Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2022

PETUA SAMBAL BELACAN

Imej
PETUA SAMBAL BELACAN Tips 1 Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma Tips2 Guna asam jawa yg dibancuh dgn air suam.petua supaya sambal belacan tahan lama Tips 3 Limau kasturi yg dikisar brsama Kulit(buang biji) sambal lebih wangi dan sedap Petua 4 Tinggalkan bbrpa biji cili api yg masih bertangkai..petua supaya tidak sakit perut makan sambal Cara buat ikut urutan: ( kisar kasar bahan2 ) 1. 6 biji limau kasturi (buang biji) 2. 50g belacan yg telah dibakar 3. 3 biji cili merah+1biji cili hijau 4. 8 biji cili padi hijau 5. 25 biji cili padi merah 6. 100ml air asam jawa pekat 7. Masukkan sedikit gula dan garam Nak buat banyak utk buat stok pandai2 la tambah bahan2 tu😘 Kredit : Nurulain Insyirah

rezeki

Hamka berkata … Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan. Kamu belajar tentang Sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia. Kamu tengok pula Sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia. Allah hantar Musa ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka. Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda. Pelajarilah sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya! Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa. Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab di hadapan Allah nanti. J...