Definasi Alatubah
Definasi Alatubah Alatubah ialah sebuah alat statik yang tidak mempunyai bahagian yang sentiasa bergerak dan melalui aruhan elektromagnet memindahkan tenaga elektrik daripada satu gegelung lilitan ke gegelung lilitan yang lain biasanya pada nilai voltan dan arus yang berbeza tanpa mengubah nilai frekuensi. Mengikut peraturan-peraturan elektrik 1994 ‘Pengubah’ ertinya radas yang tanpa bahagian yang sentiasa bergerak yang melalui aruhan elektromagnet mengubah voltan atau arus ulang-alik dalam satu atau lebih lilitan yang lain, biasanya pada nilai yang berbeza bagi voltan atau arus dan termasuklah pengubah-oto. Pada asasnya, alatubah mempunyai dua atau lebih gegelung lilitan yang disambung secara litar magnetik melalui teras besi magnetik iaitu kedua-dua gegelung dililit pada teras besi tetapi tidak disambung secara elektrik. Lilitan yang disambung ke punca bekalan masuk ialah lilitan utama atau primer, manakala lilitan yang membe...