Catatan

MINUM AIR MANDIAN MAYAT

Imej
  Shukur Mohamad - WANGI - Cerita ini berlaku ketika aku berusia 13 tahun , hampir 40 tahun dahulu. Sebenarnya cerita ini bukanlah cerita yang boleh di banggakan tapi demi untuk pembelajaran dan pengajaran aku ceritakan di sini. Nama watak , nama tempat aku samarkan demi menjaga privasi mereka dan juga menghormati mereka yang telah tiada. Jangan di hina pengalaman ini , ambil sisi positifnya sahaja Aku tinggal di satu taman perumahan di hadapan masuk sebuah kampung berdekatan dengan sebuah pekan , Tahun 80an waktu itu tidak ada gadjet atau apa pun permainan seperti budak zaman sekarang , apa yang ada adalah duduk melepak beramai² di kepala kampung membuang waktu. Aku duduk melepak bersama² beberapa orang teman , ada yang dari perumahan itu dan juga kampung di situ. Sedang melepak , tiba² kawan aku Koki bersuara , "KORANG NAK KAYA TAK , AKU ADA ORANG BAGITAHU MACAM MANA NAK JADI KAYA DENGAN SEGERA" kata Koki kepada kami , kami mendengar dengan khusyuk setiap patah perkataan y...

PETUA SAMBAL BELACAN

Imej
PETUA SAMBAL BELACAN Tips 1 Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma Tips2 Guna asam jawa yg dibancuh dgn air suam.petua supaya sambal belacan tahan lama Tips 3 Limau kasturi yg dikisar brsama Kulit(buang biji) sambal lebih wangi dan sedap Petua 4 Tinggalkan bbrpa biji cili api yg masih bertangkai..petua supaya tidak sakit perut makan sambal Cara buat ikut urutan: ( kisar kasar bahan2 ) 1. 6 biji limau kasturi (buang biji) 2. 50g belacan yg telah dibakar 3. 3 biji cili merah+1biji cili hijau 4. 8 biji cili padi hijau 5. 25 biji cili padi merah 6. 100ml air asam jawa pekat 7. Masukkan sedikit gula dan garam Nak buat banyak utk buat stok pandai2 la tambah bahan2 tu😘 Kredit : Nurulain Insyirah

rezeki

Hamka berkata … Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan. Kamu belajar tentang Sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia. Kamu tengok pula Sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia. Allah hantar Musa ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka. Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda. Pelajarilah sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya! Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa. Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab di hadapan Allah nanti. J...

AJAIB KERAP BALIK KAMPUNG - S e b u a h r e n u n g a n u n t u k k i t a

AJAIB KERAP BALIK KAMPUNG  - S e b u a h r e n u n g a n u n t u k k i t a. Semasa membeli kuih untuk menyorok (bahasa Kedah untuk sarapan), saya terlihat seorang anak jiran saya yg tinggal di Seremban manakala orang tua masih di kampung. Saya menegurnya, "Kerap balik kampung, tak menunggu raya atau cuti sekolah?" Dia berkata, "Cikgu, walau seribu rakaat solat sunat saya kerjakan, walau beribu sedekah jariah saya berikan, walau seribu kebaikan saya tunaikan ketika saya berjauhan dari orang tua saya, tidak akan sama dgn satu kunjungan melihat emak ayah saya yg telah tua, tak akan sama dgn senyuman mereka berdua bila melihat saya melangkah ke pintu rumah, tak akan sama dgn renungan puas emak saya melihat saya menyuap nasi berlauk asam pedas, gulai batang pisang yg dimasaknya. Kepenatan, keletihan meredah hujan dan panas dalam perjalanan yg jauh, ratusan ringgit terkorban utk petrol dan tol adalah pengorbanan yg tak ternilai pd sisi Allah hanya kerana untuk menggembiraka...

Ibuku selalu berpesan kepadaku

Imej
Ibuku selalu berpesan kepadaku : Nak, tertawalah riang di hadapan ayahmu apabila beliau pulang ke rumah, Kerana dunia luar itu begitu kejamnya sehingga dapat membahayakan ayahmu... Tahukah kau nak, apa beza ibu dengan ayah? Ibu membawamu (mengandungmu) di dalam rahim selama 9 bulan, namun ayahmu membawamu seumur hidupnya, tanpa kau sedari... Ibu berupaya kuat agar kau tak merasa lapar, namun ayahmu lah yang mengajarimu agar kau tak kelaparan lagi, tanpa kau fahami... Ibu menggendongmu (dengan memelukmu) di dada, namun ayahmu menggendongmu dibelakangnya, tanpa kau perhatikan... Cinta ibu ini sudah kau kenali mulai dari semenjak kau lahir, namun cinta ayahmu 'kan kau ketahui setelah kau menjadi seorang ayah... Kerana itu bersabarlah dengan baik... Kredit kepada penulis dari FB Penyejuk Hati. ===================================

Kenangan Bersama Mak.

Imej
Kenangan dulu-dulu. Kenangan Bersama Mak. Beberapa tahun lepas saya menurunkan Mak di depan hospital dan berjanji supaya Mak telefon bila dah semua urusan selesai, Mak menghadiri pemeriksaan biasa bulanan di Hospital Balik Pulau, saya pulang kerumah dan menunggu Mak telefon bila dah siap nanti. Dalam perjalanan pulang kerumah, saya tiba tiba terkenang suatu ketika dulu ketika saya demam, Mak menggengam erat tangan saya berjalan dari rumah menunggu bas untuk ke hospital, sesekali saya didukung kerana tak kuat berjalan, diatas bas saya baring di ribaan Mak sambil Mak mengusap kepala dan sesekali mengucup dahi saya, di hospital juga ketika menunggu rawatan saya sentiasa didalam pelukan Mak, selesai rawatan, sekali lagi dalam perjalanan ke stesen bas saya didukung, sempat dibawa ke kedai dan Mak cakap "adik nak beli apa apa ke." Sampai dirumah saya dipujuk untuk makan ubat, dipujuk dan disuap makan kerana tak lalu makan akibat demam. Habis saja kenangan itu berlalu di...

KATA AL QUR'AN TENTANG USIA:

Imej
KATA AL QUR'AN TENTANG USIA:  1. Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam... kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia. ( Qs. Hud : 15-16 ) 2. Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita... kerana Allah sedang mencerahkan mata hati untuk melihat Akhirat. ( Qs. Al Isra:72 ) 3. Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita... kerana Allah sedang mengajar kita bahawa pautan hati dengan makhluk senantiasa menghampakan, namun hati yang berpaut kepada Allah tidak pernah mengecewakan. ( Qs. Al Lukman : 22 ) 4. Semakin bertambah usia semakin gugur gigi² kita... kerana Allah sedang mengingatkan kita bahawa suatu hari kita akan gugur ke dalam tanah selamanya. ( Qs. Ali Imran : 145 ) 5. Semakin bertambah usia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi kita... kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawa kita akan di ambil. ( Qs. An Nisa : 78 ) 6. Semakin bertambah usia semakin putih rambut kita... kerana Allah sed...