CONTOH SOALAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF FIRE ALARM

 

CONTOH SOALAN

 



1.           Suis pengesan asap dan kebakaran yang dipasang dalam bangunan  

         menggunakan sejenis cecair iaitu  ...................... .

 

 A.           Raksa.  

 B.           Helium.  

 C.           Plumbum. 

 D.           Asid Sulfat.

                                    

2.           Berapakah ukuran ketinggian pili hose reel dipasang dari aras lantai ?

A.           Lebih kurang 1 meter.

B.           Lebih kurang 2 meter.

C.           1.5 meter.

D.           2.5 meter.

                                                                          

3.       Ketinggian suis bomba dari paras lantai ialah ...................... ?

A.           2.50 Meter.

B.           2.75 Meter.

C.           3.00 Meter.

D.           3.75 Meter                                                                                 

 

4.        Pada kedudukan asal atau kebiasannya Zone Fire Control Panel

           dipasang dengan ..................

A.           Suis satu hala untuk mengawal panel.

B.           Suis pecah kaca untuk memberitahu kebakaran.

C.           Bateri untuk memberi bekalan kepada panel. 

D.           Sel kering untuk memberi bekalan kepada panel.


5.      Pengesan asap boleh mengesan .................... ?  

A.           Kadar haba/kepanasan

B.           Kadar kenaikan haba.

C.           Wujudnya hampagas.

D.           Kebakaran (asap) samada yang boleh dilihat atau sebaliknya dan adanya hampagas.


 6.    Apakah alat yang digunakan untuk mengesan haba ?.

 A.           Pengesan pengkabusan cahaya.

B.           Pengesan alur laser.

C.           Pengesan gegelung dwilogam.

D.           Pengesan pengionan.  


7.    Sistem Pencegah Kebakaran bagi Pepasangan Tetap merupakan satu sistem yang          dipasang bagi tujuan untuk .................... .

 A.           Memberi amaran kebakaran.

B.           Mengawal kebakaran secara manual.

C.           Mengawal dan menentang kebakaran.

D.           Memberi amaran, mengawal dan menentang kebakaran.


8.    Sistem ‘ Pencegah Kebakaran ‘ bagi pemasangan tetap terbahagi

    kepada 3 jenis iaitu ................... .

 i.              Pengudaraan.

ii.            Dalam bangunan.

iii.           Luar bangunan.

iv.           Atas bumbung.

 A.           i dan iv sahaja.

B.           Ii dan iii sahaja.

C.           I, ii dan iii sahaja.

D    i, iii dan iv sahaja


Soalan 1

 

a.            Nyatakan apakah yang di katakan Peti Penggera Kebakaran ?.

(2 markah)

 

b.            Senaraikan enam sistem pencegah dan pengesan kebakaran dalam bangunan.

                        (4 markah)

 

c.         Bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya kebakaran di tempat kerja, apakah langkah-langkah keselamatan dan pencegahan yang perlu diambil .

(4 markah)

 

Jawapan Soalan No. 1

                                                                                               

  1. Peti Penggera Kebakaran ialah satu pepasangan tetap kebombaan yang berkemampuan memberi amaran kebakaran melalui peralatan-peralatan yang boleh dilihat, yang boleh didengar dan juga berkemampuan menggerakkan lain tindakan dan arahan. Pemasangan hendaklah mempunyai pengesan-pengesan yang mematuhi kaedah kuasa-kuasa pegawai-pegawai bomba mengikut T.A.P.B 1019 UPBL 1984

 

( 2 Markah )

b.         Sistem pencegah dan pengesan kebakaran dalam bangunan

            i)          Sistem springkler

            ii)         Sistem hose reel

            iii)        Sistem pancur basah

            iv)        Sistem pancur kering

            v)         Sistem CO2

            vi)        Sistem fire extinguisher

            vii)       Sistem break glass

            viii)      Sistem pengesan asap

            ix)        Sistem pengesan panas

( 4 Markah )

 

c.         Langkah-langkah keselamatan dan pencegahan kebakaran.

i)             Bahan-bahan mudah terbakar hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan sesudah menggunakannya hendaklah disimpan semula di tempatnya.

ii)         Jangan nyalakan api atau menghisap rokok di tempat yang terdapat bahan mudah terbakar

iii)           Alat-alat pemadam kebakaran hendaklah mudah dilihat dan mudah untuk diambil

iv)           Alat-alat pemadam kebakaran hendaklah dalam keadaan baik

v)         Bersihkan dengan segera jika terdapat tumpahan bahan mudah terbakar yang terdapat di atas lantai atau tempat kerja

vi)           Bekas bahan mudah terbakar hendaklah dibuang atau dimusnahkan

vii)   Adakan latihan cara menggunakan alat pemadam kebakaran dan latihan menyelamatkan diri (fire drill)

 

( 4 Markah )

Soalan 2

a).  Terangkan serba ringkas berkenaan alat pencegah kebakaran jenis Sprinkler  dari segi kegunaannya.   

 

a)    Tugas Sprinkler

 

1.  Mengesan Api

2.  Membunyikan loceng isyarat

3.  Menyembur air secara otomatik

 

 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PEMBUMIAN ELEKTRIK

KAMPUNG Janda Baik pada asalnya mula diteroka dan dibuka oleh tiga orang individu yang datang dari Bentong, Pahang pada 1932 iaitu Haji Yaseh Da’un, Haji Kadir Hitam dan Haji Idris Awang.

Sebagai anak, sudah tentulah kita perlu menghormati orang tua masing-masing sekalipun mereka hanyalah ibu dan bapa angkat kita