MINUM AIR MANDIAN MAYAT

 

Shukur Mohamad


- WANGI -
Cerita ini berlaku ketika aku berusia 13 tahun , hampir 40 tahun dahulu. Sebenarnya cerita ini bukanlah cerita yang boleh di banggakan tapi demi untuk pembelajaran dan pengajaran aku ceritakan di sini. Nama watak , nama tempat aku samarkan demi menjaga privasi mereka dan juga menghormati mereka yang telah tiada. Jangan di hina pengalaman ini , ambil sisi positifnya sahaja
Aku tinggal di satu taman perumahan di hadapan masuk sebuah kampung berdekatan dengan sebuah pekan , Tahun 80an waktu itu tidak ada gadjet atau apa pun permainan seperti budak zaman sekarang , apa yang ada adalah duduk melepak beramai² di kepala kampung membuang waktu.
Aku duduk melepak bersama² beberapa orang teman , ada yang dari perumahan itu dan juga kampung di situ. Sedang melepak , tiba² kawan aku Koki bersuara , "KORANG NAK KAYA TAK , AKU ADA ORANG BAGITAHU MACAM MANA NAK JADI KAYA DENGAN SEGERA" kata Koki kepada kami , kami mendengar dengan khusyuk setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Koki. "KORANG KALAU NAK KAYA , KORANG CUMA KENA MINUM AIR MANDIAN MAYAT" sambung Koki lagi , "TAPI KORANG KENA MINUM AIR MANDIAN MAYAT TU DARI BEKAS TITISAN MANDIAN , MAKNANYA KORANG KENA TUNGGU BAWAH RUMAH , BILA MENITIS SAHAJA KORANG TADAH DAN MINUM , LEPAS TU NANTI KORANG AKAN NAMPAK TONGKAT RAJA JIN , TONGKAT TU KORANG KENA AMBIL , BILA KORANG AMBIL NANTI RAJA JIN AKAN MINTA BALIK TONGKAT TU , MASA TU LAH KORANG MINTA APA SAHAJA KORANG NAK" , Koki berkata lagi. Kami hanya mendengar tanpa berkedip , nampak mudah tapi bab nak minum air BEKAS mandian mayat itu sahaja masalah.
Tiba² Ali mencelah mengatakan bahawa masa abang dia kena sawan mayat , bapa dia bagi abang dia minum air mandian mayat , lepas tu sembuh , aku yang mendengarnya mula merasa tertarik. Aku bertanya kepada Koki , apa sahaja pantangnya , Koki mengatakan tidak ada pantangan apa² hanya perlu pertahankan TONGKAT JIN itu untuk berjaya mendapatkan permintaan kita.
Aku waktu itu memang jenis pemberani dan dah terbiasa dengan benda² menyeramkan mula sangat tertarik dengan cerita Koki. Maka aku mulalah nak melakukannya. Dari hari ke hari aku menunggu akan tibanya kematian di kampung itu , dan dari hari ke hari cerita itu sudah tidak lagi di ceritakan oleh kawan² kecuali aku yang sangat² berkeinginan menjadi kaya sentiasa teringat² cerita Koki tersebut. Waktu aku berusia 13 tahun itu aku memang bercita² ingin keluar dari negara ini belajar dan bekerja dan kalau boleh terus menetap di luar negara , itulah cita² aku waktu itu , dan aku tahu aku kena ada banyak wang untuk merelisasikan impian aku. Itu sebab aku eager sangat² nak melakukannya.
3 atau 4 bulan berlalu , tiba² di kampung itu ada khabar yang mengatakan ada kematian berlaku. Aku yang mendengarnya menjadi sangat bersemangat untuk melakukan ritual yang pernah Koki ceritakan.
Selepas asar aku dan kawan² ke rumah duka di mana mayat itu akan di mandi dan di kafankan dan akan di kebumikan pada malam itu juga , dahulu kebanyakan rumah kampung mempunyai beranda dan biasanya jika ada kematian maka di beranda itulah mayat akan di mandikan.
Suasana petang itu agak redup , kebetulan pula rumah yang akan memandikan mayat itu di bawah rimbunan pohon buah²an dan di kelilingi pokok² getah jadinya suasana agak gelap dan memudahkan aku untuk menyelinap ke bawah kolong beranda. Aku menunggu betul² di bawah pemandian jenazah dengan perasaan yang bercampur baur.
Dalam aku menunggu itu , aku mula mendengarkan jenazah sudah di bawa ke tempat pemandian , dari celah kayu beranda di bawah rumah aku nampak samar² pemandian akan di mulakan.
Berlaku sahaja pemandian jenazah aku menunggu titisan air bekas mandian itu turun ke bawah , bila nampak sahaja air itu turun aku pun menadah dengan 2 tangan lepas itu aku meminumnya , rasanya memang meloyakan tak boleh nak di bayangkan.
Sebaik sahaja aku meminum air mandian itu , memang benar apa Koki cerita bahawa di depan aku betul² ada satu tongkat yang berwarna emas , berbutiran permata berwarna warni yang sangat cantik dan nampak kemewahannya.....CUMA.....
Koki tidak menceritakan kepada aku bahawa di sebelah tongkat itu ada sesosok makhluk yang sangat hodoh , berwajah merah , bertaring , bertanduk , telinga yang sangat kecil dan mempunyai lidah yang sangat panjang sedang menjilat titisan air bekas mandian itu , aku yang terperanjat langsung terbangun dan terhantuk di alang kolong dengan bunyi yang sangat kuat sehingga orang yang memandikan jenazah terhenti seketika kerana mereka juga terperanjat mendengar bunyi hantukan kepala aku tersebut. Aku berlari keluar mencari kawan² aku , tongkat aku lupakan kerana sangat terperanjat.
Tapi bila aku tiba di tempat kawan² aku berkumpul aku sudah mula panik , kerana di sekeliling kawan² aku terdapat bermacam² makhluk ada yang duduk berhimpit²an dan ada yang bergayutan di bahu sambil menjilat cuping telinga kawan² aku. Aku yang pertama kali dalam hidup melihat suasana itu menjadi semakin panik , tapi aku tahankan juga untuk menunggu majilis pengebumian itu selesai demi menghormati keluarga si mati.
Balik dari pengebumian hari sudah menjelang isyak , aku sudah seperti orang yang hilang ingatan kerana terpaksa mengayuh basikal sambil mengelak makhluk² yang ada di sekeliling aku , itulah juga hari pertama dalam hidup aku baru mengetahui bahawa makhluk² itu lebih banyak dari manusia. Aku gagahkan diri mengayuh basikal untuk balik ke taman aku , dari seberang sungai sudah tinggal aku seorang sahaja kerana yang lain² adalah dari kampung tersebut , dan dari seberang sungai sehingga atas jembatan aku sudah macam tidak boleh lagi mengawal ketakutan kerana melihat makhluk² itu di malam hari. Dalam banyak² makhluk itu pocong adalah makhluk yang paling menakutkan aku , selain dari mukanya yang hitam hancur , dan berulat mungkin juga rasa bersalah aku atas perbuatan aku meminum air bekas mandian jenazah membuat aku menjadi bertambah takut terhadap sosok pocong itu , dan ketakutan itu kekal sehingga SEKARANG. Aku mengayuh sekuat²nya untuk terus cepat sampai ke rumah. Sampai di rumah aku menerobos pintu pagar rumah tanpa ampun sehinggakan arwah emak aku membebel kerana dia takut pintu pagarnya rosak.
Malam itu aku tidak boleh tidur , di dalam bilik aku penuh dengan makhluk² itu , tapi yang aku hairan makhluk itu tidak ada di ruang tamu ketika aku keluar untuk tidur di ruang tamu , yang itu aku sampai sekarang tak tahu. Walaupun makhluk itu tidak ada di ruang tamu , tapi aku tetap juga tidak boleh tidur. Setiap kali aku nak memejamkan mata wajah pocong akan bermain dalam fikiran aku , aku betul² stress , kaya tak dapat , yang pasti aku dapat masalah.
Begitulah masalah yang aku hadapi selama berhari² , aku hanya dapat menikmati tidur adalah ketika aku berada di surau sekolah , maka terjadilah sesi pemontengan kelas untuk beberapa waktu agar aku dapat tidur. Koki dan beberapa kawan² aku yang lain bila sahaja aku menceritakan apa yang berlaku mereka hanya ketawa terbahak² mengejek aku , dan dari hari itulah juga aku belajar bahawa kawan tidak ada yang sejati , hanya SAHABAT sahaja akan kekal bersama kau sama ada susah atau senang.
Hampir 2 minggu aku menjadi tidak keruan , serba serbi sangat menyusahkan , di sekolah semua makhluk itu ada di setiap penjuru , kau nak mandi ada pontianak yang bergayutan di pintu bilik air , kau nak makan ada yang menjilat nasi kau , memualkan dan sangat menyusahkan , sehinggakan setiap kali aku nak melakukan apa² aku akan azan seperti orang berbisik atau di dalam hati untuk menjauhkan mereka dari aku.
Sehinggalah suatu petang ketika balik dari sekolah aku di tahan oleh seorang tua , Wak Kemin namanya , Wak Kemin ini orangnya sangat garang , tidak ada seorang pun yang berani dengan Wak Kemin ini , dia menahan aku kerana melihat aku mengayuh basikal seperti orang gila , zig zag seperti mengelak sesuatu. Aku yang tahu akan kegarangan Wak Kemin tanpa fikir panjang terus memberhentikan basikal aku. Selesai sahaja basikal aku berhenti di hadapan Wak Kemin , terus Wak Kemin berkata "HARAMJADAH , KAU KALAU NAK MENYUSAHKAN ORANG JANGAN NAIK BASIKAL , MATI ANAK ORANG NANTI" memang aku ingat ayat² tu sebabnya dia memang marah , "MALAM INI KAU DATANG RUMAH AKU , JANGAN LEWAT JAM 12 MALAM , KAU TAK DATANG AKU CARI KAU SAMPAI LOBANG CACING" sambung Wak Kemin sambil berlalu pergi.
Masalahnya rumah Wak Kemin itu berada di hujung kampung , melintasi tanah perkuburan dan aku dalam keadaan yang sedang nampak semua makhluk² ghaib , takut , serba salah bermain dalam kepala otak aku. Aku pergi ke rumah Ali , menceritakan kejadian yang berlaku antara aku dan Wak Kemin dan juga permintaan Wak Kemin. Ali mencadangkan agar aku meminjam motor Usin dan kalau naik motor Ali akan temankan aku. Kebetulan Usin memberi aku meminjam motornya.
Malam itu jam 11 malam aku dan Ali ke rumah Wak Kemin , Ali membonceng di belakang. Aku yang membawa motor sekejab ke kanan sekejap ke kiri kerana mengelak berbagai bentuk makhluk yang ada di sepanjang perjalanan , Ali beberapa kali memarahi aku kerana pada Ali aku sedang bermain² , walhal sebenarnya dia tidak nampak apa yang aku nampak.
Sampai sahaja di rumah Wak Kemin , baru sahaja sampai , belum lagi menongkatkan motor , Wak Kemin dah bersuara "BINATANG ‼️‼️ , BERANI KAU YE , KAU TUNGGU SITU , JANGAN GERAK" , aku dan Ali kebingungan dengan perangai Wak Kemin , dalam hati aku , "WAK NI DAH KENAPA , DIA YANG SURUH DATANG , EH DIA MAKI AKU PULA" , seketika Wak Kemin kembali dari dalam membawa satu baldi yang penuh dengan air , bila mendekat sahaja kepada kami , terus kami di simbah dengan air yang di bawa , "DAH BALIK , KAU KALAU MASIH DEGIL MEMANG AKU BUNUH KAU" , Wak Kemin berkata lagi , kami yang mendengar arahan suruh balik terus balik kerana takut dengan ugutan Wak Kemin itu. Cuma dalam perjalanan balik aku perasan bahawa makhluk² itu sedikit berkurangan , tiada lagi yang berada di dalam laluan perjalanan aku kecuali mereka berada sama ada di atas pokok atau hanya di tepi laluan , walau macam mana pun ianya tetap lagi mengerikan. Sampai di rumah Ali , aku memulangkan motor Usin dan mengayuh basikal balik ke rumah , sepanjang perjalanan balik itu tidak banyak makhluk yang aku lihat , kecuali , pocong , pontianak , langsuir , hantu tetek , wanita tua bongkok , banaspati , hantu galah , kuyang dan juga makhluk berbulu hitam tinggi bertaring dan matanya merah menyala. Mereka hanya memerhatikan aku sahaja. Malam itu buat pertama kalinya aku dapat tidur dengan lena.
Keesokkan harinya selepas aku pulang dari sekolah , sekali lagi aku di tahan oleh Wak Kemin di simpang masuk ke taman aku , "KAU DATANG RUMAH AKU MALAM INI , JANGAN LEWAT JAM 11 MALAM , KAU TAK DATANG AKU BUNUH KAU" , bagitahu Wak Kemin kepada aku , aku hanya menganggukkan kepala sambil berfikir apa masalah aku sehingga hendak di bunuh. Aku memberitahu Ali , tapi kali ini Ali tidak mahu mengikuti aku ke rumah Wak Kemin lagi , dan kebetulan malam itu Usin tiada maka terpaksalah aku mengayuh basikal menuju ke hujung kampung berseorangan. Sepanjang perjalanan itu tidak banyak yang aku lihat hanya makhluk² seperti pocong , pontianak dan banaspati sahaja yang mengikuti aku , kayuhan aku rasakan sangat berat. Seperti ada yang aku bawa sekali , aku menoleh ke belakang yang aku lihat adalah sesosok langsuir sedang duduk di tempat duduk belakang sambil mengiring , tanpa banyak kata² aku melajukan kayuhan aku sehingga masuk ke dalam kawasan perkarangan rumah Wak Kemin , dan ketika itu juga aku mendengarkan hilaian mengilai yang aku tak boleh nak gambarkan seperti apa.
Seperti semalam , kedatangan aku bukan di sambút dengan tangan terbuka , sekali lagi maki cacian aku dapat dan juga sekali lagi aku di simbah air dan di suruh balik. Aku balik dengan perasaan yang sedikit ketakutan kerana peristiwa yang membonceng tadi , cuma bagi mengelakkan kejadian itu berulang aku mengayuh basikal sambil aku duduk di tempat duduk belakang , sakitnya kelengkang aku hanya tuhan sahaja yang tahu , kau orang dapat bayangkan macam mana bukan❓❓
Keesokkannya sama seperti semalam , Wak Kemin sudah menunggu aku , kali ini suaranya sedikit lembut , "MALAM INI KAU DATANG JAM 8 MALAM , JANGAN LEWAT" , aku hanya mampu mengiyakan sahaja arahan orang yang paling garang di kampung itu.
Malam itu aku ambil keputusan untuk solat maghrib di kampung itu , dengan harapan agar aku dapat saing mengikut Wak Kemin balik ke rumahnya , sekurang²nya tidaklah aku merasa seram ketakutan.
Planning aku menjadi , kerana betul Wak Kemin berjemaah maghrib bersama² malam itu , selesai solat maghrib aku pun mengikuti Wak Kemin balik ke rumah. Dan aku hanya lihat sosok pocong , pontianak dan banaspati berada di seberang parit tidak seperti malam sebelumnya yang berada di pinggir laluan aku.
Sampai sahaja di rumah Wak Kemin , sekali lagi , "KAU TUNGGU SINI , SUKA SUKA SAHAJA IKUT AKU BALIK , BINATANG" kata Wak Kemin , aku menjadi bingung , salah ke aku ikut dia balik sebabnya aku juga di suruh datang kerumahnya siang tadi. Beberapa ketika Wak Kemin datang membawa sebaldi air dan terus menyiramkan ke badan aku tanpa belas ikhsan , kali ini aku rasakan airnya sangat sejuk berbanding dengan malam² sebelumnya. Selepas dia menyiram aku dengan air , dia menyuruh aku naik ke rumahnya , aku duduk di beranda rumah sementara Wak Kemin masuk ke dalam rumah.
Dalam aku kesejukan itu , Wak Kemin memberi aku tuala untuk aku mengeringkan badan dan juga menyediakan kopi untuk aku memanaskan badan.
Wak Kemin duduk di sebelah aku , dia mengatakan apa yang aku telah lakukan sangat² tidak wajar , malah ianya adalah haram di sisi agama , aku di minta beristighfar dan mengucap , aku ikuti arahan Wak Kemin itu. Aku sedar aku telah melakukan satu kesalahan yang amat fatal kerana kebodohan aku.
Wak Kemin berkata lagi , "KAU HABISKAN KOPI , KEJAP LAGI AKU NAK TUTUP MATA BATIN KAU , DAN AKU NAK AMBIL SEDIKIT KEBERANIAN KAU AGAR KAU TIDAK LAGI MELAKUKAN BENDA² BODOH INI" , aku habiskan kopi dan selepas itu Wak Kemin mengusap mata aku dengan daun apa pun aku tak tahu sehingga hari ini sambil membaca beberapa ayat. Mata aku menjadi sedikit gatal dan aku lihat sekeliling , aku tidak nampak lagi makhluk² itu. Tapi Wak Kemin mengatakan bukan semestinya dah di tutup mata batin aku terus tidak lagi melihatnya , sampai waktunya aku akan nampak juga tapi tidaklah sekerap waktu itu.
Aku sempat bertanya kepada Wak Kemin bagaimana dia tahu cerita yang aku meminum air mandian mayat , Wak Kemin mengatakan dia terdengar perbualan kawan² aku di anjung surau suatu malam itu , dan kemudian dia terus memantau aku dari jauh adakah betul cerita kawan² akun itu , setelah di lihat memang betul aku telah terbuka mata batinnya.
Untuk pengetahuan korang arwah Wak Kemin itu adalah orang Jawa asli dari tanah Jawa yang datang ke Malaysia di waktu konfrontasi dan terus menetap di Malaysia dan meninggal juga di Malaysia. Semoga ALLAH beri rahmat atas rohnya.
Dan yang aku tidak tahu bahawa walaupun mata batin aku telah di tutup , tapi aura wangi itu tetap ada dalam diri aku. Aku sehingga kini kekal WANGI bagi mereka.
-tammat- @everyone

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PEMBUMIAN ELEKTRIK

KAMPUNG Janda Baik pada asalnya mula diteroka dan dibuka oleh tiga orang individu yang datang dari Bentong, Pahang pada 1932 iaitu Haji Yaseh Da’un, Haji Kadir Hitam dan Haji Idris Awang.

Definasi Alatubah