"Aku Dan Sesuatu"


"Aku Dan Sesuatu"

Mungkin ada kalangan korang yang tak kenal dengan arwah  Terutamanya generasi muda,Arwah Seorang seniman yang tiada tukar gantinya.Antara yang terhebat dalam sejarah muzik tanah air kita.

Beliau adalah Joe Stone Kevin atau lebih dikenali dengan J.S.Kevin.Beliau sememangnya seorang lelaki misteri,Saya masih ingat dulu,Ada orang ingat beliau adalah orang cina dan ada juga menyangka beliau orang india Haha, Hakikatnya beliau adalah Melayu Tulen, Nama penuh beliau ialah Allahyarham Zulkifli Adnan Mohd Razali adalah seorang pencipta dan penulis lirik lagu yang saya sangat gemari.Mungkin tak ramai yang mengenal beliau,Hanya nama allahyarham yang sering menjadi sebutan sedangkan wajahnya kurang diingati dan tidak ramai yang pernah melihat.Beliau mempunyai banyak nama samaran seperti ZN Kevin , An Kevin , Zul Kevin , Nasha Kevin , dan Masterpiece.

Beliau berkebolehan mencipta lagu dan menulis lirik pelbagai genre , Puisi , Jiwang Rock semua dia sapu,Bagi saya bukan Jiwa rocknya saja yang memberikan keistimewaan kepada dirinya dalam menghasilkan karya-karya berkualiti.Tetapi adalah ilmu pengajiannya dan jalannya dalam mengenal Tuhan.Lagunya tidak seperti lagu-lagu hari ini,Lagunya mempunyai "Rasa" "Isi" dan "Jiwa" ,Beliau menzahirkan kefahamannya dan ilhamnya mengenai Ilmu Ketuhanan pada lirik lagu yang beliau tulis , Dah banyak lagunya yang berjaya menaikkan nama band-band rock era 80-90an yang evergreen sampai ke hari ini.

Masa M.Nasir produce album Hukum Karma untuk Wings, beliau berkata, "Aku hanya fokus membuat lagu fast dalam album ni. Bila tengok dah ada dua lagu slow ciptaan JS Kevin, kita dah tak payah risau dah. Memang album ni akan HIT!." Saya sendiri pun dah boleh agak bila dengar lagu HIT rock kapak , Nama pertama yang saya fikir ni mesti lagu JS KEVIN. J.S ni sebaya dan setanding dengan M.Nasir , Lahir tahun 1960 dan berasal dari Kg Bumiputra, Keramat, Kuala Lumpur. (JS Kevin ni dilahirkan di perairan Australia ketika bapanya seorang kelasi kapal membawa bersama ibunya yang sedang hamil ketika itu).

Beliau pernah kerja di pelantar minyak ESSO di Terengganu selama 4 tahun ,Di sanalah beliau mula berjinak membuat lagu dan banyak mendapat ilham. Beliau juga banyak menyertai pertandingan songwriting tetapi tubuh beliau sendiri tak pernah hadir dalam sebarang event atau pertandingan mencipta lagu yang disertainya sebelum itu.Sebab pada zaman dia banyak event seumpama itu yang dianjurkan oleh stesen televisyen swasta dan kerajaan. Masa tu Tv3 Dengan Tv1 je pun.

Semua hadiah kemenangan beliau diambil oleh wakil yang dihantar.Kerana beliau tidak mahu dikenali ramai dan disanjung,Bak kata Ramli Sarip dalam lagunya "Aku menulis bukan kerana Nama".Gambar beliau akhirnya telah disiarkan secara live kepada umum semasa Anugerah Industri Muzik 2003 di dalam segmen memperingati insan seni yang telah meninggal dunia.

Peminat WINGS dan XPDC mesti tahu Kebanyakan lagu-lagu HIT adalah hasil daripada JS KEVIN.Selaian itu J.S Kevin bukan saja menulis lagu untuk Wings dan Xpdc tapi juga mempunyai hubungan persahabatan yang erat dengan mereka.Tak silap saya awie satu kampung dengan beliau , Awie pernah kata ayah mereka bersahabat baik. Antara sahabatnya yang lain adalah Mus May, Ali Xpdc , Andy Flop Poppy , Shamrin Fotograf , dan beberapa individu penyanyi rock lagi.

Pada tanggal 08hb Ogos 2002, J.S Kevin/Zul Adnan Mohd Razali telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 42 tahun akibat serangan agin ahmar dan paru-paru berair.

Industri muzik tanahair telah kehilangan besar seorang insan yang berjiwa besar,Berbakat & low profile.TUHAN yang maha pengasih dan penyayang lebih menyayangi beliau. Sama-sama la kita berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada dikalangan orang-orang yang beriman.

Karya beliau tak kurang dari 400-500 buah lagu jugaklah , Antara Hasil masterpiece JS Kevin :

Biarkan Berlalu (1987 / Wings - Belenggu Irama)

Misteri Mimpi Syakila (1988 / Wings - Hukum Karma)

Anugerah (1988 / Wings - Hukum Karma)

Selamatlah Putera Bumi (1988 / Bumiputra Rockers - Bisa)

Perhentian (1990 / Wings - Teori Domino)

Sudah Sampai Sini (1990 / Bumiputra Rockers - Kelab Jiwa
Luka)

Raja Kertas (1990 / XPDC - Darjah Satu)

Aku Dan Sesuatu (1990 / XPDC - Darjah Satu)

Pelesit Mata Sebelah (1990 / XPDC - Darjah Satu)

Bukan Milik Aku (1990 / XPDC - Darjah Satu)

Abadikah Tragedi (1990 / XPDC - Darjah Satu)

C.I.N.T.A (1990 / XPDC - Darjah Satu)

Air Mata Jernih (1991 / Bumiputra Rockers - Era 90'an)

Kota Syurga Impian (1991 / Bumiputra Rockers - Era 90'an)

Hitam Bukan Impian (1991 / Hattan - Hitam Bukan Impian)

C.T. Cinta Kenangan Silam (1992 / XPDC - TimurBarat)

Lagu Dari Aku (1992 / XPDC - TimurBarat)

Impian Seroja (1992 / XPDC - TimurBarat)

Suara Kita (1993 / Wings - Bazooka Penaka)

Bahalol (1994 / XPDC - Kita Peng-Yu)

Kabus Semalam (1994 / XPDC - Kita Peng-Yu)

Ntahapahapantah (1994 / XPDC - Kita Peng-Yu)

Semalam Yang Hangat (1995 / Wings - Orang Asing)

Saputangan (1995 / Wings - Orang Asing)

Satu Titik Yang Kosong (1996 / Wings - Biru Mata Hitamku)

Makam Kekasih (1996 / Wings - Biru Mata Hitamku)

Sebalik Senyuman Itu (1996 / Elia - Sepenuh Rela)

Hentian Ini (1997 / XPDC - Brutal)

Tinggalkan Semalam (1997 / XPDC - Brutal)

Teman (1998 / XPDC - Samurai)

Nasib Kita (1999 / Wings - Best Of Wings 2)

Suara Kita (Wings)

Aku Tidak Tahu (1999 / Def-Gab-C - Skala)

Inspirasi Syakila (2000 / Wings - Mr. Barbarik)

Langsung Tak Faham (2000 / XPDC - Un'Metal)

Sedekah (2000 / XPDC - Real N' Reality)

Marilah Maria (2001 / Def-Gab-C - Remifasolatido)

Masih Ada Biru (2001 / Def-Gab-C - Remifasolatido)

Siluman Keris (2001 / Def-Gab-C - Remifasolatido)

Melayu Tak Hilang-Hilang (2001 / Def-Gab-C - Remifasolatido)

Mengintai Langit (1999 / Def-Gab-C - Skala)

Selamat (2002 / XPDC - V6)

Kaca (2002 / XPDC - V6)

Hilang Satu Skrew (2002 / XPDC - V6)

Sabar Menanti (Fahrenheit)

Kemarin Yang Pijar (Fahrenheit)

Kasih Orang Muda (Fahrenheit)

Biar Putih tulang (Dinamik)

Selamatlah Putera Bumi (1988 / Bumiputra Rockers - Bisa)

Sudah Sampai Sini (1990 / Bumiputra Rockers - Kelab Jiwa Luka)

Dari Sinar Mata (1990 / Bumiputra Rockers - Kelab Jiwa Luka)

Air Mata Jernih (1991 / Bumiputra Rockers - Era 90'an)

Kota Syurga Impian (1991 / Bumiputra Rockers - Era 90'an)

Titian (1988 / Medicine - Titian)
Cerita Sebuah Cerita (1988 / Fantasia - Fantasia)

Kotakan Harapan (Urgent)

Potret Monalisa (1990 / Wings - Teori Domino)

Pentas Alam (1990 / Bumiputra Rockers - Kelab Jiwa Luka)

Hitam Bukan Impian (1991 / Hattan - Hitam Bukan Impian)

Aduh kalau nak tulis semua banyak nie,Cukuplah sekadar tue.Saya yakin mesti ramai yang tahu Lagu-lagu kat atas kan.Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah buatnya okay?.Niatkan dalam hati aku sedekahkan Al-Fatihah ini pada Allahyarham Zulkifli Adnan Mohd Razali•🤲

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PEMBUMIAN ELEKTRIK

KAMPUNG Janda Baik pada asalnya mula diteroka dan dibuka oleh tiga orang individu yang datang dari Bentong, Pahang pada 1932 iaitu Haji Yaseh Da’un, Haji Kadir Hitam dan Haji Idris Awang.

Definasi Alatubah