Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2021

Kisah Nabi Musa Dan Khidir Dalam Surah Al-Kahfi

Imej
Perbualan antara Musa dan temannya, bermula selepas Musa diberitahu mengenai seorang hamba Allah yang mempunyai pengetahuan yang tidak dikurniakan kepada Musa. Lalu, Musa pun mencari hamba Allah itu. Lelaki yang ditemui Musa sebenarnya ialah Khidir. Musa meminta Khidir untuk mengajarnya ilmu yang dimiliki oleh Khidir tetapi tidak dimiliki Musa. Awalnya Khidir memberitahu Musa bahawa Musa tidak akan mampu bersabar dengannya tapi Musa berkeras dengan mengatakan dengan izin Allah, dia mampu bersabar. Khidir memberi syarat supaya tidak bertanya sebarang soalan atas semua tindakannya sehinggalah Khidir sendiri yang memulakan perbincangan. Musa bersetuju dan mula mengikuti Khidir. Mula-mula mereka menaiki sebuah perahu. Khidir tiba-tiba membocorkan perahu yang dinaikinya. Musa tidak setuju dengan perbuatan itu kerana ia akan menyebabkan perahu tenggelam bersama penumpangnya. Tetapi Khidir mengingatkan Musa semula mengenai syarat yang telah dipersetujui mereka. Selepas itu, mereka...

KAMPUNG Janda Baik pada asalnya mula diteroka dan dibuka oleh tiga orang individu yang datang dari Bentong, Pahang pada 1932 iaitu Haji Yaseh Da’un, Haji Kadir Hitam dan Haji Idris Awang.

Imej
KISAH TENTANG JANDA ORANG ASLI ( ASAL ) KAMPUNG Janda Baik pada asalnya mula diteroka dan dibuka oleh tiga orang individu yang datang dari Bentong, Pahang pada 1932 iaitu Haji Yaseh Da’un, Haji Kadir Hitam dan Haji Idris Awang. Namun, cerita di sebalik nama kampung yang unik itu sebenarnya bermula daripada kisah yang disampaikan secara turun-temurun oleh generasi ke generasi penduduk kampung tersebut. Menurut anak jati kelahiran Kampung Janda Baik, Prof. Dr. Kamaruzaman Moidunny, sebelum orang Melayu dari Kampung Ketari dan Kampung Benus di Bentong berpindah ke Kampung Janda Baik, kawasan itu merupakan hutan belantara yang tidak pernah diteroka oleh sesiapa. Jelasnya, Orang Asli dari suku kaum Temuan yang diketuai seorang Tok Batin bernama Emok telah mula menduduki sekitar kawasan tersebut. Kamaruzaman yang merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Penilaian dan Peperiksaan, Institut Aminuddin Baki berkata, Tok Batin Emok dikisahkan pernah terpikat dengan seorang anak dara dari suku kaum Orang...

Perjuangan Parti Komunis Malaya PKM Episod 4

Imej
ATOK ZAHRIMAN BERCERITA. Sampai masa atok bercerita peranan SB dalam usaha memerangi PKM dan mengalahkannya... Cerita yang akan atok bawa mungkin ramai orang tak percaya...mungkin ramai akan mempertikaikan, mungkin menganggap cerita atok adalah omong kosong...Sebab apa yang atok akan perkatakan, dan kisah2 operasì yang SB  buat semuanya adalah sesuatu yang orang tak pernah tahu, orang tak sangka,  semuanya berperingkat Rahsia Besar Cicero...bukan sahaja orang awam tak tahu, malah orang2 dalam SB pun kebanyakan tak tahu...yang tahu hanyalah segelintir mereka yang betul2 terlibat....dengàn sebab itu mereka yang benar2 terlibat menghapusķan Pengganas Komunis ini kita patut panggil  The Unsung Heroes...sebab tidak ada sebarang anugerah atau ganjaran untuk mereka...awam tak tahu siapa mereka, apa yang telah mereka buat, bagaimana mereka melakukannya, segala kesusahan, pahit maung yang mereka lalui dalam melaksanakan tugas2 itu....tak siapa tahu. Tau2 PKM telah dikalahkan, ketu...

Perjuangan Parti Komunis Malaya PKM Episod 3

Imej
Atok Zahriman Bercerita  Peranan Pasukan Keselamatan menentang kemasukan semula tentera Komunis dari seberang sempadan. Atok dah cerita dalam episod yang lepas mengenai rancangan comprehensive PKM uñtuk melancar serangan kedua terhadap kerajaan Malaysia...dan matlamat khusus merèka ialah revolusi rakyat menjatuhkàñ pemerintahan Raja BerParlimen negara berdaulat kita. Serangan mereka dilaksana secara dua prong....cara pertama menjalankan kegiatan sabversif di kawasan bandar dan luar bandar...rakyat atau massa di sabvert pemikiran mereka supaya menjadi pro kominis...mereka bertujùan membolosi kesemua badan yang sah saperti persatuan pelajar, belia, kebudayaan, trade uniòn, party politik, malah semua peringkat menjadikannya pro komunis...prong atau cara kedua mereka akan masuk menghantar tentera mereka untuk meñyerang kedudukan kerajaan...melakukan huru, menimbulksn ketidak- stabilan ekonomi dan politik...barulah mudah  mereka mengambil alih kuasa....strategy yang mereka gunapaka...

Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Ju’fiy al-Bukhari @ Iman Al-Al Bukhari

Imej
  Imam Al-Bukhari   Pengenalan Ringkas Imam al-Bukhari   Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Ju’fiy al-Bukhari. Al-Bukhari adalah nisbah kepada tempat kelahiran beliau iaitu Bukhara yang terletak di Khurasan. Tambahan pula, Bukhara merupakan sebuah bandar lama, luas dan cantik. Kuniyah beliau adalah Abu Abdillah dan beliau terkenal dengan gelaran imam ahli hadith atau amir al-Mu’minin dalam hadith. Beliau lahir pada 194 Hijrah di bandar Bukhara.   Tambahan pula, imam al-Bukhari merupakan seorang anak yatim apabila ayahnya Ismail telah meninggal dunia ketika usia beliau masih kecil. Disebabkan itu, ibunya mengambil peranan dalam mendidik dan membesarkan imam al-Bukhari. Imam al-Bukhari sejak kecil lagi sudah cenderung untuk menghafaz hadith-hadith nabi SAW dan juga mempelajari ilmu-ilmu agama yang lain. Ini kerana, keluarganya merupakan sebuah keluarga yang amat menitikberatkan ilmu pengetahuan sebagaimana ayahnya merupakan seorang yang t...