Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2021

Salah siapa bila pihak hospital tak mahu bagi kerjasama untuk keluarkan surat mengatakan seseorang sedang bertarung dgn kesakitan agar anak anak dapat mengemukakan bukti pada pihak polis

Imej
Salah siapa bila seorang anak terpaksa menanti di balai polis untuk dapatkan surat kebenaran merentas negeri dari jam 9malam hingga 12malam....untuk pulang ke kpg melihat ibunya yang sedang nazak....alasannya dikata utk pulang bersuka dikpg. Salah siapa bila pihak hospital tak mahu bagi kerjasama untuk keluarkan surat mengatakan seseorang sedang bertarung dgn kesakitan agar anak anak dapat mengemukakan bukti pada pihak polis Kekesalan lebih lagi apabila dapat kebenaran setelah kematian disahkan dan surat mati dikeluarkan.....apabila sampai ke kpg jasad telah disemadikan. Aku hanya pasrah atas peraturan ketat yang dilakukan sekarang ini demi kebaikan bersama seluruh rakyat Malaysia. Aku bukanlah sesiapa. Aku hanya insan biasa yang memendam rasa.. 😥 Kredit : Izan Yahya

Bekerjalah utk diri kamu, bukan utk syarikat.Cukup masa, baliklah jenguk keluargamu.Jgn dikejar kerja syarikat yg tak pernah habis

Imej
Bos, Dia nampak kamu masuk lambat, Tapi dia tak nampak kamu balik lambat. Bos, Dia nampak masa kamu berehat, Tapi dia tak nampak masa kamu buat kerja macam esok dunia kiamat. Bos, Dia marah kamu bila kamu buat salah, Tapi dia tak puji kamu bila kamu cemerlang. Bos, Dia sayang kamu masa kamu diperlukan, Tapi dia tak pedulikan kamu bila dia dah ada pengganti. Bos, Dia diam senyum dlm hati bila syarikat untung, Tapi dia merungut kat kamu bila syarikat rugi. Bos,  Dia bergembira dgn keluarganya bila syarikat byk duit, Tapi dia berkongsi duka dgn staf bila syarikat takde duit. Bos, dia tetap bos. Staf, dia tetap staf. Bekerjalah utk diri kamu, bukan utk syarikat. Cukup masa, baliklah jenguk keluargamu. Jgn dikejar kerja syarikat yg tak pernah habis. Kamu diperlukan hanya bila kamu ada kekuatan. Bila kekuatan kamu hilang, bos tak perlukan kamu, TAPI keluargamu masih perlukan kamu. Bekerjalah pada masa kerja kamu, Bergembiralah dgn keluarga pada masa kamu dgn keluarga. Hal syarikat dgn ha...

Juruterbang selamat selepas terkandas dalam hutan Amazon selama 38 hari... Saya tidak mempunyai air, tidak mempunyai makanan. Saya terdedah kepada bahaya dan haiwan buas seperti jaguar, buaya dan ular anaconda.

Imej
Juruterbang selamat selepas terkandas dalam hutan Amazon selama 38 hari Secara keseluruhan, Sena telah berjalan sejauh 28 km dan pada masa sama berat badannya susut sebanyak 25 kg. SEORANG juruterbang sedang memandu sebuah pesawat ringan Cessna 210 di atas hutan Amazon di Brazil apabila terpaksa membuat pendaratan kemasan susulan kegagalan enjin. Antonio Sena tidak mengalami sebarang kecederaan, namun akibat kejadian berkenaan dia terkandas di dalam hutan hujan terbesar di dunia itu. Insiden itu bermulanya perjalanan 38 hari yang banyak memberi pengajaran dalam hidupnya. Sena, 36, ditugaskan untuk membawa muatan kargo dari Alenquer ke sebuah lombong emas haram di dalam hutan berkenaan yang dikenali sebagai "California". Ketika kejadian, dia sedang terbang pada ketinggian 1,000m sebelum dia mendapati enjin pesawat terhenti. Namun dia berjaya mengawal pesawat itu sebaik mungkin dan mendarat di sebuah lembah. Setelah mengambil barangan keperluan seperti b...

Kecoh pulak tiba-tiba pasal Selipar Jepun kan?

Imej
Kecoh pulak tiba-tiba pasal Selipar Jepun kan? Mungkin ramai yang tak tahu Selipar Jepun sebenarnya bukanlah berasal dari Jepun, walaupun nama dia selipar “Jepun”.  Selipar sebegini pertama direkodkan dalam sejarah adalah seawal tahun 4,000 sebelum Masihi dalam mural purba Egypt. Masa tu selipar ni diperbuat dari pokok papyrus.  Di Jepun, selipar sebegini dicatatkan dalam sejarah sekitar tahun 794-1185, iaitu masa zaman Heian. Selipar ni dipanggil “zori” yang biasanya diperbuat dari tatami atau jerami padi.  Jadi apa kaitan dengan Selipar Jepun di Malaysia? Sekitar tahun 1937, banyak kilang Cina dibuka di Tanah Melayu untuk buat kasut berasaskan getah. Masa tu Tanah Melayu memang dah ada estet getah. Tapi bila Jepun memerintah masa Perang Dunia Kedua, mereka ada kuasa penuh dalam produksi getah dekat Tanah Melayu. Mereka tak buat kasut, tapi getah masa tu digunakan untuk buat peralatan berasaskan militari menyebabkan industri kasut berasaskan getah terhenti. Sekitar waktu...