau Quran tuan juga ada
menyebut Tuhan Bapa maka mana satu tingkat kasih yang paling tinggi?"
Ketua Paderi itu bertanya. "Kalau Al-Quran menggunakan perkataan bapa
untuk Tuhan, maka itulah bukti yang paling besar akan KETIDAKSEMPURNAANYA.
Islam tidak pernah menggunakan perkataan yang mengelirukan ini untuk Tuhan,
tetapi sebaliknya ia ada menggunakan perkataan-perkataan yang lebih agung ertinya
dibandingkan dengan perkataan ''bapa'' , " jawab Umar Lahmi.
"Mulut
tuan terlalu lancang, mengatakan perkataan ''bapa'' itu mengelirukan."
Nada suara Ketua Paderi agak meninggi kerana dipengaruhi oleh perasaan marah.
Lehernya kelihatan tegang dan mulutnya berbuih sedikit. "Cuba beritahu
saya cepat apa perkataan yang digunakan oleh orang Islam sebagai ganti yang
lebih baik daripada perkataan ''bapa''?"
Melihat
kemarahan Ketua Paderi itu, Umar Lahmi dengan tenang berkata: "Tidak ada
sebab untuk tuan naik marah. Saya hanya mengatakan perkataan ''bapa'' itu
mengelirukan kerana ia menjadi dasar tugas sekutu Allah dan orang akan
mengadakan pula anak Allah. Tuan juga percaya kepada ketuhanan Kristus. Tentang
perkataan yang lebih baik sebagai ganti perkataan bapa, kami orang Islam
menggunakan perkataan ''RAB'' yang secara tidak langsung menyatakan ia zat yang
memelihara kita dari awal sampai akhir dan pemeliharaan-Nya tidak pernah
berhenti. Jadi, dengan menggunakan perkataan ''RAB'', Islam telah mengajar bahawa
pemeliharaan kasih Allah terus-menerus ada.
Tetapi
konsep ''bapa'' membawa makna bahawa bapa itu akan mengasuh anaknya sampai
kepada satu waktu yang tertentu sahaja, kemudian dia tidak akan diambil peduli
lagi. Selain daripada itu, seorang bapa hanya dapat memelihara anak-anaknya di
dalam perkara-perkara yang optional sahaja yang tidak dalam perkara-perkara di
luar dari keupayaannya. Sebagai contoh, kalau anak itu jatuh sakit, bapa tidak
dapat menyembuhkan penyakit itu, sedangkan orang yang di dalam pemeliharaan
Allah, adalah sebaliknya, kerana Dia mempunyai kuasa atas segala sesuatu dan
Maha Berkuasa. Pemeliharaan-Nya kekal abadi. Ini membuktikan bahawa perkataan
pemeliharaan adalah lebih sesuai dengan martabat Allah daripada perkataan bapa.
Lagipun, perkataan pemeliharaan menunjukkan ''Keesaan Allah (tauhid)''
sementara perkataan ''bapa'' pula menjadi punca menugaskan seorang sebagai
sekutu kepada Allah di dalam dunia."Ketua Paderi itu kelihatan gelisah
mendengar hujah Umar Lahmi, tetapi dia cuba juga menjawabnya dengan berkata:
"Pengaruh pemeliharaan yang tuan katakan itu tidak dapat dibuktikan di
dunia ini. Tuan tidak boleh menutup mata terhadap bapa. Jadi bagaimana orang
dapat menerima perkataan yang tidak ada erti dan tidak ada bukti di dunia ini.
Tuan tidak boleh menolak pengaruh kasih bapa." "Malang sekali
kepercayaan tuan kepada penebusan dosa telah mengaburi pandangan tuan, kalau
tidak tentulah tuan tidak akan berkata serupa itu," kata Umar.
"Tiap-tiap hari kita melihat anak kecil dipelihara dalam rahim
ibunya.Kanak-kanak, orang remaja, orang dewasa terus menerus dipelihara.
Pemeliharaan itu berterusan dari awal hingga akhir. Bukankah itu pekerkaan
''RAB'' yang kita saksikan setiap hari?" "Kitab Suci Injil mengatakan
bahawa Tuhan mempunyai kasih yang sedemikian rupa terhadap manusia di dunia ini
sehingga Dia mengorbankan puteranya yang satu itu untuk menyelamatkan manusia.
Apakah lagi bukti yang lebih baik tentang kasih bapa yang telah mengorbankan
anak yang dikasihinya kerana kasih?" kata Ketua Paderi."Keterangan
dari Injil itu sendiri telah MEMBANTAH dakwaan tuan. Tuan maksudkan bahawa bapa
itulah yang mengorbankan anaknya yang suci bersih demi manusia yang kotor dan
penuh dosa." kata Umar berhujah. "Itukah pernyataan kasih bapa yang
ditunjukkan dengan membunuh anaknya yang tidak bersalah? Tetapi ''RAB'' tetap
berlaku adil kepada sesiapa sahaja. Sebaliknya Dia menghukum orang yang zalim
.Al-Quran dalam Surah Al-An''am ayat 164 antara lain ada mengatakan" ''Dan
tiada seseorang yang berdosa memikul dosa orang lain.'' Tetapi bapa tuan
membunuh anaknya sendiri. Jikalau menyalib dan membunuh anaknya sendiri yang
tidak bersalah dan tidak berdosa dikatakan ''KASIH'', maka kita tidak akan menyebutnya
lagi sebagai kasih."
Ketua Paderi itu berpaling kepada para paderi yang lain sambil berkata, "
Semua yang telah saya katakan ialah perkara-perkara tinggi tetapi bagaimana
orang-orang ini dapat memahaminya?" Dia kemudian memandang Umar Lahmi.
"Hati tuan sudah tertutup. Kristus tidak bersedia menerima tuan. Sekarang
baiklah tuan pergi dari sini. Saya tidak mahu lagi berurusan dengan tuan. Tuan
kemari hanya menggusarkan saya saja." Kemudian dia berpaling kepada
paderi-paderi yang lain. "Kalian juga jangan lagi berurusan dengan
orang-orang ini. Kalian sudah melihat betapa mereka sangat keras kepala. Tidak
dapat menyetujui apa pun juga."
"Tapi
tuan…" Umar Lahmi mahu membantah. "Tutup mulut tuan." Ketua
Paderi itu membentak. "Saya sudah tahu akan tujuan tuan datang kemari dan
tentang apa yang tuan ingin berbincang dengan kami.." Sambil menghucapkan
kata-kata itu, ketua paderi memperlihatkan tatakrama Kristian. Dia terus bangun
lau keluar dari dewan itu.
Melihat
keangkuhan ketua paderi itu, Umar Lahmi dan kawan-kawannya lalu bangun dan
dengan suara kuat berkata, "NASRUN-MIN-A-ALLAHI WA FAT-HUNQARIB".
(*Nota: Al-Quran surah Ash_shaf, ayat 13: ''Pertolongan dari Allah dan
kemenangan yang sudah dekat'').
Mereka
semua keluar sambil terus mengucapkan kata-kata di atas, sementara para paderi
serta hadirin masih lagi belum hilang perasaan terkejutnya kerana sikap ketua
suci mereka yang tiba-tiba saja meninggalkan perbincangan itu. Isabella hanya
mengeleng-gelengkan kepalanya dan tunduk malu terhadap tindakan bapanya, ketua
paderi itu.
Isabella Part 6 : Isabella Menerima Sinar
Keislaman
*Nota: Kisah
suka-duka, pahit-maung malah ada yang melucukan Isabella serta rakan-rakannya
semasa disiksa, dihina oleh Ketua Paderi, rahib dan paderi-paderi, sehinggalah
dia memperdayakan rahib-rahib dan seterusnya meninggalkan ajaran Kristian tidak
akan diceritakan dalam e-mail ini. Carilah novel Isabella. (terbitan MARWALLIS
PUBLISHER) Tujuan saya menurunkan cerita ini hanyalah sekadar untuk menunjukkan
perbandingan Kristian dan Islam seperti yang disiarkan oleh novel ini .Semoga
kita mendapat manfaat darinya.
Cordova, di negeri Sepanyol pada ketika itu adalah merupakan pusat keilmuan
sedunia. Para cendekiawan dan ahli hukum Islam yang terkemuka sering
mengunjungi tempat itu dari berbagai-bagai tempat.Ziad bin Umar merupakan salah
seorang daripada ahli falsafah, pentafsir Al-Quran dan Hadis yang ulung. Tempat
kediamannya terletak tidak jauh dari kampus Universiti Cordova. Biasanya,
sesudah selesai Isyak, orang-orang yang hauskan ilmu, akan berkumpul di
rumahnya. Pada suatu hari, iaitu setelah hampir sebulan berakhirnya perdebatan
di antara Umar Lahmi dengan Ketua Paderi, satu pertemuan yang biasa sesudah
Isyak, telah berlangsung di rumah Ziad bin Umar yang dihadiri oleh para
cendekiawan dan ilmuan yang terkenal. Setelah semuanya duduk, Ziad pun bertanya
akan kesihatan masing-masing dan kemudian dia berkata kepada Umar Lahmi.
"Mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayat-Nya kepada usaha-usaha
anda yang mulia. Anda telah berdakwah seruan kebenaran sampai ke dalam rumah
orang-orang kafir dan menundukkan pula mereka itu. Anda telah menyampaikan
seruan Allah." Umar Lahmi dengan rendah hati menjawab,"Semuanya
adalah berkat doa dan perhatian anda semua juga".Satu suara lain terdengar
di antara para hadirin." Saya dengar orang-orang Kristian mahu membunuh Isalbella."
"Sebegitu jauh Isabella telah mengambil langkah-langkah melindungi
dirinya. Dia merahsiakan keislamannya sehingga belum ada yang mengetahui bahawa
dia sudah memeluk agama Islam." jawab Umar Lahmi. "Isabella ada di
sini?" tanya Ziad dengan nada gembira. "Ya. Dia ditempatkan di bilik
sebelah dan kalau ada izin daripada saudara, maka dia boleh dibawa
mengadap," jawab Umar. "Sudah tentu. Bawa Isabella kemari," kata
Ziad. Isabella dijemput masuk ke majlis itu.
"Anakku Isabella," ujar Ziad. "Saya bersyukur dan megucapkan
tahniah di atas pilihanmu kepada jalan kebenaran.""Bapa yang
mulia...." Isabella mula berkata. Tetapi Ziad mengangkat tangannya
menyuruh dia bersabar. "Anakku," kata Ziad. "Panggilan yang
serupa itu jangan kau gunakan lagi. Di dalam Islam ada persamaaan hak yang
sempurna. Tugas suci orang-orang alim ialah membimbing orang-orang Islam
menurut Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w. Menjadi tugas setiap muslim
untuk megikut bimbingan itu dan bukan mendewa-dewakan mereka ataupun menjadikan
mereka itu berkuasa di atas semua urusan kehidupannya." Isabella berasa
malu. Cahaya kemerahan naik ke pipinya. "Ajarlah saya bagaimana caranya
mahu memanggil tuan dan pemimpin-pemimpin Islam yang
lain.""Panggillah saya dan orang-orang Islam lainnya dengan panggilan
saudara atau kalau mahu ditambah, gunalah perkataan tuan sahaja," kata
Ziad. "Anakku," kata Ziad kepada Isabella. "Dengar baik-baik
kataku ini. Kamu menerima Islam ialah sesudah membersihkan semua keraguan yang
ada di dalam dirimu. Jangan sesekali kerana kecurangan atau muslihat. Allah
mengkehendaki keikhlasan hati dan Al-Quran menyebut bahawa hidup dan mati
seorang Islam, solat dan baktinya, duduk dan berdiri, tidur dan berjala,
tiap-tiap sesuatunya adalah kerana Allah semata-mata dan kerelaan Allah
hendaklah menjadi tujuan hidupnya." "Saya mengaku bahawa Allah
menjadi saksi, tuan. Saya menjejaki ambang Islam ini bukanlah kerana nafsu atau
muslihat. Juga bukan kerana tujuan inginkan kekayaan dan kekuasaan. Tuan
sendiri tahu tentang penghormatan yang diberikan kepada bapa saya di Cordova
ini dan juga di seluruh Sepanyol," Kata Isabella.
"Allah akan
melimpahkan rahmat-Nya kepadamu dan memberikan keteguhan serta nikmat-Nya yang
tidak terhingga," ujar Ziad. "Amin!" Semua hadirin serentak
mengucapkannya. "Apakah ada orang lain yang telah mengikut kau untuk
menganut Islam?" tanya Ziad. "Ya, tuan. Empat kawan saya yang sudah
hilang kepercayaannya kepada agama Kristian dan sudah tertarik kepada
Islam," ujar Isalbella. "Dengan izin Allah, esok atau lusa saya akan
membawa mereka ke mari supaya segala sisa-sisa keraguan dan syak wasangka
tentang Islam dapat dibersihkan melalui penjelasan yang akan diberikan oleh
pihak tuan."Saudara Isabella," Umar Lahmi menyampuk. "Siapakah
gerangan kawan-kawanmu itu ? " "Salah seorang daripadanya adalah anak
guru teologi saya, Paderi Micheal. Mereka semua pernah mengikuti perbahasan
tuan," ujar Isabella.
Maka pada hari
itulah, secara rasminya Isabella telah memeluk agama Islam dan kini sedang
tekun mendalami Al-Quran serta ilmu-ilmu agama
Isabella Part 7 : Surat Isabella kepada
Bapanya
Surat
daripada Isabella kepada ayahnya (ketua paderi) ini telah dibuka dan dibaca
oleh Micheal (bekas guru Isabella) di hadapan Ketua Paderi dan para paderi lain
di dalam satu perhimpunan sulit di dalam perpustakaan gereja itu. "Semua puji-pujian kepada Allah,
Tuhan seru sekalian alam.Yang telah menciptakan langit dan bumi dan segala isi
yang ada di dalamnya dengan kekuasaan-Nya yang mutlak dan Dia di samping
menyusun sistem lahiriah juga menyusun sistem batiniah melalui wahyu dan
nabi-nabi dan selawat serta salam kepada junjungan yang telah datang melepaskan
dunia dari kemungkaran dan kegelapan serta membawanya ke dalam cahaya keimanan
dan memimpin kita ke jalan yang benar yang telah diterokai oleh nabi-nabi yang
terdahulu dan membawa kita kepada Allah yang menjanjikan kedamaian dan
keselamatan yang abadi." "Bapaku yang dihormati!Ketahuilah bapa
bahawa anakmu ini telah menerima Islam yang menurut penyelidikanku ialah
satu-satunya agama yang bebas dari kemungkaran dan kebatilan, yang memimpin
kita ke jalan keselamatan. Saya telah menolak agama Kristian kerana ia penuh
dengan ketahyulan dan kekufuran dan bertentangan dengan ajaran semua nabi. Saya
perturunkan di sini perbandingan-perbandingan untuk menunjukkan kebenaran Islam
kepada bapa."
1. Dalam ISLAM, Allah itu Esa dan tidak bersekutu dengan apapun juga. Dia unik
dengan segala kebaikan dan kesempurnaan-Nya. Al-Quran menyebut Allah itu
tunggal. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Tidak ada suatupun yang
sama dengan-Nya. Dia wujud, tidak mati, tidak tidur, tidak mengantuk dan tidak
letih ataupun berhajatkan kepada semua yang dihajatkan oleh manusia. Kalau kita
hendak menyebutkan satu-persatu akan semua kesempurnaan-Nya, maka hendaklah
kita mempelajari Kitab Suci Al-Quran."
2.
Sebaliknya agama KRISTIAN percaya bahawa Tuhan itu bukan satu tetapi TIGA:
Bapa, Anak dan Roh Kudus. Jesus Kristus satu-satunya 'Putera Tuhan' dan dia
juga pencipta dan abadi seperti bapanya juga meskipun Injil mengatakan Jesus
itu makan dan minum, tidur dan jaga dan sangat bergantung kepada air, udara dan
tiap-tiap benda yang diperlukan oleh manusia dan di dalam dirinya terkumpul
semua keinginan duniawi. Seandainya Tuhan juga bergantung kepada semua perkara
seperti manusia, maka bagaimana dia layak menjadi Tuhan dan apakah ada
perbezaan lagi di antara Tuhan dan manusia?
Kitab
suci Al-Quran mengatakan dengan tegas bahawa sesiapa yang mengatakan Kristus
itu Tuhan atau Putera Tuhan, maka dia telah menyekutukan Allah dan menjadi
kafir dan orang-orang Kristian dengan menjadikan Kristus sebagai Putera Tuhan,
maka mereka telah memfitnah Tuhan!. Al-Quran telah mengajar bahawa Kristus,
seperti juga Musa, Daud, Sulaiman, Yahya, Hud, Nuh dan lain-lain nabi adalah
sebagai utusan dan nabi, dan mereka juga manusia, makhluk dan bukannya
pencipta. Nah, cubalah bapa fikirkan sendiri betapa jelas dan munasabahnya
ajaran Kitab Suci Al-Quran ini dan betapa agama Kristian amat mengusutkan dan
tidak masuk akal!"
3.
Menurut ISLAM, tiap-tiap manusia dilahirkan di dalam keadaan suci dan bebas
dari dosa dan apabila ia beransur dewasa, pengaruh-pengaruh luar telah
meyesatkannya. Allah telah memberikan akal kepada manusia supaya mematuhi
hukum-hukum-Nya dan menjauhi benda-benda yang terlarang. Al-Quran mengatakan
bahawa Adam tidak melakukan dosa dan semua nabi adalah suci dan bersih dari
dosa dan dengan sebab itu masalah dosa yang diwarisi adalah perbuatan syaitan.
Agama
KRISTIAN sebaliknya mengatakan bahawa tiap-tiap orang orang itu berdosa sejak
ia lahir, sehingga dengan demikian nabi-nabi juga melakukan dosa dan dosa nabi
Adam menyebabkan semua manusia berdosa. Ternyatalah sekali betapa kepercayaan
ini tidak ada logiknya, tidak munasabah dan bertentangan dengan bukti-bukti
intuisi yakni kerana Adam melakukan dosa, dosa yang sebenarnya tidak pernah
dapat dibuktikan, semua manusia menderita seksaan. Jadi dalam masalah ini juga
kitab Suci Al-Quran adalah benar dan adil dan ketetapannya logik, munasabah dan
menurut sunah nabi-nabi."
4. Keutamaan yang diberikan oleh Al-Quran ke atas akhlak dan guru-guru ialah
tentang betapa mulia dan tingginya moral itu, hal yang serupa itu tidak
diketemui di dalam lain-lain agama. Islam mengatakan bahawasanya manusia itu
tidak memperoleh selain dari apa yang diusahakan dan usahanya itu kelak pasti
akan dilihatnya. Kemudian diberikan kepadanya balasan yang cukup sempurna
terhadap usahanya (*NOTA: Al-Quran; surah 5; ayat 39-41) dan yang demikian itu
adalah ajaran dari semua nabi. Tidak ada orang yang akan memikul beban orang
lain, tetapi tiap-tiap orang memikul tanggungjawab ke atas semua perbuatannya,
maka dengan ajaran suci serupa inilah yang memberikan manusia itu ajaran-ajaran
kemuliaan dan yang menggesanya untuk berbuat kebajikan.
Tetapi
agama KRISTIAN sebaliknya mengajarkan bahawa Jesus Kristus telah memikul beban
dosa semua orang yang berdosa lalu disalibkan dan dia menjadi penebus semua
orang yang berdosa itu. Perbuatan dosa telah dilakukan oleh beribu bahkan
berjuta manusia tetapi hukumannya telah dikenakan ke atas seorang manusia suci,
satu-satunya 'Putera Tuhan'. Ajaran ini di satu pihak membuat manusia itu tidak
berguna dan memalukan sementara di satu pihak yang lain menjadikan seseorang
itu hilang kepercayaan kepada dirinya sendiri dan dengan demikian harga dan
nilai dirinya jatuh di matanya sendiri, dan selain daripada itu kepercayaan ini
merupakan satu perlanggaran kepada kesucian Tuhan."
5.
Apabila Kitab Suci Al-Quran diturunkan kedunia, maka ia telah menerangkan semua
kebenaran, kebenaran yang telah lama dilupakan dan punca-punca kebenaran itu
telah dicemarkan. Islam meletakkan semula kemuliaan semua nabi dan membantah
semua tuduhan palsu yang ditimpakan kepada mereka. Ia mendedahkan
penyisipan-penyisipan palsu yang telah dilakukan di dalam kitab-kitab wahyu dan
membuat penjelasan akan keadaan yang sebenarnya melalui pendedahan itu. ISLAM
membantah tuduhan-tuduhan palsu dan tidak berasas terhadap Nabi Isa .a.s. yang
telah dibuat oleh sebahagian musuhnya dan juga kawan-kawannya. Dalam perkataan
lain, kerana usaha Islamlah yang telah meletakkan Nabi Isa a.s. pada tempatnya
yang sebenar dan telah membersihkannya daripada segala tomahan orang-orang
Yahudi dan juga orang-orang yang menamai diri mereka Kristian.
Orang-orang
Kristian itu pula yang telah menuduh semua nabi dengan tuduhan palsu, perzinaan
dan pembunuhan dan mengetengahkan Jesus Kristus dalam bentuk yang tidak
sempurna sehingga kalau tidak kerana kedatangan Islam yang mendedahkan
kebenarannya, maka tidak seorangpun yang mahu mengangapnya malah sebagai
manusia bermoral juga. Ini merupakan satu obligasi Islam yang tidak akan dapat
dibayar oleh Kristian. Orang-orang Kristian tidak sahaja MEMANIPULASIKAN
kitab-kitab Injil, juga telah menyusun beratus-ratus Injil atas nama Kristus.
Sekarang ini Injil-Injil palsu dan gelap yang disusun itu telah diletakkan di
hadapan kita, yang sedikitpun tidak ada kena-mengena langsung dengan Kristus.
Dalam Kitab Suci Al-Quran, terkumpul dan tersimpan dengan baik semua kitab yang
diwahyukan.
Oleh sebab itu saya MENJEMPUT semua orang Kristian membaca Kitab Suci Al-Quran
ini yang menjunjung kehormatan agama Kristian dan yang memberikan kepada kita
pengajaran dari semua nabi sepanjang zaman."
6.
ISLAM menyebutkan secara terperinci akan HAK-HAK kaum WANITA dan memerintahkan
pembebasan semua hamba abdi, meniupkan semangat persamaan dan persaudaraan di
kalangan umat manusia dan menetapkan perhubungan antara manusia dengan
Tuhan.Tetapi di dalam agama KRISTIAN, tidak ada SECEBIS tandapun tentang
hak-hak wanita. Hanya kepada orang lelaki diberitahu bahawa mereka boleh
menceraikan isterinya yang melakukan zina, tetapi tidak pula menyebut
sedikitpun tentang apa yang boleh dilakukan oleh si isteri ke atas
ketidaksetiaan suaminya. Tidak ada sepatah perkataan pun di dalam agama
Kristian tentang pembebasan hamba abdi."
7.
ISLAM menyuburkan moral manusia dan menyedian tatasusila yang tetap bagi
kemanusiaan. Dengan mematuhi peraturan itu, manusia boleh mengawal nafsunya
secara sederhana. Di dalam Al-Quran ada disebutkan; 'Barang siapa mengerjakan
kejahatan maka tidak dibalasnya melainkan dengan seumpamanya dan barang siapa
beramal soleh, baik dia lelaki mahupun perempuan, sedang dia seorang yang
beriman, maka orang-orang itu masuk ke dalam syurga; mereka diberi rezeki di
dalamnya dengan tidak terhingganya' (*NOTA: Al-Quran, surah 40, ayat 40).
Tetapi
di dalam agama KRISTIAN, ditekankan kepada satu aspek sahaja, iaitu yang
melakukan kesalahan tidak boleh dihukum, dan kalau dia menampar pipi kiri,
mesti menyerahkan pipi kanan pula untuk ditamparinya. Betapa pengajaran yang
serupa itu boleh diikuti oleh manusia di dunia ini? Betapa keamanan dan
ketenteraman dunia dapat dipertahankan dengan pengajaran serupa itu? Andaikata
mahu memperlihatkan kemaafan dan baik sangka dalam semua perkara. maka mengapa
Dia menciptakan nafsu amarah di dalam diri manusia dan kemudian membiarkan
bahagian dari naluri itu menjadi kering?"
Bapaku yang dikasihi. Ini adalah beberapa perkara sebagai satu ilsutrasi
tentang pengertian yang menyebabkan saya menerima Islam dan bagi bapa juga,
kalau ada satu jalan kebenaran yang mesti diikuti, maka bapa mestilah menerima
Islam seberapa cepat yang boleh dan menyatakan taubat segera di atas keragaman
ketuhanan di dalam agama Kristian yang benar-benar bertentangan dengan
sifat-sifat Tuhan dan menjadi penghalang kepada jalan manusia mencapai
kemajuan. Mudah-mudahan Tuhan menganugerahkan kepada bapa jalan istimewa untuk
menerima iman! Saya juga mendoakan bapa ke jalan yang benar dan moga-moga Tuhan
menyegerakannya. Amin!"
Anak
bapa,
Isabella.
Isabella Part 8 : Percanggahan Fakta/Ayat di
dalam Bible (Injil)
Setelah
lima hari berada bersama-sama Ziad bin Umar dan para cendekiawan Islam,
Isabella dan kawan-kawannya semakin mendalami pengetahuan mereka tentang agama
Islam. "Tuan yang dihormati."
Umar Lahmi mencelah. "Kawan-kawan Isabella meminta supaya mereka
diislamkan
secara rasmi dan diajar hukum-hukum Islam." "Kemudian Ziad memandang
kepada kawan-kawan Isabella seraya berkata, " Jadi inilah kawan-kawanmu
itu?" "Ya tuan," jawab Isabella berpaling memandang
kawan-kawannya yang duduk terpaku, takjub dengan perhimpunan yang dirasakannya
amat berlainan sekali dengan perhimpunan alim ulama agama mereka(Kristian).
"Itu Mirano anak guru saya, Micheal. Yang satu lagi Martha, Catherine dan
Hanana."
Umar
Lahmi lalu mendekati kawan-kawan Isabella sambil berkata" Mirano, Martha,
Catherine dan Hanana. Apakah kalian masih ragu-ragu tentang dasar kepercayaan
Islam?" Mirano bersuara, "Saya ingin mendapat sedikit penjelasan
tentang beberapa perkara," katanya. "Baiklah," kata Ziad. "
Kami tidak keberatan untuk memberi penjelasan. Memang benar, inilah caranya
setelah mendapat penjelasan yang memuaskan hati, barulah baik menerima agama
ini. Nah, tanyalah dan saya wakilkan Umar untuk menjawabnya."Mirano tersenyum
lebar. Dia kemudian berkata, "Tuan yang saya hormati. Mula-mula sekali
kami ingin diislamkan dahulu. Setelah itu barulah saya akan bertanya satu atau
dua masalah. Barang dijauhkan Tuhan! Saya sedikitpun tidak ragu tentang
Islam." Keempat-empat anak gadis itu pun diislamkan secara rasmi,
mengucapkan dua kalimah syahadat, mengucapkan mengakui dengan setelus hati akan
keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Semua yang hadir menadah
tangan memanjat doa kesyukuran kepada Allah Yang Maha Kuasa. Mereka lalu
menutup kepala masing-masing dengan kain selendang yang memang sudah dibawa
dari awal.Mirano kemudian mengemukan pertanyaannya. "Menurut orang-orang
Kristian, Kitab Taurat itu ialah HUKUM, dan Injil merupakan PENYEMPURNAAN
hukum-hukum itu. Jadi apabila telah ada hukum dan penyempurnaan, maka kita
tidak perlu lagi ada perkara-perkara yang lain termasuk juga Kitab Suci
Al-Quran. Al-Quran tidak perlu lagi kerana ia telah membenarkan Taurat dan
Injil maka sesuatu bantahan menjadi semakin beralasan."
"Dakwaan itu mesti dibuktikan dengan hujah-hujah." ujar Umar Lahmi.
"Tetapi dengan hanya mengangap bahawa Taurat itu hukum dan Injil itu
penyempurnaannya, maka sebagai lawannya, Kitab Suci Al-Quran ialah PEMBENARAN.
Pembenaran yang mencakupi kedua-duanya sekali, iaitu HUKUM dan KESEMPURNAAN.
Pembenaran itu telah disebutkan di dalam Al_Quran, surah Al-Ma''iadah ayat 48,
yang maksudnya kira-kira begini: '' Dan kami telah turunkan Al-Quran kepada
engkau dengan benar bahawa dia daripada Allah, sedang dia pula membenarkan
Kitab-kitab Ketuhanan-yang terdahulu daripadanya serta menguasainya''. Tetapi,
" kata Umar lagi. "Injil itu sendiri tidak pernah menggunakan
perkataan kesempurnaan. Dengan demikian, Kitab Suci Al-Quran telah terbukti
mencukupi kedua-duanya, hukum dan kesempurnaan."
"Taurat
dan Injil ada disebutkan di dalam Al-Quran dan sudah satu kemestian bagi
orang-orang Islam untuk menerimanya," kata Mirano. "Kemudian kenapa
orang-orang Islam tidak mempercayainya?" "Kerana orang-orang Kristian
tidak mempunyai Taurat dan Injil yang tulen," jawab Umar Lahmi.
"Jikalau Taurat dan Injil tidak wujud, kenapa pula Al-Quran
mengakuinya?" tanya Mirano lagi. "Al-Quran mengakui: Taurat dan Injil
ASLI, bukan yang dipalsukan dan yang dibuat-buat," jawab Umar.
"Kata
orang-orang Kristian, Taurat dan Injil mereka yang ada sekarang itulah yang diakui
oleh Al-Quran," kata Mirano."Baiklah!" kata Umar sebagai
menjawab kata-kata Mirano itu. "Saya akan bertanya kepada Kitab Suci
Al-Quran apakah ia menyetujui kitab Taurat dan Injil yang wujud sekarang ini
ataupun menganggapnya palsu. Al-Quran berkata menurut Surah Al-Ahqaf ayat 33,
kira-kira sebagai berikut: ''Bahawasanya Allah telah menciptakan langit dan
bumi dan Dia tidak pernah lemah''. Tetapi di dalam Taurat Kitab Kejadian 2:2-3
ada dikatakan bahawa ''menjelang hari ketujuh Tuhan telah menyelesaikan apa
yang sedang dilakukan dan berhenti bekerja. Dia memberkati hari ketujuh dan
telah memperuntukkannya sebagai hari yang istimewa kerana pada hari itu dia
telah meyempurnakan penciptaannya dan berhenti bekerja.'' BERHENTI
BEKERJA," kata Umar Lahmi, "bererti berehat dan bila seseorang itu
berehat dari kerja bererti dia penat. Jadi, dari yang disebutkan oleh Taurat
itu ternyatalah bahawa Tuhan itu berasa PENAT. Kitab Suci Al-Quran berkata
Allah tidak pernah penat. Nah, apakah Al-Quran menyetujui atau menolak
kenyataan itu? Taurat mengatakan Nabi Sulaiman menyembah berhala tetapi
Al-Quran menyangkal dakwaan itu. Nabi Sulaiman tidak akan melakukan perbuatan
orang-orang kafir.
Nah,
apakah Al-Quran menyetujui atau menolak Taurat? Sekarang cuba ambil kitab
Injil, keempat-empat kitab itu ada mengatakan tentang Jesus Kristus, (barang
dilindungi Allah), mati sambil menangis di atas salib, bahawa dia benar-banar
telah disalibkan tetapi Kitab Suci Al-Quran menafikan bahawa Jesus dibunuh oleh
orang-orang Yahudi dan tidak pula disalibkan. Kemudian Injil mengatakan Jesus
Kristus, (barang dilindungi Allah), mengaku menjadi Tuhan, Al-Quran dalam surah
Al-Ma''idah ayat 72 ada mengatakan kira-kira begini: '' Demi Allah telah kafir
segala mereka yang berkata: Sesungguhnya Allah, itulah Al-Masih anak Mariam,
sedangkan Al_Masih berkata: Hai Bani Israil, sembahlah olehmu akan Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu. Sesungguhnya siapa yang menyekutukan sesuatu dengan Allah,
maka sesungguhnya Allah mengharamkan atasnya syurga dan tempat kembalinya
adalah neraka dan sekali-kali penzalim-penzalim itu tiada mendapat penolong''.
Nah, sekarang dipersilakan siapa saja paderi Kristian tampil mengatakan secara
jujur dan adil, apakah kitab Suci Al-Quran itu mengakui atau menolak Injil
?" Mirano dengan gembira terus menjawab. "Tidak syak lagi bahawa
dengan bukti-bukti itu Kitab Suci Al-Quran tidak mengakui Taurat dan Injil yang
ada sekarang tetapi telah menolaknya."
"Sekarang, " kata Umar Lahmi. " saya akan memberikan satu
PRINSIP UMUM daripada Kitab Suci Al-Quran dan dengan prinsip itu, buku apa saja
boleh diuji, seolah-olah Kitab Suci Al-Quran itu sebagai batu ujian yang
dengannya kita boleh menguji semua kitab yang lain. Dalam Al-Quran Surah
An-Nisa'' ayat 82 ada disebutkan: ''Maka mengapakah mereka tidak memerhatikan
dan memikirkan, tujuan-tujuan dan maksud-maksud Al-Quran? Sekiranya Al-Quran
itu dari sisi selain daripada Allah seperti yang mereka katakan, tentulah
mereka dapati padanya perselisihan yang banyak''. Ayat Kitab Suci Al-Quran itu
jelas menegaskan bahawa kecuali kitab Allah, maka tidak ada kitab lain yang
bebas daripada PERTENTANGAN (contradiction), kerana manusia tidak kalis
daripada kesilapan dan kekeliruan dan walau bagaimanapun kepekaan seseorang itu
dalam menulis sesebuah buku namun kesalahan dan kekeliruan tetap tidak dapat
dielakkan. Dan buku yang ada kesalahan sudah tentu bukannya dari Allah, kalau
tidak, (barang dilindungi Allah), Allah akan dikatakan pelupa dan pembohong.
Nah, bolehkah sesiapa menolak prinsip ini?""Prinsip itu cukup wajar
dan adil ," jawab Mirano. "Sudah tentu kitab yang ada pertentangan di
dalamnya tidak boleh datang dari Tuhan Yang Sempurna. Tetapi apakah ada
pertentangan di dalam Taurat dan Injil?" "Banyak sekali
pertentangannya," jawab Umar Lahmi. "Kerana terlalu banyak sangat
pertentangannya, maka para pembacanya menjadi bingung. Sekarang mari saya cuba
prinsip-prinsip tadi, saudara akan melihat kenyataannya. Nah, berapa umur
saudari Mirano, cuba beritahu saya?" Mirano teragak-agak sebentar.
"Antara 21 atau 22, katakanlah saja 22," jawab Mirano kemudian.
"Bagus! Kalau saudara katakan umur saudari 22 dan satu jam kemudian 42,
apakah kedua-dua keterangan itu betul?" "Bagaimana boleh kedua-duanya
betul? Kalau saya katakan umur saya 42 tentu kenyataan itu salah! Bolehkah
kedua-dua itu dikatakan benar?" Mirano agak kebingungan sedikit dengan
kata-kata Umar itu.
"Nah,
sekarang cuba lihat di dalam Kitab Perjanjian Lama 2 Tawarikh 22:2-3. Di mana
disebutkan bahawa ketika Ahaziah ditabalkan menjadi raja menggantikan bapanya,
dia baru berusia 42 tahun. Tetapi di dalam Kitab Perjanjian Lama 2 Raja-raja
8:25 ada disebutkan bahawa waktu Ahaziah menjadi raja umurnya sudah 22 tahun!
Bolehkah kedua-dua keterangan ini diterima sebagai benar?"
"Tidak!"
jawab Mirano selepas menyemak kitab Injil yang dibawanya. "Satu saja
daripada kedua-dua keterangan itu yang benar dan yang satu lagi tentu
salah." "Masalahnya," kata Umar lagi. "Mana satu satu di
anatara keterangan itu yang benar tidak dapat dipastikan dan dengan demikian
kedua-dua kitab dari Injil itu menimbulkan keraguan. Tanda keraguan telah
dibubuhkan ke atas kedua-duanya. Dan cuba kita selidiki lebih lanjut. Dalam
Al-Kitab pada Injil Samuel 24:9 ada dituliskan bahawa Yoab memberitahukan
kepada raja hasil pendaftaran rakyat, Israel ada LAPAN RATUS RIBU orang yang
dapat memegang pedang, dan LIMA RATUS RIBU daripadanya orang-orang Yahudi yang
memikul senjata itu, tetapi di dalam kitab Injil 1 Tawarikh 21:5 dituliskan jumlah
orang-orang Israel ialah SEJUTA SERATUS RIBU yang dapat memegang pedang dan
orang Yahudi ada EMPAT RATUS TUJUH PULUH RIBU yang dapat memegang pedang. Nah,
apakah kedua-dua keterangan ini benar? "Tentulah salah satu sahaja
daripadanya benar," jawab Mirano.
"Kitab
yang menyebutkan angka-angka yang salah serupa itu tidak mungkin daripada
Tuhan," kata Umar Lahmi. "Tidak mungkin," ulang Mirano.
"Barang dijauhi Allah. Allah melindungi namanya dari dicemarkan serupa
itu, jadi lebih baiklah jangan dikatakan kitab-kitab itu dari Allah."
"Dengan adanya pertentangan serupa ini bolehkah orang menyebut Taurat dan
Mazmur itu wahyu Tuhan? Barang dijauhkan Allah, kesalahan-kesalahan serupa ini
dikatakan dari Allah." "Subhanallah!"'' keluh Mirano. "Ini
adalah hujah yang terang tentang betapa tak dapat dipercayainya Kitab-kitab
Kristian yang tidak dapat dijelaskan. Anak-anak kecil pun boleh memahami dua
kali dua empat." "Di dalam Injil kitab 2 Samuel 23 ayat 8 ada
disebutkan tentang 3 orang perajurit Nabi Daud yang gagah berani. Seorang
daripadanya bernama Josheb Basshebeth dari suku Tacheman, ia dengan senjata
tombak saja telah dapat membunuh lapan ratus orang musuh. (*NOTA: rujuk Good
News Bible) Tetapi di dalam Injil Kitab 1 Riwayat 10 ayat 11, yang menceritakan
tentang peristiwa yang sama, nama perajurit itu bukan Josheb Basshebeth tetapi
Joshobeam dari suku Hachmon dan dia hanya membunuh sebanyak tiga ratus orang
sahaja dengan tombaknya." (*NOTA: dalam Al-Kitab pada Injil 2 Samuel 23:8,
nama perajurit itu ialah Isybaal orang Hakhmoni dan pada Injil 1 Tawaarih 11:11
ialah Yasobam bin Hakhmoni.)"Oh, terlalu jauh perbezaannya," kata
orang-orang yang hadir. "Agak aneh," bersungut Mirano.
"Orang-orang Kristian tidak melihat kesalahan yang begitu menjolok."
"Mereka boleh melihat kesalahan -kesalahan itu jika mereka mahu membuat
penyelidikan dan mereka boleh menolak keteranagan-keterangan yang tidak betul
dan membuat penentuan mana yang betul," kata Umar. Tetapi mereka terus
berpegang kepada kesalahan-kesalahan itu seperti orang yang terlalu patuh
kepada kebenaran. Dan yang ajaibnya ialah kedua-dua kitab ini didakwa sebagai
wahyu dari Tuhan. Nah, salahkah kalau Al-Quran mengatakan tidak ada
pertentangan di dalam kitab Allah?" "Subhanallah!" sahut
Isalbella. " Betapa agungnya Al-Quran. Andaikata Al-Quran itu tidak
diturunkan, necaya tentulah tembelang kitab-kitab agama Kristian itu tidak akan
diketahui,".Setelah mendengar kata-kata Isabella itu, Umar Lahmi lalu
menyambung. "Setelah begitu banyak pertentangan di dalam Taurat dan Perjanjian
Lama yang tidak pernah mahu berkompromi, sekarang mari kita lihat pula kepada
Kitab Injil. Nampaknya setelah kita membuat penelitian yang saksama, maka
keempat-empat Kitab Injil yang wujud sekarang adalah lebih parah lagi. Yang
pertama Injil itu telah disusun dan ditulis dalam pelbagai bahasa. Kitab Injil
yang pada zaman dahulu dianggap sebagai wahyu Tuhan, maka sekarang ini tidak
lebih daripada satu ''APOCRYPHAL'' atau sumber yang diragukan dan disamping
Injil-Injil itu ada Injil lain pula yang digunakan. Seolah-olah Injil itu tidak
lebih daripada buku-buku teks sekolah yang boleh ditukar-tukarkan menurut
keadaan yang berlaku. Persidangan telah diadakan sebentar-sebentar untuk
memilih Injil-Injil yang berbagai-bagai itu seolah-olah wahyu dan kalam Allah
bergantung kepeada ketetapan gereja." "Ya," ujar Mirano.
"Pernah sekali saya mendengar daripada bapa saya, bahawa pada salah satu
persidangan itu setengah dari kitab-kitab itu telah disingkirkan dari daftar
kitab-kitab yang diwahyukan."
"Sekarang
mari kita cuba uji Injil itu dengan Kitab Suci Al-Quran tentang prinsip dan
standardnya dengan demikian dapatlah kita membuat ketetapan tentang betapa
goyahnya dan palsunya Injil-Injil itu," kata Umar Lahmi kepada Mirano,
Isabella dan kawan-kawan mereka yang diam tidak bergerak, terpesona dengan
kedalaman ilmu Umar Lahmi dan tentang pengetahuannya mengenai Kitab Injil yang
selama ini tidak pernah terfikirkan oleh mereka.
"Dalam
Kitab Matius 27 ayat 3, salah seorang pengikut Jesus Kristus yang bernama Yudas
telah menerima rasuah sebanyak tiga puluh keping wang perak untuk menyerahkan
Jesus Kristus kepada kerajaan dan apabila, barang dijauhi Allah, Jesus Kristus
telah dibunuh di atas salib, Yudas berasa sangat menyesal lalu pergi kepada
imam-imam ketuanya dan berkata: ''Aku telah berdosa kerana menyerahkan darah
orang yang tidak bersalah''. Yudas lalu mencampakkan duit itu, pulang ke rumah
dan membunuh dirinya sendiri. Tetapi di dalam Kitab Kisah Para Rasul bab 1 ayat
18, ada disebutkan bahawa Yudas dengan wang yang diperoleh dari perbuatan
khianatnya itu telah membeli sebidang tanah dan di sana dia jatuh terlungkup,
perutnya terbelah sehingga semua isi perutnya terburai keluar.''
Nah,
di dalam Kitab Matius, Yudas dikatakan telah MEMULANGKAN balik wang rasuahnya kepada
imam-imam ketua dan kemudian mengantung dirinya, sementara dalam Kitab Kisah
Para Rasul pula dikatakan Yudas membeli kebun dengan wang itu dan mati terjatuh
sehingga isi perutnya terburai keluar.
Inilah
DUA KETERANGAN YANG BERBEZA dari dua buah Kitab Injil yang berbeza pula yang
kedua-duanya didakwa sebagai wahyu menurut orang-orang Kristian atau Roh Kudus
menyuruh mereka menulisnya menurut wahyu yang disampaikan. Jadi beerti ketika
Roh Kudus itu pergi kepada penulis Kitab Matius dia mengatakan begini, kemudian
apabila dia pergi kepada penulis Kitab Kisah Rasul, dia mengatakan yang lain
pula. Sekarang, sama ada kita membuat anggapan Roh Kudus itu sebagai pembohong
dan menipu ataupun kita menolaknya secara total. Walaubagaimanapun adalah lebih
bijaksana kita menyatakan bahawa semua Kitab Injil itu palsu atau salah,
daripada kita meletakkan tuduhan kepada Roh Kudus. Kalau tidak, Tuhan dan Roh
Kudus juga ikut membuat dosa. "Nyatalah bahawa semua Kitab Injil yang
wujud sekarang ini palsu dan salah belaka dan tentulah musuh-musuh Kristus yang
telah memalsukannya itu untuk mencapai sesuatu maksud," sampuk Mirano.
"Itu
pertentangan dari dua buah Injil yang berlainan," kata Umar tanpa
menghiraukan komen Mirano itu. "Mari kita tengok PERTENTANGAN YANG
TERDAPAT DI DALAM SEBUAH INJIL YANG SAMA. Saint Paulus yang telah menyusun
syahadat trinitas yang menyebabkan semua penganut Kristian sesat sebab
menyekutukan Tuhan, telah diceritakan tentang bagaimana dia masuk Kristian. Ada
tiga tempat dalam Kitab Kisah Para Rasul yang menyebutnya danketiga-tiganya itu
BERBEZA, tidak sama! Betapa anehnya, bahawa Roh Kudus telah ''BERBOHONG'' di
tiga tempat di dalam kitab yang sama dan tentang peristiwa yang sama pula.
Dalam bab 9 ayat 3 Injil Kisah Para Rasul ada disebutkan bahawa Paulus sedang
dalam perjalanannya ke Damsyik dengan sahabat-sahabatnya ketika sudah dekat
dengan kota itu, tiba-tiba cahaya memancar dari langit mengelilingi dia. Dia
rebah ke tanah dan mendengar suatu suara yang berkata: ''Kenapa menganiayai
aku?'' Sementara sahabat-sahabatnya terus termangu-mangu. Mereka ada mendengar
suara itu tetapi tidak melihat seorang jua pun. Di dalam bab 22 ayat 6-7, kitab
yang sama menceritakan sahabat-sahabat itu ada melihat cahaya di langit tetapi
tidak mendengar suara dan dalam Injil itu juga pada bab 26 ayat 13, ditulis
bahawa Saint Paulus dan sahabat-sahabatnya dikelilingi oleh cahaya dan mereka
semua terjatuh ke tanah.
Nah!
cuba fikirkan, dalam SEBUAH INJIL, peristiwa yang sama telah diceritakan dalam
tiga versi di tiga tempat. Bolehkah kita membenarkannya?" tanya Umar
Lahmi. "Tidak mungkin," jawab Mirano cepat. " Ketiga-tiganya
palsu dan kalau pun salah satunya itu betul agak sukar mahu dipastikan."
"Apa penjelasan yang boleh mereka berikan?" tanya Umar Lahmi.
"mereka selalu mengelak dengan percakapan yang tidak relevan dan selalu menimpakan
kesalahan itu kepada jurutulis yang tidak mengambil berat. Sekalipun jawapan
mereka kita terima sebagai satu kebetulan, pertanyaan itu masih tetap belum
berjawab tentang kalimat yang sebenarnya dan yang mana pula kesalahan
jurutulis? Sebagai contoh, umur seseorang dalam satu waktu ada yang 22 dan ada
yang 42 tahun. Mana satu kesalahan jurutulis dan mana satu yang benar? Tidak
ada orang-orang Kristian sekarang ini yang boleh berkata bahawa ayat sebenar
ialah begini dan jurutulis telah menulis begitu. Selagi kesalahan jurutulis
tidak dapat dikesani, maka penerangan dan jawapan apapun juga hanyalah NONSENSE
semata-mata. Jadi, hal ini membuktikan bahawa menurut orang-orang Kristian
sendiri kitab-kitab ini diragukan sementara di tempat lain kesalahan jurutulis
pula diakui, maka dengan sendirinya kitab-kitab itu telah HILANG! kewibawaannya
dari sudut manapun juga.""Tidak mungkinkah kesalahan-kesalahan ini
diperbaiki dengan membuat bandingan dengan yang asli?" tanya Isabella.
"Jikalau kitab-kitab yang tulen ada, mengapa pula kita bersusah-payah mahu
membuat perbandingan lagi," kata Umar. "Masalahnya kitab yang tulen
tidak wujud, hanya bergantung dari terjemahan demi terjemahan dari salinan demi
salinan. Dan yang anehnya ialah sampai sekarang belum lagi dapat dibuat
kepastian tentang Injil-injil ini bila ditulis, dalam bahasa apa atau siapa
penulisnya.Setelah mendengar keterangan dan penjelasan Umar tentang pelbagai
perkara yang bermula dengan masalah yang ditimbulkan oleh Mirano, maka
pertemuan itupun berakhir sudah agak larut malam. Sebelum berpisah, satu
rencana telah diatur supaya Isabella dan kawan-kawannya mendapat latihan dan
pendidikan agama secara intensif tidak saja daripada Umar Lahmi dan alim ulama
yang lain, malah dari Ziad Bin Umar sendiri.
Isabella Part 9 : Isabella Berdebat dengan
Wanita (Rahib) Kristian
Assalamualaikum w.b.t
INI ADALAH KISAH TERAKHIR ISABELLA.. Semoga keimanan kita
tehadap ALLAH,RASUL & agama ISLAM semakin teguh hendaknya...
Wassalam.
Masa berjalan begitu cepat, sudah 10 tahun berlalu sejak Isabella dan
kawan-kawannya melarikan diri dari ibu bapa mereka. Dalam masa 10 tahun itu,
mereka telah dapat menguasai bahasa Arab dengan baik dan pengetahuan tentang
agama Islam juga cukup mendalam. Isabella kini menjadi tumpuan kaum wanita di
Cordova. Dia telah menjadi model wanita Islam yang berhemah tinggi dan diberi
gelaran MUHADDISAH - salah seorang ahli Hadis yang ulung di Cordova. Isabella
telah masyhur di seluruh Sepanyol kerana ilmunya. Dalam masa yang singkat, dia
dapat menyelesaikan sesuatu masalah rumit yang ada kaitannya dengan hukum-hukum
Islam. Pada suatu hari, berita-berita telah tersebar di seluruh Sepanyol,
bahawa ada seorang perempuan Kristian di Toledo yang katanya terlalu dalam
pengetahuannya tentang Al-Quran dan Hadis dan juga kitab-kitab wahyu yang awal
dan dia mempunyai hujah-hujah yang banyak dan menyakinkan tentang kebenaran
agama Kristian sehingga alim-ulama Islam yang terkenal pun agak susah mahu
menolaknya. Selain itu, dia dikhabarkan mempunyai mukjizat yang menyebabkan dia
mendapat tempat teristimewa di dalam hati penganut agama Kristian. Dia
dikatakan boleh menyembuhkan penyakit paling berbahaya hanya dengan sekali
tenungan.
Wanita Kristian ini telah mengetahui tentang Isabella yang
telah meninggalkan agama Kristian dan menerima Islam 10 tahun yang lalu. Dia
lalu memgumumkan kepada pengikut-pengikutnya bahawa jikalau Isabella
menemuinya, dia akan membawa kembali Isabella kepangkuan agama Kristian dengan
mukjizat dan kekuatan hujah-hujahnya. Berita itu heboh di seluruh Sepanyol
hingga sampai ke telinga Isabella ketika berada dalam satu perhimpunan agama.
"Saya telah juga mendengarnya," kata Isabella apabila ditanya oleh
seorang pelajarnya mengenai wanita Kristian itu. "Bahawa dia itu
terpelajar dan ilmuan pula. Malah menurut dakwaan orang-orang Kristian, tidak
ada alim ulama Islam yang boleh menandingi pengetahuannya tentang Kitab Suci
Al-Quran dan Hadis. Jikalau dia benar-benar mahu berkonfrontasi dengan kita,
silalah datang kemari dengan segala penyokong-penyokongnya dan tanya apa saja
yang dia mahu." Seperti yang dijanjikan, pertemuan Isabella dengan wanita
Kristian itu telah diadakan di Insititutsi Pengajian Al-Quran di Cordova.
Isabella dengan penuh mesra menyambut kedatangan semua tetamunya. "Kahabarnya,
anda meninggalkan Tuhan Jesus dan semua wali lalu menerima, (barang dijauhi
Allah), agama palsu, iaitu Islam. Kata perempuan Kristian itu. "Lebih
baiklah setelah sudah perdebatan ini anda kembali ke agama Kristian."
Isabella tersenyum mendengarnya lalu menjawab. "Biarpun saya dibakar
hidup-hidup, saya tidak akan meninggalkan Islam. Namun demikian, kerana anda
datang kemari, maka saya ada hak untuk bertanya di mana di dalam Injil ada
tertulis yang anda boleh datang mengajak orang masuk Kristian? Dalam Injil,
Jesus itu hanyalah nabi orang-orang Yahudi saja dan dia telah diutus untuk
mendakwah kepada mereka khusus." "Apakah ada tertulis di dalam Injil,
bahawa pintu agama Kristian itu tertutup kepada semua manusia? Apakah ini hasil
penyelidikan anda yang menyebabkan anda membuang agama Kristian?" Tanya
perempuan Kristian itu dengan nada sinis. "Ya, ada ditulis di dalam kitab
Injil dan juga disahkan oleh Kitab Suci Al-Quran yang mengatakan: ''WA RASULAN
ILA BANI ISRAEL'' yakni Jesus Kristus itu diutuskan sebagai nabi Israel
(Yahudi) dan di tempat lain dalam Al-Quran ada disebutkan: ''WAJA ALNAHUMISLAN
BANI ISRAEL'' : yakni kami jadikan Jesus Kristus itu sebagai contoh kepada orang-orang
Israel . Dan ini bererti bukan untuk seluruh dunia." "Bilakah yang
saya ini percayakan Al-Quran sehingga anda menyebutnya di hadapan saya?"
tanya perempuan Kristian itu lagi."Saya sebutkan Kitab Suci Al-Quran itu
kerana anda mungkin tahu bahawa dalam soal ini Kitab Suci Al-Quran dan Injil
adalah SAMA. Dalam Kitab Matius bab 10 ayat 5 ada dikatakan: ''kedua belas
orang murid itu telah diutuskan oleh Jesus dan dia berpesan kepada mereka:
''Janganlah kamu menyimpang ke jalan bangsa lain atau masuk ke dalam kota orang
Samaria, melainkan pergilah kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel!''
. Di dalam Kitab Matius juga bab 15 ayat 21, ada dikatakan: ''Lalu Jesus pergi
dari situ dan menyingkir ke daerah Tirus dan Sidon, maka datanglah seorang
perempuan Kanaan dari daerah itu dan berkata. ''Kasihanilah aku, wahai anak
Daud,kerana anak perempuanku telah dirasuk syaitan dan sangat menderita.''
Tetapi Jesus sama sekali tidak menjawab. Lalu murid-muridnya datang dan meminta
kepadanya. ''Suruhlah ia pergi, ia mengekori kita dengan berteriak-teriak.''
Jawab Jesus: "Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat
Isreal''. Nah! Itu buktinya daripada Kitab Injil anda sendiri bahawa Jesus
Kristus TIDAK diutus sebagai nabi kita semua, tetapi hanya untuk orang-orang
Isreal sahaja, bukankah lebih baik anda ikut perintah Tuhan anda?Mengajak orang
lain masuk Kristian adalah perbuatan yang bertentangan dengan perintah Tuhan
anda dan anda telah menderhakainya, kata Isabella dengan nada sinis. "Apa yang anda tahu tentang
Injil?" kata perempuan Kristian itu. Tanyalah saya akan maksud ayat-ayat
itu. Dalam Injil tidak ada ditulis bahawa Injil tidak boleh diajar di
mana-mana. "Tidak ada?" tanya Isabella seperti mengejek. "Jangan
membuat bohong kering Isabella. Sekurang-kurangnya di depan khayalak ini anda
patut menahan diri dari berbohong," kata perempuan Kristian itu.
"Lihat, dalam Kitab Markus bab 16 ayat 15 ada ditulis. ''Dia berkata
kepada mereka, pergilah ke seluruh dunia dan beritakan Injil kepada semua
makhluk. Barang siapa yang percaya dan dibaptiskan maka dia akan selamat dan
barang siapa tidak percaya, maka dia akan disiksa''. Lihat betapa jelasnya
untuk mengkristiankan seluruh umat dunia." "Anda barangkali tidak
tahu," kata Isabella. "Ada 12 ayat di dalam bab 16 ini ditambah
kemudian. Injil yang awal(asal) hanya sampai ayat 8 saja. Anda jangan cuba
kemukakan hujah dari Injil yang sudah dimanipulasi."
"Bagaimana anda
tahu ayat-ayat ini ditambah kemudian?" kata wanita Kristian itu agak
terperanjat. "Dari penyedikan orang-orang Kristian sendiri. Setelah
dibandingkan dengan naskah-naskah lama, ternyata 12 ayat di dalam bab yang
terakhir kitab itu tidak terdapat di dalam kitab-kitab yang terdahulu.(*NOTA:
di dalam edisi bahasa Urdu, Kitab Injil yang digunakan di India sekarang,
ayat-ayat yang telah dimanipulasi ini dibuat secara catatan pinggir .)
"Kerana kami tidak mempunyai Kitab Injil yang original, maka saya tidak
dapat berkata apa-apa sebagai jawapannya." Ujar perempuan Kristian itu. "saya
akan mejawab apabila saya mendapat Injil original nanti. Tetapi apakah
ajaran-ajaran Quran yang tidak terdapat di dalam Injil? Kenapa anda sampai
menerima agama Islam?"
"Mengenai hal itu, saya telah pun berbincang secara
terperinci dengan paderi anda. Tanyalah kepada mereka," kata Isabella.
"Bagaimana saya akan tahu apa yang anda jawab kepada paderi-paderi itu.
Sekarang, cuba terangkan kepada saya apakah kelebihan-kelebihan Islam itu yang
telah anda pelajari?" tanya perempuan Kristian itu.
"Apa anda fikir saya terima Islam dengan mata tertutup?
Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang membuat saya jijik dengan Kristian dan
menyebabkan saya mencintai Islam, " kata Isabella. "Kenapa anda
enggan mahu menyebut kelebihan-kelebihan Islam?" Perempuan itu terus
mendesak. "Nyatalah agama itu tidak ada kelebihan apa-apa pun juga.
Isabella! Cuba dengar baik-baik. Tidak ada sesiapa yang setaraf dengan saya di
seluruh Sepanyol ini dalam ilmu pengetahuan dan jangan anda cuba fikir bahawa
saya ini tidak tahu apa-apa. Bagaimanapun saya hanya mahu bertanya satu
pertanyaan sahaja kepada anda yang boleh menjelaskan yang hak dan yang batil
biar se-terang hari siang.
Cuba beritahu saya kualiti mana satu yang lebih tinggi:
PERADILAN lebih tinggi daripada hukum rahmat ataupun HUKUM RAHMAT itu lebih
tinggi daripada syahadat peradilan?" "Kedua-duanya itu tinggi dan
utama pada tempatnya masing-masing dan rendah serta tidak berguna kalau bukan
pada tempatnya," Jawab Isabella. "Fahamkah anda apa yang saya
maksudkan?" Perempuan Kristian itu bertanya kembali kepada Isabella.
"Begini! Hukum-hukum Taurat itu peradilan kerana di dalamnya ada tersebut
hukuman kepada tiap-tiap orang yang melakukan kesalahan tetapi Injil adalah
hukuman rahmat kerana hanya Tuhan Jesus Kristus sahaja yang dikhaskan untuk
penebusan dosa. Nah, cuba terangkan apakah anda menolak hukum-hukum
rahmat?"
"Saya telah katakan bahawa kedua-duanya betul pada
tempatnya masing-masing. Jikalau seseorang yang berbuat salah itu diampunkan
dengan andaian bahawa dia akan memperbaiki dirinya maka dia diampunkan dan
rahmat akan menyusul kemudian, tetapi kalau dikhuatiri bahawa yang berbuat
salah itu semakin berani melakukan kesalahan dan dia dimaafkan juga maka
permaafan itu adalah satu jenayah dan ketidak-adilan kepada yang berbuat
salah."
"Nah, apakah Quran itu hukum-hukum peadilan ataupun
hukum-hukum rahmat?" tanya lagi perempuan Kristian itu.
Isabella lantas menjawab, "Menurut pendapat anda, Taurat
itu hukum-hukum peradilan dan bukan hukum-hukum rahmat sementara Injil pula
hukum-hukum rahmat dan bukan peradilan. Jadi kedua-duanya itu tidak berlaku
pada tempat masing-masing. Kitab suci Al-Quran sebaliknya merangkumi
kedua-duanya,PERADILAN dan RAHMAT telah menunjukkan jalan yang benar bagi
penggunaan kedua-duanya itu.
Dalam Al-Quran, Surah 42 ayat 40 ada disebutkan kira-kira
begini: ''Balasan kejahatan adalah kejahatan yang seumpamanya.'' Inilah
hukum-hukum PERADILAN dan selanjutnya ayat itu diakhiri dengan ''Barangsiapa
yang memberikan maaf serta memperbaiki keadaan dirinya maka pahalanya akan diberikan
Allah, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlaku zalim." Ini
ialah hukum-hukum RAHMAT," kata Isabella.
"Di tempat lain Al-Quran iaitu di dalam surah An-Nahl
ayat 126 ada disebutkan kira-kira begini: ''Dan jika kamu menyeksa mereka
sebagai pembalasan, maka seksalah mereka seimbang dengan penyeksaan yang
ditimpakan ke atas kamu''. Ini ialah PERADILAN dan ''Demi Allah sungguh jika
kamu bersabar tentulah sabar itu lebih baik lagi bagi segala orang yang
sabar''. Ini RAHMAT. Di tempat ketiga pula iaitu di dalam Surah AL-Baqarah ayat
280 ada disebutkan kira-kira begini.
''Dan jika didapati orang yang sempit keadaan, yakni orang
yang berhutang, maka hendaklah kamu beri waktu hingga dia sanggup
membayarnya''. Ini PERADILAN lagi. Tetapi ''kamu bersedekah kepada orang yang
papa itu dengan jalan membebaskan mereka dari hutang, adalah lebih baik bagi
kamu menunggu mereka sanggup membayarnya, jika kamu mengetahui''. Itu RAHMAT
lagi. Begitulah Kitab Suci Al-Quran memberi pengertian tentang PERADILAN dan RAHMAT."
Perempuan Kristian itu lalu menyampuk. "Quran menyuruh
mengambil tindakan membalas, tetapi Injil melarang tindakan serupa itu,
sebaliknya disuruh memberi kemaafan. Nah, kelebihan Injil bukankah telah
terbukti dengan jelas."
"Itu tidak membuktikan kelebihan tetapi KEKURANGAN!
,"jawab Isabella dengan segera. "Andaikata orang melakukan kejahatan
dan jenayah , maka kejahatan dan jenayah akan merebak ke seluruh dunia dan
keamanan serta ketenteraman akan terganggu. Kitab suci Al-Quran MEMBENARKAN
penggunaan kedua-duanya sekali: PEMAAFAN dan PEMBALASAN menurut keadaan yang
sepatutnya dan tidak dibenarkan sifat-sifat itu menghanyutkan manusia."
"Ah, betapa tidak adilnya anda menolak semua
perkara-perkara yang baik dari kami," kata perempuan Kristian itu.
"Tuhan kami tidak pernah berperang dengan sesiapa pun juga tetapi
memaafkan musuh-musuhnya dan dengan sabar menahan penindasan mereka, sedangkan
nabimu membalas dendam ke atas musuh-musuhnya serta tidak pernah memberi
kemaafan kepada sesiapa pun juga. Sekali lagi membuktikan bahawa contoh dari
Injil dan Tuhan kami sahaja yang boleh membawa kepada keselamatan."
"Kesabaran, kemaafan, ketegasan, keberanian, keadilan dan lain-lain lagi
itu adalah perbuatan yang diketahui oleh tiap-tiap orang" Isabella
membalas, "tetapi sangat sedikit pula daripada mereka itu yang tahu akan
signifikasinya yang sebenar. Sesuatu nilai tentang baik dan buruknya moral
terletak kepada tempat penggunaannya yang sesuai, kalau tidak maka kesabaran
dan kemaafan tidak ada erti sama sekali. Cuba perhatikan! Pengampunan dan
pemaafan akan tinggi nilainya apabila pemberi maaf mempunyai kuasa untuk
membalas.
Jikalau seseorang yang lemah dan tidak berdaya, tidak ada
kuasa untuk membalas maka pengampunan dan kemaafannya tidak akan dapat dianggap
sebagai satu jasa melainkan sebagai satu kebaculan sahaja. Nabi kami(Muhammad
s.a.w) memiliki kekuasaan moral ini, sebab itu kemaafan dan pengampunan adalah
terlalu tinggi nilainya. Setelah beliau menakluki Mekah, orang-orang musyrikin
yang kejam telah dibawa ke hadapan baginda, tetapi baginda membebaskan
kesemuanya dengan berkata: "Pergilah kamu sekalian. Kamu sekarang sudah
bebas!" Kalau baginda mahu, baginda dapat mencincang-cincang mereka itu,
kerana baginda sedang menunggu perintahnya saja.
Nah, sekarang cuba beritahu saya, bagaimana kedudukan nabimu
waktu dia memaafkan musuh-musuhnya? Nyatalah pada waktu itu dia sangat tertekan
dan tidak ada kuasa untuk membalas dendam maka apa lain yang dapat dilakukan
olehnya kecuali memberi maaf? Kalau dia berkuasa dan memaafkan musuh-musuhnya
maka sesungguhnya itu suatu perkara yang boleh anda banggakan. Kesabaran dalam
keadaan tidak berdaya maka dia bukanlah kemaafan.""POOOOH!,
Isabella!" Perempuan Kristian itu mendesit. "Anda panggil orang yang
berlumuran darah sebagai orang yang bermoral? Dan jangan cuba memberikan
apa-apa penilaian kepada orang yang tidak pernah menumpahkan darah barang
setitik pun.""Itu salah pengertian anda, melihat sesuatu dari sudut
yang keliru. Nah, saya mahu mengemukakan kepada anda tentang KEBERANIAN dan
tentang anggapan anda terhadap baik atau buruknya peradilan." Isabella
terus bertanya. "Kedua-dua kualiti itu baik, siapa yang boleh
membantahnya?" jawab perempuan Kristian itu. "Bagus. Nah, cuba
beritahu saya, apakah keberanian dapat dilahirkan selain daripada di dalam
peperangan dan peradilan dapat diwujudkan tanpa ada pemerintahan? Tidak
mungkin! Maka kedua-dua kesempatan ini telah dianugerahkan oleh Allah kepada
nabi kami, yakni dia melakukan peperangan terhadap orang-orang musyrikin dan juga
mempunyai kekuasaan untuk memerintah. Dalam peperangan dia telah memperlihatkan
peradilan. Bolehkah anda memperlihatkan kedua-dua kelebihan ini pada Tuhan
anda?""Anda fikir peperangan itu satu kelebihan yang besar?"
Tuhan kami membawa seruan perdamaian dan keamanan dan bukan peperangan."
jawab perempuan Kristian itu.
"Tetapi pada nabi kami kedua-dua kualiti ini ada. Di satu pihak dia adalah
RAHMAT kepada dunia, baik hati dan pemaaf dan di pihak yang lain seorang
PEJUANG dalam peperangan di jalan Allah. Jadi, dia menjadi contoh dan teladan
yang baik dalam berbagai-bagai aspek hidup," kata Isabella.
"Betapa jeleknya percakapan anda, Isabella," ujar perempuan Kristian
itu. "Bolehkah anda membuat bandingan antara seorang yang suka berperang
dengan seorang yang membawa kedamaian?" "Kalau menerangi musuh dan
menindas perbuatan jahat merupakan satu jenayah maka bagaimana pula pendapat
anda terhadap Nabi Musa yang seluruh kehidupannya dihabiskan dengan memerangi
musuh-musuhnya yang disaksikan dalam Kitab Perjanjian Lama? Benarkah Jesus
Kristus seorang nabi perdamaian dan keamanan dan dia selama hidupnya tak pernah
berperang? Tetapi nabi kami ialah Pesuruh Kemuliaan dan Pembawa Rahmat. Kalau
baginda di satu pihak berperang melawan musuh-musuhnya seperti Musa, maka di
pihak lain seperti Kristus, baginda membawa perdamaian dan keamanan kepada
dunia. Maka baginda merupakan contoh yang paling sempurna dari kedua-dua Nabi
Musa dan Jesus," kata Isabella.
"Nampaknya anda kini sudah terlalu bijak. Tetapi saya
tidak akan membiarkan sehingga anda saya kalahkan," ujar perempuan
Kristian itu. "Saya akan bercakap kepada anda dengan sejelas-jelasnya
supaya semua wanita yang hadir di sini dapat mengikutinya dengan saksama, dua
kali dua empat. Fikirkanlah dengan sedalam-dalamnya sesudah anda membuat
bandingan Quran dengan Injil nanti barulah kebenaran menjadi nyata kepada
anda."
"Saya akan jawab soalan anda sejelas mungkin. Nah, sila
kemukakan," kata Isabella. "Perbahasan ini tidak akan ada ertinya
kalau kerasulan nabimu tidak dapat dibuktikan." Perempuan Kristian itu
mencabar Isabella. "Pertama buktikan kebenaran kerasulan Muhammad kemudian
barulah perbahasan ini kita teruskan." "Apakah dia ujian-ujian
pembuktian kerasulan itu menurut ukuran anda?" tanya Isabella. "Kalau
anda dapat membuktikan dua perkara tentang Muhammad, maka Islam benar, kalau
tidak ia adalah palsu," kata perempuan Kristian itu. "Kerana bagi
tiap-tiap nabi dua perkara ini adalah penting. Pertama nabi-nabi yang terdahulu
telah memberitahu lebih awal tentang kedatangannya dan kedua dia ada melakukan
mukjizat."
"Apakah Adam itu seorang nabi menurut pendapat
anda?" tanya Isabella. "Mengapa pula tidak?" jawab perempuan
Kristian itu. "Apakah ada nabi-nabi yang terdahulu yang telah memberitahu
tentang kedatangannya?" "Jadi kriteria anda tentang benar atau
palsunya seorang nabi itu nyatalah salah dan nakal. Kalau seseorang nabi mesti
diberitahu lebih dulu oleh nabi yang lain akan kedatangannya maka Adam terpaksa
dikeluarkan dari mukjizat melebihi Jesus sendiri," kata Isabella.
" Anda nampaknya tidak menyetujui apa saja pendapat saya.
Baiklah, bolehkah anda membuktikan kerasulan nabi anda?" Jawab perempuan
Kristian itu dengan nada yang agak marah.
"Soalan yang serupa pula yang hendak saya kemukakan
kepada anda. Atas dasar apa seseorang Kristian itu percaya kepada Nabi Musa,
Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Yaakub, Yusuf, Yahya, Nuh, Ibrahim? Cuba, biar saya
dengar hujah-hujahnya dan atas dasar yang sama pula insya-Allah, kerasulan Nabi
akhir zaman akan saya buktikan dengan sejelas-jelasnya sehingga tidak ada sebab
lagi bagi anda untuk menolaknya," ujar Isabella."Kami menerima semua
nabi mengikut peranan yang mereka lakukan," jawab perempuan Kristian itu
ringkas."Peranan apa?" tanya Isabella cepat. "Cubalah perincikan
supaya tidak susah kita menetapkan dasar perbahasan kita ini." Perempuan
Kristian itu termenung sejurus sebelum menjawab, seolah-olah berfikir. Dia
menundukkan kepalanya sehingga menimbulkan kegusaran kepada
penyokong-penyokongnya yang hadir. Mereka khuatir kalau-kalau dia tidak dapat
menjawab dan perbuatannya itu akan menjadi punca kehinaan serta kehilangan
kepada orang-orang Kristian seluruhnya. Dia kemudian memanggungkan kepalanya
dan memandang Isabella dengan pandangan yang kosong.
"Kami tidak tahu tentang nabi-nabi yang lain. Kami hanya
menaruh perhatian kepada Tuhan Jesus Kristus kami saja. Melaluinya kami
percayakan nabi-nabi yang lain itu." Mendengar itu, Isabella dengan cepat
mendesak. "Kalau begitu kemukakanlah kriteria kebenaran Tuhan anda dan
dengan kriteria yang serupa pula Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam akan
dibuktian."
"Bukti yang besar dari kenabian Tuhan kami ialah dia
telah menghidupkan orang yang sudah mati, memberi celik kepada orang yang buta,
menyembuhkan penyakit kusta dan menyelamatkan orang yang dirasuk syaitan,"
kata perempuan Kristian itu.
"Apakah bukti bahawa Tuhanmu telah melakukan semua itu?
Mana dia orang yang telah dihidupkan Jesus Kristus itu? Mana dia orang buta
yang telah dicelikkan oleh Tuhanmu itu? Sebagai tentangan daripada semuanya itu
saya mengemukakan kepada anda mukjizat nabi yang kami kasihi Muhammad sallallah
alaihi wassalam yang sampai hari ini masih kekal tidak berubah seperti pada
zamannya juga dan akan terus kekal sampai hari kiamat.
Itulah MUKJIZAT SUCI KITAB AL-QURAN yang mencabar seluruh
dunia, andaikata iaitu rekaan dari nabi kami, maka cuba buatkan karya yang
serupa dengannya. Buatlah kira-kira sepuluh ayat atau beberapa ayat sahaja atau
satu ayat yang sama tetapi sampai saat ini tidak seorang pun baik Kristian atau
Yahudi atau penyembah berhala atau tuknag sihir atau Saebiin yang berani
menyahut cabaran itu. Inilah mukjizat yang hidup yang telah melumpuhkan seluruh
dunia sampai ke Hari Pembalasan. Mukjizat nabi-nabi lain kalau dibandingkan
dengan mukjizat ini adalah fana, yang bersifat semasa dan hilang lesap begitu
saja seperti asap tanpa ada bukti kecuali cerita-cerita yang
didongengkan."
"Anda telah mulai bercakap tentang perkara-perkara yang
tidak relevan lagi. Bolehkah kitab Quran yang serupa itu dianggap mukjizat,
yang membenarkan BERKAHWIN EMPAT ? Dengar sini! Tuhan kami telah mengatakan
bahawa ia adalah jalan kebenaran dan kehidupan dan tanpa dia tidak sesiapa pun
yang boleh sampai kepada Tuhan Bapa." "Kitab suci Al-Quran tidak
pernah menganjurkan kahwin sampai empat. Ia memberi KELULUSAN untuk
melakukannya dengan syarat-syarat tertentu. Tetapi jikalau kahwin banyak itu
anda anggap sebagai satu jenayah maka bagaimana keadaannya dengan Nabi Daud dan
Nabi Sulaiman? Menurut Kitab Perjanjian Lama, mereka mempunyai beratus isteri.
Tentang pengakuan Tuhan anda bahawa iaitu jalan kebenaran dan kehidupan, betapa
pula hal itu boleh menjadi satu percanggahan dengan Al-Quran? Tiap-tiap nabi
yang diutuskan ke dunia ini membawa jalan kebenaran dan kehidupan.
Tuhan anda mengatakan dia adalah jalan kebenaran dan kehidupan
tetapi Al-Quran mengatakan tentang nabi kami bahawa dia itu bukan sahaja di
jalan yang benar tetapi juga menunjukkan jalan kebenaran kepada orang-orang
lain. Dalam Kitab Suci Al-Quran Surah Asy-Syura ayat 52 ada disebutkan
kira-kira begini: ''Dan sesungguhnya, engkau benar-benar memberikan petunjuk
kepada jalan yang lurus''. Kitab Suci Al-Quran mengatakan bahawa Nabi kami
bukan sahaja dia itu menjadi kehidupan tatapi juga ia datang untuk membawa
rahmat kepada dunia ini.
Dalam surah Al-Anfal ayat 24 ada disebutkan yang maksudnya
ialah: ''wahai segala mereka yang telah beriman, sambutlah seruan Allah dan
Rasulnya apabila dia (Rasul) menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan
kamu. Dan ketahuilah olehmu bahawasanya Allah menjadi pendinding antara
seseorang manusia dengan hatinya dan bahawasanya kepada Allah kamu
dikembalikan''. Maka bukti dari ayat ini ialah Nabi Muhammad sallallaalaihi
wassalam telah mengislamkan orang-orang yang biadap, yang keji, penindas, bodoh,
pencuri, pembunuh, penzina dan penyembah berhala menjadi mereka itu penyembah
Allah yang taat dan beratus ribu sahabat berduyun-duyun mengikut seruannya.
Baginda telah memberikan kehidupan kepada orang-orang Arab dalam masa hayat
baginda. Sebagai bandingannya Tuhan anda hanya dapat membentuk dua belas orang
pengikut saja sepanjang hayatnya dan malah kepada mereka itu juga dia tidak
memberikan seluruh kepercayaannya kerana seperti yang dikatakan oleh Kristus
sendiri kepada mereka itu, sebahagian daripadanya tidak jujur."
"Anda bercakap terlalu banyak," kata perempuan Kristian itu.
"Tetapi sebegitu jauh anda belum dapat membuktikan mukjizat yang telah
dilakukan kepada nabi anda." "Nasihat saya kepada anda," kata
Isabella pula. "Ialah supaya anda meninggalkan percakapan-percakapan logik
anda itu tetapi cuba meyakinkan saya dengan mukjizat anda. Khabarnya mukjizat
anda telah terkenal jauh dan dekat dan orang-orang datang meminta restu
daripada anda. Anda tidak layak bercakap perkara-perkara yang logik."
"Anda belum lagi layak untuk menyaksikan mukjizat saya," jawab
perempuan Kristian itu. Isabella tidak berkata apa-apa lagi sesudah mendengar
jawapan itu dan semua yang hadir menjadi terperanjat yang amat sangat
mendengarnya.
Perempuan-perempuan Kristian menundukkan kepala mereka dengan
rasa malu sementara orang-orang Islam mengucap syukur kepada Allah dengan hati
yang gembira. Perempuan Kristian itu diam kaku, tidak tahu apa yang mahu
diucapkannya lagi. Isabella yang memerhatikan keadannya itu berkata: "Barangkali
anda letih sekarang. Marilah kita hentikan dulu perbahasan ini sampai besok
pula. Nah, sekarang beritahu saya pukul berapa anda dapat datang."
"Saya tidak akan bangun," jawab perempuan Kristian itu. "Selagi
kita tidak dapat memutuskan tentang kebenaran dan kebatilan. Barangkali juga
anda yang letih."
"Bagi saya anda bebas untuk meneruskan perbincangan ini
tanpa sebarang halangan sehingga yang benar dan yang batal dapat dipastikan dan
ditetapkan. Apa yang saya maksudkan ialah keselesaan anda saja, tidak
lain," jawab Isabella.
"Saya sebenarnya sudah bertekad mahu meneruskan
perbincangan ini sampai selesai," kata perempuan Kristian itu mahu
menunjukkan keras hatinya. "Nah, sekarang cuba katakan apa perlu laginya
Islam setelah agama Kristian tersebar luas dan menyeluruh?" "Jikalau
Islam tidak datang," jawab Isabella. "Kebenaran tidak akan dapat
lahir ke dalam dunia ini. Islamlah yang telah menghidupkan kembali ajaran
nabi-nabi yang terdahulu. Islam mengajar manusia tentang ketaatan dan kesucian.
Saya akan huraikan kepada anda secara kasar beberapa sebab mengapa Islam
diperlukan.
1. Islam dengan kedatangannya telah MENYEMPURNAKAN agama yang
terdahulu, kerana pengajaran kitab-kitab wahyu yang diturunkan sebelumnya hanya
sesuai untuk masa itu saja dan tidak mempunyai tarikan sejagat (universal).
Kitab Suci Al-Quran telah mengisi jurang itu.
2. Ajaran yang sebenarnya dari nabi-nabi terdahulu telah
diselewengkan oleh pengikut-pengikutnya dan Al-Quran MEMBERSIHKAN PENYELEWENGAN
tersebut. Sebagai contoh orang-orang Kristian yang telah menganggap Jesus
Kristus sebagai Tuhan dan membina struktur yang bobrok dengan mengadakan sekutu
kepada Allah, ialah yang mula-mula sekali diruntuhkan oleh Islam. Agama Islam
membawa sinar matahari ketauhidan Allah dan menyembah zat kebesaran Allah dan
kekuasannNya yang tulen kepada dunia.
3. Ahlul kitab telah mengadakan berbagai macam tuduhan yang memalukan kepada
nabi-nabi, mengatakan setengah daripada mereka itu pendusta, penipu dan penzina
dan dengan demikian mencap nabi-nabi itu sebagai berdosa. Islam dengan keras
MENOLAK, MEMBANTAH, MENAFIKAN tuduhan-tuduhan tersebut dan meletakkan kembali
kemuliaan dan kehormatan yang sebenar kepada nabi-nabi itu.
4. Ahlul kitab dengan membuat interpretasi kitab-kitab suci mereka telah
memanipulasi kitab-kitab itu sehingga pengikut-pengikutnya percaya bahawa
kitab-kitab wahyu asli telah hilang. Kitab Suci Al-Quran MEMDEDAHKAN PERBUATAN
JAHAT mereka, penipuan mereka, dan mengemukakan semua ajaran yang sebenar dan
tulen dari kitab-kitab yang terdahulu itu, sehingga kita tidak perlukan
kitab-kitab lain lagi kerana Kitab Suci Al-Quran mencakupi semua kitab yang
telah diwahyukan kepada nabi-nabi yang terdahulu.
5. Oleh sebab nabi-nabi yang terdahulu dan kitab-kitab yang dibawanya hanya
khusus kepada masa yang tertentu dan khusus kepada umat yang tertentu sahaja
maka ia tidak mengandungi hukum-hukum yang meliputi semua aspek yang diperlukan
oleh manusia di dalam kehidupan dunia bagi sepanjang zaman maka Kitab Suci
Al-Quran telah MENGISI KEKESOANGAN jurang itu dan setelah MENYEMPURNAKAN
tatasusila agama yang dilaungkan maka keperluan semua umat manusia disediakan
dengan sebaik-baiknya bagi kegunaan seluruh manusia sehingga Hari Kiamat.
"Nah! Sudah sedarkah anda kenapa Islam didatangkan ke
dunia ini?" Setelah termenung sejurus lamanya kerana terpesona dengan
hujah-hujah yang dikemukan oleh Isabella, perempuan Kristian itu lalu menjawab.
"Semua itu hanyalah dakwaan-dakwaan tanpa hujah-hujah yang sahih. Anda tidak
sedikit pun menyebut tentang mukjizat nabi anda dan juga tidak ada pembuktian
kenabiannya. Kerana persoalan ajarannnya itu datang sesudah masalah ini
dihuraikan."
"Anda menanyakan kepada saya apa perlunya kedatangan
Islam dan saya secara kasar menyebutkan keperluan-keperluan itu," jawab
Isabella. "Sekarang terserah kepada anda pula untuk membantah hujah-hujah
itu.Saya telah berikan kepada anda bukti mukjizat yang dapat dilihat oleh
seluruh dunia sekarang ini, iaitu Kitab Suci Al-Quran dan cabaran-cabarannya.
Jikalau ada orang yang mengatakan bahawa Kitab Suci Al-Quran itu bukan wahyu
daripada Allah, dia haruslah bawakan ke mari satu ayat saja untuk dibandingkan
dengannya.Tetapi itulah persoalannya tidak ada sesiapa pun yang telah
melakukannya untuk menyokong cabarannya itu. Berdasarkan fakta itu maka
jelaslah tanpa ada cabaran apa pun juga bahawa Nabi Muhammad sallallah alaihi
wassalam adalah Nabi dan Rasulullah. Kerana tidak ada sesiapa lain lagi
sesudahnya. Selain daripada itu bukti yang lain ialah sesudah mencapai darjat
kenabian, Nabi sallallah alaihi wassalam telah membentuk masyarakat sesuai
dengan intruksi Kitab Suci Al-Quran dan dalam masa hayatnya seluruh jazirah
Arab tunduk di bawah Islam. Nah, adakah contoh serupa ini dapat diperoleh dari
nabi-nabi palsu? Saya fikir tidak ada contoh yang boleh dibuat untuk
menunjukkan bahawa seseorang yang palsu di dunia ini boleh melakukan
perkara-perkara yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad sallallah alaihi
wassalam itu."
"Apa saja yang anda katakan, nabi anda itu tidak layak
untuk diikut. Bagaimana boleh seseorang yang telah menumpahkan darah sepanjang
hayatnya dan berkahwin dengan beberapa orang perempuan menjadi seorang
reformer? Lihat pada ketaatan Tuhan kami bahawa dia tidak pernah kahwin
sepanjang hidupnya," kata perempuan Kristian itu.
"Kerana telah diakui Tuhan anda itu sebagai Tuhan Anak
maka dia tidak perlu kahwin, jawab Isabella. "Tetapi sebaliknya nabi
kami,Muhammad sallalla alaihi wassalam ialah manusia biasa seperti manusia lain
juga, maka dia merasakan desakan tabii kepada perkahwinan. Saya khuatir, anda
tidak akan dapat menamakan nabi-nabi lain selain daripada Tuhan anda yang
meskipun manusia tetapi tidak kahwin." "Manusia yang sempurna ialah
orang yang dapat dibezakan daripada yang lain," kata perempuan Kristian
itu.
"Kenapa kini mahu bercakap tentang manusia sempurna, puan? Anda telah
mengakui bahawa Tuhan anda itu Tuhan Anak!" Isabella menempelak.
"Kenapa pula tidak? Dia makan, dia minum bukan sebagai keadaannya Tuhan
tetapi sebagai manusia," jawab perempuan Kristian itu tanpa menyedari
perangkap yang disediakan oleh Isabella. "Kalau begitu bagaimana akan
dibezakan Tuhan anda itu? Dan bagaimana pula definasi manusia yang
sempurna?"
"Manusia yang sempurna ialah seseorang yang untuk
mengikutinya tidak akan dapat apa-apa kesukaran," jawab perempuan Kristian
itu. "Nah, di sini saya bersetuju secara total dengan anda. Saya fikir
kini anda telah sampai kepada satu kriteria yang boleh diterima," kata
Isabella. "Anda telah mengatakan bahawa manusia yang sempurna ialah orang
yang boleh diikuti dalam berbagai-bagai aspek kehidupan yang biasa.
Persoalannya timbul bahawa orang-orang Kristian telah menjalani kehidupan yang
biasa dan menikmati kehidupan berumahtangga. Mereka mempunyai suami atau isteri
dan anak-anak. Nah, bagaimana caranya mereka itu boleh mengikut Kristus di
dalam kehidupan rumahtangganya? Kerana Tuhan anda tidak kahwin dan dia tidak
ada berkata apa pun juga dalam perkara ini. Persoalan yang sama timbul,
orang-orang Kristian melakukan Perang Salib ke atas orang-orang Islam dan
lain-lain bangsa bukan Kristian, kriteria mana pula yang anda ikut dalam
kehidupan Tuhan anda itu?" "Tuhan kami tidak pernah berperang dalam
peperangan apa pun dan tidak kahwin. Jadi persoalan ini tidak timbul,"
jawab perempuan Kristian itu agak gugup.
"Meskipun Tuhan anda tidak pernah berperang dengan
sesiapa pun atau berkahwin namun pengikut-pengikutnya iaitu orang-orang
Kristian telah melakukan Perang Salib dan menjalani kehidupan berkeluarga.
Sedangkan manusia sempurna menurut ukuran anda itu tidak menepati yang contoh
standard bagi pengikut-pengikutnya dalam kedua-dua aspek keduniaan ini yang
menjadi aspek penting dalam kehidupan manusia. Jadi, di mana letaknya perbezaan
yang anda berikan kepada manusia sempurna dalam amali kehidupan orang-orang
Kristian?" tanya Isabella.
Setelah diam sejurus lamanya, perempuan Kristian itu lalu
berkata: "Tuhan kami adalah contoh kehidupan rohaniah. Apa ada hubungannya
dengan kehidupan fizikal?""Saya bersetuju bahawa Jesus Kristus itu
diambil sebagai model kehidupan rohaniah yang cukup tinggi. Tetapi jangan anda
lupa bahawa aspek rohani dan jasmani tidak boleh dipisahkan di dalam kehidupan
manusia, tidak saja pada penyatuan keduanya tetapi bahagian yang terbesar
daripada kedua itu dituntut oleh kehidupan jasmaniah. Kerana itu orang-orang
Kristian terpaksa mencari seseorang lain sebagai model.
Ini diikuti dengan logik bahawa Tuhan anda juga berkehendak kepada masalah yang
utama ini. Tiada syak sedikit pun bahawa kehidupan Nabi Musa ialah kehidupan
terhormat, sementara kehidupan Jesus Kristus pula kehidupan anggunan tatapi
kehidupan nabi kami yang terakhir, Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam
ialah kehidupan kesempurnaan. Kehidupannya dipenuhi dengan ibadat, salih dan
sufi dan sebagai manusia dia menjadi contoh manusia dunia, seorang pedagang dan
malah sebagai seorang raja juga. Nabi akhir zaman Muhammad sallallah alaihi
wassalam menggembalai kambing pada masa kecilnya, agak besar sikit dia
berulang-alik ke Gua Hira dan beribadat di sana. Dia berdagang sampai di Syria,
kemudian kahwin dengan Siti Khadijah. Baginda lalu berdakwah dari atas Bukit
Faran dan di jalan-jalan di Mekah, lalu ke Thaif, hidup dalam kumpulan suku
Hijaz dan mengalami kesulitan dari musuh-musuhnya dan para penentangnya,
menyantuni orang-orang yang sedang lapar, mengasuh anak-anak yatim dan
janda-janda di dalam masyarakat. Kemudian berhijrah dari Mekah ke Madinah,
mengadakan perjanjian antarabangsa dengan orang-orang Yahudi di Madinah,
membina masjid, menyelesaikan perselisihan faham antara suku kaum, memimpin
solat, memberi ceramah di berbagai-bagai tempat, melatih tentera dan mengatur
siasat tentera di dalam peperangan Badar dan Uhud dan memimpin tentera sebagai
panglima tertinggi dan telah memperlihatkan kebolehannnya di dalam siasat
peperangan. Baginda mengadakan solat yang lama pada waktu malam sehingga
kakinya bengkak-bengkak. Jadi daripada semua kenyataan ini cara,jalan dan model
yang diperlukan di dalam kehidupan dunia terdapat pada diri baginda yang mulia,
Nabi Muhammad saw. sebagai penggembala kambing juga sebagai seorang pedagang
yang besar sama-sama dapat dijadikan contoh, juga sebagai pendakwah, pengembara
dan penghijrah baginda boleh dijadikan modelnya.
Bagi seorang yang taat kepada Allah yang bersara dari tugas,
baginda menjadi petunjuk yang baik dan menjadi contoh bagi manusia duniawi
dalam kehidupan berumahtangga. Ajarannya memberikan satu peraturan yang
sempurna dalam kehidupan internasional juga bagi penduduk rimba. Bimbingannya
merupakan cahaya.
Perencanaan siasatnya menjadi petunjuk di medan peperangan dan
baginda menjadi contoh kepada masyarakat dalam kehidupan di masa damai. Pendek
kata tidak ada contoh lain yang dapat mengatasi kehidupan yang sempurna Nabi
kami Muhammad sallallah alaihi wassalam di dalam rumahtangga, berdakwah,
perniagaan, kepimpinan, memberi nasihat dan mengimami solat, dalam hidup
bersara, mengatur peperangan, menyusun undang-undang, memerintah sebagai raja,
baik dalam masa gembira mahupun dalam masa berkabung, perkahwinan dan
penceraian, hidup dan mati, mengajar dan mendidik anak-anak dan apa sajatugas
yang dihadapi oleh manusia di dalam kehidupan yang beradab. Begitulah dalam
kehidupan yang sempurna dan juga di dalam keperluan kehidupan yang
menggundahkan terdapat di dalam kehidupan Nabi Muhammad sallallah alaihi
wassalam dan tidak terdapat di dalam kehidupan Nabi Musa dan Nabi Isa. Jadi
dari sudut keadilan, dan kejujuran maka kita harus mengakui bahawa dalam diri
Nabi akhir zaman, Muhammad sallallah alaihi wassalam terhimpun semua tatasusila
rohaniah dan jasmaniah kehidupan manusia yang agung dan anggun. Sesiapa saja
manusia di dunia ini yang ingin mencari kebajikan dunia dan akhirat maka tidak
ada jalan yang lain selain daripada mencari perlindungan di bawah
bayang-bayangan Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam yang luas, pengasih,
pemurah dan budi pekerti yang tinggi dan adab sopan yang mulia."
Seluruh hadirin di dalam perhimpunan itu diam tidak bergerak,
terpesona dengan hujah-hujah yang dikeluarkan oleh Isabella yang lancar dan
teratur malah perempuan Kristian itu juga yang mengaku boleh melakukan mukjizat
terpukau seperti orang tidak sedarkan diri. Apabila Isabella mendapati
perempuan Kristian itu sudah TERPUKUL dengan penuh kehinaan dan dalam keadaan
dukacita yang amat sangat, dia pun meminta maaf mengucapkan selamat tinggal
lalu meninggalkan tempat itu.
Menurut laporan yang diberikan oleh Abu Haffiz, anak muda
terpelajar yang ikut menyaksikan perbahasan itu, kesan daripada hujah-hujah
yang disampaikan oleh Isabella, sebahagian besar dari wanita Kristian yang
mengikuti perbahasan tersebut dengan rela hati telah menerima Islam dan
beberapa tahun kemudian perempuan Kristian itu pun juga beriman dengan keesaan
Allah dan diislamkan oleh Isabella sendiri. Tetapi hal ini tidak berlaku
sekaligus, ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya bagi jiwa yang mahu
dipimpin untuk datang kepada bayangan Allah yang Maha Pengasih dan Maha
Penyayang.Sepanjang hayatnya Isabella terus menyembahkan baktinya kepada
keagungan Islam. Di satu pihak dia menutup mulut orang-orang Kristian dan di pihak
yang lain pula dia mencurahkan ilmu pengetahuannya ke dalam lautan dunia
pembelajaran, Ilmu Hadith dan pentafsiran Kitab Suci Al-Quran. Beratus ribu
cendekiawan Islam telah mendapat faedah daripada ilmunya. Isabella telah hidup
mencapai usia delapan puluh tahun dan telah menutup mata dalam keadaan yang
tenang dan damai, diratapi oleh seluruh penduduk Sepanyol dan berjuta-juta
orang telah mengiringi jenazahnya ke tempat persemadiannya yang terakhir.
Orang-orang di tempat yang jauh ada yang melakukan solat ghaib untuk arwahnya
dan memanjatkan doa ke hadrat Allah subhanahu wa taala agar rohnya ditempatkan
di tempat orang-orang yang soleh.Sebagai penutup kisah ini, kita juga dengan
menundukkan kepala memberi hormat dan membaca Al-Fatihah untuk saudara Islam kita
yang agung ini dan mudah-mudahan Allah subhanahu wa taala menerima amal
ibadatnya dan menempatkan rohnya di tempat orang-orang yang di kasihi-Nya.
Amin.
Firman Allaw swt. dalam Surah Al-Baqarah ayat 146:
''Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri
Al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal
anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka
menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahuinya.''
GLOSARI
Perjanjian Lama
Genesis = Kejadian
Exodus = Keluaran
Judges = Hakim-hakim
Chronicles = Tawarikh
Jonah = Yunus
Perjanjian Baru
Mathew = Matius
Mark = Markus
Luke = Lukas
Johan = Yoh, Yohanes
Acts = Kisah Para Rasul
Galatians = Galatia
Peter = Petrus
Paul = Paulus
Jude = Yudas
TAMAT
PDF: http://darulislam.info/ebooks/Isabella.pdf
DOC: http://darulislam.info/ebooks/Isabella.doc

Ulasan
Catat Ulasan