Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2019

APABILA CIKGU MEMBEBEL

Imej
  APABILA CIKGU MEMBEBEL... 'Ini bukan teknik penulisan yang aku ajar. Penatlah kalau begini,' bentak hati kecil saya. Sebagai guru saya sangat kecewa. Selalunya saya hanya memerlukan dua bulan paling lewat untuk anak-anak UPSR faham dengan teknik penulisan yang saya ajar. Keserasian antara guru dan murid itu penting untuk mencerna kecemerlangan mereka. "Saya sangat kecewa dengan kamu. Jenuh saya ajar tetapi ramai yang tidak mahu ikut. Saya pasti kamu ada guru yang selain saya," bebelan saya bermula. Anak-anak UPSR saya faham apabila saya mula membebel, agak sukar untuk berhenti. Tetapi itu lebih baik daripada diam. Seandainya diam tahap kesabaran saya memuncak. Kesannya? Alahai... Saya kecewa... Bulan sudah berganjak ke penghujung April, tetapi ramai yang menolak saya. Untuk apa saya membodohkan diri mengajar jika mereka lebih percaya guru tuisyen berbanding saya? Kalau guru tuisyen yang mereka dalami ilmunya benar-benar membantu, saya hargai kerana meringankan dan m...