saya diuji dengan murid yang selalu ponteng sekolah. Sayang, orangnya cantik dan bijak
CERITA CIKGU Sepanjang 27 Tahun Perkhidmatan. ( Hanya Sekelumit Kisah) Cikgu Hanani Daud . . Tahun pertama perkhidmatan saya diuji dengan murid yang selalu ponteng sekolah. Sayang, orangnya cantik dan bijak tetapi selalu tidak hadir. Suatu hari kerana tidak tahan dengan keluhan saya, suami membawa saya menyusuri lorong-lorong sempit, jalan denai untuk menjejak rumah anak yang cantik itu. Sesekali perut yang memboyot 8 bulan kandungan anak pertama terhentak oleh jalan yg lekuk-lekak. Menyengek muka menahan perit. Namun tatkala tiba di rumah anak itu, " Itu masalah kami nak sekolahkan atau tidak anak kami. Cikgu siapa? Cikgu tiada kaitan apa-apa dengan kami." Saya bercakap dengan sopan menerangkan tentang pentingnya ilmu, tetapi kesudahan yang saya terima... "Baliklah cikgu. Saya tidak perlukan pendapat cikgu." Saya dihalau. Hanya selepas dua tahun, baru anak murid saya datang semula untuk bersekolah. Tetapi dengan syarat... "Saya nak cikgu Hanani yang meng...