KECERDASAN IYAS BIN MUAWIYAH AL-MUZANI
IYAS BIN MUAWIYAH Anak Muda Yang Bijaksana Soalan Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Saya pernah mendengar kisah berkenaan seorang tabi’in yang dilantik sebagai sebagai Hakim pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Kalau tak salah saya, beliau ialah Iyas bin Mu’awiyah al-Muzani. Saya pernah membaca tentang kecerdasan dan bijaknya dalam memutuskan hukum. Boleh terangkan kisah biodata dan kelebihan beliau? Jawapan Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Beliau ialah Iyas bin Mu’awiyah bin Qurrah al-Muzani dilahirkan pada tahun 46 Hijrah di daerah Yamamah, Najd. Beliau ialah seorang tabi’in yang pernah bertemu dengan beberapa orang sahabat, antaranya Anas bin Malik R.A. (Lihat Wafayat al-A’yan , 1/247; al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/365 dan Suwar min Hayat al-Tabi'in , ...