Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Ayam laga import jadi rebutan

Imej
Ayam laga import jadi rebutan Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli rencana@hmetro.com.my Biasanya ayam kampung dijual RM8 hingga RM10 sekilogram, tetapi siapa sangka ayam peliharaan seorang pemuda dari Kampung Sekati, Manir, Terengganu boleh dijual sehingga RM7,000 seekor bergantung kepada saiz dan kecantikan unggas berkenaan. Ini berikutan ternakan Md Fairuz Al-Syafiq, 30, itu bukan ayam kampung biasa, tetapi sudah menjalani proses pembangunan dan penyelidikan (R&D). Ia dikenali sebagai ayam ratu Leung Hang Khau (LHK) dalam bahasa Thai yang bermaksud Kuning Ekor Putih. Ia juga dipanggil ayam baka baik atau lebih dikenali sebagai ayam laga. Dia memelihara pelbagai baka ayam laga termasuk Ganu, Pama, Saigon dan Pakhoi. Sebelum ini kegiatan menternak ayam ratu dan ayam laga tidak diterima masyarakat serta dipandang serong kerana dikaitkan dengan kegiatan perjudian. Bagaimanapun, kini masyarakat kian menerima unggas unik itu yang dianggap sebagai haiwan peliharaan yang mempunyai nilai tinggi da...