AJAIB KERAP BALIK KAMPUNG - S e b u a h r e n u n g a n u n t u k k i t a
AJAIB KERAP BALIK KAMPUNG - S e b u a h r e n u n g a n u n t u k k i t a. Semasa membeli kuih untuk menyorok (bahasa Kedah untuk sarapan), saya terlihat seorang anak jiran saya yg tinggal di Seremban manakala orang tua masih di kampung. Saya menegurnya, "Kerap balik kampung, tak menunggu raya atau cuti sekolah?" Dia berkata, "Cikgu, walau seribu rakaat solat sunat saya kerjakan, walau beribu sedekah jariah saya berikan, walau seribu kebaikan saya tunaikan ketika saya berjauhan dari orang tua saya, tidak akan sama dgn satu kunjungan melihat emak ayah saya yg telah tua, tak akan sama dgn senyuman mereka berdua bila melihat saya melangkah ke pintu rumah, tak akan sama dgn renungan puas emak saya melihat saya menyuap nasi berlauk asam pedas, gulai batang pisang yg dimasaknya. Kepenatan, keletihan meredah hujan dan panas dalam perjalanan yg jauh, ratusan ringgit terkorban utk petrol dan tol adalah pengorbanan yg tak ternilai pd sisi Allah hanya kerana untuk menggembiraka...