KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya
pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang
menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar
dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu,
macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita
sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak
nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut
je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar :
Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi
ke padang
sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput
di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah
rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok.
Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar
tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya.
Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana
rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi
saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ,
saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik
tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan
sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi
sampai di penghujung padang
, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di
belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang
semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah
jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang
kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu.
Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah
kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga
yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang
yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan
perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan
tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling
cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang
cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak
boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka
sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Ulasan
Catat Ulasan