Catatan

KISAH NABI IBRAHIM AS TIDAK HANGUS DIBAKAR API

Imej
  KISAH NABI IBRAHIM AS TIDAK HANGUS DIBAKAR API Soalan Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Boleh jelaskan bagaimana kisah api yang tidak membakar tubuh Nabi Allah Ibrahim AS?   Jawapan Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Al-Hafiz Ibnu Kathir menceritakan: “Penduduk negeri Harran adalah kaum musyrikin penyembah bintang dan berhala. Seluruh penduduknya adalah orang-orang kafir kecuali Ibrahim AS, isterinya, dan anak saudaranya, iaitu Nabi Lut AS. Ibrahim AS terpilih menjadi hamba Allah SWT yang menghapuskan kesyirikan tersebut dan menghilangkan kebatilan-kebatilan yang sesat. Allah SWT telah anugerahkan kepadanya kegigihan sejak masa kecilnya. Beliau diangkat menjadi Rasul, dan Allah SWT memilihnya sebagai kekasih Allah pada masa berikutnya. Awal dakwah tauhid yang dibawa oleh Nabi ...

KECERDASAN IYAS BIN MUAWIYAH AL-MUZANI

Imej
IYAS BIN MUAWIYAH Anak Muda Yang Bijaksana Soalan Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Saya pernah mendengar kisah berkenaan seorang tabi’in yang dilantik sebagai sebagai Hakim pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Kalau tak salah saya, beliau ialah Iyas bin Mu’awiyah al-Muzani. Saya pernah membaca tentang kecerdasan dan bijaknya dalam memutuskan hukum. Boleh terangkan kisah biodata dan kelebihan beliau? Jawapan Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Beliau ialah Iyas bin Mu’awiyah bin Qurrah al-Muzani dilahirkan pada tahun 46 Hijrah di daerah Yamamah, Najd. Beliau ialah seorang tabi’in yang pernah bertemu dengan beberapa orang sahabat, antaranya Anas bin Malik R.A. (Lihat  Wafayat al-A’yan ,  1/247;  al-Bidayah wa al-Nihayah,  9/365 dan  Suwar min Hayat al-Tabi'in , ...

INSPIRASI 25 ABDUL RAHMAN BIN AUF JUTAWAN DUNIA UNTUK AKHIRAT

Imej
INSPIRASI 25 ABDUL RAHMAN BIN AUF JUTAWAN AKHIRAT Jutawan Dunia Untuk Akhirat Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 25 April 2017 HARTA  yang kita miliki adalah kurniaan daripada Allah SWT. Sebaik-baik harta yang kita gunakan adalah demi membantu agama Allah dan digunakan ke jalan Allah SWT. Banyak contoh teladan yang boleh kita ikuti dalam menjadikan harta dunia ini untuk kegunaan kita di akhirat ini. Contoh terbaik adalah kisah Saidina Abdul Rahman bin Auf RA. Kisah beliau dikongsikan oleh Ustaz Mohd Hazri Hashim al-Bindany yang bersiaran menerusi segmen Hayatus Sahabah di IKIMfm. Abdul Rahman bin Auf merupakan salah seorang daripada lapan orang yang terawal memeluk Islam. Beliau juga merupakan salah seorang daripada sepuluh orang yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW. Beliau juga merupakan salah seorang daripada enam orang ahli syura yang dilantik oleh Saidina Umar al-Khattab dalam menentukan khalifah sesudah beliau. Ketika hayat Baginda Rasulul...

Ayam laga import jadi rebutan

Imej
Ayam laga import jadi rebutan Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli rencana@hmetro.com.my Biasanya ayam kampung dijual RM8 hingga RM10 sekilogram, tetapi siapa sangka ayam peliharaan seorang pemuda dari Kampung Sekati, Manir, Terengganu boleh dijual sehingga RM7,000 seekor bergantung kepada saiz dan kecantikan unggas berkenaan. Ini berikutan ternakan Md Fairuz Al-Syafiq, 30, itu bukan ayam kampung biasa, tetapi sudah menjalani proses pembangunan dan penyelidikan (R&D). Ia dikenali sebagai ayam ratu Leung Hang Khau (LHK) dalam bahasa Thai yang bermaksud Kuning Ekor Putih. Ia juga dipanggil ayam baka baik atau lebih dikenali sebagai ayam laga. Dia memelihara pelbagai baka ayam laga termasuk Ganu, Pama, Saigon dan Pakhoi. Sebelum ini kegiatan menternak ayam ratu dan ayam laga tidak diterima masyarakat serta dipandang serong kerana dikaitkan dengan kegiatan perjudian. Bagaimanapun, kini masyarakat kian menerima unggas unik itu yang dianggap sebagai haiwan peliharaan yang mempunyai nilai tinggi da...

CONTOH SOALAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF FIRE ALARM

Imej
  CONTOH SOALAN   1.            Suis pengesan asap dan kebakaran yang dipasang dalam bangunan                menggunakan sejenis cecair iaitu  ...................... .     A.            Raksa .     B.            Helium.     C.            Plumbum.    D.            Asid Sulfat.                                      2.            Berapakah ukuran ketinggian pili hose reel dipasang dari aras lantai ? A.            Lebih kurang ...