KISAH NABI IBRAHIM AS TIDAK HANGUS DIBAKAR API
KISAH NABI IBRAHIM AS TIDAK HANGUS DIBAKAR API Soalan Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Boleh jelaskan bagaimana kisah api yang tidak membakar tubuh Nabi Allah Ibrahim AS? Jawapan Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Al-Hafiz Ibnu Kathir menceritakan: “Penduduk negeri Harran adalah kaum musyrikin penyembah bintang dan berhala. Seluruh penduduknya adalah orang-orang kafir kecuali Ibrahim AS, isterinya, dan anak saudaranya, iaitu Nabi Lut AS. Ibrahim AS terpilih menjadi hamba Allah SWT yang menghapuskan kesyirikan tersebut dan menghilangkan kebatilan-kebatilan yang sesat. Allah SWT telah anugerahkan kepadanya kegigihan sejak masa kecilnya. Beliau diangkat menjadi Rasul, dan Allah SWT memilihnya sebagai kekasih Allah pada masa berikutnya. Awal dakwah tauhid yang dibawa oleh Nabi ...