INSPIRASI 25 ABDUL RAHMAN BIN AUF JUTAWAN DUNIA UNTUK AKHIRAT
INSPIRASI 25 ABDUL RAHMAN BIN AUF JUTAWAN AKHIRAT Jutawan Dunia Untuk Akhirat Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 25 April 2017 HARTA yang kita miliki adalah kurniaan daripada Allah SWT. Sebaik-baik harta yang kita gunakan adalah demi membantu agama Allah dan digunakan ke jalan Allah SWT. Banyak contoh teladan yang boleh kita ikuti dalam menjadikan harta dunia ini untuk kegunaan kita di akhirat ini. Contoh terbaik adalah kisah Saidina Abdul Rahman bin Auf RA. Kisah beliau dikongsikan oleh Ustaz Mohd Hazri Hashim al-Bindany yang bersiaran menerusi segmen Hayatus Sahabah di IKIMfm. Abdul Rahman bin Auf merupakan salah seorang daripada lapan orang yang terawal memeluk Islam. Beliau juga merupakan salah seorang daripada sepuluh orang yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW. Beliau juga merupakan salah seorang daripada enam orang ahli syura yang dilantik oleh Saidina Umar al-Khattab dalam menentukan khalifah sesudah beliau. Ketika hayat Baginda Rasulul...